Cara mudah untuk menghafaz al-Quran
mengikut Syeikh Dr. Abdul Muhsin Muhammad Al-Qasim Hafizhahullah, Imam Masjid nabawi:
1. Baca ayat pertama sebanyak 20 kali.
2. Baca ayat kedua sebanyak 20 kali.
3. Baca ayat ketiga sebanyak 20 kali.
4. Baca ayat keempat sebanyak 20 kali
5. Keempat ayat di atas dari awal hingga akhir digabungkan dan dibaca ulang sebanyak 20 kali.
6. Baca ayat kelima sebanyak 20 kali.
7. Baca ayat keenam sebanyak 20 kali.
8. Baca ayat ketujuh sebanyak 20 kali.
9. Baca ayat kelapan sebanyak 20 kali.
10. Keempat ayat (ayat 5-8) di atas dari awal hingga akhir digabungkan dan dibaca ulang sebanyak 20 kali.
11. Bacalah ayat pertama hingga ayat ke 8 sebanyak 20 kali untuk memantapkan hafalannya.
Demikian seterusnya pada setiap surah hingga selesai menghafazkan
seluruh surah dalam Al-Quran. Jangan sampai kamu menghafaz dalam sehari
lebih dari seperlapan (1/8) juz, kerana itu akan menyebabkan hafalanmu
bertambah berat sehingga kamu tidak mampu menghafalnya.
credit; Saufy Jauhary
No comments:
Post a Comment