Assalamualaikum....
Masa jaga projek dulu ade buat projek taman kat pahang....mmg pening lah jaga projek tu ...dlm tmn tu ade surau....nama surau tu al-Fill...
Jom tgk apa makna surah al-Fill dalam al-Quran...
Surah al-Fill
1. Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)?
2. Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka?
3. Dan Ia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasukan-pasukan, -
4.Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras, -
5.Lalu Ia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat.
Surah ini diturunkan di Mekah, mengandungi 5 ayat. Dinamakan surah "Al-Fiil" (Gajah), kerana pada keseluruhan surah ini, Allah Taala menceritakan kepada Nabi Muhammad (s.a.w.) perihal angkatan tentera yang dipimpin oleh ketuanya yang berkenderakan Gajah, yang merempoh masuk ke Mekah dengan tujuan hendak meruntuhkan "Baitullah" (Kaabah), tetapi akhirnya mereka dibinasakan oleh Allah sebelum mereka mencapai maksud- nya.
Intisari kandungannya: Menyatakan akibat buruk orang-orang yang hendak merosakkan sesuatu yang mulia di sisi Allah, dan juga menjadi pelajaran kepada sesiapa yang menaruh ingatan buruk terhadap makhluk yang dipelihara kehormatannya dan keselamatannya. Kesudahannya, tentera musuh yang menceroboh Tanah Suci Mekah punah ranah diserang oleh "Burung Abaabiil" (burung yang berpasukan- pasukan), yang melontarkan mereka dengan sejenis batu kecil yang membunuh, dan "Menjadikah mereka hancur seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat."
Tgk....zaman dulu tentera gajah (tentera darat) lah paling kuat....lalu Tuhan mengirimkan tentera udara yang menjatuhkan batu-batu berapi ke atas tentera-tentera tu. Tentera darat dikalahkan melalui tentera udara! Maha suci Allah....Allah dah ajarkan ilmu stategi ketenteraan pada umat Islam pada zaman dulu lagi kan?! Jadi..mari kite renung-renungkan....siapakah dahulu yang telah mengambil pelajaran daripada strategi ketenteraan dari Al-Quran ni?
No comments:
Post a Comment