Mencegah itu lebih baik dari mengubat,
maka sebab itu lah saintis berlumba-lumba mencipta pelbagai jenis
vaksin untuk membantu manusia mengelak dari dijangkiti oleh
penyakit-penyakit tertentu seperti campak dan juga selsema. Apa yang
dilakukan oleh saintis ini adalah dengan membiakkan virus pembawa
penyakit yang lemah dan apabila virus itu dimasukkan masuk kedalam tubuh
badan manusia melalui suntikan atau oral, sistem imunisasi badan
manusia akan dapat mengenal pasti penyakit tersebut dan boleh mencipta
antibodi secara semulajadi sebagai persediaan untuk menghadapi virus
yang sebenarnya.
Dengan
kemajuan yang teramat moden didalam bidang perubatan, hingga kini masih
tiada lagi vaksin untuk kemurungan dicipta. Ubat untuk kemurungan itu
sendiri sudah berlambak-lambak dipasaran seperti Prozac, Zoloft atau
Effexor akan tetapi mengapa perlu berubat lebih diutamakan jika mencegah
itu adalah yang terbaik? Hakikatnya adalah, vaksin untuk kemurungan
tidak boleh dicipta oleh saintis kerana penyakit kemurungan itu bukanlah
dari kuman atau virus, ianya dari pemikiran.
Menurut Persatuan Psykiatri Malaysia, menerusi artikel dilaman web mereka menyatakan bahawa
antara sebab penyakit kemurungan melanda seseorang individu itu adalah akibat tekanan daripada sesuatu situasi atau persekitaran dan kejadian tertentu, rasa rendah diri ataupun disebabkan penyakit fizikal yang kronik atau serius.
Tekanan,
stress atau rendah diri ini datangnya dari cara pemikiran manusia itu
sendiri yang menterjemahkan sesuatu situasi atau keadaan tersebut. Jika
persepsi seseorang terhadap situasi itu adalah buruk atau menakutkan,
maka sudah pasti mereka akan tertekan dan ini menjadi "anak benih"
kepada kemurungan. Dengan di"bajai" oleh pemikiran yang sama secara
berterusan dan di"sirami" dengan linangan air mata maka "pokok"
kemurungan yang serius ini akan membesar dengan suburnya.
Vaksin
atau pelindung yang paling mudah dan percuma untuk mencegah kemurungan
adalah dengan mengubah persepsi atau pandangan kita terhadap sesuatu
kejadian itu. Sebagai umat Islam yang beriman dan mengaku bahawa Allah
itu yang maha Esa, Pencipta, Pengasih dan Penyayang maka semua yang
berlaku itu adalah dariNya. Allah jualah yang esa menciptakan kejadian
tersebut dan menyebabkan ianya melanda atau menimpa diri kita. Akan
tetapi sudah menjadi kebiasaan manusia yang telah dicorakkan mindanya
untuk menumpukan perhatian lebih kepada keburukan, oleh sebab itulah
manusia lebih melihat keburukan berbanding kebaikan terhadap kejadian
yang berlaku.
Jika
sesuatu kejadian itu hanya ada keburukan, maka sifat Allah yang maha
pengasih dan penyayang itu hanya layak dicampakkan kedalam tong sampah
sahaja. Berita-berita buruk, pembunuhan, rompakan, perceraian adalah
resepi utama media masa kini untuk mencipta sensasi, melariskan khidmat
mereka dan mengaut keuntungan dan ini secara tidak langsung mencorak
minda separuh sedar masyarakat untuk lebih fokus kepada ketakutan dan
keburukan. Jika manusia boleh melatih diri menjadi pemerhati yang hebat
kepada minda mereka sendiri, manusia akan lebih berupaya dan berkuasa
memilih persepsi yang lebih membawa kebaikan terhadap sesuatu situasi
atau kejadian itu. Ini akan memberi latihan baru kepada minda separuh
sedar yang sudah terbiasa dengan melihat keburukan agar lebih melihat
kepada kebaikan. Apabila kita selalu melihat kebaikan dari keburukan
maka vaksin untuk kemurungan akan terbina dengan sendirinya didalam
tubuh badan manusia.
Terdapat
tiga prinsip yang boleh diamalkan didalam kehidupan seseorang manusia
itu yang mana pada pendapat saya, ianya boleh memastikan "vaksin
kemurungan" didalam tubuh badan manusia itu akan sentiasa berada pada
tahap yang tinggi, semakin jauh manusia dari stress,
tekanan atau kemurungan maka semakin lebih baik seseorang manusia itu
boleh berfikir lantas membuat pilihan-pilihan yang lebih bijak didalam
kehidupannya. Tiga prinsip tersebut adalah;
Semuanya Salah Aku.
Pada pendapat saya, kebanyakan kejadian yang berlaku didalam hidup seseorang itu adalah hasil dari perbuatan mereka sendiri. Mungkin ramai yang tidak boleh menerima kenyataan ini kerana bagi kebanyakan manusia, mereka hanyalah mangsa kejadian, semua ini adalah takdir dan tidak mampu untuk mengelak atau mengubahnya. Rata-rata manusia mereka menganggap tuhan telah mencipta "mesin gergasi" iaitu dunia ini dan mereka hanyalah salah satu dari gear yang berputar dan apabila "gear" bersebelahan berputar, mereka juga turut berputar dan tidak mampu melakukan apa-apa dan hanya menjadi mangsa.
Amat
pelik dan barangkali sukar untuk menerima untuk menyalahkan diri
sendiri, akan tetapi jika manusia berani mengubah persepsi mereka
terhadap semua kejadian yang menimpa baik yang positif atau negatif,
ianya akan memberikan dua impak yang utama, pertamanya mereka akan lebih
bertanggungjawab terhadap tingkah laku dan perbuatan mereka dan
keduanya mereka lebih berkuasa mencipta realiti hidup mereka sendiri.
Manusia akhir zaman hanya kebanyakan mengambil Allah itu sebagai tuhan
tetapi tidak percaya yang Allah itu maha adil. Jika kita melakukan
kejahatan atau kerosakan dimuka bumi ini, adakah kita tidak akan dibalas
atau dihukum diatas perbuatan kita itu sendiri?
Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. (Al-Isra 17:7)
Ramai
akan berkata, "Mana ada aku buat jahat, seingat aku tak pernah pun aku
menyakiti orang lain secara fizikal mahupun dengan kata-kata", soalan
yang menyusul pula adalah; "Adakah kita ingat semua tingkahlaku dan
perbuatan kita dari akil baligh sehingga sekarang", sedangkan baju apa
yang kita pakai 2-3 hari lepas pun ada kalanya perlu berfikir sejenak
untuk mengingatinya, ini kan pula perbuatan kita 2-3 bulan, 2-3 tahun
dari sekarang, kita tidak boleh ingat akan kesemuanya. Akan tetapi ada
makhluk lain yang ingat, iaitu malaikat diatas bahu yang mencatitkan
dengan terperincinya setiap perbuatan dan percakapan kita. Mungkin
memang kita tidak pernah melukakan manusia lain hingga berdarah akan
tetapi lidah kita ini sebagai contohnya, amat bahaya malah lebih tajam
dari bilah pedang.
“Telah nampak kerosakan di darat dan dilaut akibat perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari akibat perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)” [Surah ar-Rum 30: 41).
Tidak
semestinya jika kita tumbuk manusia lain dan kita juga menerima balasan
dari manusia yang sama atau balasan yang sama. Kita semua adalah tenaga
dan tenaga berubah dari satu bentuk kepada bentuk yang lain dan boleh
beralih dari satu medium kepada medium yang lain maka tenaga negatif yang kita lemparkan itu akan berbalik kepada diri kita sendiri satu hari nanti.
Ada juga perbuatan tidak baik yang kita lakukan tanpa sedar telah
menyebabkan kita menyakiti, menindas atau menyusahkan orang lain,
umpamanya mengambil rasuah untuk sesuatu projek yang mana menyebabkan
kontraktor yang menyiapkan projek tanpa kualiti yang baik, roboh bumbung
contohnya dan kemudiannya mencederakan manusia lain. Berpakaian seksi menyebabkan lelaki terpandang dan terlanggar tiang. Ber"couple" kononnya cara islam
dan berjalan dikhalayak ramai yang memberi contoh kepada adik-adik yang
sedang membesar dan satu hari mereka akan mengikutnya. Menerima riba'
yang mana menggalakkan perhambaan jenis baru yang menindas semua umat manusia.
Ini
hanyalah contoh-contoh yang boleh dikatakan sebagai norma-norma bagi
masyarakat kita, maka tiada terdetik sedikit pun dihati bahawa ia adalah
antara perbuatan berdosa yang tidak kelihatan dan kita dengan sombong
bercampur hairan berkata "aku tak buat jahat pun, mengapa Allah menimpa diriku dengan musibah ini?".
Ini juga berbalik kepada cara pemikiran masyarakat kita diacu atau
dibentuk, contohnya makan babi lebih teruk dari makan riba' padahal Allah dan Nabi memerangi mereka yang terlibat dengan riba'.
Menikmati pulangan pelaburan riba', memberi, mencatatkan transaksi atau
menjadi saksi kepada terlibat dengan riba' itu tidak seteruk berzina
padahal dosa riba itu lebih teruk dari berzina dengan ibu sendiri.
Bersyukurlah
kepada Allah jika kita dibalas didunia dengan musibah dan bala bencana
kerana inilah caranya Allah mengampunkan dosa-dosa kita yang
lepas-lepas. Allah menyayangi kita dan tidak mahu kita dihukum dineraka
yang mana siksaannya tidak dapat dijangkau oleh pemikiran manusia. Jika
kita berani mengambil prinsip ini maka impak kedua yang menyusul adalah
manusia itu lebih berkuasa mencipta realiti hidup mereka sendiri.
Apa
yang lebih hebat diinginkan oleh seseorang manusia itu didunia ini dari
kegembiraan, baik dari segi rohani ataupun jasmani. Dengan lebih
berhati-hati, sedar dan sentiasa menjadi pemerhati yang hebat
terhadap fikiran kita pada setiap ketika yang mana kemudiannya menjadi
perbuatan dan tingkah laku, jadi sebelum kita bertindak melakukan
sesuatu itu, contohnya sebelum menghina seseorang, akan terdetik dihati,
"eh... jangan hina dia, suatu hari nanti aku juga akan dihina", maka
dari keinginan untuk menghina, akan beralihkan keinginan untuk simpati,
prihatin atau memaafkan dan ini akan berbalik atau dibalas kepada diri
kita sendiri suatu hari nanti.
Masalah yang melanda manusia adalah lebih mudah menjadi marah, kecil hati, bersedih dan sebagainya terhadap apa yang berlaku yang mana itu sahaja sudah cukup untuk menunjukkan ketidak syukuran kita kepada Allah. Disebabkan kita bersikap negatif maka bertambah-tambah lagilah perkara-perkara negatif yang melanda dan akibatnya semakin tertekan dan menjadi murung.
Adakalanya kita berhajatkan sesuatu akan tetapi untuk Allah mengurniakannya kepada kita, sesuatu kejadian buruk harus berlaku. Jika baca pengalaman saya untuk mendapatkan anak perempuan, walaupun ianya hanya hipotesis saya sahaja, sekarang saya dan isteri sering tersenyum mengenangkan kisah lalu yang mana telah memberikan apa yang kami hajati. Lagi satu kejadian yang berlaku pada diri saya sendiri adalah bila mana terjadi satu peristiwa yang menimbulkan kekecewaan yang mendalam dan memaksa saya seolah-olah ber"judi" mencari kerja diluar negara. Alhamdulillah sekarang ini saya amat sukakan kerjaya saya ini, bukan sahaja mampu menghabiskan hutang malah boleh berkongsi ilmu dengan insan lain. Memang dari kecil lagi saya selalu memikirkan bagaimana caranya saya boleh membantu manusia, alhamdulillah salah satu caranya telah kelihatan iaitu melalui perkongsian ilmu disini. Semuanya akibat dari peristiwa buruk yang melanda.
Jika kita yakin yang kita tidak melakukan dosa-dosa, jika kita rasa sudah mendapat apa yang dihajati akan tetapi dugaan masih melanda, itu sudah cukup untuk memberi kita perasaan gembiran yang teramat sangat kerana Allah mahu menduga kita. Sedangkan para Nabi yang punyai tahap keimanan yang tinggi juga, inikan pula kita manusia biasa.
Mungkin
akan tiba dikemudian hari contohnya bilamana kita terbuat kesilapan
semasa kerja, dan bos kita akan memarahi dan menggertak untuk
memberhentikan kita, maka dari perbuatan kita yang lepas ianya kembali
kepada diri kita sendiri maka timbullah rasa tertekan, stress dan
tersemailah benih kemurungan. Jika kita boleh terima konsep "semuanya
salah aku" dan sentiasa berbuat baik sesama manusia sebelum ini, maka
bos kita yang mungkin sebelum ini pemarah dan pembengis mungkin akan
berlembut hati terhadap kita. Allah amat berkuasa merencanakan dunia ini
untuk membantu umatnya yang bertaqwa dan perbuatan kita yang
lepas-lepas akan berbalik kepada diri sendiri. Buat baik dibalas baik
dan sebaliknya.
Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik melainkan balasan yang baik juga? (Al-Rahman 55:60)
Allah Ingin Memberi Yang Lebih Baik Lagi.
Adakalanya kita kecewa apabila sesuatu
yang kita hajati itu tidak kesampaian, sebagai contohnya apabila
kekasih yang disayangi tidak berjaya dimiliki. Kesedihan akibat dari
kegagalan untuk bersatu baik ditinggalkan atau halangan keluarga
selalunya akan menular kepada kemurungan yang serius. Jika kita boleh
ubah persepsi kita dengan menganggap bahawa Allah ingin memberi kita
seorang insan yang lebih baik lagi, maka mungkin kesedihan yang melanda
itu akan reda dengan segeranya. Siapa yang tidak sedih apabila putus
bercinta akan tetapi jika kita percaya yang Allah itu maha pengasih dan
penyayang maka kita sebaliknya akan tersenyum gembira menanti siapakah
agaknya sidia yang akan digantikan oleh Allah itu.
Bukan
sekadar percintaan sahaja, jika permohonan melanjutkan pelajaran
ditolak, gagal temuduga kerja, tidak dinaikkan pangkat dan sebagainya,
dengan mengubah persepsi kita bahawa Allah mahu memberi yang terbaik,
kita akan menjadi manusia yang lebih bertakwa dan pastinya rezeki atau
ganjaran yang tidak disangka-sangka akan pasti menjelma.
Sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya).(At-Talaq 65:2,3)
Masalah yang melanda manusia adalah lebih mudah menjadi marah, kecil hati, bersedih dan sebagainya terhadap apa yang berlaku yang mana itu sahaja sudah cukup untuk menunjukkan ketidak syukuran kita kepada Allah. Disebabkan kita bersikap negatif maka bertambah-tambah lagilah perkara-perkara negatif yang melanda dan akibatnya semakin tertekan dan menjadi murung.
Allah Ingin Mengubah Haluan Hidup Kita Agar Mencapai Apa Yang Dihajati.
Adakalanya kita berhajatkan sesuatu akan tetapi untuk Allah mengurniakannya kepada kita, sesuatu kejadian buruk harus berlaku. Jika baca pengalaman saya untuk mendapatkan anak perempuan, walaupun ianya hanya hipotesis saya sahaja, sekarang saya dan isteri sering tersenyum mengenangkan kisah lalu yang mana telah memberikan apa yang kami hajati. Lagi satu kejadian yang berlaku pada diri saya sendiri adalah bila mana terjadi satu peristiwa yang menimbulkan kekecewaan yang mendalam dan memaksa saya seolah-olah ber"judi" mencari kerja diluar negara. Alhamdulillah sekarang ini saya amat sukakan kerjaya saya ini, bukan sahaja mampu menghabiskan hutang malah boleh berkongsi ilmu dengan insan lain. Memang dari kecil lagi saya selalu memikirkan bagaimana caranya saya boleh membantu manusia, alhamdulillah salah satu caranya telah kelihatan iaitu melalui perkongsian ilmu disini. Semuanya akibat dari peristiwa buruk yang melanda.
Saya percaya jika setiap diri
kita ini merenung seketika kisah masa silam pasti ada peristiwa yang
sama berlaku pada setiap individu yang mana dari peristiwa yang buruk
berkesudahan dengan kebaikan. Kebanyakan kita tidak perasankan ianya
kerana mungkin idea ini tidak pernah timbul di pemikiran ataupun jarak
masanya yang agak jauh akan tetapi jik akita ikuti rentetan-rentetan
hidup, pasti kita akan berterimakasih kepada Allah yang maha penyayang.
Allah Mahu menduga HambaNya.
Jika kita yakin yang kita tidak melakukan dosa-dosa, jika kita rasa sudah mendapat apa yang dihajati akan tetapi dugaan masih melanda, itu sudah cukup untuk memberi kita perasaan gembiran yang teramat sangat kerana Allah mahu menduga kita. Sedangkan para Nabi yang punyai tahap keimanan yang tinggi juga, inikan pula kita manusia biasa.
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). (AlBaqarah 2:214)
Jadi,
walau dari segi dan sudut mana sekalipun kita lihat musibah yang
terjadi itu, ada hikmah disebaliknya yang kita tidak boleh nampak, maka
tiada sebab sebenarnya untuk manusia itu mengidap kemurungan yang
serius.
“Sesungguhnya Kami akan menimpakan cubaan ke atas kalian dengan sedikit ketakutan, kelaparan serta kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, iaitu orang-orang yang jika ditimpa musibah, mereka mengucapkan, “Innâ lillâhi wa innâ ilaihi râji‘ûn.” (Surah al-Baqarah 2:155-156).
Masaalahnya umat manusia kini, oleh
kerana dilahirkan Islam, walau tidak berpegang pada ajaran Islam secara
keseluruhannya tetap melabelkan setiap kejadian itu sebagai dugaan dan
bukan salah silap mereka sendiri. Pada pendapat saya jika kita punyai
iman hanya sekadar bin atau binti pada kad pengenalan, perkara buruk
yang melanda itu bukan dugaan, akan tetapi "penangan" nipisnya iman kita
itu.
Keempat-empat prinsip ini
terutamanya prinsip "semuanya salah aku" akan menjadikan seseorang
manusia itu menjadi lebih bertanggungjawab terhadap kehidupan mereka
sendiri dan bukanlah hanya menganggap diri hanya mangsa keadaan.
Perubahan pasti akan timbul jika kita berani mengambil pendirian ini,
akan tetapi kesabaran amat perlu kerana dari mula kita mengubah
pendirian untuk bersabar dan bertanggungjawab terhadap apa yang terjadi,
walaupun kita sudah berhati-hati keatas tindakan dan tingkah laku,
kesan dari dosa-dosa yang terdahulu iaitu apa yng digelar "backlash"
akan masih melanda diri. Akan tetapi jika kita bersabar sehingga
"backlash" itu habis maka perubahan ketara didalam hiudp kita akan
terasa. Ianyanya juga menjadikan diri seseorang manusia itu lebih
berkuasa mencipta realiti kehidupan yang diingininya atau
setidak-tidaknya meramalkan suasana kehidupan mereka dimasa akan datang
baik didunia mahu pun diakhirat kelak, hasil dari tingkah laku dan
perbuatan mereka sendiri.
Berdasar pada konsep ini jugalah minat saya kepada fizik kuantum
amat mendalam kerana jika semua manusia faham akan cerita disebalik
perilaku zarah sub-atomic itu sendiri, semua manusia akan meletakkan
semua perkara yang berlaku didalam hidup mereka adalah kerana mereka
sendiri yang mahu melihatnya baik secara sedar atau tidak.
Konsep yang sama juga
terselindung disebalik puasa selama sebulan yang mana bila mana kita
boleh bersabar dan mengubah tingkah tingkah laku kita, puasa yang
sebulan itu mampu mengubah diri kita baik dari segi fizikal dan mental
agar menjadi manusia yang lebih mulia. Akan tetapi rata-rata muslim
akhir zaman ini hanya mendapat lapar dan dahaga kerana sikap buruk masih
berleluasa, contohnya pembaziran makanan, lahap ketika berbuka, masih
maki hamun ketika puasa dan yang paling teruk lagi tidak langsung
bersolat. Keimanan kita juga akan berlipatkali ganda kerana pertamanya
kita tahu Allah amat menyayangi diri kita dan mahu membalas dan
mengampunkan dosanya semasa masih didunia ini lagi dan keduanya Allah
senantiasa mahu memberi kita yang terbaik. Begitu juga dengan dugaan
terhadap mereka yang beriman.
Kita tidak tahu akan takdir kita
akan tetapi jika hanya berserah kepada takdir dan menganggap diri tidak
bersalah hanyalah satu cara untuk lari dari tanggungjawab dan
merendahkan nilai diri manusia itu sendiri. Mereka yang berani
bertanggungjawab terhadap apa yang terjadi kepada diri mereka adalah
mereka yang akan lebih berjaya didalam hidup dan insyaallah di akhirat
kerana tidak semestinya berjaya didunia akan disusuli diakhirat.
Falsafah barat menganggap dunia
ini ibarat mesin gergasi dan kita hanyalah salah satu gear didalamnya
yang berputar dan apabila gear sebelah berputar, kita hanya menjadi
mangsa menerima sahaja arah putaran yang diberikan oleh gear
bersebelahan. Akan tetapi Allah mengurniakan kita dengan frontal lobe
yang membezakan manusia dan haiwan yang mana memberi kelebihan kita
untuk membuat pilihan, pilihan untuk berputar kearah mana dan inilah
yang amanah Allah sebagai khalifah dimuka bumi ini. Pilihan terletak
pada diri sendiri, menjadi sedih dan murung atau gembira dan bersyukur.
Manusia
amat berkuasa untuk mencipta realiti hidupnya sendiri jadi terpulanglah
samada ingin menjadi peneraju atau sekadar mangsa didalam kehidupan.
Akan tetapi tiada yang percuma didalam hidup ini, harga yang terpaksa
dibayar adalah berani bertanggungjawab dan juga beriman sepenuhnya
dengan mengikut landasan yang Allah dan Nabi berikan dan bukan ambil
sedikit dan tinggalkan banyak. Sebab itulah umat islam dahulu menerajui
dunia dan umat islam akhir zaman ini hanya menjadi "makanan" lahap
kafirun. Perubahan bermula dari dalam diri sendiri, dari fikiran yang
mana akan menjadi perbuatan dan realiti hidup kita ini. Maka
bersangka-baiklah kepada Allah kerana sesungguhnya Allah itu maha
pengasih lagi penyayang dan tidak akan mensia-siakan hambanya, dari
Allah kita datang dan kepada Allah jualah kita akan dikembalikan.
Sumber: syurgadunia.blogspot
No comments:
Post a Comment