Wednesday, May 23, 2012

Khasiat ulam-ulaman

Ulam merupakan gelaran kepada tumbuhan yang dimakan secara mentah atau sekadar dicelur (direndam sekejap dalam air panas) sebelum dimakan bersama nasi. Ulam juga biasanya dimakan bersama dengan perasa seperti budu, cencaluk, atau sambal belacan, sebelum dimakan bersama nasi. Ulam sudah terkenal sebagai hidangan harian utama di kalangan masyarakat Melayu di kampung-kampung. Ulam diambil dari berbagai-bagai bahagian tumbuhan yang boleh dimakan. Ini termasuklah pucuk, daun, umbut, biji, buah, ubibunga.
Sayur-sayuran biasa boleh dianggap ulam apabila dimakan sebegitu sahaja. Ini termasuklah sayur-sayuran seperti timun, kubis dan terung. Selain daripada sayur-sayuran biasa, terdapat satu lagi kumpulan ulam ialah ulam tradisional. Ulam tradisional lebih meluas penggunaannya termasuk digunakan sebagai ulam biasa, sebagai bahan masakan seperti dalam penyediaan nasi ulam atau nasi kerabu dan masakan sayur lemak, dan sebagai bahan perubatan seperti penyakit kencing manis atau darah tinggi. Ada juga yang tidak berselera makan jika tiada ulam atau sayur. Paling tidak, mesti ada timun untuk membuka selera. Ini amalan baik kerana setiap hari badan kita memerlukan kira-kira 40 jenis nutrien untuk kekal sihat.Apabila kita makan, kita sebenarnya membuat pelaburan pada kesihatan. Kesan pelaburan ini bergantung kepada jenis makanan diambil. Selain mempunyai pelbagai khasiat, ulam sering dijadikan bahan rawatan tradisional dan kini banyak kajian dilakukan untuk mengkomersialkan khasiat ulam.Pengamal perubatan tradisional mengatakan, ubat bagi pelbagai penyakit sebenarnya ada di sekeliling rumah seperti cekur, pegaga, nanas, kunyit, halia, peria, kacang botor, pucuk betik mahupun kacang panjang.

Pegaga

Pegaga biasanya tumbuh melata di keliling rumah. Namun tumbuhan yang kecil ini besar khasiatnya. Ia kaya vitamin A dan C serta zat besi sering dijadikan sayur-sayuran ‘rasmi’ untuk wanita ketika berpantang.Pegaga atau nama saintifiknya Cantella asiatica boleh membangkitkan selera makan, membantu meredakan masalah penghadaman, mengatasi masalah buasir kerana mengandungi serat. Ia juga mampu melancarkan aliran darah, terutama bagi wanita yang ada masalah haid.Air perahan daun pegaga juga dikatakan boleh menyejukkan badan dan elok diamalkan jika demam, mengalami masalah berak berdarah atau lelah. Malah, ada yang menjadikannya sebagai minuman untuk menguruskan badan.Pegaga juga dipercayai boleh mempercepatkan proses penyembuhan luka, ulser dan masalah kulit lain. Ini sebabnya ia dijadikan makanan wajib bagi wanita berpantang supaya luka bersalin lebih cepat sembuh.Pegaga juga dijadikan ubat untuk merawat masalah keputihan yang menyebabkan faraj terasa gatal. Masalah keputihan biasanya dialami wanita yang mempunyai anak. Caranya, minum air rebusan pegaga yang dicampurkan secubit sedikit garam. Amalkan minum air rebusan ini dua kali sehari.Orang tua-tua percaya, akar pegaga juga banyak khasiatnya. Amalan minum air rebusan akar pegaga ini dipercayai boleh membantu mengawal paras gula dalam darah di kalangan pesakit kencing manis.


Timun

Timun merupakan sayur tempatan tetapi bukan dikategorikan sebagai sayur asli. Tempat asalnya dipercayai di kawasan banjaran Himalaya, di India. Timun atau dikenali juga sebagai mentimun sedap di makan sebagai ulam mentah. Menurut kajian tempatan, timun hanya mengandungi sedikit sahaja protein iaitu 0.65%, lemak 0.1%, dan karbohidrat 2.2%. Selain itu, timun juga turut mengandungi kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, vitamin A, B1, B2, C dan niasin. Bahagian timun yang mempunyai rasa pahit adalah disebabkan oleh kandungan sebatian kimia jenis terpen yang dikenali sebagai cucurbitasin. Manakala biji timun pula mengandungi racun alkoloid jenis hipoxantin yang berkesan untuk merawat kanak-kanak yang kecacingan. Timun yang masak pula jika dimakan mentah dikatakan amat berkesan untuk merawat penyakit sampu pucat iaitu sejenis penyakit pening-pening yang
berterusan sehingga boleh menurunkan berat badan.


Dalam rawatan perubatan tradisional, timun turut dipercayai berkesan untuk mengubati penyakit disenteri iaitu keluar darah semasa membuang air besar. Seorang saintis tempatan mengesyorkan supaya makan empulur (isi timun) setiap hari untuk awet muda. Rawatan tradisional Cina menggunakan timun sebagai makanan kesihatan, khususnya untuk menyingkirkan bahan toksik dari badan.Amalan makan timun juga boleh mengatasi masalah sakit tekak, gatal kerongkong dan batuk. Mengamalkan minum jus timun segar juga dipercayai dapat membantu merendahkan tekanan darah.Ada juga petua menyarankan individu yang mahu mengurangkan berat badan supaya minum jus timun dua gelas sehari, di samping bersenam dan mengawal pemakanan.Timun juga sebenarnya boleh menambah selera makan dan ia baik untuk diambil individu yang mengalami masalah terlalu kurus, tiada selera atau kurang berat badan.Timun juga menjadi bahan asas kepada pelbagai produk kecantikan. Secara tradisionalnya, hirisan timun boleh dijadikan pencuci muka dan membuatkan kulit lembut, licin dan sentiasa lembap; sesuai diamalkan individu yang mengalami masalah kulit berminyak.


PeriaPeria merupakan sejenis sayur yang mempunyai bentuk seakan timun. Ia merupakan sayur yang paling mendapat perhatian pakar perubatan moden dewasa ini. Berasal dari selatan China, peria yang dikenali sebagai "ku gua" telah lama digunakan sebagai salah satu herba dalam perubatan tradisional China. Air rebusan peria digunakan oleh pakar perubatan China untuk merawat penyakit asma dan haid yang terlewat. Selain itu, air rebusan ini juga digunakan untuk menyejukkan panas radang. Kini penggunaan peria semakin meluas. Di Asia Tenggara, Australia, dan Amerika Syarikat, peria menjadi bahan penting bagi merawat penyakit leukaemia, HIV, dan AIDS. Biarpun setakat ini belum ada kajian saintifik dijalankan bagi menguji keberkesanan peria dalam menangani penyakit-penyakit tersebut. Peria didapati boleh meningkatkan semula kiraan sel CD4 (sel imun) dalam tubuh manusia. Ujian darah untuk menguji jumlah kiraan sel imun adalah perkara paling asas untuk mengetahui perkembangan dan betapa seriusnya tahap HIV dan AIDS. Selain daripada meningkatkan sel imun tubuh, peria juga berguna untuk merawat atau mengurangkan penyakit-penyakit sampingan yang mempunyai kaitan dengan jangkitan HIV seperti arthritis dan "oppotunistic infections", misalnya herpes kemaluan, tuberkolisis dan beberapa jenis penyakit kulit yang menyerang lantaran lemahnya sistem imunisasi tubuh.Peria mentah jika dimakan selalu oleh pesakit kencing manis, akan berjaya mengurangkan paras gula dalam darah pesakit.

Sekumpulan pakar penyelidik di Amerika Syarikat telah berjaya mengasingkan sejenis protein yang terdapat di dalam peria. Protein ini dinamakan MAP-30 dan terdapat dalam biji dan kulit buah berkenaan. MAP-30 dikatakan mengandungi sifat-sifat anti-kanser sebagaimana yang terdapat pada tikus. Selain itu, ia juga dapat mengawal penyakit-penyakit virus seperti herpes dan poliomaelitis, dan menghalang penyakit tersebut daripada membiak dan merebak dari satu sel ke sel yang lain. Protein-protein lain yang diasingkan daripada tumbuhan jenis memanjat ini juga boleh membantu mengurangkan berlakunya keguguran dan menghalang pertumbuhan sel-sel kanser.

BendiBendi juga merupakan sayur tempatan yang banyak ditanam di negara-negara yang beriklim panas lembap. Berdasarkan kajian yang dilakukan bendi mengandungi 2% protein, 7% karbohidrat dan 1% serat. Selain itu ia juga kaya dengan zat galian, vitamin dan kalsium. Bendi juga merupakan sayur yang baik untuk perkembangan otak. Dalam bidang perubatan bendi digunakan sebagai perangsang buangan air kecil, merawat gonorea, sifilis serta bengkak saluran kerongkong dan hidung.


Saleri
Seleri sejenis sayur berbatang lembut yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, karotin, vitaminA, B-komplek dan C dan magnesium. Ia dikenali sebagai Apium graveolens yang berasal daripada keluarga dulce umbelliferae. Seleri merupakan penawar dalam amalan perubatan tradisional untuk menurunkan tekanan darah tinggi. Terdapat beberapa cara untuk menggunakan seleri sebagai ubat tekanan darah tinggi. Ia boleh dimasak sup atau sayur untuk dihidangkan sebagai hidangan sampingan.


Seleri juga bertindak melancarkan pengaliran dan pusingan haid serta mengatasi masalah penyakit keputihan. Ia juga dapat merawat penyakit kulit seperti jerawat, ruam, dan ekzema atau geligata. Kandungan garam galian dalam seleri bertindak menghapuskan pengumpulan asid yang berlebihan dalam darah, sekali gus memulihkan sifat alkalinnya. Proses itu bertindak membersihkan kulit dan amat berkesan untuk mengatasi masalah alahan, termasuk alahan terhadap kucing.


Kacang Botor
Kacang botor merupakan sayur tempatan yang bukan asli. tempat asal kacang botor adalah kurang jelas ada yang menyatakan dari Afrika Timur, Indonesia, Papua New Guinea dan Indo-China. Menurut kajian tempatan, kacang botor yang masih muda mengandungi satu hingga tiga peratus protein di dalamnya. Jumlah kandungan protein yang tinggi membuatkan kacang botor merupakan salah satu sayuran sumber protein yang setanding dengan jenis kekacang yang lain.
Selain itu kekacang ini juga kaya dengan zat kalsium, besi dan vitamin A. Daunnya juga elok untuk nutrisi, iaitu proses pemasukan dan pengolahan makanan oleh tubuh kerana kandungan protein sebanyak lima hingga tujuh peratus di dalamnya selain vitamin A, vitamin C dan garam galian. Daunnya boleh juga dimakan mentah dan sedap dibuat sayur. Manakala ubinya juga boleh dimakan sebagai ulam mentah. Walaupun selepas dicelur selama beberapa minit, ulam ini masih mengandungi sebanyak 8 hingga 10 peratus protein, selain kaya dengan karbohidrat, kalsium dan fosforos. Daunnya jika dicampur dengan ramuan lain boleh dibuat losyen untuk meredakan penyakit cacar. Akarnya pula berkesan untuk menghilangkan penyakit vertigo ataupun gayat apabila berada di tempat tinggi.

AsparagusAsparagus atau dikenali sebagai asparagus officinalis dan berasal daripada keluarga liliaceae, kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan niasin. Ia juga mengandungi elemen-elemen yang baik untuk kelenjar tiriod, pineal, dan adrenal, jantung, hati, paru-paru, limpa, pankreas dan kulit. Maurice Messegue, seorang pengamal ubat-ubatan herba yang terkenal di Perancis menggunakan jus asparagus sebagai rawatan yang berkesan untuk merawat gangguan renal.


Asparagus mengandungi sejenis bahan disebut asparajin yang membolehkan sistem badan membuang sisa-sisa toksik. Air kencing akan mengeluarkan bau yang luar biasa yang menunjukkan sistem tubuh badan sedang dibersihkan dan buah pinggang berfungsi secara normal. Jerawat merupakan satu masalah dermatologi berpunca daripada pemakanan tidak seimbang dan pengambilan terlalu banyak makanan berlemak dan bergula. Amalan memakan daging dan minum kopi secara berlebihan mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan. Tabiat pemakanan seumpama ini menyebabkan asid berkumpul dengan banyaknya dalam darah. Kandungan alkali yang tinggi dalam jus asparagus boleh mengatasi keadaan itu jika makanan dan minuman itu dikurangkan sekaligus menghilangkan masalah jerawat serta membersihkan kulit.


Cili
Cili, cabai, atau lada merupakan jenis sayuran yang amat popular di negara ini. Cili dipanggil paprika atau pimiento di Hungary dan Sepanyol. Cili termasuk dalam keluarga solaneceae seperti tomato dan kentang. Di negara ini cili merupakan salah satu bahan makanan yang banyak digunakan oleh masyarakat pelbagai kaum untuk kegunaan harian dan perusahaan. Dalam nilaian ekonomi, cili adalah buah terpenting dan mendapat permintaan tinggi hingga nilai kegunaannya mencecah RM90 juta setahun. Cili kaya dengan vitamin A, B, dan C kompleks, serta komposisi vitamin lain seperti protein, karbohidrat, serta karotin. Kepelbagaian cili memberi kepedasan kepada si pemakan. Ia dinamakan capsaicin, lagi tinggi kandungan capsaicin, cili semakin pedas. Dalam rekod CAB Abstracts 1995, capsaitin yang terkandung di dalam cili dilaporkan sebagai agen pelindung melawan penyakit ulser peptic serta agen penghalang kepada kimia-kimia carcinogens yang menyebabkan penyakit barah. Ia juga mengandungi beta karotine yang membantu mengelak daripada rabun. Selain itu, ia juga berupaya mempercepatkan/meningkatkan metabolisme khususnya mereka yang mempunyai berat badan berlebihan.(kerana metabolisme yang rendah)


Jering

Jering sememangnya tumbuhan asli di negara ini. Daripada kajian yang dijalankan didapati jering mengandungi sebanyak 3.5% protein, 0.1% lemak, 1.7% karbohidrat, kalsium, fosforus, besi, dan vitamin A, B, dan C. Biji jering enak dimakan sebagai ulam dengan pelbagai sos pencicah tempatan mengandungi sejenis sebatian alkoloid yang boleh memberi rangsangan membuang air besar. Tetapi biji jering juga mengandungi bahan toksid yang dikenali sebagai asid jengkolik. Sekiranya kita memakan terlalu banyak kita akan mengalami ‘sembelit jering’. Ini berlaku kerana asid jengkolik yang banyak terkumpul dalam badan akan membentuk hablur dalam buah pinggang dan akhirnya akan menyumbat pundi kencing. Namun bagi pesakit kencing manis, jering boleh menjadi penawar yang berkesan. Ini kerana kandungan sebatian alkoloid di dalamnya mampu meneutralkan kandungan gula dalam badan.


PetaiPetai juga merupakan tumbuhan asli negara ini yang masih lagi tumbuh liar di hutan. Berdasarkan kajian buah petai yang berbintil-bintil pada papannya dikatakan mengandungi kadar protein dan lemak yang tinggi berbanding tumbuhan hutan yang lain. Ia mengandungi 11% karbohidrat dan banyak mengandungi kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, B1, B2, C dan niasin. Petai atau nama saintifik parkia spp tergolong dalam famili leguminasae. Pokok petai yang terdapat di negara kita terdiri daripada 4 spesies antaranya petai kerayung (parkia javanica), petai maranti (parkia singularis), petai biasa (parkia speciosa) atau dipanggil petai papan dan petai nering (parkia sumatrana).

Sebenarnya kandungan nutrisi biji petai berbeza mengikut umur dan kesegaran bijinya. Ini petai yang kecut tidak elok serta kandungan khasiatnya kurang. Dalam perubatan tradisional masyarakat melayu biji petai dipercayai berkesan untuk merawat penyakit hati, buah pinggang, kencing manis dan untuk mengeluarkan cacing daripada kanak-kanak yang kecacingan.


Terung Pipit
Terung pipit merupakan tumbuhan liar di Malaysia dan di negara-negara tropika yang lain tetapi negara asalnya ialah Antilles. Biasanya ia dimakan mentah ataupun dicelur untuk dijadikan ulam. Terung pipit mengandungi 2% protein, 0.1% lemak, 7.9% karbohidrat serta mengandungi banyak fosforus, sedikit zat besi, vitamin A, B1, dan C. Menariknya, ia juga mengandungi alkoloid jenis steroid yang dikenali sebagai solasodin dengan kandungan sebanyak 0.84%. Steroid amat penting dalam bidang perubatan, terutamanya untuk menghasilkan pil perancang keluarga. Selain itu akar terong pipit juga boleh digunakan untuk mengubati retak kulit pada kaki, mencuci darah dengan meminum air rebusannya, melegakan kesakitan, penawar racun ular dan serangga serta menjadi ubat yang berkesan untuk meredakan sakit perut.


Kunyit

Walaupun rasanya kurang disenangi, kunyit muda sangat berkhasiat untuk dijadikan ulam. Kajian dijalankan penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) mendapati, kunyit mengandungi curcumin yang memberikan warna kuning jingga berpotensi untuk merawat barah.Kunyit juga mengandungi banyak bahan antioksida yang lebih baik berbanding vitamin C dan E, ia mampu melindungi sistem kardiovaskular, merendahkan kadar kolesterol dalam darah dan merawat demam kuning.Perubatan tradisional Melayu menggunakan pati kunyit yang diberikan kepada wanita selepas bersalin untuk mempercepatkan penyembuhan luka dan mengecutkan rahim.

Ia adalah ulam yang biasa tetapi jarang mendapat perhatian. Ulam daripada keluarga halia ini mempunyai banyak khasiat, khususnya untuk mengubati batuk, sakit tekak dan meredakan demam.Selain dimakan mentah, hirisan akarnya boleh dijadikan perencah untuk menaikkan rasa masakan. Ia juga mempunyai bahan antibakteria, antifungus dan antikeradangan.


Lobak Merah

Jarang kita jadikan lobak merah sebagai ulam harian kerana ia biasanya dicampur dalam salad. Lobak merah kaya vitamin A dan mineral seperti kalium, magnesium, fosforus dan sulfur.Ia baik untuk mengatasi masalah rabun malam akibat kekurangan vitamin A dan kandungan serat tinggi dapat memperbaiki gangguan saluran usus.


Mengkudu

Pucuk mengkudu biasanya dimasak atau dicelur untuk dijadikan perencah urap dan pecal. Ia kaya dengan beta karoten dan zat besi yang baik digunakan untuk mengatasi masalah kurang darah.Buah mengkudu masak pula mengandungi bahan antiseptik berfungsi melegakan kesakitan, bahan antioksida, merangsang pengeluaran sel darah putih dan meningkatkan daya ketahanan badan. Jusnya pula boleh merawat pelbagai penyakit kronik seperti darah tinggi dan kencing manis.


Halia
Halia dikatakan ditanam di China sejak berkurun-kurun lamanya. Malah, tanaman itu dikatakan berkemungkinan berasal dari negara tersebut.Masyarakat di China dipercayai telah menggunakan halia dalam amalan perubatan sejak 2,500 tahun lalu. Mereka bergantung kepada khasiat halia untuk mengatasi pelbagai penyakit seperti masalah kesejukan anggota badan terutama di bahagian tangan dan kaki. Gejala itu berpunca daripada gangguan atau masalah pengaliran darah.


Khasiat halia dalam merawat pelbagai penyakit bukan saja diketahui menerusi kaedah tradisional malah dibuktikan oleh pakar-pakar perubatan moden.Menurut satu laporan, kandungan aktif dalam halia yang dikenali sebagai gingeroles memberi kesan apabila ia meresap ke dalam badan.Halia atau nama saintifiknya Zingiber officinale dari keluarga zingiberaceae kaya dengan kandungan kalium (125 miligram), fosforus (63mg) dan kalsium tenaga (52 kilokalori) selain protein, karbohidrat, gentian, vitamin C dan niasin. Dalam perubatan alternatif, halia yang ditumbuk atau air rebusannya digunakan sebagai ubat minum atau sapu.Seperti yang diketahui umum, air rebusan halia yang dicampur lada hitam boleh menghilangkan angin di perut. Air rebusan ini sesuai untuk wanita yang baru bersalin dan mereka yang mengalami masalah angin seluruh badan.Bagi mereka yang terseliuh anggota badan, halia tua yang ditumbuk halus dan dipupuk di tempat tersebut boleh mengelakkan angin memasuki bahagian berkenaan.Halia juga boleh mengubati penyakit sendi, cirit-birit, kekurangan tenaga, pening kepala dan demam panas. Selain itu, halia membantu menghadam makanan, mengawal hati daripada kesejukan dan menghilangkan bau busuk mulut.Pengambilan halia juga mencegah rasa pening dan mual atau motion sickness semasa menaiki kenderaan serta membuang kahak dan lendir yang melekat di halkum.Halia juga membantu menguatkan tenaga batin iaitu menambahkan air mani.


Bawang Putih

Bawang putih telah dikenal pasti dapat memecahkan kolesterol yang menyekat perjalanan darah pada salur darah. Kolesterol inilah yang menjadi punca penyakit darah tinggi. Bawang putih atau Allium sativum nama sainsnya juga membantu menyegarkan pernafasan sekalipun di tempat yang banyak karbon monoksida (asap kenderaan). Sayuran ini juga dapat menghindarkan seseorang daripada diserang kanser kerana kandungan mineralnya membantutkan ketumbuhan tumor dalam tubuh manusia. Di Korea contohnya, peratus pengidap darah tinggi begitu rendah sekali dan ini dikaitkan dengan amalan menjadikan bawang putih sebagai ulam setiap kali mereka makan.


Kucai

Kucai sejenis sayuran yang menyerupai pokok bawang berasal dari keluarga lili. Tumbuhan ini tengik baunyan tetapi enak dimakan sama ada sebagai sayur atau ulam. Kucai mengandungi vitamin B dan C, karotin dan komponen belerang. Ia bernilai tinggi dalam dunia perubatan tradisional, khususnya untuk mengubati senggugut, penyakit keputihan, darah tinggi dan sembelit. Kucai juga bertindak sebagai antiseptik untuk membunuh kuman bakteria dalam usus dan menjadi perangsang dalam proses pengecutan dan pengembangan usus. Ia juga melancarkan pengaliran darah, sekali gus menghindarkan pembekuan darah. Caranya sama ada dimakan sebagai sayur atau daunnya ditumbuk hingga lumat dan dikacau dengan air panas lalu diminum. Cara ini amat berkesan untuk menurunkan tekanan darah tinggi, penyakit keputihan serta senggugut.
Limau Nipis
Limau nipis atau nama botaninya citrus aurantifolia. Kalau di barat dipanggil lime, bangsa Sepanyol mengenali sebagai lima, sementara orang Arab menyebutnya limah. Pohon limau nipis boleh mencapai ketinggian hingga 4 meter, lebih pendek dari ‘saudara’nya limau purut. Buahnya berbentuk bulat sebesar bola ping pong dengan kulit luar berwarna hijau, setelah tua menjadi kuning. Seperti buahnya yang kecil, bunganya pun berukuran kecil-kecil berwarna putih.
Rasa masam pada limau nipis dan semua jenis limau lainnya, berperanan pembuang toksin terbesar dibandingkan buah-buah lain. Rasa masam dan unsur pectin yang terkandung di dalamnya membantu menghilangkan racun-racun dalam tubuh. Jika ingin melakukan pembuangan toksin, anda boleh minum segelas besar air yang ditambah dengan perahan limau nipis setiap pagi kemudian diikuti dengan segelas besar air putih setiap jam berikutnya. Jika tidak tahan dengan rasa masamnya, limau nipis boleh digantikan dengan limau biasa.
Kadang-kadang proses pembuangan toksin diikuti dengan keluarnya gejala seperti kulit kering atau sakit kepala. Gejala ini berjalan seiring dengan keluarnya racun dari tubuh dan keadaan ini adalah wajar. Namun jika tidak yakin, anda mesti mendapatkan nasihat doktor. Selain itu, disarankan agar tidak memakan limau nipis untuk membuang toksin ketika tubuh tidak sihat kerana keadaan ini boleh memburukkan lagi kesihatan anda. Menurut buku Food That Harm Food That Heal, meminum air limau ini sebiji sehari, akan meningkatkan daya tahan tubuh dari serangan virus. Vitamin C yang tinggi dari buah ini akan menyediakan antioksidan untuk menjinakkan radikal bebas dalam tubuh. Sementara sejumlah mineral, potasium di alamnya bermanfaat untuk membantu mengatur tekanan darah dan fungsi jantung, serta vital untuk memelihara kelenturan otot dan memperlancar sistem saraf.
Tomato
TOMATO atau nama saintifiknya Iycopersicon esculetum sememangnya digemari ramai. Sama ada diratah begitu sahaja atau digandingkan dalam pelbagai jenis masakan, tomato menjanjikan keenakan tersendiri. Hidangan Mediterranean dan Asia Barat menjadikan tomato sebagai bahan asas yang paling kerap digunakan. Berasal dari keluarga Solanaceae, tomato kaya dengan zat besi, serat serta vitamin A dan C yang diperlukan untuk mengekalkan kecergasan badan. Ia juga mengandungi fruktosa, glukosa, asid folik, potasium, kalsium dan mineral garam.
Malah kajian di Amerika Syarikat mendapati pigmen merah pada kulit tomato mengandungi lycopene yang dikatakan mampu mengurangkan risiko barah prostat di kalangan kaum lelaki. Lycopene menawarkan khasiat antioksida semula jadi yang baik untuk kesihatan badan.
Khasiat tomato juga berkait rapat dengan kecantikan kulit. Sayuran ini dikatakan berkesan untuk mengecilkan liang roma, mengurangkan masalah jerawat dan merawat penyakit kulit. Elemen penyejuk juga mampu menyejukkan kulit yang kasar, astringen untuk menghapuskan minyak berlebihan, dan vitamin A dan C untuk mencerahkan kulit kusam dan mengembalikan keremajaan kulit. Anda boleh cuba petua dan cara-cara penjagaan kulit menggunakan tomato.

Mengecilkan liang roma
Campurkan satu sudu jus tomato segar dengan dua hingga empat titik jus limau. Sapukan bahan tersebut menggunakan kapas pada kulit wajah dan urut perlahan-lahan. Biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air suam untuk mengecilkan lagi liang roma, selepas itu sapukan pelembap muka.
Merawat jerawatHancurkan tomato segar dan sapu rata bahan tersebut pada kulit muka yang berjerawat. Biarkan sejam atau lebih sebelum dibilas dan dikeringkan. Buat setiap hari sehingga jerawat hilang.

Membersihkan kulit mukaTopeng muka menggunakan campuran tomato dan avokado amat sesuai untuk kulit kombinasi (berminyak, biasa dan kering) kerana ia menggabungkan astringen dan antiseptik yang boleh mengurangkan kandungan minyak serta noda hitam pada kulit. Topeng penyegar muka ini kaya dengan vitamin A, C dan E - kesemuanya penting untuk kulit yang sihat. Untuk membuat topeng muka ini, hancurkan tomato dan avokado dalam mangkuk dan sapukan pada muka, bilas selepas 20 ke 30 minit. Boleh juga sapukan campurkan jus tomato segar dengan jus timun pada kulit muka untuk mengawal minyak and jerawat. Menyejukkan kulit yang rosak Kisar sebiji tomato dan campurkan dua sudu yogurt. Sapu bahan tersebut pada kulit muka dan biarkan selama 20 minit. Bilas dengan air suam. Gabungan tomato dan yogurt mampu menyejukkan kulit dan mengurangkan kesan kesakitan termasuk akibat selaran matahari dan kerengsaan kulit. Ini kerana yogurt merangsang protein pada kulit dan menjadikannya lembut manakala tomato menyejuk dan meneutralkan permukaan kulit.Tapi, apa yang penting, kena makan jugak tomato tu, sebab hanya sesuatu yang kita makan sahaja yang dapat mengawal tubuh badan.
Kacang Panjang
Mengandungi betakaroten, klorofil, vitamin B1 dan B2, serat serta pektin. Sayuran ini berguna untuk mengendalikan kadar gula darah, mengatasi hipertensi, memperkecilkan risiko stroke dan serangan jantung, meningkatkan fungsi organ pencernaan, menurunkan risiko kanser, membantu mengatasi sembelit, dan bersifat sifat diuretic (peluruh kencing) tingkat sedang.
Di beberapa negara, kacang panjang digunakan untuk mengubati reumatik, arthritis, dan gangguan saluran kencing. Sayuran ini berkhasiat untuk menjaga kulit dari gangguan jerawat, membantu pemulihan luka bakar, peluruh air seni, mengatasi diare, eksim, gangguan ginjal, gatal-gatal, dll.

Kandungan Gizi : Vitamin A, B1, B2 dan C, protein, tiamin, riboflavin, fosfor, zat besi, potassium folat, magnesium, mangan, kalori, sodium, karbohidrat, kalsium.
Sementara yang takut kanser payudara dan leukimia, ia ternyata menyimpan zat antikanser. Selain itu, ia juga antioksidan, antivirus, antibakteria, gangguan saluran kencing, dan meningkatkan fungsi limpa. Tentunya yang lebih penting lagi, dapat meningkatkan fungsi sel darah merah, menyembuhkan beri-beri, demam berdarah, mengatasi sakit pinggang, dan kurang darah.

Tidak hanya buah, yang memberikan manfaat. Daun kacang panjang, ternyata juga memberikan banyak khasiat. Dimana untuk melawaskan air kencing, boleh diambil 50 gram daun segar kacang panjang. Bahan-bahan itu kemudian dicuci bersih. Kemudian direbus dengan dua gelas air sekitar 30 minit. Setelah dingin, airnya disaring dan diminum dua kali sehari, pada pagi dan siang hari.

Untuk pengidap sakit pinggang, gunakan 200 gram biji kacang panjang, 200 gram jahe, dan 25 gram kencur. Semua bahan kemudian direbus dengan 500 cc air, hingga tersisa sekitar 200.
Bagi yang banyak aktiviti, kacang panjang bisa digunakan untuk meningkatkan stamina dan mengatasi penyakit cepat lelah. Ambillah 100 gram kacang panjang, ditambah dengan lima buah angco yang dibuang bijinya, serta 25 gram kencur. Semua bahan kemudian direbus dengan 600 cc air. Lalu biarkan hingga tersisa 200 cc. Setelah itu, airnya disaring, ditambah madu secukupnya, dan boleh terus diminum. Khusus penderita anemia atau kurang darah, segeralah ambil 200 gram kacang panjang, dengan ditambah 100 gram anggur dan hati ayam secukupnya. Bahan-bahan kemudian dimasak sesuai selera. Makan teratur, boleh mempercepat tercapainya hasil.
Menurut penelitian lainnya, kacang panjang juga dapat untuk menghancurkan batu ginjal, mencegah kelainan antibodi, meningkatkan fungsi limpa, meningkatkan penyatuan DNA dan RNA, meningkatkan fungsi sel darah merah, beri-beri, demam berdarah, kurang darah, sakit pinggang, reumatik, pembengkakan, meningkatkan nafsu makan, dan sukar buang air besar.


Ulasan Pengarang: Kepada yang tak suka makan ulam-ulaman ni, makan la yer..banyak khasiatnya tau! Tapi awas kepada anda yang suka makan ulam-ulaman ni dengan sambal belacan(boleh makan tapi jgn selalu). Kerana ia mengandungi garam yang tinggi dan boleh menyebabkan sakit darah tinggi dan buah pinggang. Kalau nak taruk garam, tarukla sikit jer...jangan terlalu masin ye..


Kesimpulan
Berdasarkan penjelasan dan huraian di atas menunjukkan sayuran dan ulaman tempatan mempunyai khasiat yang tinggi untuk keperluan manusia. Sayuran ini juga mudah di tanam dan ada sesetengahnya tumbuh secara semulajadi disekeliling rumah kita. Kesihatan tubuh badan amat penting untuk membolehkan kita bergerak aktif menjalankan aktiviti harian. Walaupun terdapat banyak sayuran yang diimport dengan pelbagai bentuk, rasa dan rupa tetapi sayur ulaman tempatan masih mendapat tempat utama di pasar tani, pasar malam, dan pasar minggu. Di hotel-hotel kelas tinggi juga ulaman dihidangkan sebagai penambah selera pelanggan. Sayuran ulaman bukan sahaja sebagai pembuka selera tetapi menjadi penawar kepada segala jenis penyakit yang merbahaya.
 
Sumber:teratak kenyalang

3 comments:

  1. I really like this :-)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum slm sejahtera kepada warga group yang ada penyakit kencing manis!!. Jom viralkan berita baik ni Bantu kakak2 abang2 kita yg ada kencing manis yg dh bertahun2 bergantung pd ubatan.

    Bantu kwn2 kita, saudara mara,jiran2 smua. Rawat terus kencing manis!

    Ini 1 penemuan herba utk rawat kencing manis dgn bacaan gula xkira betapa tggi pun.

    Herba yg di proses menjadi jus untuk pesakit kencing manis menurun kan bcaan gula yang amat tinggi

    -Kaki luka bernanah
    -Badan letih dan lemah akibat kencing manis
    -Paling penting dapat lindungi buah pinggang
    -Rasanya yang tidak pahit dan sedap untuk di minum

    🗣Jom sama2 kita viral kan, ..kita rawat cara selamat ,cara alami tanpa kandungan bahan kimia yg boleh bgi kesan yang tidak baik.

    Gula turun dengan cepat selpas hanya dua jam meminum herba ni dan rasa tidak pahit

    Stabil kan gula kembali..paling penting dapat merawat buah pinggang!

    iNi bkn jus buah buahan campuran biasa2 yg kat luar jual ni..😆
    Ini adalah herba yg sangat sukar dijumpai dn amat berkesan.

    Mari bantu saudara mara,kwn2,jiran2 dn keluarga kte trun kan kencing manis sekelip mata!💪🏻


    NOTE :
    Ia BUKAN HERBA YG MEMANASKAN BADAN macam produk2 lain yang masukkan herba2 biasa Herba ni fresh2 di proses tiada perap simpan lama2.. boleh diambil sebagai suplement utk penyakit2 lain juga.

    Call & whats app sekarang! Nk tanya je dlu blh jgn malu.

    0174687570
    0174687570
    En mohd zuhairi

    #sharing is caring

    ReplyDelete