Monday, December 10, 2012

Peribahasa Melayu yang kita tak tau.


1) HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI

Sebenarnye bukan pagar fence tu....sebenarnye yang dimaksudkan adalah burung pegar..







Nilah burung pegar yang kite x tau tu..

2) MELEPASKAN BATUK DI TANGGA

Sumber dr zubaidi

Saya baru diberitahu oleh seorang rakan bahawa yang dimaksudkan dengan pepatah melayu 'MELEPASKAN BATUK DI TANGGA' itu sebenarnya merujuk pada 'gayung' atau 'cebuk' yang digunakan oleh masyarakat tradisional melayu dahulu untuk menceduk air dalam tempayan. Gayung atau cebuk itulah sebenarnya yang dimaksudkan sebagai 'batuk' itu. Pada amalan masyarakat tradisional melayu, bila 'batuk' itu telah digunakan ia mesti diletakkan semula pada bibir tempayan. Bukan diletakkan terbiar di tangga.
 


3)  PULAU PANDAN JAUH KE TENGAH, GUNUNG DAIK BERCABANG TIGA

Gunung Daik ni wujud ok..

Gunung Daik terletak di Pulau Lingga di kawasan Kepulauan Riau. Gunung Daik mempunyai tiga puncak iaitu Gunung Daik, Gunung Pejantan dan Gunung Cindai Menangis. Puncak yang paling tinggi dipanggil Gunung Daik, yang tengah Gunung Pejantan dan yang paling rendah dan indah ialah Gunung Cindai Menangis.

 

No comments:

Post a Comment