Thursday, April 26, 2012

Azam Mulai Hari Ini...Menjadi Pemerhati yang Hebat...

Apakah makna menjadi pemerhati yang hebat..?Pemerhati yang hebat memberi maksud  mereka yg boleh memerhatikan diri sendiri, "memerhatikan" apa yg difikirkan, dalam kata lain sedar situasi minda, sentiasa tahu apa yg sedang bermain difikiran dan juga perbuatan atau tingkahlaku atau perangai yg seiring dengannya.

Apakah mekanisme untuk kita menjadi seorang pemerhati yang hebat? Mekanismenya adalah dengan mengawal minda separa sedar kita. Umat islam telah diberi latihan harian untuk menjadi pemerhati yg hebat. Latihan tersebut adalah solat. Apabila kita solat dengan khusyuk iaitu fokus, sedar dan faham akan apa yg dibaca, sedar akan gerak geri rukuk sujud dan sebagainya, kita melatih untuk menjadi pemerhati yg hebat. Apa yg terjadi adalah kita sering solat dalam keadaan fikiran tidak berada didalam solat tersebut, jasad solat tetapi fikiran sedang memikirkan apa yg hendak dibuat selepas solat (risau) ataupun memikirkan kesilapan yg berlaku sebelum solat (kecewa).Namun, apa yg terjadi adalah kita tidak menggunakannya latihan amali mengawal minda ini dengan cara yg berkesan.

Sebagai contoh, semasa menonton TV atau pun mendengar lagu yg asyik, fikiran kita melayang mengikut apa yg berlaku, ambil contoh TV. Setiap aksi yg kita lihat, diri kita tidak terlibat secara langsung iaitu dengan gerak badan, contohnya melihat pasangan bercinta berpeluk, kita tidak melakukannya akan tetapi sel2 didalam badan tidak tahu kerana kimia emosi itu tetap menghujani mereka (sel2). Jadi fikiran dan perbuatan tidak selari. Jadi apabila kita solat, disebabkan sel2 badan kita sudah terbiasa dgn fikiran tidak sama dengan perbuatan maka untuk fokus kepada bacaan beserta perbuatan solat itu menjadi sukar. Begitu juga dgn lagu, manusia sering berkhayal ketika mendengar lagu yg asyik malah boleh menangis kerananya jadi tidak hairanlah ketika solat fikiran kita melayang ketempat lain. Persoalan seterusnya, adakah rezeki menyanyi atau berlakon itu halal? Membuat manusia lain lalai itu sesuatu yg diredhai Allah?

Jadilah pemerhati yg hebat, apabila kita sedar apa yg bermain difikiran dan juga gerak geri kita maka amat mudah kita membuat tindakan dan juga keputusan2 yg lebih rasional. Apabila kita mempunyai dan boleh mengawal  minda separa sedar yg kuat, insyaallah kita akan sentiasa melihat dunia dari perspektif yg lebih luas dan akan mengambil tindakan bukan sahaja terhadap kesan pada diri sendiri malah pada masyarakat keseluruhannya. Apabila kita lebih sedar akan tindakan yg akan diambil kita lebih mudah "mengakses" kemungkinan2 yg akan terjadi dan lebih mudah mengubahnya jika ia tidak sesuai baik dari sudut rohani dan jasmani mahupun kebaikan diri dan masyarakat.

Bersolatlah dengan fokus dan khusyuk, faham akan apa yg dibaca dan sedar gerak geri yg diambil, mudah mudahan kita semua akan menjadi pemerhati yg hebat dan menjadi lebih berkuasa didalam menentukan hala tuju hidup kita sendiri dan tidak lagi menjadi mangsa. Mungkin agak sukar pada mulanya bagi mereka yg selalu khayal didalam solat akan tetapi dengan nekad dan keinginan yg hebat ia akan menjadi mudah dari hari kehari.
 
Peringatan ini adalah untuk saya juga kerana kita perlulah menjadi lebih baik dan cemerlang dari hari ke hari dan bukannya ke belakang....maka..ayuh kita perbaiki minda kita setiap hari!
 

No comments:

Post a Comment