Wednesday, August 10, 2011

Teori Konsipirasi

Assalamualaikum.....

Saya adalah seorang peminat teori konsipirasi...ya..teori konspirasi...bukan peminat fanatik..tetapi berminat mengetahui semua berkenaan teori tersebut...u all semua selalu dengar dan baca berkenaan teori konspirasi?
Video siri The Arrivals pun telah habis saya tonton...just need the whole day to watch and knew about that..

Pada saya...teori konspirasi adalah sesuatu yang bagus untuk kita fikir-fikirkan dan renung-renungkan...daripada kita hari-hari mendengar perkara yang lagho, berhibur, bersantai, apa salahnya kita baca berkenaan info-info seperti ini as hiburan kepada jiwa kita juga.....apa yang pasti...kepelbagaian teori ini membuatkan saya merenung, berfikir, dan otak sentiasa berjalan untuk memikirkannya...kerana tidakkah anda semua rasa ada sesuatu yang tak kena dengan kehidupan harian kite? Penuh dengan hiburan melampau hingga menyebabkan kita lupa untuk mengejar sesuatu yang lebih penting iaitu bekalan untuk kehidupan yang lebih kekal di sana..

Apa yang pasti...teori ini membuatkan saya lebih dekat kepadaNya....semakin banyak teori yang dikemukakan...semakin banyak yang saya fikirkan...dan teori ini membuatkan saya lebih yakin kepada Nya dan lebih dekat kepada Al-Quran...ya...selepas saya mengetahui teori ini termasuk bacaan-bacaan terutamanya bacaan tulisan daripada Harun Yahya,....membuatkan saya membuka Al-Quran...membaca terjemahannya dan berminat mendalami kandungan dan apa yang dikatakan olehNya di dalam Al-Quran...terima kasih Ya Allah....kau telah temukan daku dgn buku Harun Yahya ini yang telah membuka jiwa ini kepada pendekatan dan minat yang mendalam kepada Al-Quran......

Persoalannya...ramai manusia di luar sana yang mengaitkan teori konspirasi ini sebagai teori sampah....dan sebagainya...terus mencampaknya dan menganggapnya sebagai 'konspirasi' sahaja..tidak lebih dari itu...
Memang saya akui..terdapat banyak teori konspirasi di laman-laman web dan blog-blog yang diragui kesahihannya...tetapi TIDAK semua nya adalah sampah...anda perlulah pandai membaca dan menilai dan memikirkan kembali kesahihannya...saya cume berharap manusia di luar sana TIDAK TERLALU OBSES sehingga mengabaikan apa yang sepatutnya kita rujuk..iaitu Al-Quran dan Sunnah...

Tapi bukankah lebih baik kita fikirkan berkenaan teori ini berbanding hiburan2 lagho yang melampau di luar sana yang tidak memberikan sebarang faedah?Teori ini adalah salah satu sumber yang menyebabkan saya banyak membaca, mengkaji, berfikir dan membuatkan otak saya sentiasa mencari ilmu yang dapat mendekatkan diri saya kepada yang maha Esa. Semakin banyak teori yang memeningkan kepala, semakin banyak saya menilai dan semakin terbukti dan membuatkan saya menolak cubaan-cubaan yang ada di luar sana untuk melekakan saya kepadaNya.

Mungkin saya akan menyampaikan serba sedikit teori-teori ini melalui blog bagi tujuan pemikiran dan yang pasti...ia adalah minat saya...ya...saya ada banyak minat untuk dikejar...tetapi disebabkan kekangan masa dengan penumpuan kerja dan lain-lain,....saya masih belum dapat fokus dalam pengkajian Al-Quran..untuk saya lebih memahami erti kehidupan ini....

Saya begitu banyak kelemahan...namun Ya Allah...bantulah daku untuk menikmati ilmu-ilmu di dunia ini yang begitu menarik dan yang paling penting...ilmu-ilmu ini dapat membantu diriku untuk mendekatkan diriku kepadaMu...Amin..

No comments:

Post a Comment