Tuesday, October 11, 2011

Pertemuan, perpisahan......

Assalamualaikum...

Di dunia ini tiada perkara yang kekal lama...segala-galanya akan musnah...yang kekal hanyalah Allah.....Perpisahan dengan Tok Mat tersayang pada 5 Okt 2011 adalah satu perkara dan ujian daripada Allah kepada ahli keluarganya. 

I did remember and appreciate about how he had been a very kind-hearted and strong person...kenangan bahawa saya membesar dengannya sebagai cucu yang enjoy untuk balik ke muar untuk merasai kemeriahan keluarga...i did remember how atok membawa kami cucu2nya ke kebunnya yang kaya dengan banyak buah terutamanya buah durian samada dengan trektor dan jalan kaki. I also did remember how he took care of cucu2nya bile ke rumahnya..i did remember how he had being so strong menggagahkan diri ke majlis konvokesyen saya dan majlis kawin saya dengan tongkat dalam kepayahan untuk dia bangun. Atok berusaha untuk memeriahkan majlis saya walaupun dia sakit....saya amat terharu....Dari kacamata saya......atok adalah seorang yang kuat, tabah, pemurah dan baik hati walaupun agak garang. Terima kasih atok kerana telah menjadi bapa kepada ibu saya.... terima kasih kerana hadir dalam hidup saya sebagai seorang atok yang telah sedikit sebanyak mewarna-warnikan hidup saya dari saya kecil hingga besar....

Perpisahan dengan arwah atok membuatkan saya banyak berfikir......tentang dunia, kebaikan, perpisahan.., dan kesedaran betapa kita manusia adalah satu makhluk yang diciptakan begitu fragile dan amat bergantung kepadaNya.....Tiada apa yang mampu melawan kuasaNya....MasyaAllah....Amatlah rugi orang yang bongkak dan lupa kepadaNya.....hidup kita amat...amat....amat....amat...amat ....bergantung kepadaNya....sedalam mana kita sedari tentang perkara itu??  Apa yang penting...saya mestilah redha.......kuat semangat, berserah dan berdoa kepada Allah untuk mensejahterakan Tok Mat di sana.......Pengalaman cuaca yang mendung...gerimis., kejernihan dan kebersihan wajah atok mengadap Ilahi adalah saya harapkan satu petanda yang baik dari Allah bahawa atok selamat dan tenang di sana...InsyaAllah.....

Yang pasti perpisahan ini bukanlah untuk selama-lamanya....kita juga akan kembali ke sana......moga pertemuan kita di sana nanti adalah satu pertemuan yang aman dan kepada Allahlah kita berserah segala-galanya..moga Allah melindungi dan mensejahterakan kita semua.....Ameen....

Al-Fatihah untuk arwah Tok Mat.....

No comments:

Post a Comment