Merenung Ciptaan Allah yang Maha Agung (Bahagian 3)- Iktibar Dari Penciptaan Masa
-Copy n Paste-
PENDAHULUAN
Surah Al Baqarah [2] : [255]
…..(Allah) yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya).
PENGENALAN
Pengurusan Masa – Hanya Empat Golongan yang Mampu Mengurusnya
Sebenarnya penulisan ini bukanlah cara-cara mengenai pengurusan masa,
tetapi lebih kepada permulaan sebelum menguruskan masa. Banyak
buku-buku, artikel, kursus dan sebagainya menerangkan cara-cara
menguruskan masa, teknik-teknik, cara menjadual dan sebagainya. Tetapi
mungkin ada yang terlupa asas, atau ciri-ciri seseorang yang mampu
melakukan itu semua. Tidak semua orang yang mampu menguruskan masanya
hanya dengan buku atau kursus.
Sebaliknya ia memerlukan pemahaman dan mempunyai ciri-ciri tertentu
untuk melaksanakannya. Allah yang Maha Agung telah bersumpah bahawa demi
masa, semua manusia dalam kerugian kecuali golongan yang
dikehendaki-Nya. Maksudnya, tidak kira walau 1001 buku mahupun 1001
kursus kita belajar mengenai masa, belum tentu kita terselamat dari
kerugian ini.
Surah Al-´Asr [103] : 1-3
[1]. Demi masa.
[2]. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,
[3]. KECUALI orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
Imam As-Syafi’I berkata : “Seandainya manusia benar-benar memahami surah ini, nescaya surah ini mencukupi bagi mereka.”
Seperti apa yang telah kita ketahui, masa itu adalah sangat-sangat
penting buat manusia, kerana Allah yang Maha Agung telah berfirman
sebegitu, Rasul-Nya juga telah berkata sebegitu.
PERBINCANGAN
Maksud masa
Persoalannya, sejauh mana kefahaman kita mengenai masa, sedangkan
para saintis juga mempunyai pelbagai pendapat mengenai masa. Umum
mengetahui tentang maksud masa, tetapi jika dilihat di dalam Al-Quran
kita dapat mengetahui pelbagai lagi contoh mengenai masa, antaranya;
Masa terbahagi kepada lima.
1. Masa yang hanya diketahui oleh Allah yang Maha Agung (Pencipta Masa)
Surah Al-Baqarah [2] : 259
Atau apakah (kamu tidak memperhatikan) orang yang melalui suatu
negeri yang (temboknya) telah roboh menutupi atapnya. Dia berkata:
“Bagaimana Allah menghidupkan kembali negeri ini setelah hancur?” Maka
Allah mematikan orang itu seratus tahun, kemudian menghidupkannya
kembali. Allah bertanya: “Berapakah lamanya kamu tinggal di sini?” Ia
menjawab: “Saya tinggal di sini sehari atau setengah hari.” Allah
berfirman:
“Sebenarnya kamu telah tinggal di sini seratus tahun lamanya;… (Kisah Nabi Uzair a.s)
Surah Al-Ma´aarij [70] : 4
Malaikat-malaikat dan Jibril naik (menghadap) kepada Tuhan
dalam sehari yang kadarnya lima puluh ribu tahun (berbanding hitungan
dunia).
18. Al Kahfi [18] : 19 dan 25
[19]. Dan demikianlah Kami bangunkan mereka agar mereka saling
bertanya di antara mereka sendiri. Berkatalah salah seorang di antara
mereka: Sudah berapa lamakah kamu berada (disini?).” Mereka menjawab: “Kita berada (disini) sehari atau setengah hari.” Berkata (yang lain lagi): “Tuhan kamu lebih mengetahui berapa lamanya kamu berada (di sini)…….
[25]. Dan mereka tinggal dalam gua mereka tiga ratus tahun dan ditambah sembilan tahun (lagi). (Kisah Ashabul Kahfi)
Banyak lagi ayat-ayat Al-Quran yang menunjukkan akan kekuasaan Allah
yang Maha Agung terhadap penciptaan dan kekuasaan-Nya pada masa.
2. Masa depan (Perkara akan datang, termasuk kejadian di akhirat)
Surah Al-Lahab [111] : 1 dan 3
[1]. Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya dia akan binasa.
[3]. Kelak dia akan masuk ke dalam api yang bergejolak.
Surah Al-An’aam [6] : 31
Sungguh telah rugilah orang-orang yang mendustakan pertemuan mereka
dengan Tuhan; sehingga apabila kiamat datang kepada mereka dengan
tiba-tiba, mereka berkata: “Alangkah besarnya penyesalan kami, terhadap
kelalaian kami tentang kiamat itu!”, sambil mereka memikul dosa-dosa di
atas punggungnya. Ingatlah, amat buruklah apa yang mereka pikul itu.
Surah Az-Zumar [39] : 73
Dan orang-orang yang bertakwa kepada Tuhan dibawa ke dalam
syurga berombong-rombongan (pula). Sehingga apabila mereka sampai ke
syurga itu sedang pintu-pintunya telah terbuka dan berkatalah kepada
mereka penjaga-penjaganya: “Kesejahteraan (dilimpahkan) atasmu.
Berbahagialah kamu! maka masukilah syurga ini, sedang kamu kekal di
dalamnya.”
Menjelaskan perkara akan datang, seperti Abu Lahab yang pasti masuk
neraka dan orang lalai juga ke neraka dan sebaliknya bagi orang yang
bertakwa akan ke syurga.
3. Masa lampau (Zaman dahulu atau zaman silam ataupun sejarah)
Surah At-Taubah [9] : 70
Belumkah datang kepada mereka berita penting tentang orang-orang yang sebelum mereka, (yaitu) kaum Nuh, ‘Aad, Tsamud, kaum Ibrahim, penduduk Madyan dan negeri-negeri yang telah musnah?
Telah datang kepada mereka rasul-rasul dengan membawa keterangan yang
nyata, maka Allah tidaklah sekali-kali menganiaya mereka, akan tetapi
merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri.
Menerangkan mengenai kisah-kisah terdahulu bagaimana kaum yang ingkar
yang telah diazab di dunia dan akan diazab lagi di akhirat kelak
sebagai pengajaran kepada umat akan datang.
4. Masa dunia (Perkiraan tahun, waktu, dan sebagainya)
Surah At-Taubah [9] : 36
Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi,…..
Surah Al-Anbiyaa’ [21] : 33
Dan Dialah yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan
bulan. Masing-masing dari keduanya itu beredar di dalam garis edarnya.
Begitulah ketetapan Allah yang Maha Agung yang menciptakan satu tahun
bersamaan dua belas bulan dan hikmahnya; manusia diberi pengetahuan
untuk mengukur masa.
5. Masa kini atau masa yang sedang dilalui oleh manusia (Zaman ini
atau zaman umat Nabi Muhammad salallahu’alaihi wasallam (saw))
Surah Al-Baqarah [2] : 143
Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat
yang adil dan pilihanagar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia
dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu….
Surah Ar-Ruum [30] : 41
Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana
perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka
sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan
yang benar).
Begitulah sedikit pengembaraan atau gambaran mengenai masa yang telah difirmankan oleh Allah yang Maha Agung dalam Al-Quran.
Berdasarkan ayat Al-Quran di atas, saya mendefinisikan;
‘Masa itu adalah ciptaan Allah yang Maha Agung secara mutlak.
[1]. Masa itu mempunyai dimensinya sendiri dari tempoh atau ukuran
tertentu hingga ke tempoh atau ukuran tertentu. [2]. Masa juga boleh
berubah-ubah dimensi dan kelajuannya mengikut kehendak Allah yang Maha
Agung. Walaupun begitu, [3]. manusia hanya diberi pengetahuan dan
keupayaan dalam mengukur dan menguruskan masa mereka oleh Allah yang
Maha Agung, [4]. tetapi sama sekali tidak diberi kawalan ke atas masa
itu’.
Perumpamaannya; kita mampu menggunakan ‘remote control’ seperti
‘rewind-forward-skip’ ketika menonton filem, tetapi kita tidak mampu
mengubah jalan ceritanya, segalanya sudah ditentukan.
Empat Golongan yang Mampu Menguruskan Masa
Surah Al-´Asr [103] : 1-3
[1]. Demi masa.
[2]. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,
[3]. KECUALI orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
1. Iman (orang-orang yang beriman)
Umum telah mengetahui akan isi rukun iman dan tidak perlu dihuraikan
di sini, tetapi perlu kita ketahui maksud iman itu adalah melafazkan
kalimah tauhid dengan iktikad di dalam hati serta mengamalkannya kerana
tahap keimanan seseorang boleh bertambah dan berkurangan.
Surah Al-Anfaal [8] : 2
Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut
nama Allah gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya
bertambahlah iman mereka(kerananya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka
bertawakal.
(a). Selain itu, iman juga tidak boleh dicampuradukkan dengan sesuatu
yang lain. Tidak boleh menyembah Allah yang Maha Agung disamping
menyembah bomoh, duit, ubat-ubatan, orang-orang tertentu atau apa-apa
sahaja yang boleh menyebabkan menyekutukan Allah yang Maha Agung.
Malah jika mengatakan ada perkataan yang lebih baik dari firman Allah
yang Bijaksana itu juga adalah syirik, kerana menganggap ada sesuatu
yang lebih besar, lebih tinggi autoriti dan lebih bijak dari Allah yang
Maha Agung. Maha Suci Allah dari apa yang diperkatakan.
Surah Al-An’aam [6] : 82
Orang-orang yang beriman dan tidak mencampuradukkan iman mereka
dengan kezaliman (syirik), mereka itulah yang mendapat keamanan dan
mereka itu adalah orang-orang yang mendapat petunjuk.
(b). Orang-orang beriman tidak mempersoalkan dan yakin sepenuh hati
apa yang diperintahkan oleh Allah yang Maha Agung melalui Rasul-Nya.
Jadi, orang-orang beriman tidak membuang masa mencari kelebihan amal
ibadah dan sebagainya. Contohnya, dengan sujud akan mendapat itu-ini dan
dengan rukuk pula akan mendapat itu-ini.
Orang-orang yang beriman menuruti perintah Allah yang Maha Agung
dengan sifat ta’abuddiyah, iaitu; tidak memerlukan penjelasan akal
(rasional) untuk menuruti perintah Allah yang Maha Agung. Bukan menolak
penggunaan akal, cuma prinsip pengagungan kepada Allah yang Maha Agung
dengan pengagungan yang sebenar telah mula hilang dari hati manusia.
Surah Al-Baqarah [2] : 285
Rasul telah beriman kepada Al Quran yang diturunkan kepadanya dari
Tuhannya, demikian pula orang-orang yang beriman. Semuanya beriman
kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan
rasul-rasul-Nya. (Mereka mengatakan): “Kami tidak membeza-bezakan antara
seseorangpun (dengan yang lain) dari rasul-rasul-Nya”, dan mereka
mengatakan: “Kami dengar dan kami taat.” (Mereka berdoa): “Ampunilah
kami ya Tuhan kami dan kepada Engkaulah tempat kembali.”
(c). Prinsip ‘kami dengar dan kami taat’ sudah mula hilang di hati
orang-orang yang mengaku beriman kemudian digantikan, ‘kami dengar, tapi
kami fikir dahulu apa rasionalnya”, seperti “apakah kelebihan itu dan
apakah kelebihan ini?” Atau “apakah rasionalitinya solat, tentu ada
penjelasan sains mengenainya.”
Ini adalah contoh manusia zaman ini, mereka mula mempersoalkan
perintah Allah yang Maha Agung dan sibuk dengan fadhilat sehingga
melupakan syarat sahnya sesuatu ibadat, iaitu sahnya beribadah adalah
mengikhlaskan niat semata-mata kerana Allah yang Maha Tinggi dalam
mentaati perintah-Nya dan menepati pula apa yang diajarkan oleh
Rasulullah saw.
Orang-orang yang menyalahgunakan akalnya adalah lebih cenderung gagal
dalam pengurusan masa di dunia dan akhirat, manakala orang yang
sebaliknya, insyaAllah yang Maha Agung.
2. Amal Soleh (mengerjakan amal soleh)
Surah An-Nahl [16] : 97
Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh, baik laki-laki mahupun perempuan dalam keadaan beriman,
maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baikdan
sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang
lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.
(a). Sangat jelas ayat di atas, Allah yang Maha Agung berjanji kepada
orang yang beramal soleh akan diberi kehidupan kehidupan di dunia dan
balasan baik di akhirat. Tetapi, apakah yang dimaksudkan dengan amal
soleh itu? Apakah yang dikatakan amal soleh? Mengikut tafsir Ibnu
Katsir, amal soleh adalah mengikuti Al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw.
Antara contoh yang berupa amal soleh di dalam Al-Quran dan Hadis
adalah menuntut ilmu, solat, puasa, menepati waktu solat (tidak
menangguhkan) atau secara umumnya tidak membuang masa dengan melakukan
pekerjaan yang sia-sia.
(b). Termasuk juga amal soleh adalah ihsan, padahal mempelajari bab
ihsan adalah wajib sebagaimana sebuah hadis sahih yang panjang;
Dari Abu Hurairah r.a : Rasululullah saw bersabda,
……(diringkaskan sebelum itu dimana Malaikat Jibril a.s datang bertanya
tentang rukun Iman dan rukun Islam) “(Tanya Jibril), ‘Ya, Rasulullah.
Apakah yang dikatakan ihsan?’ Jawab Rasulullah saw, “Hendaklah engkau
takut kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya. Sekalipun engkau
engkau tidak melihat-Nya, sesungguhnya Dia melihatmu…. ” (Diringkaskan,
selepas itu ditanya pula mengenai tanda-tanda kiamat). [Sahih Muslim,
Hadis Nombor 0003]
Ini bermakna mempelajari ihsan sangat penting kerana ia dikaitkan
dengan rukun iman, rukun Islam dan tanda-tanda hari kiamat (sila rujuk
keseluruhan hadis). Maksud ihsan adalah perbuatan kita sentiasa dilihat
oleh Allah yang Maha Agung. Apa sahaja yang kita lakukan perlu difikir
dahulu dan barulah dikatakan mempunyai akhlak yang baik. Contohnya
akhlak ketika solat, ketika selisih faham, ketika bertemu kawan-kawan
dan sebagainya,kemudian hendaklah kita tetapkan dalam hati sesungguhnya
Allah yang Maha Agung melihat apa yang kita kerjakan pada setiap saat
dan ketika.
Di Malaysia umumnya pendedahan kepada bab akhlak adalah sangat kurang
dan dianggap tidak penting. Kita boleh lihat dari segi subjek
matapelajaran dari peringkat rendah hingga ke universiti, amat kurang
pendidikan akhlak dan jika adapun, kepentingannya diambil sambil lewa.
Dari segi pendidikan agama pula lebih banyak persoalan fiqah,
sehinggakan orang yang tidak memahami usul fiqah juga ingin
membicarakannya. Itu salah satu contoh orang yang tidak mempelajari
akhlak.
Tambahan : Para ahli sufi telah menggelar bab
akhlak ini sebagai tasauf kadangkala ada pula yang menyalahi Al-Quran
dan Sunnah (bukan semua), contohnya menganggap, seseorang ulama itu
adalah sultan para wali atau wali teragung dan lain-lain. Namun jika
wujudnya istilah wali agung ini, maka yang sepatutnya mendapat gelaran
itu adalah Saidina Abu Bakar r.a dan kemudian para Khulafa ur rasyidin
seterusnya. (Anda boleh rujuk Fiqh Tasawwuf [Syeikhul Islam Ibnu
Taymiyyah])
(c). Tetapi bukan itu hendak dibincangkan. Saya lebih suka menggelar
tasauf itu ihsan, kerana sesuai dengan hadis dari Rasulullah saw dan
lebih mudah difahami, kerana Allah yang Maha Agung telah berfirman dan
begitu pula sabda Rasul-Nya ‘kebenaran itu sudah jelas dan kebatilan itu
juga sudah jelas’, mengapa kita perlu mengaburi?
3. Nasihat mengikuti kebenaran (menasihati supaya mentaati kebenaran)
Surah Faathir [35] : 5 dan 24
[5]. Hai manusia, sesungguhnya janji Allah adalah benar, maka
sekali-kali janganlah kehidupan dunia memperdayakan kamu dan sekali-kali
janganlah syaitan yang pandai menipu, memperdayakan kamu tentang Allah.
[24]. Sesungguhnya Kami mengutus kamu dengan membawa kebenaran (agama
tauhid dan hukum-hukumnya) sebagai pembawa berita gembira dan sebagai
pemberi peringatan. Dan tidak ada suatu umatpun melainkan telah ada
padanya seorang pemberi peringatan.
(a). Orang yang menasihati agar mengikut pada kebenaran adalah orang
yang membimbing manusia mentauhidkan Allah yang Maha agung dan beramal
menurut Al-Quran. Sesuai dengan nasihat dari Luqman;.
Surah Luqman [31] : 13
Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia
memberi pelajaran kepadanya: “Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan
Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar
kezaliman yang besar.”
(b). Selain itu menasihati kebenaran juga adalah berdakwah kepada
mengerjakan kebajikan dan menjauhi dosa. Apakah kebajikan dan dosa?
Dari Nawwas bin Sam’an Al-Anshari r.a : Aku pernah
bertanya kepada kepada Rasulullah saw tentang erti kebajikan dan dosa.
Sabda Nabi saw, “Kebajikan itu ialah budi pekerti yang indah. Sedangkan
dosa ialah perbuatan atau tindakan yang menyesakkan dada, padahal engkau
sendiri segan perbuatanmu itu akan diketahui orang lain.” (Sahih
Muslim, Hadis Nombor 2183)
Jika diperincikan lagi, budi bermaksud akal atau kebijaksanaan
manakala pekerti adalah perangai atau kelakuan. Jadi bolehlah
diungkapkan kebajikan adalah perangai dan kelakuan yang dipamerkan
dengan kebijaksanaan akalnya.
(c). Maksudnya berdakwah kepada orang dengan bijaksana serta mengajak
orang lain mempamerkan tingkah laku atau akhlak yang baik. Tidak ada
cara lain yang lebih unggul melainkan dimulakan oleh diri sendiri, iaitu
kita sendiri harus mempunyai tingkah laku yang baik dan kemudian akan
menjadi ikutan orang lain.
4. Nasihat tetap pada kesabaran (nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran)
Surah Al-Balad [90] : 17- 19
[17]. Dan dia termasuk orang-orang yang beriman dan saling berpesan untuk bersabar dan saling berpesan untuk berkasih sayang.
[18]. Mereka (orang-orang yang beriman dan saling berpesan itu) adalah golongan kanan.
[19]. Dan orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Kami, mereka itu adalah golongan kiri.
[20]. Mereka berada dalam neraka yang ditutup rapat.
(a). Golongan yang keempat dan yang terakhir adalah orang yang
berpesan supaya tetap kepada kesabaran. Mereka adalah golongan yang
berpesan supaya bersabar dalam menghadapi kesusahan atau musibah yang
melanda, iaitu redha akan takdir Allah yang Maha Pengasih lagi Maha
Penyayang samada baik atau buruknya.
(b). Dalam menasihati kesabaran, orang yang berpesan juga harus ada
sifat sabar dalam dirinya, seperti sabar dalam mentaati perintah Allah
yang Maha Agung, sabar menghadapi kerenah orang yang didakwahkan, sabar
dalam menuntut ilmu dan sebagainya.
(c). Sabar dalam melakukan perbuatan keji dan mungkar (dosa), iaitu
tidak melakukan perkara yang menyakiti orang lain dan tidak pula berbuat
maksiat jika bersendirian, apalagi di hadapan orang lain.
Surah Ar-Ra’d [13] : 22
Dan orang-orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya,
mendirikan shalat, dan menafkahkan sebagian rezeki yang Kami berikan
kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan serta menolak
kejahatan dengan kebaikan; orang-orang itulah yang mendapat tempat
kesudahan (yang baik)…
PENUTUP
Jadi bolehlah dikatakan bahawa orang yang dapat mengurus masanya dengan baik di dunia dan akhirat secara umumnya, adalah;
[1]. Orang yang beriman dengan sebenar-benarnya, iaitu bukan munafik, syirik dan kafir.
[2]. Orang yang beramal soleh serta berakhlak mulia.
[3]. Orang yang menasihati dengan kebenaran dan memberi contoh tauladan yang baik melalui dirinya.
[4]. Orang yang bersabar dan menasihati orang lain supaya bersabar
dan tidak putus asa dalam mencari keredhaan Allah yang Maha Agung.
Namun perlu diingat sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, berdasarkan firman-Nya;
Surah Al-Baqarah [2] : 286
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan
kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya
dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya…..
Apa yang penting adalah kita jangan berhenti dalam berusaha untuk
mendapat keredhaan Allah yang Maha Agung dan berusaha untuk
merealisasikan diri menjadi umat pilihan dan yang terbaik (umat Nabi
Muhammad saw); sesuai dengan firman Allah yang Maha Agung,
Surah Ali ‘Imran [3] : 110
Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah.
Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di
antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang
yang fasik.
Rujukan :
Al-Quran terjemahan, Tafsir Ibnu Katsir, Tafsir Al-Munir
Kitab Hadis-Hadis sahih
Rasul dan Risalah [Dr. Umar Sulaiman Al-Asykar]
Fiqh Tasawwuf [Syeikhul Islam Ibnu Taymiyyah]
Rahsia Di Sebalik Sumpah Allah [Ibnu Qayyim Al-Jauziyah]
Metodologi Dakwah [Prof. Dr. Ab. Aziz bin Mohd. Zin]
Ajaran Sesat – Sejarah Kemunculan dan Ciri-Cirinya [Siti Norbaya bt. Abd. Kadir]
Ensiklopedia Fizik
Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (Edisi Keempat)
Perkongsian Pengetahuan dan Pengalaman....moga bermanfaat di alam semesta ini...
Thursday, August 28, 2014
Monday, August 25, 2014
The moment dan keajaiban
At first, i refuse to write about these, but, the memories keep fading away thru times...
But, this is one of important moment of my life ..so i hv to jot it down
Remembering back my operation ...my hard times ..
i went thru an operation for about 2-3 hours
I won't forget the moments..
ye..saya takkan lupe...
saat2 mengetahui saya kene operation
how my life is going while i'm knowing that saya kene buat operation
saat2 sebelum operation..ape yg dilalui
saat2 jumpe doktor, saat2 pi scanning
saat2 masuk ke wad hospital
saat2 ke bilik operation
after operation
n i won't forget the doctor....a very kind doctor..doctor yang sangat kuat
it feels like...its between life and death
di saat itu saya mengenali..erti hidup...erti mati...erti kesakitan..erti tawakal...erti dunia..
macam2 lagi.
Bile diingat2kan balik...rasa sangat grateful melalui semua pengalaman itu dan saya tidak pernah menyesal saya terpaksa mengalami pengalaman itu
malah saya bersyukur kerana saya adalah dipilih oleh Tuhan utk mengalami pengalaman itu
pengalaman itu..pengalaman yang berharga...berharga sangat2..syukur
Adakalanya saya hampir lupe saat-saat itu...saat2 susah..saat2 antara hidup dan mati.
kesusahan itu mengajar beribu-ribu pengajaran...
Perkara yang saya sangat kagum seribu dan berjuta kali kagum...x dpt nak express dgn kate2, setiap kali ingat mesti saya rasa kagum...hahahaha...kelakar kan
1) Keajaiban ubat bius- ubat bius ni haunted me siang dan malam...i read a lot about it...the more i know, lg takut rasenye....kekadang rasenye lebih baik x tau...(sebelum kene bius la kan) tp alhamdulillah i can make it...my operation wents very well...rase sangat kagum sebab ubat bius tu sangat precise, sgt strong...sape yg cipta? saya rase ibn sina, x sempat nak really read about it...but i am too impress with this particular medicine, banyak sangat jasanya pada dunia perubatan manusia..alhamdulillah
2)Kekuatan doktor yg merawat saya- the particular doktor yang bekerja kuat,siang malam, workoholic...she is to me very strong and very kind, beautiful and inteligent..rahmat Allah dengan kehadiran dia
But, this is one of important moment of my life ..so i hv to jot it down
Remembering back my operation ...my hard times ..
i went thru an operation for about 2-3 hours
I won't forget the moments..
ye..saya takkan lupe...
saat2 mengetahui saya kene operation
how my life is going while i'm knowing that saya kene buat operation
saat2 sebelum operation..ape yg dilalui
saat2 jumpe doktor, saat2 pi scanning
saat2 masuk ke wad hospital
saat2 ke bilik operation
after operation
n i won't forget the doctor....a very kind doctor..doctor yang sangat kuat
it feels like...its between life and death
di saat itu saya mengenali..erti hidup...erti mati...erti kesakitan..erti tawakal...erti dunia..
macam2 lagi.
Bile diingat2kan balik...rasa sangat grateful melalui semua pengalaman itu dan saya tidak pernah menyesal saya terpaksa mengalami pengalaman itu
malah saya bersyukur kerana saya adalah dipilih oleh Tuhan utk mengalami pengalaman itu
pengalaman itu..pengalaman yang berharga...berharga sangat2..syukur
Adakalanya saya hampir lupe saat-saat itu...saat2 susah..saat2 antara hidup dan mati.
kesusahan itu mengajar beribu-ribu pengajaran...
Perkara yang saya sangat kagum seribu dan berjuta kali kagum...x dpt nak express dgn kate2, setiap kali ingat mesti saya rasa kagum...hahahaha...kelakar kan
1) Keajaiban ubat bius- ubat bius ni haunted me siang dan malam...i read a lot about it...the more i know, lg takut rasenye....kekadang rasenye lebih baik x tau...(sebelum kene bius la kan) tp alhamdulillah i can make it...my operation wents very well...rase sangat kagum sebab ubat bius tu sangat precise, sgt strong...sape yg cipta? saya rase ibn sina, x sempat nak really read about it...but i am too impress with this particular medicine, banyak sangat jasanya pada dunia perubatan manusia..alhamdulillah
2)Kekuatan doktor yg merawat saya- the particular doktor yang bekerja kuat,siang malam, workoholic...she is to me very strong and very kind, beautiful and inteligent..rahmat Allah dengan kehadiran dia
Tuesday, August 19, 2014
Resepi cocoa
Chocolate Orange Smoothie
4 oranges, juiced
2 tsp raw cocoa powder
2 bananas, peeled
1 mango, peeled and pitted
Pour the orange juice and all the other ingredients into the blender and blend. If you want you can add more juice or water to thin the smoothie.
Chocolate Coconut Smoothie
1 banana, peeled
2 pitted dates
1/2 coconut and all it’s water
2 tsp raw cocoa powder
1/2 lime, juiced
2 oranges, juiced
Add all the ingredients to the blender and blend until smooth. Either strain or drink it as is.
Chocolate Cherry Green Smoothie
1 cup cherries, pitted
1 banana, peeled
2 cups fresh baby spinach (or other leafy green)
2 tsp raw cocoa powder
About 1 cup of water
Add all the ingredients to the blender and blend until smooth.
Chocolate Peach Green Smoothie
1 peach, pitted
1 cup fresh pineapple, cubed
2 cups of raw baby spinach (or other greens)
1/2 cup frozen blueberries
2 tsp raw cocoa powder
About 1 cup of water
Start by adding the liquid to your blender followed by the soft fruit. Add the greens to your blender last. Blend on high for 30 seconds or until the smoothie is creamy.
Chocolate Mango with Goji Berries Smoothie
1 mango, peeled and cubed
2 tsp raw cocoa powder
1/3 cup dried goji berries
1 cup red grapes
2 cups (or large handfuls) of fresh baby spinach
1/2 cup frozen blueberries (or strawberries)
About 1 cup of water
Start by adding the liquid to your blender followed by the soft fruit. Add the greens to your blender last. Blend on high for 30 seconds or until the smoothie is creamy.
4 oranges, juiced
2 tsp raw cocoa powder
2 bananas, peeled
1 mango, peeled and pitted
Pour the orange juice and all the other ingredients into the blender and blend. If you want you can add more juice or water to thin the smoothie.
Chocolate Coconut Smoothie
1 banana, peeled
2 pitted dates
1/2 coconut and all it’s water
2 tsp raw cocoa powder
1/2 lime, juiced
2 oranges, juiced
Add all the ingredients to the blender and blend until smooth. Either strain or drink it as is.
Chocolate Cherry Green Smoothie
1 cup cherries, pitted
1 banana, peeled
2 cups fresh baby spinach (or other leafy green)
2 tsp raw cocoa powder
About 1 cup of water
Add all the ingredients to the blender and blend until smooth.
Chocolate Peach Green Smoothie
1 peach, pitted
1 cup fresh pineapple, cubed
2 cups of raw baby spinach (or other greens)
1/2 cup frozen blueberries
2 tsp raw cocoa powder
About 1 cup of water
Start by adding the liquid to your blender followed by the soft fruit. Add the greens to your blender last. Blend on high for 30 seconds or until the smoothie is creamy.
Chocolate Mango with Goji Berries Smoothie
1 mango, peeled and cubed
2 tsp raw cocoa powder
1/3 cup dried goji berries
1 cup red grapes
2 cups (or large handfuls) of fresh baby spinach
1/2 cup frozen blueberries (or strawberries)
About 1 cup of water
Start by adding the liquid to your blender followed by the soft fruit. Add the greens to your blender last. Blend on high for 30 seconds or until the smoothie is creamy.
Subscribe to:
Posts (Atom)