Kisah Sebenar Disebalik Lagenda Dracula
Kisah hidup Dracula merupakan salah satu contoh bentuk manipulasi sejarah yang begitu nyata yang dilakukan Barat.
Kalau
filem Rambo merupakan suatu fiksyen yang kemudian dihasilkan
seolah-olah menjadi tokoh yang nyata oleh Barat, tetapi Dracula
merupakan keterbalikannya, tokoh yang nyata wujud cuba dikaburkan
menjadi fiksyen.
Bermula
dari novel karya Bram Stoker yang berjudul Dracula, kisah tokoh ini
mula difilemkan seperti Dracula’s Daughter (1936), Son of Dracula
(1943), Hoorof of Dracula (1958), Nosferatu (1922) yang dibuat ulang
pada tahun 1979 dan filem dracula yang lain yang diolah dalam bentuk
yang lebih moden.
Dalam buku berjudul “Dracula, Pembantai Umat Islam Dalam Perang Salib” karya Hyphatia Cneajna
kisah Dracula sebenarnya merupakan pembesar Wallachia , berketurunan Vlad Dracul.
Dalam huraian Hyphatia tersebut, kisah Dracula tidak boleh dilepaskan menjelang tempoh akhir Perang Salib.
Dracula
dilahirkan ketika peperangan antara Kerajaan Turki Ottomaniah sebagai
wakil Islam, dan Kerajaan Hungary sebagai wakil Kristien, dimana
peperangan ini semakin sengit.
Kedua – dua kerajaan tersebut berusaha merebutkan wilayah-wilayah yang boleh dikuasai, baik Eropah mahupun Asia .
Puncak peperangan ini adalah jatuhnya Konstantinopel, iaitu benteng Kristian ke dalam penguasaan Kerajaan Turki Ottomaniah.
Dalam
peristiwa Perang Salib, Dracula merupakan salah seorang panglima
tentera Salib. Dalam perang inilah Dracula banyak melakukan pembunuhan
terhadap umat Islam.
Hyphatia menganggarkan jumlah korban kekejaman Dracula mencapai 300 000 ribu umat Islam.
Korban-korban
tersebut dibunuh dengan berbagai cara yang sangat biadab dan kejam,
iaitu dibakar hidup-hidup, dipaku kepalanya, dan yang paling kejam
adalah disula.
Penyulaan
merupakan cara penyiksaan yang amat kejam, iaitu seseorang itu akan
ditusuk dubur dengan kayu sebesar lengan tangan orang dewasa yang
hujungnya ditajamkan.
Mangsa yang telah ditusuk kemudian dipancangkan sehingga kayu sula tersebut menembus hingga perut, kerongkong, atau kepala.
Hyphatia mengatakan dalam bukunya :
“Ketika matahari mulai meninggi Dracula memerintahkan penyulaan segera dimulakan. Para prajurit melakukan perintah tersebut seolah robot yang telah dipogram.Penyulaan disulami dengan lolong kesakitan dan jeritan penderitaan yang segera memenuhi segala penjuru tempat itu.Mereka, umat Islam yang malang ini sedang dijemput ajal dengan cara yang begitu mengerikan. Mereka tak sempat lagi mengingat kenangan indah dan manis yang pernah mereka alami.”
Tidak
hanya orang dewasa sahaja yang menjadi mangsa penyulaan, tapi juga bayi.
Hyphatia memberikan pemaparan tetang penyulaan terhadap bayi sebagai
berikut:
“Bayi-bayi yang disula tak sempat menangis kerana mereka kesakitan yang amat apabila hujung kayu menembus perut kecilnya. Tubuh-tubuh korban itu meregang di kayu sula untuk menjemput ajal.”
Kekejaman
seperti yang telah dipaparkan di atas itulah yang selama ini
disembunyikan oleh Barat. Menurut Hyphatia hal ini terjadi kerana dua
sebab.
Pertama, pembunuhan beramai – ramai yang dilakukan Dracula terhadap umat Islam tidak boleh dihapuskan dari Perang Salib.
Negara – negara Barat yang pada masa Perang Salib menjadi tunggak utama tentera Salib, tidak mahu tercoreng wajahnya.
Mereka
yang mengutuk dan menentang pembunuhan beramai – ramai oleh Hilter dan
Pol Pot, enggan membuka pekung mereka sendiri. Perkara ini sudah menjadi
tabiat Barat yang selalu ingin nampak seperti Hero.
Kedua,
Dracula merupakan pahlawan bagi pasukan Salib. Walaubagaimana kejamnya
Dracula pun, tetapi dia akan selalu dilindungi nama baiknya. Dan,
sehingga saat ini di Romania , Dracula masih dianggap pahlawan.
Sebagaimana sebahagian besar sejarah pahlawan – pahlawan pasti akan
diambil sebagai superhero dan dibuang segala kejelekan, kejahatan dan
kelemahannya.
Untuk
menutup kekejaman mereka, Barat terus-menerus menyembunyikan siapa
sebenarnya Dracula. Mereka berusaha agar sejarah jati diri Dracula
yang sebenarnya tidak terkuak.
Dan, harus diakui bahawa usaha Barat untuk mengubah sejarah Dracula dari fakta menjadi fiksyen ini cukup berhasil.
Ukuran
keberhasilan ini dapat dilihat dengan banyak masyarakat, khususna umat
Islam sendiri yang mengetahui tentang siapa sebenarnya Dracula.
Masyarakat
umum hanya mengetahui bahawa Dracula adalah merupakan lagenda vampire
(pontianak) yang kehausan darah, tanpa mengetahui kisah sebenarnya.
Selain membongkar kebohongan yang dilakukan oleh Barat, dalam bukunya Hyphatia juga mengupas makna salib dalam kisah Dracula.
Seperti
yang telah diketahui umum bahawa penggambaran Dracula yang telah
menjadi fiksyen tidak boleh dilepaskan dari dua benda, iaitu bawang
putih dan salib.
Konon hanya dengan kedua benda tersebut Dracula akan takut dan boleh dikalahkan.
Menurut
Hyphatia penggunaan simbol salib merupakan cara Barat untuk menghapus
jejak sejarah pahlawan tentera Islam dalam perang salib, sekaligus untuk
menunjukkan kehebatan mereka.
Sultan Mahmud II (di Barat dikenal sebagai Sultan Mehmed II) dan juga dikenali sebagai Al- Fateh dalam sejarah Islam.
Sultan ini
merupakan penakluk Konstantinopel yang sekaligus penakluk Dracula,
adalah insan yang telah mengalahkan dan memenggal kepala Dracula di tepi
Danua Snagov. Namun barat berusaha memutar belit fakta ini .
Mereka
berusaha agar merekalah yang kelihatan mengalahkan Dracula. Maka
diciptakan sebuah fiksyen bahawa Dracula hanya boleh dikalahkan oleh
salib.
Tujuan
hendak mengaburkan peranan Sultan Mahmud II juga sekaligus untuk
menunjukkan bahawa merekalah yang paling hebat, yang boleh mengalahkan
Dracula si Haus Darah.
No comments:
Post a Comment