Assalamualaikum....
InsyaAllah..esok 17 Ramadhan..masyarakat akan menyambut Nuzul Al-Quran...
Nuzul Al-Quran ni ialah ulang tahun turunnya ayat Al-Quran pertama pada Rasullullah saw di Gua Hira'. Pada masa tu, rasulullah berumur 41 tahun pada 610 Masihi.
‘Nuzul’ maknanya turun atau berpindah, iaitu berpindah daripada tempat yang terletak di sebelah atas ke tempat di sebelah bawah.
Ni..ayat pertama yang diajarkan oleh malaikat Jibril:
“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia daripada segumpal darah. Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang Maha Mulia yang mengajarkan (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.”
PERSOALAN BETUL KE NUZUL QURAN 17 RAMADHAN?
Betulkah nuzul quran diturunkan 17 Ramadhan? Jom kite tgk ape yg Quran katekan.....
- Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
- إِSesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam kemuliaan.
- Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?
- Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.
- Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan.
- Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.
Jadi, dekat sini sahlah malam Nuzul Quran diturunkan pada malam Lailatul Qadar?
Tapi,..mcmmane pulak 17 Ramadhan dipilih jadi hari Nuzul Quran..?
Kite tgk lagi...
Asal Tekaan 17 Ramadhan
17 Ramadhan ni dipilih berdasarkan riwayat al-Waqiqi dimana dr Al-Waqiqi drpd Abu Ja'afar al-Baqir berkata:
Bermulanya wahyu kepada Rasulullah saw pada Isnin, 17 Ramadhan dan dikatakan juga 24 Ramadhan (Al-Bidayah wa al-Nihayah)
Sumber 17 Ramadhan ini tidak boleh dijadikan hujah serana ia bersandarkan riwayat al-waqiqi dimana Muhammad bin Umar bin Waqid seorang perawi yang lemah dan tidak diterima riwayatnya menurut ulamak al-Jahr wa Ta'dil.
Asal Tekaan 21 Ramadhan ..
Semua ulamak dan ahli sejarah atau kebanyakkan dari mereka bersetuju bahawa nabi s.a.w. diutuskan menjadi seorang rasul ialah pada hari Isnin seperti yang diriwayatkan oleh para ulamak hadis daripada Abu Qatadah r.h. bahawasanya Rasulullah s.a.w. ditanya tentang puasa pada hari Isnin.
1. Nabi bersabda: Pada hari itu aku dilahirkan dan diutuskan atau diturunkan (al-Quran) ke atasku. Hadis ini diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad, Al-Baihaqi dan al-Hakim.
2. Pada tahun Nabi s.a.w. diutuskan, hari Isnin yang berada di dalam bulan ramadhan ialah jatuh pada 7, 14, 21 dan 28. Terdapat di dalam riwayat-riwayat yang sahih yang menyatakan bahawa Lailatul Qadar berlaku pada malam-malam ganjil di sepuluh malam yang terakhir dalam bulan ramadhan.
3. Setelah diteliti dan dibuat perbandingan antara firman Allah di dalam surah Al-Qadr dan riwayat Abu Qatadah serta kajian perhitungan taqwim, maka kesimpulannya Nabi s.a.w. diutuskan sebagai rasul pada 21 ramadhan sekaligus menjadi tarikh nuzul Al-Quran. (rujuk Al-Rahiq al-Makhtum, hlm.75)
Asal Tekaan 24 Ramadhan Pulak..
Sebahagian ulama memilih 24 ramadhan sebagai tarikh nuzul al-Quran berdasarkan hadis berikut:
عَنْ وَاثِلَةَ بْنِ الأَسْقَعِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: أُنْزِلَتْ صُحُفُ إِبْرَاهِيمَ عَلَيْهِ السَّلاَم فِي أَوَّلِ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ، وَأُنْزِلَتْ التَّوْرَاةُ لِسِتٍّ مَضَيْنَ مِنْ رَمَضَانَ، وَالإِنْجِيلُ لِثَلاَثَ عَشْرَةَ خَلَتْ مِنْ رَمَضَانَ، وَأُنْزِلَ الْفُرْقَانُ لأَرْبَعٍ وَعِشْرِينَ خَلَتْ مِنْ رَمَضَانَ.
Daripada Wathilah bin al-Asqa’ bahawa rasulullahs.a.w. bersabda: Diturunkan suhuf Ibrahim a.s. pada malam pertama bulan ramadhan, dan diturunkan Taurat pada 6 ramadhan, dan Injil pada 13 ramadhan, dan diturunkan al-Furqan (al-Quran) pada 24 ramadhan.
Hadith ini dihukumkan hasan oleh Syeikh Al-Albani, manakala Syeikh Ahmad Syakir menghukumkan sanad hadith ini sebagai sahih.
Al-Hafiz Ibn Hajar menyatakan hadis ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t. dalam surah al-Baqarah: 185 dan Al-Qadr: 1. Kata beliau: Berkemungkinan Lailatu al-Qadr berlaku pada tahun diutuskan nabi s.a.w. pada malam 24 ramadhan di mana al-Quran diturunkan secara sekali gus ke langit dunia dan pada masa yang sama (24 ramadhan) wahyu pertama diturunkan iaitu Iqra’. (Fath al-Bari, jilid 8 hlm. 621)
Al-Imam al-Tobari ada menyebutkan satu riwayat menerusi Sa’id bin Jubair daripada Ibn Abbas r.a. katanya: Al-Quran diturunkan sekali gus dari Lauh al-Mahfuz pada malam 24 ramadhan, kemudiannya ditempatkan di Baitul Izzah. (Jami’ al-Bayan, jilid 3, hlm. 445)
Imam al-Qurtubi menyebut hadith Wathilah merupakan dalil atau hujah terhadap pendapat Hassan al-Basri yang menegaskan Lailatul al-Qadr berlaku pada malam 24 ramadhan. (Al-Jami’ Li Ahkam al-Quran, jilid 2, hlm 198)
Al-Hafiz Ibn Kathir juga membawakan hadith ini dalam menafsirkan maksud ayat 185 surah al-Baqarah. Turut menyebut hadith ini syeikh Al-Albani di mana beliau mengambil hadith ini bagi menjelaskan nuzul al-Quran berlaku pada tanggal 24 ramadhan.
Wallahuallam.....banyak betul pendapat kan.......tapi yang penting...kite haruslah berdoa moga ditemukan dengan Lailatul Qadar...(malam yang baik dari seribu bulan).
Tanda-tanda Lailatul Qadar
Tanda dan alamatnya adalah banyak, antara lain malam itu sendiri berlalu dengan penuh keheningan dan tenteram, angin bertiup lembut sepoi-sepoi bahasa dan esoknya, pada pagi hari kelihatan langit agak redup dan cahaya matahari tidak begitu menyinari ruang angkasa dan macam-macam lagi. Hikmatnya ialah apabila seseorang mengetahui malam Lailatulqadar tersebut, maka eloklah diperbanyakkan doa dan istighfar juga ibadat pada malam dan keesokannya, untuk mendapatkan fadilat hari yang penuh berkat dan mulia itu. Yakinlah apabila seseorang itu bersedia setiap malam Ramadan dengan ibadat, sekurang-kurangnya bersolat jemaah setiap waktu, Maghrib, Isyak dan Subuh, kata ulama dia pasti memperoleh fadilat malam Lailatulqadar
Jadi...marilah kite solat berterusan pada bulan Ramadhan ini ...banyak-banyakkan berdoa.....semoga kita tidak terlepas malam LailatulQadar...rugi lah kalau terlepas kawan-kawan....
Sumber info : alkurawi.blog dan iluvislam..
No comments:
Post a Comment