Friday, August 12, 2011

Di Sebalik Hari dan Bulan...hari2 dan bulan2 biasa yang kita lalui

Isnin, selasa, rabu, khamis, jumaat, sabtu , ahad............hari2 kite meniti setiap jenis hari...tidakkah kita tertanya-tanya ape tu hari isnin selasa...and so on....jom baca dan bongkar....


DI SEBALIK TUJUH HARI DAN BULAN DARI SEGI MASYARAKAT ISLAM


Bulan Islam (mengikut kalender bulan....)
Mengape ikut kalender bulan..?Saya percaya ia adalah bagi mengelakkan manusia ni tersasar akidah di mana sejarah banyak membuktikan manusia yang tidak sembah Allah tapi sembah matahari!!Lagipun bukankah mengikut bulan rase lebih romantik gitu....hihi..

Allah SWT berfirman yang bermaksud :

(Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram (Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram, Rejab). Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu dan perangilah kaum Musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahawasanya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa).
Surah Al-Taubah : 36.


 

Muharram
Muharam  ertinya diharamkan. Bulan ini merupakan bulan yang termasuk dalam senarai bulan-bulan yang diharamkan berperang. Bulan perpindahan dari Mekah ke Madinah, Hari Asyura


Safar
Safar adalah bulan ke-2 dalam bulan Islam yang bererti kosong, kerana penduduk Arab ketika itu keluar dari kampung mereka kerana berperang dan mencari makanan sebagai persiapan menghadapi musim panas. Rumah menjadi kosong.

Rabiulawal dan Rabiulakhir 
Rabiulawal dan Rabiulakhir ertinya musim bunga iaitu biasanya waktu ini pokok mengeluarkan bunga dan tumbuhan menghijau. Rabiulawal dan Rabiulakhir merupakan bulan Islam yang ke-3 dan ke-4.

Jumadilawal dan Jumadilakhir
Jumadilawal (Jumada al-Awwal)  dan Jumadilakhir (jumada al-Akhir) , merupakan bulan ke-5 dan ke-6. Perkataan Jumada bermaksud kemarau di mana bulan ini merupakan musim kemarau yang bermula pada bulan Jamadilawal dan berakhir pada Jamadilakhir.

Rejab 
Rejab adalah bulan ke-7 pula bermaksud mengagungkan dan membesarkan. Menurut sejarahnya, bulan Rejab dimuliakan orang Arab dengan menyembelih anak unta pertama dari induknya. Pada bulan ini dilarang berperang dan pintu Ka’bah dibuka. Keistimewaan bulan ni: Isra'Mikraj

Syaaban 
Syaaban bererti berselerak/ pecahan yang banyak, di mana pada zaman Arab sebelum Islam mereka keluar bertebaran pada bulan ini setelah terpaksa berkurung di rumah ketika bulan Rejab. Pada bulan ini juga, mereka keluar beramai-ramai mencari air dan makanan. Keistimewaan bulan ni: Nisfu Sya'ban

Ramadhan 
Ramadhan merupakan bulan ke-9 dalam kalendar Islam. Ia bererti terik atau terbakar, kerana kebiasaannya pada bulan ini, cuaca sangat terik dan panas di Semenanjung Arab. Dan setelah Islam menapak, bulan ini merupakan bulan puasa bagi umat Islam. Keistimewaan bulan ni: Lailatul-qadar

Syawal 
Syawal pula dinamakan sempena dengan musim di mana unta kekurangan susu pada waktu ini. Syawal dalam bahasa Arab berasal dari kata kerja Tasyawwala yang bermaksud sedikit atau berkurangan. Manakakala setelah kedatangan Islam, Syawal merupakan bulan peningkatan kebajikan setelah melewati masa latihan pengendalian diri selama sebulan penuh dengan puasa Ramadan. Pada awal bulan Syawal, kaum Muslim merayakan Hari Raya Idul Fitri atau perayaan yang menandai kemenangan melawan hawa nafsu. Syawal merupakan bulan ke-10 dalam kalendar Hijrah.

Zulkaedah 
Zulkaedah merupakan bulan ke-11, ia merujuk kepada kebiasaan penduduk Arab zaman sebelum Islam tidak berperang kerana ia termasuk dalam bulan-bulan haram berperang. Perkataan Kaedah itu berasal dari ‘Qa ‘ada’ yakni duduk.

Zulhijjah 
Zulhijjah adalah bulan ke-12 dan bulan terakhir Hijrah. Ia disebut Zulhijah (Ar.: Zu al-Hijjah) yang bererti “yang empunya haji”. Pada zaman sebelum kedatangan Islam, bulan ini merupakan bulan untuk melakukan ibadah haji ke Mekah (Ka’bah). Setelah kedatangan Islam, ibadah haji masih tetap dilaksanakan pada bulan Zulhijah yakni pada tanggal 8, 9 dan 10 Zulhijah.

Hari-hari Islam

Hari Ahad :Gardening day.....kenapa hari ahad elok untuk gardening????

Sebahagian Ulama mengatakan bahwa sesungguhnya Allah telah menciptakan langit dan bumi pada hari ahad. Maka barang siapa yang hendak membangunkan sesuatu atau menanam, maka hendaklah pada hari Ahad.

Hari Isnin :  Hari untuk bekerja.......

Hari Isnin adalah hari Pelayaran & Perniagaan. Kerana telah dijelaskan bahwa pada hari Isnin terdapat 7 kelebihan yaitu :

1. Nabi Idris, as. Telah naik ke langit pada hari Senin,
2. Nabi Musa, as. Telah pergi ke bukit Thursina pada hari Isnin untuk menerima wahyu,
3. Turunnya Dalil tentang ke-Esa-an Allah,
4. Lahirnya Rasulullah Muhammad saw,
5. Malaikat Jibril, as. turun untuk pertama kalinya menjumpai Rasulullah,
6. Semua amal perbuatan Umat diperlihatkan kepada Rasaulullah saw pada hari Isnin,
7. Wafatnya Rasulullah Muhammad saw.
Oleh karena itu, barang siapa yang berlayar/mengadakan perjalanan maka baiknya lakukanlah pada hari Isnin.

Hari Selasa : Hari yang elok untuk berbekam.....

Rasulullah saw ditanya tentang hari Selasa, Maka Beliau menjawab : Hari Selasa adalah Hari Berdarah. Para sahabat bertanya : Mengapa demikian ya, Rasulullah? Lalu Beliau menjawab: Karena pada hari itulah Siti Hawa Haid & Putra Adam membunuh saudaranya sendiri. Sebagaian Ulama telah menjelaskan Bahwa pada hari selasa ada 7 Jiwa yang bernyawa dibunuh, diantaranya :

1. Jurjais bin Fathin (Seorang pemuda ahli Ibadah, ia hidup pada masa raja Dardaniyah yang terkenal dengan penyembahan berhalanya,
2. Yahya, as,
3. Zakaria, as,
4. Tukang sihir Fir’aun,
5. Asiah binti Muzahim, Istri Fir’aun,
6. Sahib, Sapi Betina Bani Israil,
7. Habil Putra Adam, as.

Maka, barang siapa yang ingin berbekam hendaklah ia melakukan pada hari Selasa.


Hari Rabu : Hari yang elok untuk berubat..makan ubat.....yang penting....kite kene byk berdoa moga dilindungi terutamanya pada hari rabu..

Rasulullah saw ditanya tentang hari Rabu, Maka Beliau menjawab: Hari Rabu adalah Hari Nahas yang terus menerus. Para sahabat bertanya," Mengapa demikian ya, Rasulullah?" Lalu Beliau menjawab: Karena pada Hari itu Allah telah menenggelamkan (menghancurkan) Fir’aun dan kaumnya, Memusnahkan kaum ’ad dan kaum Tsamud, yakni kaumnya Nabi Sholeh yang ingkar terhadap kerasulan & kenabiannya. Maka, barang siapa yang hendak sembuh dari sakit, hendaknya ia meminum/memakan ubat pada Hari Rabu.


Hari Khamis: Wishing day...banyak2kan berdoa hari Khamis

Hari Khamis adalah hari baik untuk menunaikan Hajat. Karena Allah memerintahkan Penunaian. Maka barang siapa yang berhajat kepada manusia, maka hendaklah ia memintanya pada hari Kamis.

Hari Jumaat :  Penghulu segala hari...nak kahwin elok juga kalau hari Jumaat...

Allah menciptakan Adam dan Hawa pada hari Jumat, dan kemudian pada hari itu juga Allah mengahwinkannya. Maka barangsiapa yang mengadakan akad Nikah hendaklah dilaksanakan pada hari Jumat. Sebagaian Ulama berkata : Telah terjadi Tujuh Pernikahan antara para Nabi dan antara para Auliya’ pada hari Jum’at, yaitu :

1. Pernikahan antara Adam as dengan Hawa,
2. Pernikahan antara Yusuf as dengan Zulaikha,
3. Pernikahan antara Musa as dengan Shafrawa,
4. Pernikahan antara Sulaiman as dengan Balqis,
5. Pernikahan antara Nabi Muhammad saw dengan Siti Khadijah,
6. Pernikahan antara Nabi Muhammad saw dengan Siti Aisyah,
7. Pernikahan antara Ali bin Abi Thalib dengan Fatimah.


Hari Sabtu :: Hari yang baik untuk berburu..

adalah Hari makar/Tipu Daya, karena terdapat Tujuh Peristiwa dan tipu daya terhadap tujuh orang soleh / kaum (Kaum Nabi Nuh as terhadap Nabi Nuh as, Kaum Nabi Sholeh as terhadap Nabi Sholeh as, Saudara2 Nabi Yusuf as terhadap Nabi Yusuf as, Kaum Nabi Musa as terhadap Nabi Musa as, Kaum Nabi Isa as terhadap Nabi Isa as, Para pemuka (gembong-gembong) Quraisy terhadap Nabi Muhammad saw, dan Kaum Bani Israil terhadap Larangan Allah. Dan sebahagian Ulama juga memaknakan hari Sabtu adalah hari baik untuk berburu.


DI SEBALIK TUJUH HARI DAN BULAN DARI SEGI MASYARAKAT BARAT
-sumber ibn yaacob


Bulan Masyarakat Barat (ikut kalender matahari..)


Kenapa masyarakat Barat ikut kalender matahari? Adakah kerana ikut nenek moyang mereka yang beragama pagan menyembah matahari....lalu perjalanan bulan mereka ikut peredaran matahari, tuhan mereka? Jom tengok makna-makna bulan mereka......


1. Januari - berasal dari perkataan ‘Janus‘, iaitu tuhan berhala orang Romawi yang berwajah dua. Sebelah muka melihat ke depan dan sebelah muka melihat ke belakang.

2. Februari - berasal dari bahasa Latin iaitu ‘Februo‘ yang bermaksud ‘kesucian’. Biasanya dalam bulan ini bangsa Romawi mengadakan upacara penyucian jiwa mereka di kuil-kuil seperti mana penganut Hindu membaling tempurung kelapa dalam suatu majlis untuk menghilangkan dosa.

3. Mac - berasal dari perkataan ‘Mars‘, iaitu salah satu tuhan berhala Romawi.

4. April - berasal dari bahasa latin iaitu ‘Aperto‘ yang bererti ‘terbuka’ atau ‘berkembang’. Dalam bulan ini biasanya bunga-bunga akan berkembang mekar. Orang Saxon* menggelar bulan ini sebagai Easter* keran menghormati tuhan musim panas (summer).

5. Mei - berasal dari perkataan ‘Maia’ iaitu nama puteri dari dewa bangsa Romawi bernama ‘Atlas’.

6. Jun - berasal dari perkataan ‘Juno‘, salah satu tuhan orang Romawi.

7. Julai - berasal dari bahasa latin iaitu nama pemerintah ‘Julius Caesar’ yang kemudiannya diubah menjadi bulan ke tujuh.

8. Ogos - berasal dari nama pemimpin Rom iaitu ‘Caeser Augustus’ bermakna bulan ke lapan zaman Rom. Sebelum itu ia bernama ‘Sextilitis‘ (bulan ke enam) mengikut kalendar bangsa Romulus.

9. September - berasal dari perkataan ‘Septem‘ yang bererti tujuh. Pada asalnya ia adalah bulan ke tujuh tetapi kemudiaanya telah diubah menjadi bulan ke sembilan.

10. Oktober - berasal dari perkataan ‘Octo‘ yang bererti lapan tetapi telah diubah menjadi bulan yang ke sepuluh.

11. November - berasal dari bahasa latin iaitu ‘Novem‘ yang bererti sembilan. Tetapi ianya telah diubah menjadi bulan ke sebelas.

12. Disember - berasal dari bahasa latin ‘Decem‘ yang bererti ‘sepuluh’ tetapi kemudiannya telah diubah menjadi bulan yang kedua belas.

Hari-Hari Masyarakat Barat


1. Sunday - berasal dari perkataan ‘Sun’s Day’ ertinya matahari.

2. Monday - berasal dari perkataan ‘Moon’s Day’ bererti hari bulan.

3. Tuesday - berasal dari perkataan ‘Day of Tyr’ sempena hari dewa perang masyarakat Rom bernama ‘Tyr’.

4. Wednesday - berasal dari perkataan ‘Woden’ nama salah satu dewa suci Rom.

5. Thursday berasal dari perkataan ‘Day of Thor’ sempena nama dewa Rom iaitu ‘Thor’ yang bermakna ‘Dewa Halilintar’.

6. Friday - berasal dari perkataan ‘Day of Freya’ iaitu Dewa Hari Perkahwinan orang Rom yang bernama ‘Freya’.

7. Saturday - berasal dari perkataan ‘Saturnus’ yang bererti bintang ‘Saturnus’ mengikut kepercayaan orang Romawi.



Sekarang, nampak tak persamaan, kelainan dan ciri-ciri hari dan bulan mengikut Islam dan Barat?! Jadi mengapa kite Malaysia lebih senang mengikut kalender Barat kerana hidup kite lebih kebergantungan dan berpaksikan Barat yang terang-terang banyak membenci Islam...

Inilah pengaruh penjajah-penjajah Inggeris dahulu yang memasukkan elemen-elemen kehidupan mereka ke dalam kehidupan kite....mengapa kite biarkan?

Tidakkah kalau kite ikut kalender bulan Islam,,...lebih mudah kite ingat Hari-hari kebesaran Islam dan memudahkan kita mengumpul pahala dan beribadat kepadaNya. Adakah ini taktik halus orang-orang Inggeris/penjajah) (yang kita sendiri tidak tahu apa agama mereka) cuba untuk menjauhkan kita pada agama kita....  sekiranya kita menganggap ini tidak memberi apa-apa kesan dan perkara kecil sahaja...bermakna kita telah terperangkap dan selesa dalam satu sistem kehidupan yang diciptakan oleh mereka kepada kita....Siapakah mereka itu? Adakah Dajjal?Adakah pengikut-pengikut Dajjal? Maklumlah...kita sekarang berada di akhir zaman......tak mustahil Dajjal banyak mempengaruhi kehidupan kita...cuma kita yang tidak sedar...

Cuba anda renung-renung dan fikir-fikirkan.....


Untuk perkongsian minda dan benak kita sesama manusia.....Waallahu A'lam..............

No comments:

Post a Comment