Tuesday, October 23, 2012

Chicken Mushroom Pie

I baked chicken mushroom pie....


Tadaaa!!





Masalah Komunikasi Di Dalam Kehidupan Harian

Masalah komunikasi inilah pada pendapat saya memanglahbanyak mempengaruhi kehancuran kehidupan dunia yang fana ini.  Kebanyakan orang memandang remeh masalah komunikasi dan seni berkomunikasi .Masalah komunikasi ini bukan sahaja terdapat di sesebuah organisasi besar, masalah komukasi turut terjadi berlaku dikalangan keluarga, ibu bapa, adik beradik malah suami isteri.

Kegagalan masalah komunikasi ini pada kajian, pemerhatian dan pemikiran saya pada kali ini adalah berpunca daripada:

1- Kegagalan mendengar, dan memahami masalah dan pendapat orang lain.. Apabila u tidak mendengar, akan timbullah mimik muka yang berhalang komunikasi berkesan.

2- Status diri- Status diri membataskan pergaulan denggan orang lain.

3-Persepsi, Prejudis, dan Streotyping- Ini adalah masalah common, cepat sgt membuat kesimpulan

4-Faktor Persekitaran-Cth: bising

5. Kesesuaian Masa

4- Sifat Ego, Takbur, Riak, Ujub terhadap diri sendiri- ini amatlah banyak yang saya perhati terdapat di kalangan rakan sekerja dan manusia-manusia yang terdapat disekeliling kita especially. Diri kita termasuk saya sendiri sentiasa berusaha menangkis sifat-sifat yang buruk inidaripada terdapat dalam diri kita. 

Huh...emosi seseorang juga mempengaruhi faktor komunikasi. Pendapat sayalah; subjek KOMUNIKASI BERKESAN patut diperkenalkan dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah. SUbjek ni nampak remeh tapi memberi kesan dan impak yang besar ke atas kehidupan masyarakat.  SElain itu , subjek KESIHATAN juga adalah perlu diperkenalkan di sekolah-sekolah bagi mendidik masyarakat dari kecil betapa perinya menjaga kesihatan diri. Sebab kesihatan ini adalahmelibatkan diri kita sendiri.


Selain subjek KESIHATAN, subjek PENAMPILAN DIRI Pjuga perlu didevelope modulnye sebab penampilan diri adalah penting untuk harian.

Subjek Baru Yang Wajib Lulus di Perkenalkan Di Sekolah :

1- KOMUNIKASI BERKESAN
2-KESIHATAN
3-PENAMPILAN DIRI/PERSONALITI DIRI

EQ seseorang amatlah penting untuk seseorang itu mahu hidup dalam dunia ini dan menjadi orang yang berguna. Malagnya, di sekolah-sekolah, lebih banyak mengambilkira soal IQ sahaja....EQ pula langsung diketepikan.......macammanelah rakyat malaysia ni nak berjaya huh?!!  Huhuhu...tak tau la kenapa i emosional....saya kadang-kadang rasa fed-up dengan segala masalah yang tak sepatutnya berlaku, dengan kalakuan manusia yang tidak rasional dan tidak kene pada tempatnya. Tapi, sapelah saya untuk mengkomplen berkenaan hal ini?

Mana pergi pemimpin-pemimpin yang sepatutnya memimpin rakyat ini....Sekarang ni...pimpinan hanya di lihat dari segi kemajuan material sahaja...pembangunan bangunan besar2 dan tinggi2, tgk dollar n cent..berapa kerajaan dapat untung.....nilai ringgit jatuh ke tak...!!  itu sahaja lah yang dititik beratkan oleh pemimpin...tapi nak menangani isu rakyat ni tak de sape nak buat betul2....public transport sucks! perangai dan moral rakyat semakin merudum! hidup semakin susah! gaji tak naik namun barang hari2 naik! hhuhh....!!!
YE lah...pemimpin sekarang mane naik LRT.....jem pun tak rase keperitan nya.....kesana ke mari polis eskort....memanglah tak memahami rakyat....!

EEIIIII............rasa nak sangat jadi MENTERI PELAJARAN lah!!! MENTERI PELAJARAN!!!..tolong take note of this...in order to save the wolrld yang sedang kacau bilau ni...Sekarang ni kesihatan rohaniah masyarakat sekarang sangatlah tidak sihat. Penyakit MARAH, DENGKI,DENDAM ,  BENCI semakin membuak dalam hati manusia masa kini.

This world is not a very happy place to live in.....KENAPALAH TIADA ORANG/PEMIMPIN YANG MENGAMBIL BERAT ISU ROHANI SEKARANG HUH??!! Anggap bende ni tak penting,....ketamakan, kerakusan dunia bagi mengejar harta dunia....menjadi perkara keutamaan sekarang??huh??!! 

THE WORLD IS REALLY GOING UPSIDE DOWN NOW....di dahan mana patut kita berpaut...? Renung-renungkan...

Sunday, October 21, 2012

Cara Mudah Hafaz Quran

Cara mudah untuk menghafaz al-Quran
mengikut Syeikh Dr. Abdul Muhsin Muhammad Al-Qasim Hafizhahullah, Imam Masjid nabawi:
1. Baca ayat pertama sebanyak 20 kali.
2. Baca ayat kedua sebanyak 20 kali.
3. Baca ayat ketiga sebanyak 20 kali.
4. Baca ayat keempat sebanyak 20 kali
5. Keempat ayat di atas dari awal hingga akhir digabungkan dan dibaca ulang sebanyak 20 kali.
6. Baca ayat kelima sebanyak 20 kali.
7. Baca ayat keenam sebanyak 20 kali.
8. Baca ayat ketujuh sebanyak 20 kali.
9. Baca ayat kelapan sebanyak 20 kali.
10. Keempat ayat (ayat 5-8) di atas dari awal hingga akhir digabungkan dan dibaca ulang sebanyak 20 kali.
11. Bacalah ayat pertama hingga ayat ke 8 sebanyak 20 kali untuk memantapkan hafalannya.
Demikian seterusnya pada setiap surah hingga selesai menghafazkan seluruh surah dalam Al-Quran. Jangan sampai kamu menghafaz dalam sehari lebih dari seperlapan (1/8) juz, kerana itu akan menyebabkan hafalanmu bertambah berat sehingga kamu tidak mampu menghafalnya.
credit; Saufy Jauhary

TUJUAN TERSEMBUNYI DI SEBALIK LIBERALISME DAN SEKS BEBAS

Oleh ZAINAL RASHID AHMAD
Pengurus Besar Penerbitan Kandungan TV Al Hijrah

PADA awal abad ke-20 (1905-1980), ahli falsafah Perancis yang terkenal Jean Paul-Sartre mencabar kewujudan Tuhan dengan menyatakan: "Sekalipun Tuhan itu ada, ia masih boleh ditolak, kerana Tuhan menghalang kebebasan kita".

Sartre, pemenang Hadiah Nobel 1964, antara ilmuwan besar Barat yang mempromosi aliran pemikiran existensialisme. Aliran ini kemudiannya meledakkan bahana fikir yang amat besar di seluruh dunia, malah sangat dibangga-banggakan oleh masyarakat sastera sejagat.

Existensialisme sangat berkembang-biak dalam budaya cerdik pandai masyarakat Barat, dan menjadi tunjang kepada kebangkitan sastera di Eropah dengan dikepalai oleh Albert Camus (1913-1960) melalui novel The Outsider (1942). Camus dengan sumbangan seninya yang mempertikaikan Tuhan, turut menerima Anugerah Nobel (1960).

Seratus tahun kemudian, Barat dipenuhi dengan kepelbagaian gerakan "ilmiah" yang saling bersekutu dalam menentang Tuhan dan nilai-nilai agama. Ancamannya di dunia Islam pada awal hingga pertengahan abad ke-20 amat terkekang. Namun kehadiran Salman Rushdie melalui novel The Satanic Verses pada 1988 mula menggoncang keadaan. Akhirnya, pada dekad pertama abad ke 21, gerakan anti agama menyerap masuk ke negara Islam dan mula bersikap anti Islam.

Kehadiran pelobi liberalisme, pluralisme dan penyokong kemerdekaan seks untuk pengamal Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) adalah kombinasi sekutu-sekutu gerakan anti Tuhan/Agama yang mula berdiri dengan berani mendepani masyarakat Malaysia yang selama ini ditunjangi oleh nilai agama sebagai amalan kehidupan. Sekali gus menentang Islam.

Selain negara ini, ancaman gerakan penentang Tuhan ini turut mengancam masyarakat Indonesia yang juga berpegang pada Islam sebagai nilai kehidupan.

Menurut Ketua Program Pendidikan Islam, Universiti Ibnu Khaldun, Bogor Indonesia, Dr. Adian Husaini, pelobi liberalisme mengambil kesempatan di atas meledaknya gerakan keterbukaan dunia terhadap ekonomi, politik dan hak asasi, dengan menyusup masuk ke akar umbi negara bangsa untuk menentang nilai-nilai agama terutama di kalangan masyarakat yang berpegang teguh pada hukum agama sebagai teras kepada nilai kehidupan.

"Pelobi liberalisme mahu setiap agama tunduk kepada perubahan. Idea terpenting dalam liberalisasi ialah the idea of progress yakni idea tentang kemajuan dan tidak ada yang tetap. Bagi pelobi sekularisme dalam mengembangkan pluralisme, tiada lagi syariat dan hukum. Agama hendaklah berubah mengikut peredaran masa," jelasnya.

Justeru katanya, kehadiran Irsyad Manji untuk mencabar amalan Islam dan budaya luhur di Malaysia dan Indonesia, adalah agenda yang jelas untuk mempromosi liberalisasi antara pelbagai agama.

"Mengapa dia mengembangkan liberalisme? Baginya Irshad Manji, sekarang tidak lagi sekatan, contohnya perkahwinan Muslim dan bukan Muslim. Itu boleh demi liberalisasi," kata Adian.

Dr. Adian berkata demikian ketika dijemput menjadi panel Bicara terbitan TV Alhijrah baru-baru ini. Turut hadir sebagai panel, Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Shahlan Ismail. Program Bicara yang bersiaran langsung selama sejam ini, dihoskan Pakar Motivasi, Amin Idris.

Berhubung isu penyebaran dan penularan gerakan sekularisme yang sangat agresif dalam mempromosi budaya menentang Tuhan dan nilai-nilai beragama di kalangan umat Islam, Shahlan berkata, sekularisme ini ialah ibu segala macam pemikiran yang berkembang dengan kaedah perancangan jahat untuk memisahkan kehidupan duniawi dan ukhrawi.

"Mereka menolak nilai-nilai umat Islam yang selama ini berpegang pada iktikad keyakinan wujudnya Hari Kebangkitan. Jika sudah tidak ada lagi iktikad kebangkitan semula, apa ertinya dosa dan pahala, apa erti syurga dan neraka," tegasnya.

Bagi pelobi sekularisme yang berjuang mempromosi liberalisme dan pluralisme pula, beliau menyifatkannya sebagai golongan yang menolak Islam dan Rukun Negara. Bukankah Rukun Negara pertama itu sendiri meletakkan Kepercayaan Kepada Tuhan, jika tidak percaya wujudnya Tuhan, "nanti akan timbul pula isu atheist.

Mereka mahukan segala nilai Islam yang berkaitan dengan keimanan turut ditolak. Tiada lagi panduan nilai agama dan tidak ada lagi kepercayaan kepada ketuhanan apa lagi hal-hal keimanan kepada yang ghaib, juga tidak ada lagi hukum hakam dalam Fiqh," katanya.

Shahlan turut menyeru cendekiawan Islam supaya bersatu dalam soal mendepani dan menentang gerakan anti agama ini. Katanya, pemikir dan aktivis Islam harus duduk bersama, bersepakat dan menyusun strategi yang ampuh bagi menyingkir pengaruh serta penularan idea sekularisme yang berpaksikan pada pluralisme, liberalisme dan mendokong gerakan LGBT yang terang-terangan didokong oleh beberapa pemimpin dan nama-nama tempatan yang sengaja mencabar Islam dan institusi kenegaraan.

"Bahayanya tuntutan golongan Liberalisme ini dalam konteks Malaysia, mereka menolak apa yang telah termaktub dalam perlembagaan kita. Jika dibiarkan mereka akan menuntut supaya anak yang baru lahir dalam keluarga Islam pun tidak secara automatiknya beragama Islam," katanya.

Tegas Shahlan lagi, anasir sekularisme ini turut mendesak supaya mualaf yang memeluk Islam juga bebas kembali ke agama asal mereka. Malah, bagi isu tuntutan untuk bertukar agama, tidak perlu dirujuk di mana-mana mahkamah Syariah, malah sebaliknya, tiap pemohon bebas bertukar agama dengan memohon di mahkamah sivil.

Merujuk kepada suasana di Indonesia masa kini, Dr. Adian melahirkan kebimbangan kerana penyusupan gerakan anti agama ini kini bertapak kukuh dan mempunyai pengaruh di negara umat Islam terbesar dunia itu.

"Akar liberalisme agama sebenarnya berakar dari Yahudi. Munculnya liberal judaism membentuk sektor utama dalam agama Yahudi," tegasnya.

Malah Dr. Adian turut membentangkan fakta, betapa Indonesia sangat terbuka pada pengaruh sekularisme yang bersifat memusuhi agama kerana negara itu antara yang terawal di rantau ini disusupi aliran freemason yang dianggap ibu bagi segala pemberontakan terhadap agama.

"Gerakan liberal Barat yang digelar freemason bermula pada 1717, kemudian masuk ke Amerika pada 1735. Freemason Berjaya melaksanakan Revolusi Amerika pada 1176 dan 12 tahun sebelum kejayaan revolusi itu, mereka sudah bertapak di Indonesia pata 1764," jelasnya.

Disoal mengenai Irshad Manji, Dr. Adian menjelaskan, Irshad Manji berani berterus terang sebagai wanita Muslim yang mengamalkan gaya hidup lesbian, malah mencabar Fatwa Majlis Ulama Indonesia (MUI) berhubung pengharaman lesbian.

"Irshad Manji menolak dan mencabar MUI dan menyifatkan fatwa pengharaman itu sebagai tidak merujuk pada al-Quran. Malah dicelanya ulama sebagai golongan yang belum tentu diterima Tuhan," katanya.

Dengan nada memperingatkan pejuang Islam di Malaysia agar berhati-hati dan bersiap-siaga mendepani jihad menentang golongan anti Islam ini, Dr. Adian mendedahkan, liberalisme ini akhirnya akan menghancurkan agama. Golongan anti agama ini tidak mahu berpegang pada hukum Allah malah mahu mengaturkan hidup berdasarkan nilai-nilai kebebasan dalam tafsiran mereka sendiri.

Hedonisma

Mengakhiri debat dalam Bicara, Shahlan turut mengingatkan remaja Islam agar berwaspada dengan gejala hedonism (hiburan tanpa batas), yang turut dilihat sebagai anasir anti agama yang menyusup masuk ke dalam masyarakat melalui keindahan 'seni' yang mereka cipta.

"Hedonisme turut menjadi alat penyusupan ideologi pluralisme dan sekularisme, kerana hedonisme turut mempromosi budaya kebebasan berhibur yang semata-mata untuk memuaskan nafsu," tegasnya.

Shahlan meminta umat Islam menelaah diri, serta kekal konsisten dalam mempertahankan Islam. Umat Islam sudah terlalu terbeban dengan masalah perpecahan dan sengketa sesama umat. Anehnya di saat-saat kita menghulur tangan untuk bersatu padu sesama agama dan bangsa, ada saja suara-suara yang menolak atas berbagai alasan.

Hal ini harus difikirkan oleh kita bersama bahawa siapakah watak-watak yang mahukan kita berterusan berpecah seperti hari ini. Siapa pula watak belakang tabir yang mahukan pemikiran Liberalisma berkembang biak dalam negara?

"Agenda idealisme anti-Islam ini harus diperangi. Adalah malang bagi umat Islam sekiranya, gerakan jahat ini berjaya menjajah kita semata-mata kerana Islam itu menjadi lemah kerana perpecahan dan sengketa sesama umatnya," tegasnya.

Eksistensialisme

Aliran pemikiran eksistensialisme ini muncul pada abad ke-19 dan ke-20 dan di pelopori oleh seorang berketurunan Yahudi, Jean-Paul Satre (Kailani, 2002). Mazhab ini juga didukung oleh individu seperti: ahli falsafah dan teologi Denmark, Soren Kierkegaard (1813-55), tokoh atheis Jerman, Friedrich Nietzsche (1844-1900), ahli ontologi Jerman, Martin Heidegger (1889-1976), ahli falsafah Katolik Perancis, Gabriel Marcel (1889-1973), ahli falsafah dan pakar psikiatri Jerman, Karl Jaspers (1883-1969), novelis dan ahli falsafah Perancis, Simone de Beauvoir (1908-86) dan ahli fenomenologis Perancis, Maurice Merleau-Ponty (1908-61) (Priest, 2001).
Aliran mazhab eksistensialisme ini berfokuskan kepada fitrah kewujudan manusia. Dengan kata lain, manusia dianggap sebagai dilahirkan tanpa sebarang tujuan (Keow, 2008). Adakah anda bersetuju? Ahli-ahli eksistensialisme dan para pengikutnya hanya melihat realiti sebagai sesuatu yang bersifat subjektif dan hanya boleh didefinisikan oleh individu yang berkenaan sahaja.

Aliran mazhab ini mula memasuki aliran pemikiran masyarakat lewat tahun-tahun selepas Perang Dunia Kedua. Satre mula menggunakan perkataan ‘existentialism’ atau eksistensialisme dalam satu kuliahnya yang terkenal iaitu pada Oktober 1945 yang bertajuk Existentialisme and Humanism (L’Existentialisme est un Humanisme).Berdasarkan kuliah yang diberikan oleh Satre, aliran pemikiran ini berpandangan bahawa seseorang individu seharusnya bertanggungjawab ke atas diri sendiri dan mempunyai kebebasan untuk menentukan matlamat serta membuat keputusan sendiri tanpa merujuk sebarang autoriti luar.
Begitulah keadaannya bagaimana Yahudi mengubah cara hidup manusia untuk meninggalkan agama secara perlahan-lahan dan menjadikan nafsu sebagai tuhan.

Friday, October 5, 2012

Malaikat Tukar Syif Waktu Solat Subuh dan Asar..

Basically..inilah waktu solat yang kita tinggalkan apabila kita leka,...akan rongaklah solat 5 waktu kita...


Azam kita pada kali ini.....jgnlah sesekali meninggalkan solat Subuh dan Asar...(disamping 3 waktu yg lain) kerana itulah waktu2 malaikat bertukar syif bertemu Tuhan melaporkan amalan kita...dan disitulah kemungkinan segala nasib kita ditentukan oleh Allah...

Tidak akan memasuki Neraka, mereka yang tidak meninggalkan solah Subuh dan Asar. ” Berkata ‘Amarah bin Ruwaibah r.a saya telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda; Tidak akan memasuki Neraka siapa yang sembahyang (fardhu) sebelum naik matahari dan sebelum ghurubnya (tenggelam matahari)

Dua sembahyang yang dimaksudkan dalam hadith ini ialah sembahyang fardhu Subuh dan Asar)
Sesiapa yang melakukan dua solah yang sejuk secara berjemaah akan memasuki syurga.” 
Dua solah yang sejuk ialah solah subuh dan asar.
Dua malaikat yang ditugaskan menjaga sembahyang manusia bertukar “syif” mereka juga pada dua waktu sembahyang ini”
Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:

”Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.”
Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solah Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka:” Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?”
Mereka menjawab:”Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solah dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.”

Artikelnye...

Keutamaan Solat Subuh dan Solat 'Asar

Assalamualaikum,
Diantara solat yg sering diluputkan waktunya atau yg sering tertinggal kerana kesibukan manusia adalah dua, iaitu Solat Subuh dan Solat 'Asar. Di dalam as-Sunnah, Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita bahawa para malaikat yg mencatit amalan manusia seharian ada dua giliran, iaitu ketika masuk waktu Subuh dan ketika masuk waktu 'Asar. Malaikat malam yg mula bertugas waktu 'Asar kelmarin akan naik ke langit menyampaikan lapuran kegiatan hamabNya ketika sampai waktu Subuh, dan ketika masuk waktu Subuh itu juga malaikat yg bertugas siang akan mulakan tugas mereka dan mereka akan naik ke langit menyanpaikan lapuran kepada Allah (a.w) ketika masuk waktu 'Asar. Justeru itulah di dalam al-Quran disebutkan bahawa Solat Subuh dan Solat 'Asar itu 'dipersaksikan'.
Kenapakah Solat Subuh dan Solat ‘Asar itu mudah diabaikan atau tertinggal? Solat Subuh itu adalah pada waktu pagi hari ketika manusia sedang tidur nyenyak, manakala solat Asar itu pula adalah ketika manusia sebok dengan pelbagai dan anikaragam urusan harian mereka. Tambahan pula waktu solat Subuh dan Asar itu begitu pendek pula. Oleh yang demikian amat sukar bagi manusia mengerjakannya melainkan sudah menjadi kelaziman atau perbuatan tabi’i seseorang itu bahawa dia tetap dengan solat fardunya. Maka dengan itulah mengikut sepotong hadith, Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita bahawa yang membezakan antara orang Islam yang beriman dan yang munfaiq (yakni, Islam secara berpura-pura) adalah perlakuan mereka terhadap kedua-dua solat tersebut. Yang meninggalkan atau melambatkan kedua-dua solat adalah seorang yang ada pada dirinya sifat munafiq. Di dalam hadith berikut dijelaskan mengapa pentingnya kedua-dua solat tersebut:

1. Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Saling bertukar ganti (yakni, bertukar syif malaikat siang dan malaikat malam) dikalangan kamu sekelian para malaikat dengan malam dan dengan siang, dan berkumpul (kedua-dua kumpulan malaikat) di dalam Solat Fajar (Subuh) dan Solat ‘Asar. Kemudian keluar mereka bermalam di kalangan kamu, maka ditanya pada mereka (oleh Allah (a.w) dan Dia (Allah (a.w) adalah Zat yang Maha Mengetahui tentang mereka: ‘Bagaimana meninggalkan kamu akan hamba-hambaku?’ Maka berkata mereka: ‘Kami meninggalkan mereka dan mereka bersolat dan datang kami kepada mereka dan mereka bersolat.’ [Hadith an-Nasa’i]

Malaikat ditugaskan oleh Allah (a.w) meneliti perlakuan manusia setiap hari. Mereka bertugas mengikut dua ‘syif’ (giliran), iaitu syif siang dan syif malam. Malaikat syif malam turun ke dunia waktu ‘Asar dan naik ke langit waktu Subuh; manakala malaikat siang turun ke dunia waktu Subuh dan naik ke langit waktu ‘Asar. Pada kedua-dua waktu tersebut malaikat kedua-dua ‘syif’ berkumpul di dunia. Apabila naik ke langit mereka akan ditanya oleh Allah (a.w) (walaupun Allah (a.w) apa maha tahu apa yang berlaku) dan mereka melapurkan kepada Allah (a.w) sama ada manusia mengerjakan solat mereka atau tidak. Justeru itu, bagi mereka yang mengerjakan kedua-dua solat ibadah mereka diperhatikan atau disaksikan oleh dua kumpulan malaikat tersebut. Maka beruntunglah mereka kerana bukan sahaja dicatitkan telah bersolat tetapi dicatitkan oleh dua kumpulan malaikat pula. Oleh kerana malaikat itu sentiasalah mendoakan manusia yang mengabdikan diri mereka kepada Allah (a.w), maka banyaklah kefadhalannya mereka yang tidak meninggalkan kedua-dua solat tersebut. Itulah yang dimaksudkan oleh hadith di atas itu.

Maka demikian itulah disebutkan di dalam hadith menjelaskan apakah maksud firman Allah (a.w) dalam Ayat 77, Surah al-Isyra’, iaitu:

2. Diriwayatkan hadith oleh Abi Hurairah (r.a) bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Lebih utama kepada umat Islam solat berjemaah atas solat bersendirian kamu (yakni, solat secara bersendirian) dengan dua puluh lima (25) (gandaan) pahala. Dan, berkumpul para malaikat ‘syif’ malam dan ‘syif’ siang di dalam Solat Fajar (Subuh) dan membacalah jika kamu mahu (ayat-ayat al-Quran): ‘Wa-quranal fajri inna quaranal fajri kana masyhuda.' [Maksud: Dan kerjakanlah solat Fajar (yakni, solat Subuh) itu bahawasanya solat Fajar itu adalah dipersaksikan (oleh para malaikat)][Ayat 77, Surah al-Isyrak][Hadith an-Nasa’i]

Hadith di atas menyebut tentang pertukaran giliran kerja malaikat. Maka dengan itulah Allah (a.w) menyuruh manusia supaya manusia jangan leka dari bersolat solat Subuh dan solat ‘Asar, kerana semasa kedua-dua solat tersebut, dua kumpulan malaikat memerhatikan manusia yang mengerjakan solat-solat tersebut. Solat Subuh itu, sabda Rasulallah (s.a.w) disaksikan oleh dua kumpulan malaikat, iaitu malaikat yang bertugas siang dan malaikat yang bertugas malam. Bagi mereka yang beriman dan ingin pula meraih pahala sebanyak mungkin dengan amalan atau ibadah yang sedikit, wajarlah memberi tumpuan kepada mengerjakan kedua-dua solat tersebut untuk mendapat manfaat penyaksian tersebut. Dua golongan malaikat akan melapurkan kepada Allah (a.w), ketika ditanya, bahawa mereka mengerjakan solat Subuh dan solat Asar.

Di dalam sepotong hadith lain, kita diberitahu bahawa Allah (a.w) dengan diriringi oleh para malaikat, termasuk Jibrail (a.w), akan turun ke langit dunia mulai masuk waktu sepertiga malam setiap malam untuk memberi anugerah pahala, pengampunan dan perkenankan permintaan hamba-hambaNya yang berdoa dan meminta semasa mereka membuat solat-soat dan lain-lain amalan waktu malam. Maka banyaklah pahala bagi mereka yang inginkan pelbagai ganjaran pahala serta keampunan jika bangun sepertiga akhir malam membuat qiamul-lail. Ini berlaku setiap malam. Maka beruntunglah mereka yang dapat menyedikitkan tidur dan memperbanyakkan berjaga malam untuk membuat amalan tambahan.

[Nota: Maka dengan itulah di dalam sepotong hadith, Rasulallah s.a.w) memberitahu kita tentang nasihat ibu kepada Nabi Sulaiman (a.s) bahawa sesiapa yang membanyakkan tidur, maka mereka menyedikitkan pahala dan akan menjadi faqir (yakni, miskin) di akhirat kelak. Faqir kerana tidak membawa banyak pahala untuk timbangan pahalanya.]
Jazakallahu khairah
Sumber: Yayasan Ilmu blogspot