Assalamualaikum wbt...
Sempena maulidur rasul tempoh hari........marilah kita berselawat kepada Junjungan besar Rasulullah s.a.w......seorang contoh teladan yang Allah berikan kepada kita untuk kita ikut...dan cintai..
Meskipun kita tidak pernah berjumpa dengan baginda Rasulullah s.a.w.....bagaimana hendak kita cinta kepada baginda? Ia adalah bergantung dengan iman kita...tahap kepercayaan kita kepada ajaran Al-Quran dan hadith.
Saya sentiasa berdoa moga cinta saya kepada Rasulullah s.a.w tidak pudar, semakin hari semakin kuat......namun, saya rasa sedih dengan kutukan segelintir manusia yang menghina baginda di internet dan sebagainya...dan saya rasa begitu marah dengan diri saya sendiri tidak melawan mereka bagi melindungi nama Rasulullah s.a.w....lemahnya saya!!! Sebab ilmu saya dangkal....dan baru saya sedar iman saya masih lemah....saya malu padaMu ya Allah..
Sebenarnya...alhamdulillah...pada tahun akhir 2010 yang lalu, satu perkara yang saya masih berfikir-fikir sehingga kini.....saya bermimpi berjumpa Rasulullah s.a.w ....tapi mimpi tersebut masih segar dalam ingatan saya....saya bermimpi baginda menyerahkan kain putih miliknya untuk saya cuci....saya tak pasti samaada ia mainan tidur atau tidak....baginda tidak memperkenalkan dirinya...tapi didalam mimpi tersebut saya maklum bahawa itu adalah baginda....dan saya amat gembira mencuci kain baginda, saya sidai dan umumkan pada semua orang yang lalu lalang bahawa itu adalah kain baginda namun tiada siapa peduli...dan saya ingat wajah baginda.....wajah putih bersih, memakai serban, pakai jubah putih, ada janggut tapi tidak terlalu panjang....bertubuh sederhana.....namun, secara terperinci...tidaklah saya ingat sangat.....
Saya tidak pasti berkenaan mimpi saya......adakah benar, adakah hanya mainan tidur.....kerana saya bukanlah orang alim, bukanlah seorang yang popular dan disukai orang sgt, saya orang biasa yang hari-hari berdosa.....sembahyang pun banyak yang tidak sempurna.....dan banyak benar perkara negatif berkenaan diri saya....namun saya hari-hari cuba membaiki diri saya ....
Dan saya ada menceritakan kepada beberapa orang terdekat...namun, hanya diketawakan dan ada yang tidak percaya. Saya tidak peduli apa yang orang lain cakap,,...namun,....jauh di sudut hati saya.....saya rasa gembira bermimpi perkara itu....kerana pada saya, ia adalah mimpi yang baik dan menakjubkan ....dan saya takkan lupakan mimpi saya itu sampai bila-bila....
Kadang-kadang mungkin saya termimpi perkara tersebut kerana...saya cepat mengalirkan air mata apabila mendengar cerita berkenaaan Baginda......dan sebenarnya kepala dan badan saya rasa seperti bergelombang apabila mendengar cerita berkenaan Baginda s.a.w.....sama ada orang percaya atau tidak......itu terpulang...saya hanya menceritakan apa yang saya alami...wallahuallam..
Kadang-kadang mungkin saya termimpi perkara tersebut kerana...saya cepat mengalirkan air mata apabila mendengar cerita berkenaaan Baginda......dan sebenarnya kepala dan badan saya rasa seperti bergelombang apabila mendengar cerita berkenaan Baginda s.a.w.....sama ada orang percaya atau tidak......itu terpulang...saya hanya menceritakan apa yang saya alami...wallahuallam..
Saya doakan moga Tuhan lindungi dari sebarang keburukan...Amin......
No comments:
Post a Comment