Saturday, November 19, 2011

Rasulullah Menangis diPadang Masyar..

Selawat ke atas nabi Muhammad S.A.W.
SayangilahBaginda Rasulullah...
Cintailah Baginda Rasulullah...
Kerana
Rasulullah tersangat sayangkan umatnya...
Sayang Rasulullah kepada kita hinggalah tibanya hari kiamat...
Semoga...
Kita semua beroleh syafaat Rasulullah SAW..

Sollu 'ala Nabi...

Detik2 Pemergian Rasulullah.....Part 2

Detik2 pemergian Rasulullah...dan keadaan para sahabat...peristiwa ini berlaku di Madinah..

Saturday, November 5, 2011

Amalan Menjelang 10 Zulhijjah



Kedatangan 10 Zulhijah yang penuh kerahmatan, hendaklah disambut dengan berbanyak kesyukuran kerana berjaya melaksanakan ibadat haji, dan bagi mereka yang tidak mengerjakan haji, mereka telah berjaya menunaikan puasa dari 1 – 9 Zulhijjah.
Nabi Muhammad SAW bersabda:  “Tidak ada hari-hari yang lebih disukai oleh Allah di kala Dia disembah daripada sepuluh Zulhijjah.”  (Hadis riwayat Abu Hurairah).

Apabila tiba 10 hari bulan Zulhijah yang lebih dikenali dengan Hari Raya Korban, maka hendaklah pergandakan usaha untuk melakukan ketaatan kerana sesungguhnya ia adalah hari yang paling afdal di sisi Allah SWT dan dijadikan kehormatan pada sebelah siangnya.
 .
.
Beberapa amalan yang dianjurkan bagi menyambut Hari Raya Korban (Hari Raya Aidiladha) adalah:-
.

SEBELUM 10 ZULHIJAH

  1. Memperbanyakkan takbir dan tahmid kepada Allah.
  2. Memperbanyakkan amalan sunat pada malam hari raya Aidiladha.
  3. Bersederhana dalam persiapan menyambut raya bagi mengelakkan pembaziran.
 .
.

PAGI 10 ZULHIJAH

  1. Mandi sunat Aidiladha pada pagi harinya.
  2. Memakai pakaian baru dan bersih sebagai tanda syukur kepada Allah.
  3. Memakai haruman dan wangian yang menyenangkan.
  4. Memohon keampunan dan bermaaf-maafan sesama ahli keluarga.
  5. Sunat menjamah makan-minum selepas selesai solat Aidiladha.
  6. Menggunakan jalan berbeza sewaktu pergi dan pulang dari masjid.
  7. Lebih afdal dengan berjalan kaki jika masjid tidak terlalu jauh.
  8. Bertakbir, tahmid dan tahlil bermula dari malam 10 Zulhijjah hingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah (Takbir Muqayyad).
  9. Bersolat sunat hari raya dan mendengar khutbah penuh penghayatan.
  10. Ziarah menziarahi kaum keluarga, jiran tetangga, dan sahabat handai.
  11. Bersedekah kepada mereka yang memerlukan.
  12. Elakkan sambutan hari raya daripada perkara yang ditegah syarak.
 .
.
Niat Mandi Sunat Hari Raya Aidiladha:

نَوَيْتُ الْغُسْلَ مِنْ يَوْمِ عِيدِ اْلاَضْحَى سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى

Daku berniat mandi sunat Aidiladha kerana Allah Ta’ala.
 .
.

HARI RAYA KORBAN

Aidiladha adalah bagi mengikis kelekaan terhadap keduniaan. Ia juga menilai di antara ketaksuban mencintai harta duniawi atau sanggup mengeluarkan sebahagiannya bagi mendapatkan keredaan Allah SWT.
 .

1. Takbir

Suasana hari Tasyrik bersamaan Hari Raya Korban ini hendaklah dihiasi dengan takbir, tasbih, tahlil, tahmid, beristighfar dan perbanyakkan membaca al-Quran serta memperhatikan maknanya, terutama selepas setiap solat fardu.
.
Rasulullah SAW menyarankan umat Islam menyambut hari raya dengan banyak memuji kebesaran Allah. Nabi Muhammad bersabda: “Hiasilah hari raya (Aildilfitri dan Aldiladha) kamu dengan takbir, tahlil, tahmid dan taqdis (mengingati dan mengagungkan Allah).”  (Hadis riwayat al-Thabrani).
.
Pada Hari Raya Haji / Aidiladha disunatkan bertakbir (Takbir Muqayyad) setiap kali selepas solat fardu, bermula dari Subuh Hari Arafah (9 Zulhijjah) sehingga waktu Asar pada hari ke 3 Tasyriq, iaitu 13 Zulhijjah.

اَللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ وَالِلَّهِ الْحَمْدُ.   ( × 5/3)

اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْنَ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ وَالِلَّهِ الْحَمْدُ

 Allah Maha Besar sebenar-benar agung, segala pujian bagi Allah. Maha suci Allah pada waktu pagi dan petang, tiada Tuhan yang disembah melain-kan Allah. Dan kami tidak menyembah melainkan kepada-Nya dengan ikhlas hati. Baginya agama walaupun dibenci oleh orang kafir. Tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Esa. Ia membenarkan janji-Nya, membantu hamba-Nya, memuliakan tentera-Nya dan Dia sendiri menewaskan pakatan musuh.
.
.

2.  Banyakkan membaca doa Nabi Yunus:

لآ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنْ الظَّالِمِيْنَ

Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini dari golongan orang yang aniaya.
.
Ketika ditelan oleh ikan nun, dalam kegelapan malam dan kegelapan lautan, Nabi Yunus berdoa dengan doa ini. Lalu, Allah menyelamatkannya dan ikan itu memuntahkannya.
Seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah saw: “Wahai Rasulullah, adakah doa ini hanya khusus untuk Nabi Yunus atau untuk orang mukmin secara umum?”
Rasulullah menjawab dengan firman Allah bermaksud: “Dan kami selamatkannya daripada kesusahan. Begitu jugalah kami akan menyelamatkan orang mukmin.” (Surah al-Anbiyaa’, ayat 88)
.
.

3.  Berdoa Taubat

Perbanyakkan berdoa kehadrat Allah, terutama merayu kepada-Nya supaya Allah mengangkat kemarahan dan kemurkaan-Nya daripada kita.
Kita merayu kepada-Nya janganlah dibalas jika kita terlupa atau tersilap. Merayu kepada-Nya agar Dia tidak menguji kita dengan sesuatu yang tidak mampu dipikul.
Merayulah kepada Allah, agar Dia memaaf, mengampun dan mengasihi kita. Dialah pelindung dan Dialah yang akan memberi kemenangan kepada kita.
 .
.

4.  Solat Sunat Aidiladha

Solat Sunat Aidiladha dua rakaat adalah sunat muaakkad, yang dilakukan pada waktu pagi 10 Zulhijah. Ia merupakan penghormatan dan kesyukuran kepada umat Islam yang sedang mengerjakan ibadah Haji, di Tanah Suci Mekah.
 .
 .

5.  Ibadah Korban

Aidiladha disebut juga Hari Raya Korban. Kata `Adha’ adalah bentuk jamak daripada kata `dahiyah’ yang bererti haiwan korban. Korban atau udhiah bermaksud menyembelih haiwan tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an’am iaitu unta, lembu, kerbau, biri-biri dan kambing.
 .
Nabi Muhammad SAW telah bersabda: “Tiada sesuatu amalan anak Adam di hari Nahar (Hari Raya Korban) yang lebih disukai Allah selain menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi) dengan cukup segala tubuh anggota, cukup bulunya, tanduknya, dan kuku-kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban telah terletak pada suatu tempat di sisi Allah SWT. sebelum mengalir ke tanah. Kerana itu berbahagialah dirimu dengannya.”       Hadis Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim.
.
Ibadat korban Aidiladha boleh dilakukan selama empat hari bermula 10 Zulhijjah, iaitu pada Hari Nahar atau Hari Raya Haji (10 Zulhijah) dan pada hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.
 .
.

HIKMAH AIDILADHA

  • Hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan.
  • Meninggalkan perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah seperti maksiat, kesombongan, pertengkaran, bermasam muka dan sebagainya.
Sumber: Sharfiqolbu.wordpress.com

Amalan bulan Zulhijjah

Setiap Muslim wajib merebut kemuliaan sepanjang Zulhijah dengan mengambil iktibar dan inisiatif menjana akidah tauhid dan menjalin ikatan ukhuwah dalam usaha mengembalikan kecemerlangan dan kegemilangan umat Islam dalam pelbagai aspek kehidupan sejagat.
.
Banyak keutamaan dan kelebihan orang yang memuliakan 10 hari permulaan Zulhijah dengan melakukan amal salih. Rasulullah SAW bersabda;

ماالعمل فى ايام افضل منها فى هذه. قالوا: ولا الجهاد? قال: ولاالجهاد الا رجل خرج يخاطربنفسه وماله فلم يرجع بشيء.

“Tidak ada hari di mana amal soleh pada masa itu lebih dicintai oleh Allah daripada hari-hari ini, iaitu: sepuluh hari dari bulan Zulhijjah.” Mereka bertanya, “Ya Rasulullah, tidak juga jihad fi sabilillah?”. Baginda menjawab, “Tidak juga jihad fi sabilillah, kecuali orang yang keluar (berjihad) dengan jiwa dan hartanya, kemudian tidak kembali dengan suatu apa pun.” (HR. Bukhari daripada Ibnu ‘Abbas).
.
.

Amalan 10 Hari Pertama Zulhijjah

Berikut ini beberapa jenis ibadah yang disyariatkan pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah,
 .
l.  Menunaikan sebaik-baik amalan iaitu ibadat haji dan umrah.
Sabda Nabi SAW:

العمرة الى العمرة كفارة لمابينهما, والحج المبرور ليس له جزاء الا الجنة.

“Satu umrah ke umrah yang lain menghapuskan (dosa) yang dilakukan di antara kedua-duanya dan haji yang baik (mabrur) tiada baginya balasan melainkan syurga.”  (Muttafaq alaih dari Abu Hurairah)
.
.
2. Berpuasa pada hari Arafah.
Yang paling utama adalah tarikh ke-9, iaitu puasa pada hari Arafah bagi umat islam yang tidak sedang melaksanakan ibadah haji. Puasa ini menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.

عن ابي قتادة قال: سئل رسول الله عن صوم يوم عرفة? فقال: يكفر االسنة الماضية و الباقية

Dari Abu Qatadah, ia berkata: Rasulullah SAWpernah ditanya perihal berpuasa pada hari ‘Arafah. Maka Baginda menjawab, “Dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelum dan sesudahnya.” (HR. Imam Muslim)
.
.
3.  Memperbanyak Dzikir dan Takbir pada hari-hari tersebut
Firman Allah SWT dalam Al-Hajj: 28:

و يذكر وا اسم الله فى أيام معلومت

“… Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada hari-hari yang telah ditentukan …” .
Para ahli tafsir menafsirkannya dengan 10 hari dari bulan Zulhijjah. Kerana itu, para ulama menganjurkan untuk memperbanyak zikir pada hari-hari tersebut.
.
.
4. Perbanyakkanlah bertahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah).
.
.
5. Bertaubat dan meninggalkan segala maksiat dan dosa.
Tidak ada satu manusia biasa pun yang luput dari dosa dan maksiat, hal ini merupakan sunnatullah. Di antara yang dapat menghapuskan dosa dan maksiat adalah dengan bertaubat dan istighfar. Rasulullah SAW bersabda:

لو لم تذنبوا لذهب الله بكم و لجآء بقوم يذنبون ثم يستغفرون فيغفرلهم

“Seandainya kamu tidak pernah berbuat dosa, pastilah Allah membinasakan kamu dan akan didatangkannya suatu kaum yang melakukan dosa, lalu mereka beristighfar dan Allah pun mengampuni mereka.” (HR. dari Abu Ayyub Al-Ansari)
.
.
6. Bertakbir pada hari-hari yang mulia di waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan solat fardu yang dikerjakan secara berjemaah.
Bagi mereka yang tidak mengerjakan ibadah haji, takbir bermula dari Subuh hari Arafah (9 Zulhijah) dan bagi yang menunaikannya takbir bermula pada waktu Zuhur hari raya haji (10 Zulhijah). Semuanya berakhir sehingga waktu Asar pada hari 13 Zulhijah.
.
Disyariatkan pada hari-hari tersebut untuk ‘Takbir Muthlaq’, iaitu pada bila-bila masa sampai pelaksanaan Solat Sunat Aidil Adha.
Dan disyariatkan juga Takbir Muqayyad, iaitu yang dilakukan setiap selesai solat fardhuSubuh Hari ‘Arafah hingga Asar akhir hari-hari Tasyrik. berjemaah. Bermula daripada
Adapun lafaznya:

الله اكبر الله اكبر (الله اكبر), لاإله الا الله, الله اكبر الله اكبر و لله الحمد

.
Imam Ishaq meriwayatkan bahawa fuqaha (ahli fikah) di kalangan tabien (generasi selepas sahabat Nabi) sentiasa membaca pada hari itu “Allahu Akbar, Allahu Akbar, La Ilaha Illa Allah, wa Allahu Akbar, Allahu Akbar, wa LillahI Hamdu”.
.
.
7.  Sentiasa melakukan ketaatan kepada Allah, berzikir, bersyukur, menunaikan perintah dan menjauhi larangan-Nya serta mendekatkan diri kepada-Nya semoga mendapat rahmat dan keampunan-Nya.
.
.
8.  Memperbanyakkan amalan soleh (baik) terutama amalan sunat tambahan seperti solat sunat, bersedekah, berjihad, membaca al-Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya. Hal ini kerana semuanya akan digandakan pada hari itu.
.
.
9. Melaksanakan Solat Sunat Aidil Adha
Menunaikan solat hari raya secara berjemaah dan mendengar khutbahnya.
  • Nabi SAW selalu melakukan solat Aidil Adha di setiap kedua-dua hari raya, secara berjemaah dan tidak pernah meninggalkannya sekalipun, bermula dari disyariatkannya sampai beliau wafat.

  • Baginda memerintahkan kepada kaum kaum muslimin dan muslimat untuk turut melaksanakannya, bahkan wanita yang sedang haid pun disarankan untuk menghadiri tetapi tidak melakukannya.
.
.
10. Mengerjakan amalan korban  pada hari raya haji dan hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijah). Ia adalah sunnah (amalan) Nabi Ibrahim selepas Allah mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya, Nabi Ismail tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan untuk disembelih.
.
Nabi Muhammad SAW telah bersabda: “Tiada satu amalan yang paling dicintai Allah SWT. daripada Bani Adam a.s ketika Hari Raya Aidul Adha selain menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi) dengan tanduk, bulu dan kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban telah terletak pada suatu tempat di sisi Allah SWT. sebelum mengalir ke tanah. Kerana itu berbahagialah dirimu dengannya.”  (Hadis Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim.)
.
.
Begitu besar keutamaan 10 hari pertama bulan Zulhijjah, semua amal soleh yang dikerjakan pada hari itu lebih dicintai Allah daripada hari-hari yang lain. Jangan sampai disia-siakan peluang ini… Maka marilah kita ikhlaskan niat dan perbanyakkanlah amal soleh dengan mengikuti ibadah-ibadah yang disyariatkan tersebut.

Sumber: Shafieqolbu.wordpress

Cara solat Sunat Aidiladha....


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Solat Sunat Hari Raya Aidil Adha dua rakaat adalah sunat muaakkad, yang dilakukan pada waktu pagi 10 Zulhijah. Ia merupakan penghormatan dan kesyukuran kepada umat Islam yang sedang mengerjakan ibadah Haji di Tanah Suci Makkah. Solat Sunat Aidil Adha (Hari Raya Korban) digalakkan diawalkan waktunya bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan haiwan koban.
 .
.

 A.  Cara Melaksanakan Solat Aidil Adha

1.  Niat:

اُصَلِّىْ سُنَّةَ عَيْدِ اْلاَضْحَى رَكْعَتَيْنِ (إِمَامًا / مَأْمُوْمًا) لِلَّهِ تَعَالَى

Daku bersolat sunat Aidil Adha, dua raka’at (imam / makmum) kerana Allah Ta’ala.

.

.

2.  Pada rakaat pertama:

   a.  Selepas mengucapkan lafaz Takbiratul-ihram dan membaca doa Iftitah, bertakbirlah (اَلله ُ اَكْبَرُ) sebanyak 7 X dan diselangi bacaan tasbih:

سُبْحَانَ اللهِ  وَالْحَمْدُ لِلَّهِ  وَلآ اِلَهَ اِلاَّ الله ُ وَالله ُ اَكْبَرُ  وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ اِلاَّ بِاللهِ الْعَلِىِّ الْعَظِيْمِ

Maha Suci Allah dan segala kepujian bagi Allah. Tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar. Tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan yang Maha Tinggi lagi Maha Agong.
.
b.    Setelah bertakbir dan bacaan tasbih ke-tujuh, bacalah surah al-Fatihah dan surah al-Qaf atau al-A’laa atau Al-Khafiruun.
.
c.      Lakukan rukun seterusnya seperti solat biasa.
.
.
3.  Rakaat ke-dua:
a.     Bangun dari sujud, bertakbir (اَلله ُ اَكْبَرُ) sebanyak 5 X, diselangi lagi tasbih seperti rakaat pertama.

سُبْحَانَ اللهِ  وَالْحَمْدُ لِلَّهِ  وَلآ اِلَهَ اِلاَّ الله ُ وَالله ُ اَكْبَرُ  وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ اِلاَّ بِاللهِ الْعَلِىِّ الْعَظِيْمِ

Maha Suci Allah dan segala kepujian bagi Allah. Tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar. Tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan yang Maha Tinggi lagi Maha Agong.
.
b.    Membaca Al-Fatihah dan Al-Ghaasyiyah atau Al-Ikhlas.
.
c.     Teruskan sebagaimana solat yang lain sehingga selesai salam ke-dua.
 .
.

KHUTBAH AIDILADHA

Khatib membacakan dua Khutbah Hari Raya Korban selepas solat Aidiladha yang mengandungi pengertian sambutan Aidiladha, pengajaran penyembelihan korban dan ibadat Haji.
Khutbah pertama didahului dengan 9 kali takbir ( اَلله ُ اَكْبَرُ )  manakala pada permulaan khutbah ke-dua 7 kali takbir dan pada kedua-dua takbir itu diikuti dengan bacaan:

لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَالله ُ أَكْبَرُ، اَلله ُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

Tiada Tuhan melainkan Allah. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan bagi Allah segala kepujian.
.
.

TAKBIR

Suasana hari Tasyrik bersamaan Hari Raya Korban ini hendaklah dihiasi dengan takbir, tasbih, tahlil, tahmid, beristighfar dan perbanyakkan membaca al-Quran serta memperhatikan maknanya, terutama selepas setiap solat fardu.
Takbir adalah slogan seluruh umat Islam. Mereka disatukan oleh kalimah tauhid. Dengan takbir (Allahuakbar), dapat membina keagungan serta memulakan solat, azan, iqamah, pertempuran dan kehidupan. Umat Islam boleh bersatu jika mereka benar-benar mengamalkan apa yang terkandung dalam takbir ini.
Apabila ada kelahiran bayi, maka disunat mengalunkan azan dan qamat pada telinganya. Diucapkan juga ‘Allahuakbar ketika bersedia untuk mendirikan solat dan ketika mula menyembelih binatang atau berkorban. Slogan ‘Allahuakbar’. turut dapat menakutkan musuh dan kaum Muslimin telah mencapai kemenangan dalam peperangan Badar.
Pada Hari Raya Haji terutamanya disunatkan bertakbir setiap kali selepas solat fardu, bermula dari Subuh pada Hari Arafah (9 Zulhijjah) sehingga waktu Asar pada 13 Zulhijjah.

Takbir Raya

اَللهُ أَكْبَرُ اَللهُ أَكْبَرُ اَللهُ أَكْبَرُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ وَالِلَّهِ الْحَمْدُ  × 5/3

اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْنَ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ وَالِلَّهِ الْحَمْدُ   

Allah Maha Besar sebenar-benar agung, segala pujian bagi Allah. Maha suci Allah pada waktu pagi dan petang, tiada Tuhan yang disembah melain-kan Allah. Dan kami tidak menyembah melainkan kepada-Nya dengan ikhlas hati. Baginya agama walaupun dibenci oleh orang kafir. Tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Esa. Ia membenarkan janji-Nya, membantu hamba-Nya, memuliakan tentera-Nya dan Dia sendiri menewaskan pakatan musuh.
.
Banyakkan membaca doa Nabi Yunus:

لآ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنْ الظَّالِمِيْنَ

Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini dari golongan orang yang aniaya.
 .
.

Adab Solat Sunat Hari Raya

1.  Pada Aidil Adha, disunatkan tidak makan terlebih dahulu sampai selesai Solat Aidil Adha.
2. Pada Hari Raya Aidil Adha, boleh dikumandangkan takbir  sejak Subuh hari Arafah (9 Dzul Hijjah ) hingga akhir hari Tasyriq ( 13 Dzulhijjah ).
3.  Makmum yang ‘masbuq’ harus menyempurnakan sendiri solatnya sesuai sifat Solat Hari Raya itu. Iaitu bagi mereka yang terlambat tiba di tempat solat dan mendapati jemaah sedang solat, ia jangan pulang pula, tetapi bergabunglah dan ikutilah, kemudian tambahilah sebanyak rakaat yang tertinggal.
4.  Apabila mereka mendapati jemaah telah selesai solat, maka kerjakanlah Solat Hari Raya Aidil Adha sebanyak dua rakaat; jangan ragu, jangan malu dan kerjakanlah hingga selesai.  Bila selesai Solat Hari Raya Aidil Adha, duduklah dan dengarlah khutbah dengan khusyuk.
5. Disunatkan mendengar khutbah dengan penuh minat dan jangan meninggalkan lapangan masjid sebelum khatib turun dari mimbar, kecuali kerana hal-hal yang sangat memaksa.
6.  Bagi kaum wanita yang dalam keadaan haid, mereka dianjurkan ikut ke lapangan, ambil tempat di bagian pinggir, lalu mendengar khutbah Aidil Adha, demi syiarnya Islam.
7.   Bila hari raya bertepatan dengan hari Jumaat, kewajipan solat Jumaat gugur bagi yang telah Solat Hari Raya sehingga cukup mendirikan Solat Zuhur sahaja.
8.  Adapun imam dan orang yang tidak Solat Hari Raya diharuskan solat Jumaat.
.

HIKMAH AIDILADHA

  1. Hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan.
  2. Meninggalkan perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah seperti maksiat, kesombongan, pertengkaran, bermasam muka dan sebagainya.

Sumber:/shafiqolbu.wordpress.com

Doa di malam Arafah

Salam...esok 10 zulhijjah...mari kita baca doa pada malam arafah....hendaklah kita mengingati Allah sentiasa terutama dihari2 yang penting ini...moga Tuhan mendengar dan memperkenankan doa kita....walaupun kita tidak berada di padang Arafah...Allah maha Kuasa...


يمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Doa Malam Arafah adalah doa ketika jemaah haji berada di Padang Arafah pada 09 Zulhijjah. Doa ini tidak hanya dibaca oleh jemaah haji tetapi juga dianjurkan bagi semua kaum muslimin.
Dengan doa ini diharapkan kita terjaga dari segala bencana, dan disampaikan oleh Allah SAW pada hajat dunia dan akhirat yang kita harapkan. Lebih khusus lagi dengan doa ini kita doakan semoga ibadah haji saudara-saudara kita menjadi haji yang mabrur, diredhai oleh Allah SWT, diberi kesihatan yang baik dan diselamatkan dari segala bencana. Berikut ini di antara bahagian dari rangkaian kalimat doa Malam Arafah:
.
.

بسم الله الرحمن الرحيم

Bismillâhir Rahmânir Rahîm
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
.

اللهم صل على محمد وآل محمد

Allâhumma shalli ‘alâ Muhammad wa âli Muhammad
Ya Allah, sampaikan shalawat kepada Rasulullah dan keluarganya.
.

اَللّهُمَّ يَا شَاهِدَ كُلِّ نَجْوى، وَمَوْضِعَ كُلِّ شَكْوى، وَعالِمَ كُلِّ خَفِيَّة، وَمُنْتَهى كُلِّ حَاجَة، يا مُبْتَدِئًاً بِالنِّعَمِ عَلَى الْعِبادِ، ياكَريمَ الْعَفْوِ، يَا حَسَنَ التَّجاوُزِ، يَا جَوَادُ يَا مَنْ لا يُوَارِي مِنْهُ لَيْلٌ دَاجٍ، وَلاَ بَحْرٌ عَجَّاجٌ، وَلاَ سَمَآءٌ ذَاتُ اَبْرَاجٍ، وَلاَ ظُلَـمٌ ذَاتُ ارْتِتَاجٍ، يَا مَنِ الظُّلْمَةُ عِنْدَهُ ضِيَآءٌ

Allâhumma yâ Syâhidu kulli najwâ. Wa maudhi‘a kulli syakwâ. Wa ‘âlima kulli khafiyyah. Wa muntahâ kulli hâjah. Yâ mubtadian binni’ami ‘alal ‘ibâd.Yâ Kârimal ‘afwi. Yâ hasanat tajâwuz. Yâ Jawâd. Yâ man lâ yuwârî minhu laylun dâjin, wa lâ bahrun ‘ujjâjin, wa lâ samâun dzâta abrâjin, wa lâ zhulmun dzâtartiyâjin. Yâ manizhzhulmatu ‘indahu dhiyâun.
Ya Allah! Wahai Yang Menyaksikan setiap rintihan. Wahai Tumpuan setiap pengaduan Wahai Yang Mengetahui semua rahasia. Wahai Akhir dari segala keperluan Wahai Yang Memulai dengan kenikmatan pada semua hamba-Nya Wahai yang mulia ampunan-Nya. Wahai yang baik maghfirah-Nya. Wahai Yang Maha Dermawan. Wahai Yang dari-Nya tidak tersembunyi kegelapan malam, lautan yang berderu, langit yang berawan tebal dan gelap bercampur badai. Wahai Yang di sisi-Nya gelap menjadi cahaya.
.

اَسْاَلُكَ بِنُورِ وَجْهِكَ الْكَرِيمِْ الَّذِى تَجَلَّيْتَ بِهِ لِلْجَبَلِ فَجَعَلْتَهُ دَكَّاً وَخَرَّ موُسَى صَعِقاً

As-aluka binûri wajhikal karîm alladzî tajallayta bihi liljabali faja’altahu dakkaw wa kharra mûsa sha’iqa.
Aku memohon kepada-Mu dengan cahaya wajah-Mu yang mulia, yang bila Kau tampakkan pada gunung ia hancur dan Musa pun jatuh tersungkur.
.

وَبِاِسْمِكَ الَْمخْزُوْنِ الْمَكْنُوْنِ الْمَكْتُوْبِ الطّاهِرِ الَّذِى اِذَا دُعِيْتَ بِهِ اَجَبْتَ، وَاِذا سُئِلْتَ بِهِ اعَطْيَتْ

Wa bismikal makhzûnil maknûn, al maktûbith thâhiri alladzî idzâ du‘îta bihi awjabta wa idzâ suilta bihi a‘thayta.
Dengan asma-Mu yang tersimpan kokoh, yang tertulis dan suci, yang bila berdoa kepada-Mu dengannya Kau ijabahi, dan bila meminta Kau memberi.
.

وَبِاِسْمِكَ السُّبوُّحِ الْقُدُّوسِ الْبُرْهَانِ الَّذِى هُوَ نوُرٌ عَلَى كُلِّ نُورٍ وَنوُرٌ مِنْ نوُرٍ يُضِيْىُ مِنْهُ كُلُّ نوُر، اِذَا بَلَغَ الاَْرْضَ انْشَقَّتْ، وَاِذَا بَلَغَ السَّمَاوَاتِ فُتِحَتْ، وَاِذَا بَلَغَ الْعَرْشَ اهْتَزَّ

Wa bismikassubûhil quddûsil burhân alladzî huwa nûrun ‘alâ kulli nûr, wa nûrun minnûrin yudhîu minhu kulli nûr, idzâ balaghal ardha insyaqqat, wa idzâ balaghas samâa futihat, wa iddza balaghal ‘arsya ihtazzat.
Dengan asma-Mu yang suci, yang quddus dan jelas, yang berupa cahaya di atas semua cahaya, cahaya dari cahaya yang menyinari sumua cahaya. Yang jika sampai ke bumi ia terbelah, bila sampai ke langit ia terbuka, dan bila sampai ke arasy ia bergoncang.
.

يَا مُجِيْبُ اَسْاَلُكَ بِحَقِّ هَذِهِ الاَْسْمَاءِ وَبِهَذِهِ الدَّعَوَاتِ اَنْ تَغْفِرَ لَنَا مَا قَدَّمْنَا وَما اَخَّرْنَا وَمَا اَسْرَرْنَا وَمَا اَعْلَنَّا وَمَا اَبْدَيْنَا وَمَا اَخْفَيْنَا وَمَا اَنْتَ اَعْلَمُ بِهِ مِنَّا اِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيْرٌ بِرَحْمَتِكَ يَااَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

Yâ mujîbu, as-aluka hihaqqi hâdzihil asmâi wa bihâdzihid da‘awâti, an taghfira lanâ mâ qaddamnâ wa mâ akhkharnâ, wa mâ asrarnâ wa mâ a‘lannâ, wa mâ abdaynâ wa mâ akhfaynâ, wa Anta a‘lamu bihi minnâ, innaka ‘alâ kulli syay-in qadîr, birahmatika yâ Arhamar râhimîn.
Wahai Yang Maha Mengijabah doa. Dengan hak semua nama dan doa yang telah aku sebutkan. Aku memohon kepada-Mu, ampunilah dosa-dosa kami yang lalu dan yang akan datang, yang kami sembunyikan dan yang kami tampakkan, Engkau lebih mengetahui daripada kami, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu. Ampunilah dosa-dosa kami dengan rahmat-Mu, wahai Yang Maha Pengasih dari semua yang mengasihi.
.

يَا حَافِظَ كُلِّ غَرِيْبٍ، يَا مُونِسَ كُلِّ وَحِيْدٍ، يَا قُوَّةَ كُلِّ ضَعِيْفٍ، يَانَاصِرَ كُلِّ مَظْلوُمٍ يَارَازِقَ كُلِّ مَحْرُوْمٍ، يَا مُوْنِسَ كُلِّ مُسْتَوْحِشٍ، يَا صَاحِبَ كُلِّ مُسَافِرٍ، يَا عِمَادَ كُلِّ حَاضِرٍ، يَا غَافِرَ كُلِّ ذَنْبٍ وَخَطيئَة

Yâ Hâfizha kulli gharîb. Yâ Mûnisa kulli wahîd. Yâ Quwwata kulli dha‘îf. Yâ Nâshira kulli mazhlûm. Yâ Râziqa kulli mahrûm. Yâ Mûnisa mustawhisyin. Yâ Shâhiba kulli musâfir. Yâ ‘Imâda kulli hâdhir. Yâ Ghâfira kulli dzanbin wa khathîah.
Wahai Yang Menjaga setiap yang terasing. Wahai Yang Menghibur setiap yang sendirian. Wahai Yang Menguatkan setiap yang lemah. Wahai Yang Menolong setiap yang teraniaya. Wahai Yang Memberi rizki setiap yang terhalangi. Wahai Yang Menghibur setiap yang terhempas. Wahai Yang Menemani setiap musafir. Wahai Yang Menjaga setiap muqimin. Wahai Yang Mengampuni semua dosa dan kesalahan.
.

يَا غِيَاثَ الْمُسْتَغِيْثِيْنَ، يَا صَرِيْخَ الْمُسْتَصْرِخِيْنَ، يَا كَاشِفَ كُرَبِ الْمَكْرُوْبِيْنَ، يَافَارِجَ هَمِّ الْمَهْمُوْمِيْنَ، يَابَدِيْعَ السَّمَاوَاتِ وَالاَْرَضِيْنَ، يَامُنْتَهَى غَايَةَ الطّالِبِيْنَ، يَا مُجِيْبَ دَعْوَةِ الْمُضْطَرِّيْنَ، يَا اَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ، يَارَبَّ الْعَالَمِيْنَ، يَا دَيَّانَِ يَوْمِ الدِّيْنِ

Yâ Ghiyâtsal mustaghîtsîn. Yâ Shârîkhal mustashrikhîn. Yâ Kâsyifa karbil makrûbîn. Ya Fârija hammil mahmûmîn. Yâ Badî‘as samâwâti wal aradhiyîn. Yâ Muntahâ ghâyatith thâlibîn. Ya Mûjîba da‘watil mudhtharrîn. Yâ Arhamar râhimîn. Yâ Rabbal ‘alamîn. Ya Dayyâna yawmid dîn.
Wahai Yang Melindungi setiap yang memohon perlindungan. Wahai Yang Menolong setiap jeritan para pencari pertolongan. Wahai Yang Menghilangkan derita orang-orang yang menderita.Wahai Yang Menggembirakan duka orang-orang yang berduka. Wahai Yang Menciptakan langit dan bumi. Wahai Akhir tujuan para pengharap. Wahai Yang Memperkenankan doa orang-orang yang sengsara. Wahai Yang Maha Pengasih dari semua yang mengasihi. Wahai Tuhan alam semesta. Wahai Yang Membalas pada Hari Pembalasan.
.

يَا اَجْوَدَ اْلاَجْوَدِيْنَ، يَا اَكْرَمَ اْلاَكْرَمِيْنَ، يَا اَسْمَعَ السَّامِعِيْنَ، يَا اَبْصَرَ النَّاظِرِيْنَ، يَا اَقْدَرَ الْقَادِرِيْنَ

Yâ Ajwadal ajwadîn. Yâ Akramal akramîn. Yâ Asma‘as sami‘în. Yâ Absharan nâzhirîn. Yâ Aqdaral qâdirîn.
Wahai Yang Paling Dermawan dari semua yang dermawan. Wahai Yang Paling Mulia dari semua yang mulia. Wahai Yang Maha Mendengar dari semua yang mendengar. Wahai Yang Maha Melihat dari semua yang melihat. Wahai Yang Maha Kuasa dari semua yang berkuasa.
.

اِغْفِرْ لِىَ الذُّنُوْبَ الَّتِى تُغَيِّرُ النِّعَمَ

Ighfir liyadz dzunûbal latî tughayyirun ni‘am.
Ampunilah dosa-dosaku yang merubah kenikmatan.
.

وَاغْفِرْ لِىَ الذُّنُوْبَ الَّتِى تُوْرِثُ النَّدَمَ

Waghfir liyadz dzunûbal latî tûritsun nadam.
Ampunilah dosa-dosaku yang mewarisi penmyesalan.
.

وَاغْفِرْ لِىَ الذُّنوُبَ الَّتِى تُوْرَثُ السَّقَمَ

Waghfir liyadz dzunubal latî tûritsus saqam.
Ampunilah dosa-dosaku yang mendatangkan bencana.
.

وَاغْفِرْ لِىَ الذُّنُوْبَ الَّتِى تَهْتِكُ الْعِصَمَ

Waghfir liyadz dzunûbal latî tahtikul ‘isham.
Ampunilah dosa-dosaku yang meruntuhkan penjagaan.
.

وَاغْفِرْ لِىَ الذُّنوُبَ الَّتى تَرُدُّ الدُّعآءَ

Waghfir liyadz dzunubal latî taruddud du‘â’.
Ampunilah dosa-dosaku yang menahan doa.
.

وَاغْفِرْ لِىَ الذُّنوُبَ الَّتى تَحْبِسُ قَطْرَ السَّمَآءِ

Waghfir liyadz dzunûbal latî tahbisu qathras samâ’.
Ampunilah dosa-dosaku yang menahan turunnya hujan.
.

وَاغْفِرْ لِىَ الذُّنُوْبَ الَّتِى تُعَجِّلُ الْفَنَآءَ

Waghfir liyadz dzunûbal latî tu‘ajjilul fanâ’.
Ampunilah dosa-dosaku yang mempercepat kebinasaan.
.

وَاغْفِرْ لِىَ الذُّنُوبَ الَّتِى تَجْلِبُ الشَّقَآءَ

Waghfir liyadz dzunûbal latî tajlibusy syaqâ’.
Ampunilah dosa-dosaku yang mendatangkan penderitaan.
.

وَاغْفِرْ لِىَ الذُّنُوْبَ الَّتِى تُظْلِمُ الْهَوَآءَ

Waghfir liyadz dzunûbal latî tuzhlimul hawâ.
Ampunilah dosa-dosaku yang mengelapkan hati.
.

وَاغْفِرْ لِىَ الذُّنُوْبَ الَّتِى تَكْشِفُ الْغِطَآءَ

Waghfir liyadz dzunûbal latî taksyiful ghithâ’.
Ampunilah dosa-dosaku yang mengungkap tirai.
.

وَاغْفِرْ لِىَ الذُّنوُبَ الَّتى لاَ يَغْفِرُهَا غَيْرُكَ يَا اَللهُ

Waghfir liyadz dzunûbal latî lâ yaghfiruhâ ghayruka yâ Allâh.
Ampunilah dosa-dosaku yang tiada memaafkannya kecuali Engkau, ya Allah.
.

وَاحْمِلْ عَنِّى كُلَّ تَبِعَة لاَحَدٍ مِنْ خَلْقِكَ، وَاجْعَلْ لِى مِنْ اَمْرِى فَرَجاً وَمَخْرَجاً وَيُسْراً، وَاَنْزِلْ يَقينَكَ فِى صَدْرِى، وَرَجَآءَكَ فِى قَلْبِى حَتَّى لاَ اَرْجُوَ غَيْرَكَ

Wahmil ‘annî kulla tabî‘atin liahadin min khalqika. Waj’allî min amrîfarajan wa makhrajan wa yusrâ. Wa anzil yaqînaka fî shadrî wa rajâaka fî qalbî, hattâ lâ arju ghayraka.
Jauhkan dariku setiap akibat buruk dari makhluk-Mu. Jadikan urusanku kebahagiaan bagiku, jalan keluar dan kemudahan. Tanamkan ke dalam dadaku keyakinan pada-Mu, dan ke dalam kalbuku harapan pada-Mu. Sehingga aku tidak berharap kepada selain-Mu.
.

اَللَّهُمَّ احْفَظْنِى وَعَافِنِى فِى مَقَامِى وَاصْحَبْنِى فِى لَيْلِى وَنَهَارِى وَمِنْ بَيْنِ يَدَىَّ وَمِنْ خَلْفِى وَعَنْ يَمِيْنِى وَعَنْ شِمَالِى وَمِنْ فَوْقِى وَمِنْ تَحْتِى

Allâhummahfazhnî wa ‘âfinî fî maqâmî. Washhabnî fî laylî wa nahârî wa min bayni yadayya wa min khalfî wa ‘an yamînî wa ‘an syimâlî wa min fawqî wa min tahtî.
Ya Allah! Jagalah daku dan selamatkan daku dalam keadaanku ini. Temani daku pada malam dan siangku, di depan dan di belakangku, di kanan dan kiriku, di atas dan di bawahku.
.

وَيَسِّرْ لِىَ السَّبِيْلَ، وَاَحْسِنْ لِىَ التَّيْسِيْرَ، وَلاَ تَخْذُلْنى فِى الْعَسِيْرِ، وَاهْدِنِى يَا خَيْرَ دَليْلٍ، وَلاَ تَكِلْنِى اِلِى نَفْسِى فِى اْلاُْموُرِ، وَلَقِّنِى كُلَّ سُرُوْرٍ

Wa yassir liyas sabîla, wa ahsin liyat taysîr. Wa lâ takhdzulnî fil ‘asîr. Wahdinî yâ khayra dalîl. Wa lâ takilnî ilâ nafsî fil umûri, wa laqqinî kulla surûr.
Mudahkan daku dalam perjalanan. Muliakan daku dengan kemudahan. Jangan hinakan daku dengan kesulitan. Berilah daku petunjuk Wahai Pemberi petunjuk yang terbaik. Jangan biarkan aku sendirian dalam segala urusanku. Karuniakan padaku setiap kebahagiaan.
.

وَاقْلِبْنِى اِلَى اَهْلِى بِالْفَلاَحِ وَالنَّجَاحِ مَحْبوُراًً مَحْبوُراً فِى الْعاجِلِ وَالاَْجَلِ اِنَّكَ عَلى كُلِّ شَىْء قَديرٌ

Waqlibnî ilâ ahlî bil falâhi wan najâhi mahbûran fil âajili wal âjili. Innaka ‘alâ kulli syay-in qadîr.
Kembalikan daku pada keluargaku dengan keberuntungan dan keselamatan yang dihiasi kebahagiaan, cepat atau lambat. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.
.

وَارْزُقْنى مِنْ فَضْلِكَ، وَاَوْسِعْ عَلَىَّ مِنْ طَيِّباتِ رِزْقِكَ، وَاسْتَعْمِلْنى فى طاعَتِكَ، وَاَجِرْنى مِنْ عَذابِكَ وَنارِكَ، وَاقْلِبْنى اِذا تَوَفَّيْتَنى اِلى جَنَّتِكَ بِرَحْمَتِكَ

Warzuqni min fadhlika, wa awsi‘ ‘alayya min thayyibâti rizqika. Wasta‘milnî fî thâ‘atika, wa ajirnî min ‘adzâbika wa nârika. Waqlibnî idzâ tawaffaytanî ilâ jannatika birahmatika.
Anugerahkan padaku karunia-Mu. Luaskan bagiku rizki-Mu yang baik. Anugerahkan padaku kekuatan beramal untuk beramal dalam ketaatan pada-Mu. Selamatkan daku dari siksa-Mu dan neraka-Mu. Masukkan daku ke surga-Mu dengan rahmat-Mu ketika aku kembali kepada-Mu.
.

اَللّهُمَّ اِنّى اَعوُذُ بِكَ مِنْ زَوالِ نِعْمَتِكَ، وَمِنْ تَحْويلِ عافِيَتِكَ، وَمِنْ حُلوُلِ نَقِمَتِكَ وَمِنْ نُزوُلِ عَذابِكَ، وَاَعُوْذُ بِكَ مِنْ جَهْدِ الْبَلاَءِ، وَدَرَكِ الشِّقَآءِ، وَمِنْ سُوءِ الْقَضَآءِ، وَشَمَاتَةِ الاَْعْدَآءِ، وَمِنْ شَرِّ مَا يَنْزِلُ مِنَ السَّمآءِ، وَمِنْ شَرِّ مافِى الْكِتَابِ الْمُنْزَلِ

Allâhumma innî a‘ûdzubika min zawâli ni‘matika, wa min tahwîli ‘âfiyatika, wa min hulûli niqmatika, wa min nuzûli ‘adzâbika, wa a‘ûdzubika min juhdil balâi wa darakisy syaqâ’, wa min sûil qadhâi wa syamâtatil a‘dâi, wa min syarri mâ yanzilu minas samâi, wa min syarri mâ fil kitabil munzal.
Ya Allah, sungguh aku berlindung kepada-Mu dari: hilangnya nikmat-Mu, berubahnya kesalamatan-Mu, datangnya siksa dan azab-Mu. Aku berlindung kepada-Mu dari bala’ yang berat dan kesengsaraan, dari takdir yang buruk dan kejahatan musuh-musuh-Mu, dari keburukan yang datang dari langit dan keburukan yang disebutkan dalam kitab-Mu yang diturunkan kepada Rasul-Mu.
.

اَللّهُمَّ لا تَجْعَلْنِى مِنَ الاَْشْرَارِ، وَلاَ مِنْ اَصْحَابِ النَّارِ، وَلاَ تَحْرِمْنِى صُحْبَةَ الاَْخْيَارِ، وَاَحْيِنِى حَيَاةً طَيِّبَةً وَتَوَفَّنِى وَفَاةً طَيِّبَةً تُلْحِقْنِى بِالاَبْرَارِ، وَارْزُقْنِى مُرَافَقَةِ الاَنْبِيَآءِ فِى مَقْعَدِ صِدْقِ عِنْدَ مَلِيْكٍ مُقْتَدِر

Allâhumma lâ taj’alnî minal asyrâri. Wa lâ min ashhâbin nâri. Wa lâ tahrimnî shuhbatal akhyâri. Wa ahyinî hayâtan thayyibah. Wa tawaffanî wafâtan thayyibatan tulhiqunî bil abrâr. Warzuqnî murâfaqatal ambiyâi fî maq‘adi shidqin ‘inda malîkin muqtadir.
Ya Allah, jangan golongkan aku dengan orang-orang yang buruk dan penghuni neraka. Jangan halangi aku untuk bersahabat dengan orang-orang yang baik. Hidupkan aku dengan kehidupan yang baik. Matikan aku dengan kematian yang baik yang menyusulkan aku pada orang yang baik. Anugerahkan padaku persahabatan dengan para Nabi di tempat yang benar di sisi Penguasa Yang Maha Kuasa.
.

اَللّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ عَلَى حُسْنِ بَلاَئِكَ وَصُنْعِكَ، وَلَكَ الْحَمْدُ عَلَى الاِْسْلاَمِ وَاتِّبَاعِ السُّنَةِ

Allâhumma lakal hamdu ‘ala husni balâika wa shun’ika. Wa lakal hamdu ‘alal islâmi wattibâ‘is sunnah.
Ya Allah, segala puji bagi-Mu yang telah membawa mereka pada kebaikan ujian-Mu dan ciptaan-Mu. Segala puji bagi-Mu yang telah membawa mereka pada agama Islam dan mengikuti sunnah Nabi-Mu.
.

يَا رَبِّ كَمَا هَدَيْتَهُمْ لِدِيْنِكَ وَعَلَّمْتَهُمْ كِتَابَكَ فَاهْدِنَا وَعَلِّمْنا

Yâ Rabbi, kamâ hadaytahum lidînika wa ‘allamtahum kitâbaka fahdinâ wa ‘allimnâ.
Ya Rabbi, sebagaimana telah Kau tunjuki mereka pada agama-Mu dan Kau ajarkan kepada mereka kitab-Mu, maka tunjuki kami dan ajari kami.
.

وَلَكَ الْحَمْدُ عَلَى حُسْنِ بَلائَِكَ وَصُنْعِكَ عِنْدِى خَآصَّةً كَمَا خَلَقْتَنِى فَاَحْسَنْتَ خَلْقِى، وَعَلَّمْتَنِى فَاَحْسَنْتَ تَعْلِيْمِى، وَهَدَيْتَنِى فَاَحْسَنْتَ هِدَايَتِى. فَلَكَ الْحَمْدُ عَلَى اِنْعَامِكَ عَلَىَّ قَدِيْماً وَحَدِيْثاً

Falakal hamdu ‘alâ husni balâika wa shun‘ika khâshshatan. Kamâ khalaqtanî fa-ahsanta khalqî. Wa ‘allamtanî fa-ahsanta ta‘lîmî. Wa hadaytanî fa-ahsanta hidâyatî. Falakal hamdu ‘alâ in‘âmika ‘alayya qadîman wa hadîtsan.
Segala puji bagi-Mu yang telah membawa daku pada kebaikan ujian-Mu dan ciptaan-Mu secara khusus bagiku. Sebagaimana Kau ciptakan daku lalu Kau jadikan aku dengan ciptakan yang baik, Kau ajari daku lalu Kau baguskan pengajaran padaku. Kau tunjuki daku lalu Kau baguskan petunjuk bagiku.
Segala puji hanya milik-Mu puji atas segala nikmat yang telah Kau berikan padaku yang dahulu atau yang baru.
.

فَكَمْ مِنْ كَرْبٍ يَا سَيِّدِى قَدْ فَرَّجْتَهُ، وَكَمْ مِنْ غَمٍّ يَا سَيِّدِى قَدْ نَفَّسْتَهُ، وَ كَمْ مِنْ هَمٍّ يَا سيِّدِى قَدْ كَشَفْتَه، وَكَمْ مَنْ بَلاَءٍ يَا سيِّدِى قَد صَرَفْتَه وَكَمْ مِنْ عَيْبٍ يَا سَيِّدِى قَدْ سَتَرْتَهُ، فَلَكَ الْحَمْدُ عَلَى كُلِّ حَال فِى كُلِّ مَثْوًى وَزَمَان وَمُنْقَلَب وَمَقَام، وَعَلَى هَذِهِ الْحَالِ وَكُلِّ حَال

Fakam min kurbin yâ Sayyidî qad farajatahu. Wa kam min hammin yâ Sayyidî qad kasyaftahu. Wa kam min balâin yâ Sayyidî qad sharaftahu. Wa kam min ‘aybin yâ Sayyidî qad satartahu. Falakal hamdu ‘alâ kulli hâlin fî kulli matswâ wa zamânin wa munqalibin wa maqâmin wa ‘alâ hâdzihil hâli wa kulli hâl(in).
Betapa banyak penderitaan, duhai Junjunganku, yang Engkau bahagiakan. Betapa banyak kesengsaraan, duhai Junjunganku, yang Engkau hilangkan. Betapa banyak kesulitan, duhai Junjunganku, yang Engkau lepaskan. Betapa banyak cobaan, duhai Junjunganku yang Engkau singkirkan. Dan betapa banyak aib, duhai Junjunganku, yang Engkau rahasiakan. Segala puji hanya milik-Mu puji dalam segala keadaan, tempat dan waktu, dalam keadaan ini dan segala keadaan.
.

اَللّهُمَّ اجْعَلْنِى مِنْ اَفْضَلِ عِبَادِكَ نَصِيْباً فِى هَذَا الْيَوْمِ مِنْ خَيْر تَقْسِمُهُ اَوْ ضُرٍّ تَكْشِفُهُ اَوْ سُوءٍ تَصْرِفُهُ اَوْ بَلاَء تَدْفَعُهُ اَوْ خَيْر تَسوُقُهُ اَوْ رَحْمَة تَنْشُرُهَا اَوْ عَافِيَة تُلْبِسُهَا، فَاِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيْرٌ وَبِيَدِكَ خَزَآئِنُ السَّمَاوَاتِ وَالاَْرْضِ

Allâhummaj‘alnî min afdhali ‘ibâdika nashîban fî hâdzal yawmi min khayrin taqsimuhu, aw dhurrin taksyifuhu, aw sûin tashrifuhu, aw balâintadfa‘uhu, aw khayrin tasûquhu, aw rahmatin tansyuruhâ, aw ‘âfiyatin tulbisuhâ. Fa innaka ‘alâ kulli syay-in qadîr. Wa biyadika khazâinus samâwâti wal ardh(i).
Ya Allah, jadikan aku tergolong kepada hamba-hamba-Mu yang memperoleh bagian yang paling utama pada hari ini dari: kebaikan yang Engkau bagikan, atau penderitaan yang Engkau hilangkan. kesulitan yang Engkau singkirkan, cobaan yang Engkau tolakkan, atau kebaikan yang Engkau curahkan, rahmat yang Engkau sebarkan keselamatan yang Engkau bungkuskan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu. Hanya di tangan-Mu semua khazanah langit dan bumi.
.

وَاَنْتَ الْوَاحِدُ الْكَرِيْمُ الْمُعْطِى الَّذِى لاَ يُرَدَّ سَآئِلُهُ، وَلاَ يُخَيَّبُ آمِلُهُ، وَلاَ يَنْقُصُ نَآئِلُهُ، وَلاَ يَنْفَدُ مَا عِنْدَهُ بَلْ يَزْدَادُ كَثْرَةً وَطَيِّباً وَعَطَآءً وَجُوْداً

Wa Antal Wâhidul Karîmul Mu’thî alladzî lâ yuraddu sâiluhu, wa lâ yukhayyabu âmiluhu, wa lâ yanqushu nâiluhu, wa lâ yanfadu mâ ‘indahu, bal yazdâdu katsratan wa thayyiban wa ‘athâan wa jûdâ.
Engkau Maha Esa, Maha Mulia dan Maha Pemberi. Engkaulah yang tidak menolak orang yang memohon, yang tidak menyia-yiakan orang yang berharap, yang tidak berkurang sedikitpun karunia-Nya karena orang yang mendapatkan, dan tidak akan habis segala yang ada di sisi-Nya. Bahkan bertambah banyak kebaikan-Nya, pemberian dan kedermawanan-Nya.
.

وَارْزُقْنِى مِنْ خَزَآئِنِكَ الَّتِى لاَ تَفْنَى، وَمِنْ رَحْمَتِكَ الْوَاسِعَةِ اِنَّ عَطَآءَكَ لَمْ يَكُنْ مَحْظُوْراً، وَاَنْتَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيْرٌ بِرَحْمَتِكَ يَا اَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

Warzuqnî minkhazâinikallatî lâ tafnâ wa min rahmatikal wâsi‘ah. Inna ‘athâaka lam yakun mahzhûrâ. Wa Anta ‘alâ kulli syay-in qadîr birahmatika yâ Arhamar râhimîn.
Karuniakan padaku dari khazanah-khazanah-Mu apa yang tak pernah musnah dan dari rahmat-Mu yang sangat luas. Sesungguhnya pemberian-Mu tidak pernah terhalang. Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu, dengan rahmat-Mu, wahai Yang Maha Pengasih dari semua yang mengasihi.
.
.
(Mafâtihul Jinân: bab 2, pasal 5)

Taubat dan bersihkan diri......wukuf di Arafah..

Hari ini 9 Zulhijjah...mari kita belajar dan mendalami wukuf di Arafah...


 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Wukuf  bermaksud berhenti atau berada di bumi Arafah sebentar (walau satu saat sekalipun dalam sebarang keadaan). Masanya bermula dari tergelincir matahari (Zuhur) hari ke 9 sehingga terbit fajar (Subuh) pada hari ke 10 Zulhijjah.
Waktu afdalnya adalah berwuquf sebahagian dari siang hari 9 Zulhijjah dan sebahagian dari malam 10 Zulhijjah.
Rasulullah SAW bersabda: “Tiada hari yang lebih disukai Allah dalam melaksanakan amalan soleh daripada hari-hari ini, iaitu 10 hari pada Zulhijah.”
.
.

ARAFAH

..
Di Arafah terdapat Jabal Rahmah (Bukit Kasih Sayang) di Gunung Arafat yang menjadi tumpuan umat berdoa. Di bukit ini didirikan sebuah tugu putih bagi mengenang pertemuan antara Nabi Adam a.s dan Hawa setelah mereka dikeluarkan dari syurga dan dipisahkan di dua daratan.
Jabal Rahmah juga merupakan tempat wahyu terakhir kepada Nabi Muhammad SAW ketika baginda melakukan wukuf. Wahyu tersebut bermula dalam surah al-Maidah.
 .
.

Hari Arafah

Hari Arafah adalah antara hari-hari yang paling afdal di sisi Allah SWT. Daripada Jabir bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: “Seutama-utama hari adalah hari Arafah.”

Berwukuf di Padang Arafah adalah kemuncak Ibadah Haji dan ia merupakan Rukun Haji yang utama kerana ianya membezakan Haji dan Umrah. Pada Umrah, tiada Wukuf di Arafah. Rasulullah SAW bersabda: “Haji itu adalah wukuf di Arafah.”
.
Sekiranya Wukuf jatuh pada hari Jumaat, ia digelar Haji Akbar dan para jemaah harus memanafaatkannya kerana ia mempunyai kelebihan menunaikan 70 kali haji.
Ketika Nabi Muhammad SAW Wukuf di Arafah pada hari Jumaat, 9 Zulhijjah Tahun 9 Hijrah, turunnya wahyu ayat terakhir al-Quran: “Pada hari ini telah Aku sempurnakan bagimu akan agamamu dan Aku sempurnakan pula nikmat-Ku kepadamu.”  Surah Al-Ma’idah, ayat 3.  Menurut sejarah, 81 hari setelah ayat ini diturunkan baginda pun wafat.
.
Hari Arafah juga adalah hari Allah SWT akan membebaskan sesiapa yang menghadiri Padang Arafah dan memuliakannya, daripada api neraka. Keesokannya adalah hari kesyukuran dan perayaan bagi umat Islam bagi menzahirkan kegembiraan serta kesyukuran ke hadrat Ilahi. 
.
.

Syarat Berwuquf

  1. Telah berihram dengan niat haji
  2. Seorang yang beribadat (tidak gila / tidak mabuk / tidak hilang akal sepanjang masa)
  3. Berada di bumi Arafah walau seketika di dalam waktu wuquf.
.
.
.
.

Amalan-Amalan Berwuquf Di Arafah

 Dalam usaha untuk lebih mendekati diri kepada Allah SWT sepanjang berada di Arafah, jemaah haji digalakkan melakukan ibadah dan amalan-amalan sunat berwukuf, antaranya:
  1. Mandi sunat wukuf.
  2. Bertaubat
  3. Solat berjemaah
  4. Solat Jamak dan Qasar Zuhur dan Asar.
  5. Membaca Al-Quran
  6. Memperbanyakkan ucapan:
    • Bertalbiah diselangi dengan doa.
    • Bertasbih, bertahmid, bertahlil.
    • Berdoa bersungguh-sungguh.
    • Berzikir dan pujian kepada Allah SWT.
  7. Kuliah fadilat Arafah.
  8. Solat-solat sunat
  9. Qiyamulail.
 .
.

Hikmah Wukuf

  1. Menimbulkan rasa kekerdilan diri lantaran mengingati dan menyaksikan kebesaran Allah.
  2. Membentuk diri menjadi Muslim yang berjiwa ikhlas dan berakhlak mulia.
  3. Menjadi hamba Allah yang bersyukur terhadap segala Anugerah-Nya.
  4. Melahirkan sifat kemanusiaan dan kesetiakawnan tinggi.
  5. Melahirkan rasa kerelaan untuk melakukan pengorbanan pada insan lain.
  6. Meningkatkan tahap keimanan dan ktakwaan kepada Allah.
 .
.

Amalan Bagi Yang Tidak Menunaikan Haji

Bagi umat Islam yang tidak mengerjakan ibadat haji, mereka boleh memanfaatkan kemuliaan hari Arafah dengan berpuasa sunat, berzikir dan melakukan amalan sunat lain pada hari itu.
Berpuasa Sunat Arafah dapat menghasilkan ganjaran pahala yang sangat besar, sebagaimana sabda Rasulullah SAW: “Berpuasa pada Hari Arafah dinilai di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang sebelumnya dan yang selepasnya.” (Hadis riwayat Muslim).
Rasulullah SAW juga bersabda: “Orang yang berpuasa pada Hari Arafah (9 Zulhijjah), Allah akan menuliskan baginya puasa 60 tahun dan Allah menuliskannya sebagai orang yang taat.”
.
.
Niat Puasa Hari Arafah;

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ مِنْ يَوْمِ الْعَرْفَةَ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى

Daku berniat puasa hari Arafah, sunat  kerana Allah Ta’ala.
.
Rasulullah SAW. bersabda lagi: “Tiada hari yang paling ramai Allah SWT melepaskan hamba-Nya dari api neraka melainkan pada Hari Arafah. Dan sesungguhnya Allah Azzawajalla menghampiri (hamba-hamba-Nya) dan berbangga dengan mereka di kalangan para malaikat serta bertanya; Apa yang dikehendaki oleh mereka?”
.
Jadi marilah kita di tanah air merebut peluang ini dengan melakukan puasa 1-9 Zulhijjah, atau setidak-tidaknya diusahakan berpuasa pada Hari Arafah iaitu pada 9 Zulhijah yang amat besar pahala dan manfaatnya itu.

Sumber: /shafiqolbu.wordpress.com

Detik-detik Pemergian Rasullullah saw..

Recommended to watch...

Kami sangat mencintaimu ya Rasullullah...

Hujah Bolehkah bukan muslim selamat dari neraka?

Ini adalah satu perkara yang selalu bermain2 di fikiran saya...alhamdulillah setelah baca artikel ini telah memberikan sedikit idea kepada saya..........terima kasih ustaz. maza.......saya perlu banyak membaca dan berfikir lagi....di sini saya kongsikan artikel tersebut...

 

Bolehkah Bukan Muslim Selamat Dari Neraka?

Disiarkan pada Nov 03, 2011 dalam kategori Dakwah
 
BOLEHKAH BUKAN MUSLIM SELAMAT DARI NERAKA?
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA)

Soalan ini mungkin mengejutkan. Sebab, secara umumnya ramai muslim menganggap setiap yang bukan muslim pasti akan diazab dalam neraka. Tanpa mengambil kira keadaan mereka.

Apabila saya merenung sikap baik ramai individu bukan muslim di Oxford ini dan di tempat lain juga, ia mengingatkan saya kepada Prof DiRaja Engku Aziz. Semasa saya masih Mufti Perlis, beliau pernah datang ke pejabat saya secara bersendirian. Beliau ingin berbicara dengan saya secara tertutup. Ada beberapa soalan yang beliau kemukakan, antaranya: apakah orang bukan muslim yang berakhlak baik itu tetap memasuki neraka? Saya telah jawab serba sederhana untuk beliau ketika itu.


Berbudi Baik
Soalan itu kembali bermain di fikiran saya apabila melihat ramai orang bukan muslim di Barat ini yang jauh lebih berdisiplin dalam hubungan mereka sesama manusia dibandingkan sesetengah orang muslim sendiri. Ya, bukan semua, tetapi ramai. Ya, sejarah orang Barat juga penuh dengan tompokan hitam; pembunuhan, penyeksaan dan pelbagai lagi. Hari ini pun, banyak negara yang mereka ganggu.
Itu cerita politik dan cerita agama yang dipolitikkan. Bukan semestinya sama cerita orang politik dengan cerita orang awam. Hakikatnya, dalam kehidupan peribadi, ramai mereka menepati janji, jujur dalam pekerjaan, ada nilai simpati yang tinggi terhadap manusia, haiwan dan alam. Banyak usaha menderma di sana sini untuk kefakiran dan malapetaka. Ada pula yang enggan memakan daging kerana simpati kepada binatang. Pelbagai lagi asas kemanusiaan dan nilai murni dalam hidup mereka. Di samping tidak dinafikan, sebagai manusia ada juga perkara negatif lain.

Saya ada seorang kawan baik daripada Austria, beliau seorang vegetarian. Dia juga enggan makan produk Nestle dan Coca-cola. Saya bertanya: “Stefanie! Apakah kerana itu satu pegangan agama? Jawabnya: “Tidak, hanya saya simpati kepada haiwan dan saya benci kepada kedua syarikat itu kerana mereka menindas orang miskin. Saya akan terus pulau mereka selagi saya hidup”. Saya diam, saya rasa kita orang muslim pun sukar hendak memulau kedua syarikat itu sekalipun isu Palestin dibangkit mengenai syarikat-syarikat tersebut. Stefanie masih muda, saya tidak tahu sehingga bila beliau boleh bertahan dengan pendiriannya.

Muslim berdakwah di tengah Bandar Oxford. Nasib baik masyarakat mereka tidak membantah orang lain berdakwah dalam negara mereka.

Halangan Hidayah
Bukan sedikit mereka yang seperti beliau. Jiwa mereka baik, perasaan mereka luhur. Malangnya, cahaya hidayah yang sebenar tidak sampai kepada mereka. Bagaimana hendak sampai dengan mudah, banyak hadangan yang mendindingi cahaya yang hakiki itu untuk sampai. Kemunduran negara umat Islam yang sentiasa porak-peranda, kelam-kabut, merusuh dan bergolak. Sikap buruk sesetengah orang muslim yang mendominasi keadaan lalu gagal menjadi contoh dan teladan yang baik kepada masyarakat dunia. Ditambah media massa Barat yang memberikan wajah buruk tentang Islam; disokong pula oleh tindakan umat Islam sendiri.

Lihat Iran yang menzalimi rakyatnya, Pakistan yang porak peranda dan menindas wanita dan Dunia Arab yang sentiasa korupsi dan menumpah darah antara satu sama lain. Kelompok-kelompok kononnya jihad yang mengebom di sana-sini. Mereka semua itu telah menggunakan lencana ‘Islam’, jenama ‘Islam’, lambang ‘Islam’ sehingga Islam yang hakiki menjadi begitu suram dan kabur. Kesemua itu adalah gunung dan bukit yang menghalang cahaya keindahan Islam yang hakiki dari menembusi jiwa kebanyakan manusia hari ini. Maka, bukanlah satu keadilan jika Allah menghukum mereka di akhirat dalam keadaan demikian. Allah berfirman:
“Tidaklah tuhanmu itu zalim terhadap hambaNya” (Fussilat: 46).
Namun tidak dinafikan ada yang telah sampai penerangan yang jelas melalui jalan yang Allah kehendaki. Cuma, bukan semua berpeluang. Mungkin kita kata: mereka boleh cari Islam yang sebenar dalam internet. Malangnya, maklumat dalam internet juga bercampur baur antara yang benar dan yang palsu, antara yang indah dan buruk. Entah berapa banyak puak dan aliran dalam masyarakat muslim. Jika orang yang lahir dalam masyarakat Islam pun keliru, apatahlagi yang baru hendak mencari.

Kemudian, bukan semua orang mempunyai kemampuan analisa. Tidak pula semua mempunyai cukup masa. Juga bukan semua yang sedar bahawa mereka tidak berada atas hidayah. Jika pada zaman dahulu, Salman al-Farisi mengembara dari Parsi untuk mencari Nabi dengan penuh dugaan dan derita, tapi berapa orangkah penduduk Parsi yang sanggup sepertinya? Tiada. Parsi hanya menerima Islam selepas kewafatan Nabi s.a.w dengan sampainya tentera Umar bin al-Khattab ke sana. Jika Allah mewajibkan semua orang lakukan seperti Salman, pasti suatu bebanan yang tidak tertanggung oleh manusia.

Bolehkah Selamat?
Hari selesa lepas di Centre for Muslim-Christian Studies, Oxford seperti biasa ada seminar mingguan. Setiap hari, saya berjalan kaki berkilometer untuk menghadiri pelbagai seminar. Saya berjalan ke seminar tersebut sejauh dua kilometer dengan penuh harapan mendapat sesuatu yang menarik. Ini kerana tajuk minggu ini ‘Can Non-Muslims be Saved?’. Pembentangnya; Jon Hover, pensyarah Islamic Studies, University of Nottingham.
Saya fikir beliau akan menyentuh apa yang saya harapkan. Malangnya, beliau membahaskan pemikiran Ibn Qayyim al-Jawziyyah (meninggal 751H) tentang Fana an-Nar (Penamatan Neraka). Memang, dalam beberapa karyanya khususnya Hadi al-Arwah, Ibn al-Qayyim berhujah dengan beberapa alasan yang menarik bahawa nereka itu akhirnya akan tamat. Tiada sebarang hikmat Allah menghukum manusia kuffar dalam neraka selamanya. Idea yang kontraversial itu dipertahankan oleh Ibn Qayyim dengan beberapa hujah; riwayat salaf, tafsiran al-Quran dan atas sifat rahmat Allah yang sentiasa mengatasi murkaNya. Namun, saya rasa Jon Hover gagal membentang secara rapi hujah Ibn Qayyim khususnya berkaitan ayat al-Quran Surah Hud ayat 106-108. Saya tidak berhasrat membahaskan pemikiran Ibn Qayyim itu di sini.
Saya rasa persoalan ‘can non-muslims be saved?’ bukanlah itu jawapannya yang memuaskan. Isu apakah neraka kekal atau akhirnya musnah hanyalah tafsiran dan andaian. Hanya Allah Yang Mengetahui. Apapun, yang ke neraka, tetap ke neraka. Ada perbahasan lain yang lebih menarik oleh Ibn al-Qayyim dan para sarjana Islam yang lain. Lebih sepakat, lebih jelas dalilnya dan lebih menyerlahkan keadilan Allah dan keindahan Islam.

Selamat Dari Azab
Para sarjana bersepakat dengan prinsip yang ditegaskan oleh al-Quran bahawa Allah tidak akan mengazabkan seseorang melainkan setelah diutuskan rasul. Sesiapa yang tidak sampai kepadanya ajaran yang benar dari seorang rasul, tidak ditegakkan hujah yang teguh sehingga tiada alasan untuk ragu dan syak, maka dia tidak akan diazabkan oleh Allah. Ini seperti yang Allah tegaskan: (maksudnya)
“Tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sehingga Kami mengutuskan seorang rasul” (Surah al-Israk: 15).
Inilah yang menyelamatkan bukan muslim yang tidak sampai hujah hidayah kepada mereka. Bahkan inilah juga yang menyelamatkan muslim yang jahil yang tidak disampaikan hujah dalam amalan atau kepercayaan tentang Islam mengenai sesuatu perkara. Al-Sa’di dalam tafsirnya menyebut:
“Allah itu Maha Adil, Dia tidak akan mengazab seseorang melainkan ditegakkan hujah dengan pengutusan rasul tapi dia menolaknya. Adapun sesiapa yang tidak sampai kepadanya hujah Allah, maka sesungguhnya dia tidak diazab”.
Ini dikuatkan lagi dengan firman Allah: (maksudnya)
“Rasul-rasul pembawa khabar gembira dan amaran supaya tiada bagi manusia suatu hujah (alasan untuk berdalih pada hari kiamat) terhadap Allah sesudah mengutuskan rasul-rasul itu. dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana” (al-Nisa: 165).
Al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah dalam karyanya Tariq al-Hijratain menyebut:
“Sesungguhnya azab itu layak diterima kerana dua sebab; pertama, tidak mahu mendengar hujah serta enggan menerima dan beramal dengan tuntutannya. Kedua, berkeras setelah ditegakkan hujah dan meninggalkan tanggungjawab berkaitan. Maka jenis yang pertama; kufur berpaling (enggan mendengar) dan yang kedua; kufur keras kepala. Adapun kufur kerana jahil tanpa ditegakkan hujah dan tanpa kemampuan untuk mengenali hujah, jenis inilah yang Allah tidak akan azab sehingga tertegaknya hujah rasul”.
Seterus Ibn Qayyim menyebut lagi:
“Sesungguhnya penegakan hujah itu berbeza dengan berbezanya zaman, tempat dan individu. Mungkin dikira tertegaknya hujah ke atas orang-orang kafir pada suatu zaman, tidak pula pada zaman yang lain. Juga dikira tertegak pada satu tempat atau kawasan, tidak pada tempat atau kawasan yang lain. Demikian untuk seseorang, namun tidak pada individu lain” (m/s 438. Kaherah: Maktabah al-Mutanabi)
Ya, maksudnya cara dan pendekatan penerangan tentang kebenaran Islam itu sehingga dianggap tertegak hujah adalah berbeza mengikut zaman, tempat dan individu. Mereka yang hidup dalam suasana hari ini caranya berbeza dengan zaman dahulu. Zaman kekeliruan tidak sama zaman kejelasan. Demikian latar tempat dan negara. Seseorang yang berada di negara muslim, tidak sama yang berada di negara bukan muslim dan seterusnya. Demikian latar pendidikan dan akal, tidak sama. Maka, apabila hujah tidak memadai untuk mereka, Allah berjanji tidak akan mengazab mereka. Apakah di Barat dan Malaysia juga hujah sudah memadai?

Penyembelihan Islam vs Barat

 Sempena hari raya korban ini.....mari kita renungi kebesaran Allah menerusi penyembelihan haiwan...:

Amalan Islam menyembelih haiwan dengan cara potongan yang tajam ke hadapan leher telah sering menjadi sasaran serangan oleh beberapa aktivis hak haiwan sebagai satu bentuk kekejaman haiwan, dakwaan bahawa ia adalah satu kaedah yang menyakitkan tidak berperikemanusiaan membunuh haiwan. Di Barat, ia diperlukan oleh undang-undang untuk membisingkan haiwan dengan pukulan ke kepala sebelum disembelih, kononnya untuk menyebabkan tidak sedarkan diri haiwan dan untuk mengelakkan daripada pemulihan sebelum ia dibunuh tidak melambatkan pergerakan pemprosesan baris. Ia juga digunakan untuk mencegah haiwan itu daripada berasa sakit sebelum ia mati.

Jerman Penyelidikan Pengajian KeSakitan

Oleh itu mungkin datang sebagai kejutan kepada orang-orang yang telah membuat acclimations apa-apa untuk belajar hasil kajian yang dijalankan oleh Profesor Wilhelm Schulze dan rakannya, Dr Hazim di Sekolah Perubatan Veterinar, Universiti Hannover di Jerman. Kajian itu: 'Percubaan untuk merealisasikan Sakit dan Kesedaran dalam Konvensional (pistol bolt tawanan yang menakjubkan) dan Ritual (halal, pisau) Kaedah Sembelihan Sheep dan anak lembu' menyimpulkan bahawa Islam penyembelihan adalah kaedah yang paling berperikemanusiaan. Penyembelihan melalui bolt tawanan yang diamalkan di Barat, menyebabkan kesakitan teruk kepada haiwan itu.

Dalam kajian itu, beberapa elektrod pembedahan ditanam di pelbagai tempat- di tengkorak semua haiwan, menyentuh permukaan otak. Haiwan-haiwan itu dibenarkan untuk pulih selama beberapa minggu. Sesetengah haiwan itu disembelih dengan membuat insisi yang cepat, dan dalam dengan pisau yang tajam pada leher memotong urat leher dan arteri karotid serta trakea dan esofagus (kaedah Islam). Haiwan lain terkejut menggunakan Pistol Bolt dalam kurungan (CBP). Semasa eksperimen, electroencephalograph (EEG) dan electrocardiogram (ECG) mencatatkan keadaan otak dan jantung semua haiwan semasa penyembelihan.
Keputusan adalah seperti berikut:

I - Kaedah Islam
1. Tiga saat pertama dari semasa penyembelihan Islam seperti yang dicatatkan pada itu EEG tidak menunjukkan apa-apa perubahan dari graf sebelum penyembelihan, lantas menunjukkan bahawa haiwan itu tidak berasa sebarang kesakitan ketika atau sebaik selepas pemotongan itu.

2. Bagi 3 saat, EEG mencatatkan keadaan tidur nyenyak - tidak sedarkan diri. Ini adalah disebabkan oleh kuantiti yang besar darah memancut keluar dari badan.

3. Selepas yang dinyatakan di atas 6 saat, yang EEG mencatatkan paras sifar, menunjukkan tiada rasa sakit sama sekali.

4. Ketika mesej otak (EEG) jatuh kepada sifar peringkat, jantung masih berdebar-debar dan badan convulsing bersungguh-sungguh (tindakan refleks saraf tunjang) memandu jumlah maksimum darah dari badan sekaligus menghasilkan daging yang bersih untuk pengguna.

II - Kaedah Barat oleh C.B.P.
 

1. Haiwan-haiwan itu nampaknya tidak sedarkan diri tidak lama selepas terkejut.

2. EEG menunjukkan kesakitan yang teruk selepas sahaja terkejut

3. Hati haiwan yang terkejut dengan C.B.P. berhenti  lebih awal sebagaimana yang berbanding dengan haiwan yang disembelih mengikut kaedah Islam yang menyebabkan pengekalan lebih banyak darah dalam daging. Ini pula adalah tidak bersih untuk pengguna.

Western-Style Sembelihan dan Penyakit Lembu Gila

Bukan sahaja adalah ini kaedah haiwan yang menakjubkan sebelum penyembelihan yang teruk menyakitkan seperti oleh eksperimen yang sebelumnya, tetapi ada adalah juga satu kebimbangan yang semakin meningkat bahawa kaedah ini boleh menjadi faktor dalam penyebaran itu penyakit lembu gila ini daripada lembu kepada manusia sebagai ia telah ditemui dalam Penyelidikan terkini yang dijalankan di Texas A & M University dan oleh Agensi Pemeriksaan Makanan Kanada bahawa kaedah yang dipanggil pneumatik yang menakjubkan (yang melepaskan tembakan bolt logam satu ke otak lembu diikuti dengan pecah satu pulverizing 150 paun tekanan udara) menyampaikan daya begitu letupan bahawa ia bertaburan tisu otak di seluruh haiwan. Berita ini mengganggu kerana tisu otak dan saraf tunjang adalah bahagian yang paling berjangkit haiwan dengan penyakit lembu gila, yang menyebabkan keju Swiss yang membawa maut seperti lubang di dalam otak haiwan yang dijangkiti. Ia adalah lebih membimbangkan untuk mengetahui bahawa kira-kira 30 hingga 40 peratus lembu Amerika terkejut dengan senapang pneumatik.

Sumber:Khilafatworld


Keajaiban Kalimah bismillah Allahu Akbar untuk Penyembelihan....saksikan video di bawah