E. F. T
Emotional Freedom Techniques®
Where astonishing emotional relief leads to profound physical healings.
--Physician Approved--
PENGAKUAN
SAYA DENGAN INI MENGAKUI DAN MEMAHAMI BAHAWA TEKNIK EFT INI HANYALAH MEMBANTU MERINGANKAN MASALAH EMOSI DAN TIDAK BERTUJUAN UNTUK MERAWAT ATAU MENGESAN SEBARANG PENYAKIT FIZIKAL ATAU MENTAL. TEKNIK INI JUGA BUKANLAH PENGGANTI UNTUK SEBARANG PROSES PERUBATAN BIASA ATAU PENJAGAAN PSIKOTERAPI. SAYA JUGA MENGAKU BAHAWA DENGAN MEMBACA DAN MEMPRAKTIKKAN KAEDAH EFT INI, TIDAK BERMAKSUD BAHAWA SAYA PERLU MEMBERHENTIKAN SEBARANG PENGAMBILAN UBAT YANG DIPRESKRIPSIKAN OLEH DOKTOR DAN HOSPITAL.
Pandangan dari doktor-doktor perubatan moden
"Someday the medical profession will wake up and realize that unresolved emotional issues are the main cause of 85% of all illnesses. When they do, EFT will be one of their primary healing tools .... as it is for me." - Eric Robins, MD
“EFT offers great healing benefits.” - Deepak Chopra, MD
Digunakan untuk semua isu termasuk:
…Masalah seksual dan sukan
…Penyakit serious (dari migraine hingga kanser)
…Melegakan Kesakitan…Kemarahan…Ketagihan…Penurunan Berat Badan
…Kemurungan…Trauma…Kerisauan Melampau…Ketakutan & Fobia
…Alahan…Masalah Pernafasan…Tekanan Darah
…Isu Perhubungan…Masalah Sakit Puan
Apakah E.F.T?
-EFT adalah satu terapi emosi yang berasal dari teknik Akupuntur China yang telah dimodenkan oleh pakar-pakar perubatan barat.
-Ia digunakan sebagai usaha untuk memberi kebebasan dan ketenangan emosi ke tahap yang optimum.
-Di awal kajian EFT hanya menjurus kearah rawatan “psychotherapy” sahaja.
-Kemudian ia juga didapati mampu membantu dari segi rawatan penyakit fizikal
-Ianya seumpama dengan akupuntur tetapi tidak menggunakan jarum.
-Ketukan pada titik-titik meridian akan bertindak menghantar tenaga kinetik kepada sistem tenaga dalam tubuh dan bertindak membersihkan sekatan-sekatan yang telah terbentuk akibat gangguan-gangguan yang terbina akibat peristiwa-peristiwa buruk dan pahit yang pernah dilalui oleh seseorang individu.
-Sekatan yang telah dibersihkan akan membenarkan tenaga mengalir dengan bebas semula.
Langkah-langkah dalam EFT
Terdapat 4 prosedur yang dikenali dengan RESEPI yang perlu dilakukan berturut-turut iaitu:
1. The Setup
2. The Sequence
3. The 9 Gamut Procedure
4. The Sequence
Resepi 1...THE SETUP
Affirmasi dalam THE SETUP
Pengakuan/Pengesahan Masalah dan Kesediaan Ikhlas Diri Sendiri dalam Menerimanya
Walau pun saya mempunyai (Nyatakan masalah anda)___________________,
Saya menerimanya dengan redha dan ikhlas.
ANTARA CONTOH AFFIRMASI
**Even though I have this fear of public
speaking, I deeply and completely accept myself.
**Even though I have this headache, I deeply
and completely accept myself.
**Even though I have this anger towards my
father, I deeply and completely accept myself.
**Even though I have this war memory, I deeply
and completely accept myself.
Katakan masalah anda adalah migraine, adalah dicadangkan supaya anda menyenaraikan antara 1-10 perincian terlebih dahulu dengan terperinci tentang masalah migraine anda seperti
1. Bila ia selalu menyerang
2. Bagaimana kesakitan yang anda rasai ketika ia menyerang
BERIKAN SKALA (RATING) ANTARA 1-10 TENTANG KESAKITAN YANG DIRASAI
NYATAKAN PARAS/TAHAP MASALAH ANDA SEKARANG?
TITIK-TITIK MERIDIAN DALAM THE SETUP :
1. KARATE CHOP (KC)
2. SORE SPOT
PROSES-PROSES DALAM THE SET-UP :
Mula-mula, baca affirmasi seperti yang diatas sebanyak 3 kali dgn fokus yang menyeluruh terhadap pengakuan anda sambil mengetuk KC, ATAU menggosok sore spot dengan tapak tangan (pilih mana-mana cara yang anda rasa lebih selesa).
“Ketukan adalah sebuah ketukan perlahan menggunakan hujung jari telunjuk dan jari hantu (jari tengah) yang dirapatkan”
Resepi 2...The Sequence
Buat ketukan pada semua titik-titik meridian yang ditunjukkan dibawah dengan cara:
-7 ketukan di setiap titik (tidak mengapa jika terlebih ketuk, tetapi jangan kurang)
Sambil membuat ketukan, fokus dan perhatian mesti diberi kepada kesakitan kepada ‘masalah’ yang diucapkan pada affirmasi tadi. Cth: jika masalah migraine, fokuskan pada : “migraine..migraine..migraine” disepanjang membuat 7 ketukan ini
SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK MEMPERBESARKAN
Resepi 3…The 9 Gamut Procedure
Buat ketukan tidak berhenti pada gamut point sambil melakukan proses dibawah:
1.Mata terbuka
2.Mata ditutup
3.Anak mata diarah kekanan bawah dengan kuat
4.Anak mata diarah kekiri bawah dengan kuat
5.Buat pusingan anak mata kekanan umpama jarum jam dengan perlahan
6.Buat pusingan anak mata kekiri umpama jarum jam dengan perlahan
7.Buat ‘humming’ lagu yang menyeronokkan anda antara 2-5 saat (cth: Selamat hari Jadi / Hari Raya)
Contoh humming:
8.Kira dengan laju dari no.1 hingga 5
9.Ulang ‘humming’ lagu yang menyeronokkan anda antara 2-5 saat (cth: Selamat hari Jadi/ hari Raya)
Ulangi resepi 2 : The Sequence
Procedur Tamat
Sekarang cuba lihat kembali masalah anda tadi, cuba anda buat sekali lagi Skala (rating) antara 1-10 tentang ‘permasalahan anda tadi, apakah masih sama, semakin bertambah, atau makin berkurangan?
Lakukan setiap hari pada masa-masa yang terluang, sehingga anda dapat merasai perubahan positif pada rating yang anda berikan.
Adalah dicadangkan dilakukan pada waktu yang sama setiap hari, cth: pukul 9 pagi dan 10 malam setiap hari.
Selamat mencuba
Untuk maklumat lanjut, sila layari:
www.emofree.com
No comments:
Post a Comment