Wednesday, August 17, 2011

Formula lailatul-qadar...

Salam...u all nak cari lailatul qadar kan?......mestilah nak...jangan pulak carik laila dan nasi kandar pulak tgh2 hari ni ek bulan pose....

Dapat email ni dari rakam seofis......just to share...

Subject: FW: Jadual malam lailatul-qadar & Amalan yang perlu dibuat pada malam tersebut...
 

Hukum Iktikaf
Hukumnya sunat muakkadah (Yang benar-benar dituntut) pada 10 hari terakhir ramadhan kerana mengharapkan malam lailatul-qadar.
 


Jadual Malam Lailatul Qadar
Berkata Imam Ghazali Rahimahullah "lalilatul qadar itu ialah pada malam-malam ganjil didalam sepuluh hari terakhir ramadhan." . Beliau juga memberikan formula mendapatkannya seperti jadual dibawah:
 
 
Jika awal ramadhan, jatuh pada hari???(lihat column di dibawah)
 
       
  KEADAH AWAL BULAN RAMADHAN         MALAM LAILATUL QADAR
       
    Ahad atau Rabu                                                    Malam 29 Ramadhan
   
   
Isnin                                                                        Malam 21 Ramadhan
       
    Selasa atau Jumaat                                             
Malam 27 Ramadhan
       
       
    Khamis
                                                                  Malam 25 Ramadhan
      
       
    Sabtu                                                                      
Malam 23 Ramadhan
        
       

 
Berkata Sheikh Abu Hasan "semenjak aku baligh, aku tidak pernah terlepas mendapatkan malam lailatul qadar dengan kaedah tersebut"

 
Kaedah ini diambil dari kitab Mathlak Badraian karangan Muhammad Daud Al Fathani, Rujuk Mukasurat 65 


TOLONG SEBARKAN KEPADA KENALAN ANDA, moga-moga ianya berguna dalam kita meniti hari-hari terakhir ramadhan kerana mengharapkan ganjaran malam lailatul qadar itu tinggi nilainya seperti beramal 1000 bulan (Rujuk Surah Al Qadr) iaitu bersamaan 83 tahun. Kita tidak dapat yakini, adakah kita dapat lagi menemui ramadhan di tahun hadapan kerana ajal maut tidak memilah umur, masa dan tempat. Oleh itu janganlah kita mendabik dada akan sempat hidup lagi dihadapan hari. Lakukanlah dalam urusan duniamu seolah-olah awak akan hidup selamanya, dan buatlah urusan akhiratmu seolah-olah awak akan mati esok hari. Wallahu 'alam bis sawab …

No comments:

Post a Comment