Monday, August 22, 2011

Kurma goreng & Sup Labu Harrods Cafe

Kurma goreng Harrods Cafe
KURMA goreng merupakan kudapan yang harus dinikmati.




HARRODS Cafe sememangnya terkenal dengan masakan Barat dan Asia Barat yang menjadi kegemaran ramai. Suntikan dekorasi yang memukau menambahkan lagi nilai eksklusif restoran yang terletak di tingkat satu, pusat beli-belah Suria KLCC itu.





Daripada puluhan menu yang diketengahkan, apakah menu istimewa yang disediakan di kafe mewah itu? Jawapannya ialah kurma goreng.

Namun, apa kata, para pelanggan mencuba sup labu sebagai salah satu hidangan pertama semasa berbuka puasa. Supnya pekat dan rasanya tidak terlalu manis.

-Sumber: Varia Kosmo

Ermmm...... bulan2 puase ni.....memanglah kurma jadi santapan wajib.....bile bace dalam Kosmo hari ni...rase teringin nak cube juadah...kurma goreng dan sup labu....x payah pegi Harrolds...mahal...buat sendiri jek kat rumah...hihi...

Ni ade resepi Kurma Goreng  sekirenye anda mahu mencubanye sendiri di rumah...



Kurma Goreng Tepung

- Kurma di buang biji dan di hiris memanjang.

- Tepung Gandum
- Marjerin sedikit
- Garam secubit
- Air utk bancuhan




Cara:
Bancuh tepung dengan air, marjerin dan secubit garam. Bancuh seperti bancuhan hendak menggoreng pisang.
Celupkan kurma ke dalam tepung dan goreng seperti biasa.

-Sumber:Mesra resepi 

Hadith :
Daripada Salman bin Amir Addabbi Assohaabi r.a. daripada Nabi s.a.w. bersabda: “Jika seseorang kamu berbuka, hendaklah ia berbuka dengan buah kurma. Sekiranya buah kurma tiada, bolehlah ia berbuka dengan air kosong. Sesungguhnya air itu bersih lagi suci”.
 
(Abu Daud dan at-Tirmidzi)


Resepi Sup Labu
-Sumber: Myresepi.com




Bahan-bahan ( 4 - 5 orang )

  • 200 g labu kuning, kupas dan potong kecil2
  • 100 g saleri, dipotong kecil
  • 100 g bawang besar, didadu
  • 100 g mentega
  • 50 g tepung gandum
  • 100 ml UHT Whipping Cream
  • 700 ml air
  • Sedikit garam, gula dan serbuk lada sulah
  • Hirisan parsley untuk hiasan
  • Beberapa potong roti perancis
  • 1 camca besar mentega + 1 ulas bawang putih, dicincang halus

Cara-cara

  1. SUP LABU:- Dalam periuk, panaskan mentega hingga cair, masukkan bawang besar dan goreng hingga layu, masukkan saleri dan labu. Kacau goreng hingga wangi.
  2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul hingga rata. Tuang air dan kacau, masak dgn api perlahan hingga labu empuk, sambil terus mengacau. Padamkan api dan biarkan suam.
  3. Kemudian kisar hingga halus. Tuang dalam tapis dan tekan dgn spatula hingga menghasilkan puri yg halus. Tuang dalam periuk dan masak kembali atas api perlahan.
  4. Masukkan sedikit garam, gula dan serbuk lada sulah, masak hingga pekat sedikit. Akhir sekali masukkan UHT Whipping Cream dan gaul hingga rata. Biar mendidih seminit dua dan boleh diangkat. Tabur cincangan daun parsley sebelum dihidangkan bersama roti bawang putih.
  5. ROTI BAWANG PUTIH:- Sapu setiap keping potongan roti perancis tadi dgn bancuhan mentega dan bawang putih. Panggang atas kuali hingga garing dan wangi. Hidangkan bersama sup labu tadi.
  6.  
     
RASULULLAH S.A.W MENGGEMARI BUAH LABU.

Anas bin Malik r.a. meriwayatkan : "Rasulullah s.a.w ialah seorang yang menyukai buah labu. Maka setiap kali diberikan makanan atau diundang dalam jamuan makan, saya selalu mengikuti dan menghidangkan buah labu di hadapan Baginda kerana saya tahu bahawa Baginda menyukainya."

(Riwayat Ahmad, Al-Darimi, Al-Nasa'i dan Abu Daud)



    Sekiranya takut gemuk...boleh gantikan whipping cream dengan susu cair atau low fat milk....kurang sikit lemaknye.....

    I'm gonna make this nanti...heee......tak sabar nk buat...i'll post the pic nanti after i've done that






    No comments:

    Post a Comment