Assalamualaikum wbt.....
Kerja.....setiap orang kebanyakkannya bekerja untuk mencari rezeki.....rezeki adalah untuk hidup....dan hidup kita adalah untuk Allah......jadi oleh kerana hidup kita adalah untuk beribadat untuk Allah....maka kerja kita pun adalah untuk ibadat kerana Allah....
Pernahkah u all menghadapi masalah kerja....mesti ada kan....selalu kita merasa amat sukar untuk ke tempat kerja...terutamanye yang makan gaji...amat susah untuk kita pleasedkan hati bos2 kita kan.....sgt susah untuk kita memuaskan hati semua pihak untuk merasa puas hati dengan kerja kita......sgt susah untuk kita berinteraksi dengan majikan....rakan sekerja kita kan......dan sangat susah untuk kita mengawal emosi menghadapi karenah bos, rakan sekerja, staff....politik .....dan sebagainya...jadi, macammana kita hendak mengatasi masalah ini?
it is pretty hard....menjadikan rasa sangat stress dan tidak gembira untuk ke tempat kerja setiap hari.....since beberapa hari ini.....keadaan yang stress menyebabkan kesihatan saya agak terganggu akhir-akhir ini....it does effect my health..........saya mengambil contoh beberapa insan di ofis yang begitu tenang, rajin walaupun keadaan begitu stressfull dan walaupun kerja datang secara bertimpa-timpa datang kepada mereka setiap hari.....dan secara ikhlas membuat kerja lebih masa di rumah untuk menyiapkan kerja tanpa prejudis......didalam hati memang saya amat kagum, sayu dan ingin mencontohi mereka .....saya tidak boleh lemah!!!i have to do something.........tapi......apakah penyelesaiannya?????Saya berfikir,berfikir dan berfikir..........mencari jalan.....untuk menjadi insan yang rajin sepanjang masa, tenang, dan ikhlas dalam bekerja......saya berfikir lagi...
Saya memilih untuk meletakkan dan menanamkan niat....KERJA KERANA ALLAH....didalam hati supaya ia meresap ke dalam hati, kepala, darah, tulang......supaya hati ini, kepala ini, otak ini, anggota badan ini boleh membuat kerja dengan ringan dan hati yang girang...segala apa yang berlaku saya serahkan pada Allah.....dan mohon perlindungan kepada Allah.dari segala keburukan dalam pekerjaan....moga dengan niat saya ini.....Tuhan memberkati , memudahkan, memperelokkan urusan kerja saya dunia dan akhirat.......kerana niat kita bekerja kerana Allah...cube bekerja untuk mencapai keredhaannya, keberkatannya kan...
I found this malay poems which can motivate me to go to work everyday.....this poem is soooo good.....
KERJA KERANA ALLAH.........
Jangan diungkit walau sezarah
Hati tidak berasa gundah
Perasaan tidak mudah marah
Segala urusan menjadi mudah
Kerja tidak menjadi susah
Tenaga tidak menjadi payah
Fikiran tidak keluh kesah
Hati tidak berasa gundah
Perasaan tidak mudah marah
Segala urusan menjadi mudah
Kerja tidak menjadi susah
Tenaga tidak menjadi payah
Fikiran tidak keluh kesah
KERJA KERANA ALLAH.........
Jangan berkira.....tabahkan hati
Jangan mengeluh .....kuatkan hati
Niat ikhlas sepenuh hati
Usaha sehabis baik
Allah Maha Mengetahui
Moga urusan menjadi mudah..tidak susah....gembira hati...
Niat ibadat......fikiran tenang.....gembira memenuhi hari....
KERJA KERANA ALLAH.........
Buat Kerja Kerana Allah …..Terlari niat membawa padah
Hati hendaklah sentiasa di lembah
Letakkan diri dipaling bawah
Menyimpan ujub adalah parah
Halatuju menjadi terarah
Ketaatan tidak di tarah-tarah
Komitmen bersama mudah di kerah
Buat Kerja Kerana Allah …..Bakti hendaklah sentiasa di curah
Segala pujian dianggap dadah
Keaiban diri harap di dedah untuk disedari...untuk meningkat potensi diri
Mimpikan pangkat mengundang parah
Segala keputusan adalah musyawarah
Segala kesusahan di lihat riadah
Segala kelebihan adalah anugerah
Buat Kerja Kerana Allah …..Rezeki subahat haram menjadi darah
Hak orang jangan di jarah
Kuasa makhluk tidak disembah
Musuh tidak mudah mengacah
Kawan jangan dijadikan amah
Maksiat jangan dibiar bernanah
Punca masalah hendaklah dirajah
Perbualan jangan ditambah perencah
Buat Kerja Kerana Allah …..
Jangan takut turun kelembah
Bisikan jahat hendaklah selalu dilhalau
Harapan kawan bersama dicecah
Kelebihan kawan jadikan madrasah
Hal yang kecil jangan direnyah
Prinsip jangan mudah goyah
Kelemahan kawan jangan digeledah
KERJA KERANA ALLAH.........
Buat Kerja Kerana Allah …..
Pasti tahu membezakan antah
Rahsia disimpan bukan dimuntah
Mendoakan kawan menjadi lumrah
Amalan kebaikan bercambah-cambah
Syaitan pasti gagal meludah
Pintu syak ditutup dengan mas merah
Kepada nafsu jangan mengalah
KERJA KERANA ALLAH.........
Buat Kerja Kerana Allah …..Jangan sekali terasa culah
Jauhkan tamak utamakan barakah
Keazaman jangan dibiar lelah
Diri jangan dibiar berkelah
Perut jangan makanan berkolah
Ilmu hendaklah sentiasa bersekolah
Ibadah biar tinggi menggalah
Kepuasan jangan dibiar sudah
Semangat biar sehebat Handzalah
KERJA KERANA ALLAH.........
Buatlah Kerja Kerana Allah …..Kerja bukanlah main redah
Diri tidak menadah-nadah
Tiada bezanya yang punya ijazah
Alhamdulillah dibibir sentiasa basah
Zikir dihati sentiasa menerjah
Setiap waktu ditikar sejadah
KERJA KERANA ALLAH.........
Buat Kerja Kerana Allah …..Dengan kawan sentiasa berhemah
Pada yang dengki jangan disumpah
Kelemahan orang jangan dilihat sampah
Jangan juga dianggap masalah
Usahakan kebaikan sentiasa bertambah
Supaya yang gelap dapat di cerah
KERJA KERANA ALLAH.........
Buat Kerja Kerana Allah …..Pendapat orang jangan disanggah
Pendapat sendiri jangan terasa gah
Kekurangan orang jangan disesah
Perkataan baik sentiasa dimadah
Keharmonian persahabatan sentiasa di asah
Jangan membuat sahabat resah
Rezeki dikumpul untuk ke Mekah
Bukannya untuk bermegah-megah
Latihlah diri menjadi tabah
Maruah jangan dibiar murah
KERJA KERANA ALLAH.........
Buat kerja kerana Allah....Segala perlakuan menjadi ibadah
Segala penyelewengan terasa bersalah
Rasakan kerja semuanya indah
Hendaklah sentiasa bermujahadah
Hindarkan segala sifat mazmumah
Himpunkan segala sifat mahmudah
Persahabatan jangan dipecah-pecah
Tiada yang mustahil semuanya munasabah
Orang jangan di acah-acah
Ehwal kawan sentiasalah jengah
Segala bantuan jangan dilengah
KERJA KERANA ALLAH.........
Moga semuanya mendapat inayah
Agar terbuka pintu hidayah
Terlindung dari segala jenayah
Ingatlah selalu pesan Abah
Ingatlah pula pesan Rasulullah
Hanya pada Allah kita berserah ….
(sumber poem: halaqah.net)
InsyaAllah.....moga Tuhan membantu saya untuk terus tabah bekerja,mencari rezeki yang halal, untuk mendapatkan kekuatan untuk beribadat kepadaNya.Moga Tuhan tidak timpakan saya dugaan yang berat2 kerana saya amat lemah untuk menghadapiNya...namun Tuhan....berilah saya kekuatan menghadapi hidup ini....Ameen...ya robbal alamin
Ikhlaskan kerja kerana Allah......jadi saya carilah ayat2 untuk membangkitkan motivasi untuk saya keluar bekerja sehari-hari untuk dikongsikan....:
AYAT-AYAT DARI AL-QURAN DAN HADIS YANG BOLEH MEMBANGKITKAN SEMANGAT IKHLAS BEKERJA KERANA ALLAH
Ikhlas Bekerja
“Iblis menjawab: “Demi kekuasaan Engkau aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba-Mu yang mukhlis (Ikhlas) di antara mereka.”
(QS, Shaad 38 : 82-83)
(QS, Shaad 38 : 82-83)
“Iblis berkata: “Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan ma’siat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis (ikhlas) di antara mereka.”
(QS Al-Hijr, 15 : 39-40)
(QS Al-Hijr, 15 : 39-40)
Berusaha Mencari Rezeki
Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:"Meraka yang mencari harta dunia (kekayaan ) dengan jalan yang halal dan menahan dirinya dari meminta-minta (tidak menjadi pengemis ) dan berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang terhadap jiran tetangganya, nescaya di hari kiamat kelak ia akan berjumpa dengan Allah dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu malam."
Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:"Meraka yang mencari harta dunia (kekayaan ) dengan jalan yang halal dan menahan dirinya dari meminta-minta (tidak menjadi pengemis ) dan berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang terhadap jiran tetangganya, nescaya di hari kiamat kelak ia akan berjumpa dengan Allah dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu malam."
Balasan Kesusahan Bekerja
Hadith :
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: ”Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut.”
(Riwayat al-Hakim)
Hadith :
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: ”Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut.”
(Riwayat al-Hakim)
Sekiranya Terpaksa Bekerja Keras dari siang hingga malam hari...
Siapa saja pada malam hari bersusah payah dalam mencari rejeki yang halal, malam itu ia diampuni”.
(HR. Ibnu Asakir dari Anas)
Siapa saja pada malam hari bersusah payah dalam mencari rejeki yang halal, malam itu ia diampuni”.
(HR. Ibnu Asakir dari Anas)
Barangsiapa pada malam hari merasakan kelelahan dari upaya keterampilan kedua tangannya pada siang hari maka pada malam itu ia diampuni.”
(HR. Ahmad)
Hasil Usaha Bekerja
”Tidak ada yang lebih baik bagi seseorang yang makan sesuatu makanan, selain makanan dari hasil usahanya. Dan sesungguhnya Nabiyullah Daud as, selalu
makan dan hasil usahanya”.
(HR. Bukhari)
makan dan hasil usahanya”.
(HR. Bukhari)
Ada Dosa Yang Hanya Boleh Terhapus Dengan Kesusahan Bekerja(Ni paling saya suka...very inspiring)
”Sesungguhnya di antara dosa-dosa itu, ada yang tidak dapat terhapus dengan puasa dan shalat”. Maka para sahabat pun bertanya: “Apakah yang dapat menghapusnya, wahai Rasulullah?” Beliau menjawab: ”Bersusah payah dalam mencari nafkah.”
(HR. Bukhari)
Sesungguhnya di antara perbuatan dosa ada dosa yang tidak bisa terhapus (ditebus) oleh (pahala) shaum dan Shalat. Ditanyakan pada Beliau: ‘Apakah yang dapat menghapuskannya, Ya Rasulullah ?” Jawab Rasul SAW: “Kesusahan (bekerja) dalam mencari nafkah penghidupan”
(HR. Bukhari)
Sesungguhnya di antara perbuatan dosa ada dosa yang tidak bisa terhapus (ditebus) oleh (pahala) shaum dan Shalat. Ditanyakan pada Beliau: ‘Apakah yang dapat menghapuskannya, Ya Rasulullah ?” Jawab Rasul SAW: “Kesusahan (bekerja) dalam mencari nafkah penghidupan”
(HR. Abu Nu’aim)
“Sesungguhnya di antara perbuatan dosa ada dosa yang tidak bisa terhapus (ditebus) oleh (pahala) shalat, shadaqah (zakat), ataupun haji. Namun hanya dapat ditebus dengan kesusahan dalam mencari nafkah penghidupan.”
(HR. Thabrani)
(HR. Thabrani)
Balasan Usaha Payah Bekerja
Allah berfirman bermaksud: "Wahai manusia, sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hingga (ketika engkau) kembali kepada Tuhan-mu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatat semuanya)."
(Surah al-Insyiqaq, ayat 6).
(Surah al-Insyiqaq, ayat 6).
Bersungguh-sungguh Mengerjakan Amal Soleh
Allah berfirman bermaksud: "Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguh engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain) dan kepada Tuhanmu saja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini)." (Surah al-Insyirah ayat 7-8).
Salam...Moga ia memberi semangat dan inspirasi untuk kita mencari rezeki yang halal setiap hari...Yang Penting adalah kena niat ikhlas bekerja kerana Allah!!!!.....InsyaAllah...moga kerja kita hari2 walaupun mencabar sekiranya sabar dan ikhlas,.....kita dapat balasan yang baik dari Allah.....Ameeennn......
No comments:
Post a Comment