Thursday, February 4, 2016

Layan blues

Apalar nasib ku jadi begini
Hanya Tuhan Maha Mengetahui
Dada sesak tak terperi
Bila diri diperlakukan begini

Adakah ini takdir yang diberi
Apakah dosaku dihukum sebegini
Apalah daya aku cuma hamba yang kerdil
Namun hidup ini perlu diharungi

Ujian berat diberi sebegini
Keperitan hati harus kutanggungi
Sampai bila harus ku pikul beban ini
Keperitan hati tiada siapa peduli

Tidak ku tahu dapatkah ditempuhi
Tiada tempat mengadu diri ini tiada siapa lindungi
Bersendirian kutempuhi hidup ini
Bersama duri dan ranjau berduri

Mungkin ini hukuman dari yang Maha Kuasa
Terhadap diri ini yang banyak berdosa
Berserah diri kerana diriku yang hina
Apakah aku akan dan masih dikasihiNya?

Terang bersuluh daku tak punya apa
Di dunia ini pun sudah memang hina
Hanya Tuhan kuserah jiwa raga
Ketakutan ku pada yang Maha Kuasa