Monday, August 22, 2011

TV Al-Hijrah

Assalamualaikum wbt...



Semua orang tau kan...antara TV yang bersifat islamik yang tengah hot dewasa ini adalah TV Al-Hijrah...

Pada saya memang geniuslah penampilan TV AlHijrah yang membuka paradigma dan anjakan baru dalam dunia penyiaran. Boleh saya simpulkan bahawa tv al-hijrah ni bersifat dakwah yang menarik dan tidak bersifat dakwah yang tradisional...

Antara cerita-cerita dan rancangan yang saya suke tgk dalam tv al-hijrah ni adalah seperti:

1- Al-Quran: The New Dawn...pada saya..wow!! dokumentari ni begitu memberi kesan pada saya..dengan lagunye...dengan illustrasi visual jam tuh...visual grafiknye....dengan kate-kate dakwahnye yang begitu memberi keinsafan.....boleh mengalirkan air mata bile kite menontonye....cume satu jek yang tak best...rancangan die disiarkan waktu maghrib...jd mmg saya miss byklah episod2 die yang menarik tuh..

2- Sign of The Creator- Semua org tahu kan saya meemang peminat Harun Yahya...most of his books saya memang dah beli dan bace.....dan satu set video sign of the creator tu mmg saya dah beli dan tonton..

3- Reflection- Nih memang genius....tafsiran dan ajaaran org2 berilmu ttg tafsir Quran

Bukan shj rancangan...TV AL-Hijarah ni jugak saya amat2 suke tentang..................:

1- Tafsir Ayat Al-Quran sebagai Selingan -Iklan Siaran yang memaparkan satu-atau beberapa tafsir ayat AL-Quran sebagai selingan (macam iklan) sepanjang masa yang banyak memberi pengajaran dan peringatan kepada saya

2- Iklan TV Al-Hijrah....Bab lagu ...bersama hayati..kelebihan hijrah..nilai yang murni ...bersama kite.....persefahaman menjalinkan ukhuwah sesama insan..al- hijrah..tv kite...untuk semua...al-hijrah...mmg bestlah..!

3-TagLine Ramadhan...satu keberkatan....satu perjuangan ....pada saya begitu mendalam dan cantik sangatlah maknanye tu

Memang TV Al-Hijrah membuka satu lembaran dan makna baru untuk saya hidup....
Tahniah Al-Hijrah!!!
Saya doakan TV Al--Hijrah ni dapat berkekalan untuk berdakwah dan cube perlahan-lahan mengalihkan hiburan lagho kepada hiburan yang bercorak keislaman untuk tatapan masyarakat Malaysia..

Saya juga amat berbangga dengan adanya menteri di JPM seperti Datuk Seri Jamil Khir Baharom (kagumlah dgn menteri mcm ni) atas inisiatif beliau untuk mewujudkan stesen tv seperti ini...Tahniah Datuk Seri..!! Menteri macam nilah yang betul-betul menyumbang sesuatu yang berfaedah pada rakyat......TV al-hijrah diharap moga dapat menyumbang pada 
sahsiah dan rohani rakyat yang semakin parah di negara ni...

Ini antara berita awal-awal penubuhan tv al-hijrah di negara ini...:



Saluran TV yang dikhususkan untuk program bercorak kerohanian
-Berita harian,1.11.2010




SEBAGAI sesi pengenalan, stesen televisyen kerohanian, TV Alhijrah yang pernah diperkatakan sebelum ini akan mula beroperasi mulai jam 3 petang ini sehingga 12 tengah malam.
Selepas hampir dua tahun diperkatakan mengenai kewujudan stesen ini, TV Alhijrah operasi siaran sepenuhnya pada Disember yang akan menyajikan pelbagai program berbeza dengan memberikan perspektif Islam.
TV Alhijrah ditubuhkan sebagai syarikat yang dikenali sebagai Alhijrah Media Corporation dan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan serta diletakkan di bawah penguasaan Jabatan Perdana Menteri (JPN).

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, kewujudan stesen televisyen berlandaskan Islam itu sebagai memberi pilihan kepada penonton yang menekankan nilai Islam di dalamnya.

“TV Alhijrah ini adalah untuk memberi pilihan kepada penonton tempatan dan mensasarkan kepada semua peringkat usia. Golongan muda, remaja dan kanak-kanak adalah golongan terbesar yang menonton iaitu sebanyak 63 peratus dan selebihnya adalah penonton biasa.

“Saluran TV ini mengutamakan kandungan yang memberi manfaat kepada penonton dan pada masa yang sama menarik golongan sasar. Walaupun baru beroperasi, 60 peratus daripada kandungan adalah terbitan tempatan, 40 peratus adalah kandungan asing. TV Aalhijrah sendiri menerbitkan 30 peratus daripada jumlah keseluruhan,” katanya pada majlis sidang media pertama TV Alhijrah untuk diperkenalkan kepada media baru-baru ini.
Menurut Jamil Khir, kandungan yang terkandung di dalam TV Alhijrah tidak hanya menumpukan kepada rancangan berbentuk panduan dan bimbingan semata malah merangkumi pelbagai bentuk.

“Bahan-bahan yang terkandung di dalam saluran TV ini juga turut meliputi drama, filem, ehwal semasa, dokumentari, berita, animasi dan hiburan yang menjanjikan kelainan.

“Bagi golongan bukan Islam, TV Alhijrah akan memperincikan mengenai Islam sebagai agama yang menggalakkan melakukan kebaikan, keadilan dan perpaduan,” katanya.

TV Alhijrah yang juga stesen televisyen percuma (FTA) akan berpusat dan bersiaran penuh dari Pusat Islam Kuala Lumpur.

Menyentuh soal dana penubuhan TV Alhijrah, beliau berkata, sebagai permulaan memang kerajaan menyalurkan sumber kewangannya. Disebabkan perancangan sudah dibuat dengan teliti dan mengambil kira pelbagai aspek, dana sebanyak RM60 juta dilaburkan untuk penubuhan TV Alhijrah.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Alhijrah Media Corporation, Bukhari Che Muda, berkata lokasi yang strategik di ibu negara menjadikan ia stesen televisyen pertama dilahirkan dari inspirasi bercirikan Islam.

“TV Alhijrah juga bakal ditonton melalui siaran Astro dan melalui medium baru seperti internet serta telefon bimbit. Lima transmisi bersedia memancarkan siaran di Lembah Klang, Terengganu, Johor, Sabah dan Sarawak. Ini mencakupi 55 peratus penonton di negara ini,” katanya.

Bukhari menambah, setakat ini persediaan rapi sudah dilakukan untuk menyertai stesen TV lain menyalurkan pelbagai maklumat serta program ilmiah kepada masyarakat.

“Bersandarkan ruang dan peluang yang ada, saya akan memastikan penonton mendapat apa yang mereka mahu. Saluran TV ini juga akan berusaha gigih memberikan yang terbaik dan memenuhi kehendak penonton.

“Terima kasih kepada karyawan dan penggiat seni tanah air yang sudi bekerjasama dengan TV Alhijrah bagi menyemarakkan industri penyiaran tanah air. TVAH sentiasa membuka peluang kepada karyawan tempatan menghasilkan produk mereka untuk disiarkan,” katanya.

Pada majlis itu juga, 11 syarikat penerbitan diberikan penghargaan untuk membekalkan kandungan untuk TV Alhjirah iaitu Nissay Ventures Sdn Bhd, Zeel Production Sdn Bhd, KL Motion Sdn Bhd, Miracle Media Sdn Bhd, Rumah Karya Citra, Karyawan Bestari Sdn Bhd, Wayang Studios Intl, Ezar Sdn Bhd Manjafilm Sdn Bhd, dan Les Copaque Production. 

TV Alhijrah tetapkan syarat

Pelakon mesti tutup aurat, tiada adegan bersentuhan antara pelakon bukan muhrim
STESEN TV AlHijrah mahu berada di garisan hadapan dalam menyampaikan syariah Islam kepada penonton. Bagaimanapun mesej itu akan disampaikan secara kreatif dan berkesan agar dapat menarik golongan muda berubah ke arah kebaikan.
Satu darinya dengan mengenakan syarat serta garis panduan khusus kepada penerbit drama dan filem sebelum karya mereka diluluskan untuk siaran di stesen TV AlHijrah.
Stesen yang dilancarkan enam bulan lalu, kini dapat disaksikan menerusi saluran Astro 114, bermula Rabu lalu.

Penerbit drama tempatan harus mematuhi syarat ditetapkan di mana pelakon yang terbabit harus menutup aurat, serta tiadanya adegan pegang di kalangan pelakon bukan muhrim dalam produksi yang ingin disiarkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang ditemui selepas menjayakan program istimewa Segalanya Bermula Di Sini sempena kemasukan TV AlHijrah secara rasminya ke saluran Astro berkata, garis panduan ditetapkan tidak dinafikan pada mulanya akan membebankan penerbit, tetapi kesannya nanti amat baik kepada penonton.

“Kami memang meletakkan syarat di mana penerbit harus mematuhi garis panduan sekiranya ingin drama terbitan mereka disiarkan di stesen kami. Usia kedewasaan kami baru enam bulan, mungkin ada yang kami terlepas pandang tetapi kami tidak akan sewenang-wenangnya meminggirkan hal-hal sensitif yang boleh menjadi isu. Sebaliknya akan sedaya upaya kami hindari.
“Memang tak dinafikan syarat dikenakan kepada penerbit akan sedikit sebanyak membebankan mereka tetapi sebagai sebuah stesen yang berpaksikan kepada keislaman, kami perlu mengambil kira semua perkara.

“P Ramlee sendiri tidak memerlukan adegan menjolok mata untuk menggambarkan babak yang sensitif, cukup hanya disampaikan secara simbolik tetapi penonton masih boleh faham dan karyanya terus evergreen.

“Kalau boleh kami pun mahu menjadi seperti itu, di mana mesej yang ingin kami ketengahkan disampaikan dalam suasana santai. Tetapi sebenarnya ada pengajaran besar yang berlaku,” kata Jamil Khir lagi.

Selain Jamil, rancangan istimewa selama dua jam bermula jam 9 malam itu turut mengundang beberapa personaliti, pengarah dan artis tempatan. Dihoskan oleh Syafiq, Zulakifli, Mohd Amin Idris dan Irma Hasmie turut menemuramah kumpulan Al Mawlid, Mustaffa Daood dari kumpulan Debu, Studio Muallaf & Friends, Erma Fatimah, Wan Hasliza, Wan Kamaruddin serta ramai lagi.

Menerusi AlHijrah juga, penonton mendapat kefahaman mengenai peranan dimainkan Jabatan Perdana Menteri terhadap masyarakat seperti pembahagian zakat, bantuan kepada anak yatim dan fakir miskin serta banyak lagi.

Walaupun berkonsepkan keislaman, stesen TV AlHijrah juga tidak akan meminggirkan program berunsurkan hiburan asalkan masih berlandaskan nilai kerohanian. Stesen berkenaan juga akan memperkenalkan program berkonsepkan realiti kerana populariti program sedemikian di kalangan penonton.

“Apabila menyebut TV Alhijrah, saya tidak mahu penonton mengaitkan stesen ini dengan ceramah agama atau azan semata-mata, tetapi kami mahu stesen ini menjadi medan di dalam pembentukan sahsiah dan ibadah tidak hanya untuk golongan anak-anak tetapi dewasa dan juga untuk seisi keluarga.

“Dengan konsep yang kita perkenalkan ini, ia juga tentunya mendatangkan cabaran kepada TV Alhijrah kerana kami tidak mahu dilihat pada skop yang sempit.

Hiburan yang akan diketengahkan oleh stesen ini juga tidak akan bersifat stereotaip. Kita akan cuba mengundang artis dari luar negara seperti Australia, Afrika, Amerika untuk mewarnai lagi program kami,” kata Jamil lagi.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Bukhari Che Muda pula berkata, program yang disiarkan enam bulan lepas akan ditayangkan kembali untuk memberi peluang kepada pelanggan Astro yang terlepas program menarik di stesen berkenaan untuk menikmatinya kembali.

Bagaimanapun pada masa sama, TV AlHijrah akan terus memperkenalkan program baru kepada penontonnya seperti drama epik bersiri Alauddin terbitan KL Motion Pictures yang menemui penonton setiap Sabtu jam 8.30 malam dan drama Kitab Cinta arahan Erma Fatima yang menemui penonton setiap Rabu hingga Jumaat, jam 8.30 malam.

Sejak memulakan siaran pada 1 Disember, program yang mendapat jumlah tontonan tinggi ialah slot drama, program Majalah Islam, Misteri Alam Melayu dan Ejen Halal. Saluran TV AlHijrah memulakan siaran dari jam 12 tengahari hingga 12 tengah malam pada Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis dan menemui penonton lebih awal bermula jam 7 pagi pada Jumaat, Sabtu serta Ahad.






Alhamdulillah...akhirnya rakyat Malaysia dihidangkan juga dengan siaran TV yang dapat menyumbang kepada kesucian rohani......terpulang pada kita untuk memilih!



1 comment:

  1. Salam
    Sapa ingat tahun2 awal TV Alhijrah dulu ada satu rancangan kanak2, watak2 dlm rancgn ni satu keluarga kucing yg tinggal di sebuah rumah; ibu, bapa dan 2 anak kucing. Watak dibuat dpd keratan kertas/kadbod (cardboard cutout) dan tiada dialog berbahasa..seingat saya sekadar bunyi2 kucing utk komunikasi. Rasanya rancangan dari Korea.
    Terima kasih kalo ada sapa tahu nama rancangan tu..

    ReplyDelete