Menunggu maghrib sambil tgk tv...azan bergema di astro oasis..sebelum ni buat dunno jer...tapi hr ni amazed dgn tertarik dgn iklan di astro oasis..
Ianya adalah tentang Azan berkumandang 24 jam di seluruh dunia berdasarkan perbezaan waktu dan tempat.
Ribuan bilal akan melaungkan seawal kira-kira 5.30 pagi, Azan Subuh yang bermula di bahagian timur, Indonesia dan proses itu akan bergerak ke barat kepulauan Indonesia dengan perbezaan waktu timur dan barat kepulauan Jawa adalah 90 minit.
Belum pun laungan Azan itu selesai di seluruh Indonesia, mengikut perkiraan, ia akan bergema di Malaysia, kemudian disambut di utara, di Myanmar, China dan seterusnya. Dalam tempoh satu jam bermulanya Azan Subuh di Jakarta, Azan akan bersahutan di Bangladesh dan bergema pula di India.
Belum berakhir di Pakistan, laungan Azan Subuh akan dilaungkan di Afghanistan dan Oman. Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad, Iraq dianggarkan satu jam, maka dalam jangka masa ini juga Azan Subuh dikira akan dilaungkan di Emiriyah Arab Bersatu, di tanah suci Mekah dan Madinah dan negara-negara lain.
Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik dalam jangka masa sembilan jam setengah, tetapi sebelum Azan Subuh bergema di situ, Azan Zohor sudah berkemundang di Indonesia semula. Begitulah seterusnya bilal-bilal di serata pelusuk dunia akan sahut menyahut melaungkan keagungan Allah dan Nabi Muhammad s.a.w setiap detik, sepanjang waktu.

SEJARAH AZAN
Terjemahan Azan secara harfiah:
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,
Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah,
Aku bersaksi bahawa Muhammad Pesuruh Allah, Marilah mengerjakan solah,
Marilah menuju kejayaan,
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Tiada Tuhan melainkan Allah.

Maksud kalimah-kalimah ini mengikut ulama adalah lebih luas daripada
tujuh lautan tetapi secara ringkas ialah bahawa Allah mengatasi
segala-galanya dan bahawa Tuhan hanyalah satu dan Muhammad adalah
rasulnya. Lakukanlah solat untuk mendapat kejayaan di dunia dan akhirat.
Bahawa Allah adalah di atas segala ciptaanNya dan bahawa Allah hanya
satu.
Dari segi sejarahnya, dikisahkan Azan mula diamalkan pada tahun
pertama hijrah umat Islam dari Mekah ke Madinah pada abad ketujuh
Masehi.
Mengikut Hadis yang diriwayatkan Bukhari dan Muslim daripada Ibnu
Umar bin al-Khattab r.a. tiada orang yang menyeru atau melaungkan Azan
ketika orang Islam berkumpul dan menunggu untuk mengerjakan sembahyang
pada mula-mula umat Islam berhijrah ke Madinah.
Ini menyebabkan pada suatu hari Rasullullah s.a.w. mengumpulkan para
sahabat dan membincangkan cara mengingatkan umat Islam waktu solat telah
masuk dan mengajak mereka ke masjid melakukan solat berjemaah.
Solat bagi umat Islam bukan sahaja sekadar menyembah Pencipta alam
semesta tetapi juga merupakan ikrar mematuhi peraturan hidup yang
ditetapkan olehNya di samping memohon petunjuk dan rahmat
Pada mesyuarat itu, ada yang mencadangkan supaya dikibarkan bendera,
ada yang mengesyorkan ditiupkan serunai atau terompet dan ada juga yang
mencadangkan supaya dibunyikan loceng, namun semua usul itu ditolak Nabi
Muhammad s.a.w.
Umar kemudian mencadangkan supaya
diteriakkan ayat “telah datang waktu solat” dan ini diterima Nabi,
tetapi Baginda menukar lafaznya kepada “assolatu jamiaah” yang bererti
“Marilah solat berjemaah”.
Sehinggalah pada suatu malam Abdullah bin Zaid bermimpi mengenai cara
yang lebih baik untuk menghebahkan solat dengan mengumandangkan Allahhu
Akbar (dan seterusnya…)
Semasa diberitahu kepada Rasullullah s.a.w pada paginya, (Umar juga
menyatakan bermimpi yang serupa), Baginda bersabda: “Mimpi itu mimpi
yang benar”, maka Nabi memerintahkan Bilal bin Rabah melaungkan azan
itu.
Untuk solat Jumaat, Azan berkumandang sebanyak dua kali, kali pertama
menandakan masuk waktu Zohor untuk memanggil orang Islam ke masjid dan
kali kedua sejurus sebelum Imam memulakan Khutbah Jumaat.
Begitu juga Azan Subuh diamalkan semasa zaman Rasullullah s.a.w.
dikumandangkan dua kali seperti yang dilakukan di Masjidil Haram —
pertama selepas berlalunya separuh malam untuk memberitahu muslimin
bahawa waktu Subuh sudah hampir dan waktu itulah mereka digalakkan
bersembahyang sunat tahajjud dan sebagainya atau bersahur untuk
berpuasa. Azan kedua diperdengar ketika masuk waktu Subuh dengan
tambahan lafaz “as-salatu khayrun min an-naum (solat itu lebih baik
daripada tidur).
Selain untuk tujuan sembahyang, Azan sunat diamalkan untuk dibisikkan
ke telinga bayi lelaki baru lahir atau suatu ketika dulu sebagai
isyarat untuk memaklumkan kepada umat Islam waktu mudarat atau bahaya
seperti bencana alam, kebakaran dan perang.
Sumber:skyp3.wordpress.com
Sumber:skyp3.wordpress.com