Monday, June 30, 2014

Bayar Fidyah

Salam Ramadhan

Bagaimana cara nak bayar fidyah? Sila baca info ini....semoga berguna..insyaAllah...

Kalau diikutkan Fidyah kena bayar dengan harga secupak beras..tapi secupak beras tu banyak mana & berapa RM??? Sebagai contoh,  berdasarkan Majlis Agama Islam Johor, secupak beras bersamaan dengan harga RM1.90 .. So darab jer ngan berapa hari yang tinggal bagi tahun tu..Tapi kalau ada tertunggak pada tahun-tahun yang lalu..kena darab...huhu??? Rujuk website majlis agama masing2.

Ok setiap negeri ada kadar bayaran zakat yg berbeza kan? rujuk negeri masing2 berapa kadar zakat bagi tahun tersebut.. contoh bagi negeri johor zakat bagi tahun 2012 adalah RM7.50. guna formula di bawah:

Bayaran Fidyah = 1/4 x jumlah bayaran zakat x bil hari ditinggalkan
                         = 1/4 x RM7.50 x 5 hari

                         = RM1.875 x 5 
                         = RM9.40 ini adalah jumlah fidyah yang perlu dibayar oleh saya

dah tahu jumlah..kat mana nak bayar plak..boleh pergi trus ke Majlis Agama Islam negeri masing2... or ada satu cara mudah yang dibenarkan secara online..ni confirm boleh.. rujuk http://blog.e-zakat.com.my/?page_id=89 

Saya bayar di Maybank2u.
  1. Login ke akaun Maybank2U anda di www.maybank2u.com.my –> login
  2. Klik Accounts & Banking
  3. Klik Bill Payment
  4. Klik Make a One-Off Payment
  5. Klik request a TAC number
  6. Pilih kategori dari drop-down menu : Zakat & Charity –> klik confim
  7. Pilih kategori dari drop-down menu : Mana2 badan zakat/charity yang berkenaan —> klik confirm
  8. Pilih kategori dari drop-down menu : Fidyah —> klik confirm
  9. Ikuti langkah seterusnya, isikan ruangan untuk jumlah, akaun dan nombor telefon
  10. Masukkan TAC number dan klik confirm
  11. Ikuti langkah hingga anda mendapatkan resit dan simpan resit sebagai rujukan.  
Satu lagi tambahan kepada steps di atas, saya perasan bila pilih mana2 badan zakat/charity...ada sesetengah badan zakat bila klik kategori dari drop-down menu xde fidyah... jgn kuatir..pilih Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan...confirm ada fidyah..klik situ dan teruskan pembayaran...

Pastu ada persoalan lain..saya duduk di Johor..boleh ke bayar ke Majlis Agama Islam negeri lain... Jawapannya boleh. Rujuk ini untuk penjelasan http://kemusykilan.islamgrid.my/questions/view/46899 harap ini sedikit sebanyak dapat membantu kita dalam menunaikan kewajipan kita sebagai umat Islam.


Moga Allah merahmati kita semua, Setiap sen yang kita korbankan ke jalan Allah TIDAK PERNAH SIA-SIA

Sumber dari : ashahashim.blog , <<----Tq

No comments:

Post a Comment