Salam...
Adakah u all pernah rasekan bahawa u all ditimpa ujian oleh Yang Maha Berkuasa? i do not know about all of u.....as it is for me.....yess....very yess....i have and i had.....i'd ask myself...why do i have to go thru all this hardness of life?all the difficulties...?
Bila sesuatu kesusahan berlaku......saya selalu bertanye dan tertanye2?....adakah Tuhan tidak sayangkan saya?adakah Tuhan marahkah saya?adakah Tuhan murka kepada saya? Hari ini...bile saya mengalami kesusahan, saya berfikir....bagaimana untuk terus meneruskan keimanan saya kepada Tuhan....sekiranya saya menghadapi kesusahan?kerana kadang2 kita harus istighfar bila kita fikir yang bukan2 bile kita mengalami kesusahan....lalu saya berjumpa ayat ini......
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
- Al-Ankabut: 2
Apakah kamu menyangka kamu akan masuk jannah (taman/syurga) padahal Allah belum menyatakan (siapakah) di kalangan kamu orang yang berjihad bersungguh-sungguh dan orang yang sabar
~ Al Imran:142
dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya
~ Al-Baqarah - 216
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar
~ Al-Baqarah: 155
Maka..apabila baca ayat ini....saya lega...tapi bagaimana saya lega pula? saya takut dengan cubaan dan dugaan yang tak mampu saya hadapi, menjadikan hidup saya tunggang langgang dan saya takut sekiranya ujian tersebut akan menjauhkan saya lagi kepadaNya.....serius...saya khuatir ttg perkara itu....
Maka, saya baca lagi....
Sebagaimana janji Allah S.W.T dalam surah Al-Baqarah,
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
[Surah Al-Baqarah, 2: 286]
[Surah Al-Baqarah, 2: 286]
Itu janji Tuhan......maka berdoalah kita moga kita tidak dijauhkan dari ujian yang berat2 dan sekiranya kita menghadapi sesuatu ujian, maka...kembalilah kita kepada AlQUran....moga ia membuatkan kita lebih tabah menghadapi hidup ini....
Bacalah surah al-insyirah...
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
1. Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (Wahai Muhammad serta mengisinya Dengan iman dan hidayah petunjuk) ?
2. dan Kami telah meringankan bebanmu daripadamu:(menyiarkan Islam) -
3. Yang memberati tanggunganmu,
4. dan Kami tinggikan sebutan (nama)mu bagimu.
5. Maka (tetapkanlah kepercayaanmu) Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
6. Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
7. Maka apabila Engkau telah selesai (daripada sesuatu amal Soleh), maka bersungguh-sungguhlah Engkau berusaha (mengerjakan amal soleh Yang lain),
8. dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah Engkau memohon (Apa Yang Engkau gemar dan ingini).
*************
Moga Tuhan merahmati dan memberi petunjuk pada kita semua.....Amin
No comments:
Post a Comment