Terbaca pengalaman seorang lelaki berkenaan kisah hidupnya yang mempelajari erti zuhud dan syukur di atas kehidupan yang dilaluinya.
Menurut lelaki tadi, zuhud adalah Bersyukur dengan apa yang ada, Redha dengan nikmat yang ditarik
Menerusi google, makna perkataan zuhud adalah;
Perkataan zuhud bila dilihat ertinya dalam kamus Arab
atau mengikut pengertian bahasa biasa ialah meninggalkan dunia. Tetapi
mengikut istilah Islam, erti zuhud itu ialah hati tidak terpaut atau
tidak terpengaruh dengan dunia dan nikmat-nikmatnya. Pengertian yang
kedua, iaitu mengikut pengertian syariat inilah yang akan dibentangkan.
Kerana zuhud mengikut syariat adalah disukai oleh Allah dan Rasul. Ia
juga termasuk dalam sifat-sifat mahmudah.
Yess...saya cuba menanam erti zuhud di dalam diri. Di dunia ini, apabila kita berkereta kecil, berumah kecil, ada suara2 hinaan dan kejian yang kedengaran. Sedangkan asalnya saya, cukup sekadar cukup makan, cukup pakai dan ada rumah untuk berteduh seharian membuatkan saya amat-amat bersyukur. Namun, keperluan dunia dan sosial yang mendesak kita untuk berkereta besar, berumah besar dan lain-lain semata-mata untuk menjaga IMEJ dan menunjukkan kita berjaya pada orang lain.Ye...sape yang tak suke hidup mewah, kereta besar, rumah mewah......semua orang suke termasuk saya, tapi siapa yang boleh melawan hawa nafsu mencintai kemewahan dunia? Itulah cabarannya! Sejak akhir-akhir ini, kehendak untuk bershopping, membeli kain2 baju, beg, kasut2 yang banyak, perabot2 yang cantik agak bertambah. Namun, setelah terbaca berkenaan ZUHUD, alhamdulillah ia agak menyedarkan untuk tidak terlalu mencintai dunia ini dan segala-galanya.
Bersyukur dengan apa yang ada, Redha dengan nikmat yang ditarik- Sekadar membaca dan memahami adalah senang, tetapi kite perlu memasukkan intipati zuhud ini di dalam diri....cube untuk berjuang untuk menanam sifat zuhud di dalam diri, hati inside and out.
Dunia ini adalah tempat untuk melawan hawa nafsu sendiri. Teringat satu quotes dari satu video...
Dari Abu Hurairah r.a, katanya Rasululllah saw bersabda:
"Islam pada mulanya asing dan akan kembali asing seperti semula. Maka berbahgialah kiranya yang terasing"
Sahih Nuslim 118
Tidak perlu rasa terasing kerana memperjuangkan Islam, kerana kita akan dibenci dan tidak disukai, namun kita perlu kuatkan dirii, kerana perlu ingat Allah dan ganjaran syurga. Ingatan untuk diri saya sendiri....di bulan2 puasa ni..
No comments:
Post a Comment