Monday, December 11, 2023

Toma''ninah Dalam Kehidupan Harian

 Toma'ninah dalam kehidupan harian

Hari ini......bagaimana boleh terlintas perkataan toma'ninah itu

Apakah itu toma'ninah-toma'ninah itu adalah diam sebentar dalam solat

Toma'ninah mengajar kita untuk tidak terburu-buru dalam kehidupan harian. Berhenti sebentar. Apabila otak, fikikal, perbuatan, tugasan kita terlalu sibuk, toma'ninah yang diumpamakan dalam solat mengajar kita untuk memperlahankan our pace...mengambil nafas, berehat sebentar adalah satu perkara yang essential dalam kehidupan kita

Rehat sebentar, berfikir, merancang dan merangka strategi sebelum melaksanakan tugasan sesuatu perkara dan keputusan is not a waste of time....kata-kata yang pernah diungkapkan oleh yang sangat dihormati mantan PM Tun Dr Mahathir pada salah satu ucapan nya masih lagi menjadi pegangan saya dalam melaksanakan urusan tugasan harian. Tidak perlu terburu-buru dan tergesa-gesa...take it one step at a time, take a deep breath,  think and reflect back...and then continue to do our task...











Digital Obsession Nowadays..DIGITAL MANIA

Assalamualaikum wbt


Syukur ke hadrat Allah, masih diizinkan lagi saya bernafas di bumi Allah yang indah ini. Bumi yang serba indah ini adalah tempat untuk kita sebagai manusia untuk hidup, diuji ke arah manakah destinasi akhir kita pada hidup kita yang wallhuaklam hingga peringkat syurga atau neraka. Telah lama saya biarkan blog ini berhabuk namun atas izinNya, ingin saya coretkan lagi segala ungkapan dan cebisan pemikiran yang bersarang yang harapnya dapat di memberi sedikit sebanyak kebaikan dan perkara untuk direnung-renungkan dan difikir-fikirkan.




Pada masa ini , pada saya, DUNIA SUDAH MENGHADAPI SEJENIS MANIA...apakah jenis mania yang saya katakan itu? DIGITAL MANIA

Sehingga hari ini, pelbagai jenis perkara hendak didigitalkan... dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besar perkara...kalau boleh, darah yang mengalir pun hendak didigitalkan...(okey...ni dah lebih...hahaha) tapi itulah perumpamaan dan hakikat kehidupan yang hendak saya sampaikan. Antara perkara yang hendak didigitalkan adalah seperti:

Pekerjaan

Urusan harian 

Kewangan

Kehidupan

Urusan perbankkan

Diri sendiri dan pengenalan diri


Pada saya, kebergantungan yang amat kepada perkara-perkara digital ini tidak dinafikan memang banyak kebaikan contohnya segala urusan akan menjadi semakin cepat dan mudah. Ini kerana dunia digital adalah satu dan sebuah dunia yang tanpa sempadan...memudahkan urusan hidup manusia. Segalanya berada di satu alam...iaitu alam maya....ALAM MAYA...alam yang berada di alam pengkomputeran, yang mana kita hanya boleh lihat, namun tidak dapat dicapai, dirasa, disentuh dan dipegang....pada saya dunia digital ini adalah dunia ilusi, dunia magik yang mana tidak mustahil satu hari nanti ia akan jadi seperti magik, BOLEH HILANG SEKELIP MATA.....ia tidak kekal...selama mana pendigitalan ini akan kekal lama,....bagaimana pengurusannya, bagaimana keselamatannya, adalah ia satu dunia yang pasti selamat dan kekal ??

Sekiranya kita mengabdikan diri kita dan menyerahkan diri kita dari segala aspek kehidupan dalam bentuk digital, adakah ia selamat? sejauh mana aspek keselamatan dunia digital yang tanpa sempadan ini?

Kerbergantungan yang amat diri dan masyarakat dalam dunia digital ini....juga mempunyai banyak risiko. Sejauh mana dunia digital ini memberi aspek keselamatan dari segi data, privasi, dan jejak perjalanan kita? Sejauh mana? Adakah dunia kewangan kita begitau selamat apabila ia diterjemahkan dalam bentuk digital, dan di manakah backup nya? 

Terlalu kebergantungan kehidupan ke atas kemudahan infrastruktur ICT seperti server, yang pastilah perlu sentiasa disemak iaitu ....dimanakah pusatnya? Sejauh mana ia dapat di hack?Apakah tiada lompong dan begitu selamat  sehingga segala sistem perlu untuk kita mengabdikan diri dan dunia ke atas satu perkara yang bernama TEKNOLOGI dan SISTEM. Apakah ia kekal dan sejauh mana dijamin keselamatannya? Apakah backup plannya?


Inilah antara perkara yang perlu difikir-fikirkan sebelum kita seantero negara dan dunia membuat keputusan untuk menerjunkan diri ke arah dunia pendigitalan yang membuktikan dan memberi tanda aras kemajuan ke atas kita dan negara. Adakah ia begitu berbaloi?

Fikir-fikirkan lah...moga kita semua dilindungiNya dari sebarang anasir negatif yang pastinya ada di atas muka bumi ini....