Thursday, August 30, 2012

Dilemma dan masalah masakini

Been reading newspapers...blogs...forum..

Erm...hari ni di Berita Harian memaparkan isu penduduk yg berulang alik ke tempat kerja Ipoh ke KL..hari2....hari2 5 jam on road.....

Baca lagi....harga rumah melambung....harga tak masuk akal..kontraktor menyalahkan kerajaan...dan kerajaan semakin hilang kuasa...

Lagi...been reading...isu kenapa ramai org umur 30an pun tak kawin lagi...mcm2 pendapat...mcm2 sebab....

fuh...rasanye dunia ni makin tunggang langgang......institusi keluarga semakin jauh...spending time dgn famili semakin sedikit.....harga rumah tak masuk akal.....

Secara realitinya...ramai orang mungkin menyedari...kite hidup seperti dalam PENJARA...money slaves....hamba dunia......mana taknye.....bangun pagi, celik mata, mandi pakai baju, pegi keje, jem, masuk ofis, mengadap komputer, hectic life( here we go..politics, ngumpat org, marah orang, kutuk bos,...sume adelah kat ofis tu lah...sume bende ade, memerlukan kecekalan yg tinggi utk kekal bersih), balik keje, dah malam, makan, tgk tv jap, tido....n the routine goes on..and on...sampai bile???sampai umur dah pencen??hahah...untuk apa buat semua tu?untuk dapatkan duit?

Terpiker...there's something wrong somewhere in our society...in our system...our corrupted living system..corrupted by the one who created the system....who creates the system???i believe that it is Dajjal dan sekutu-sekutu2nya...

Rasa macam nak jadi Perdana Menteri....nak listkan apa masalah rakyat sebenarnya....dan pike macammane nak solvekan...Meh PM....saya listkan masalah yang perlu dan hanya org yg berkuasa boleh cube selesaikan masalah rakyat:

Basic needs u kene selesai dulu such as:
1) Makanan
2) Tempat TInggal
3) Pakaian

lagi satu penting......4) Keluarga

Masalahnye:
1) Harga makanan tinggi
2) Harga rumah tinggi
3) Pakaian ok
4) Kukuhkan institusi keluarga rakyat malaysia ni...budaya kawin awal digalakkan, hantaran murah2 ajerlah, budaya suami isteri jarak jauh ni x perlulah diperluaskan.....

Camne nak solvekan??

i think rakyat dan kerajaan Malaysia sendiri kene ceburkandiri dlm bidang padi,ayam,ikan,sayur...jgn takut kotor, jgn pandang rendah bidang ini.....same goes to rumah n all...

n byk kajian perlu dibangunkan utk solvekn masalah rakyat ni......bukan setakat kajian, pelaksanaan perlulah hebat..

Sebenarnye masalah2 ni boleh diselesaikan...provided negara kite tidak terlalu bergantung dgn kuasa luar, dgn negara luar, dgn sistem luaran.....
We just solve it in our way......to the referral of Quran...

Masalahnye..hidup kite berpaksikan kepada duit..duit...duit utk hidup...
 Sampai bile pun mmasalah kita tak selesai selagi hidup kita bergantung pada duit..
Duit tu sendiri dicipta oleh manusia..dan sistem hidup kita dah termasuk dalam perangkap Dajjal

Maybe to some of the readers feels what i think is mengarut, kalakar n all that...
Yeah....fikiran kita dah dilatih utk fikir secara apa yg sedia ada...
susahlah nak terang...

I'll write about this later......actually there are a lot in my mind....dan utk menulisnya semua agak kesuntukan masa.....saya sambung later kay..bai..

Wednesday, August 29, 2012

Buat coklat

isshh....dah lame i x post about masak2.......recently i involve in  this new activity...cooking chocolate......
i buat coklat inti mango n almond......sedap...hihi! (puji masakan sendiri, sowi guys....sile jgn  muntah., hehe)...


Tuesday, August 28, 2012

Azan berkemumandang di seluruh dunia...

Menunggu maghrib sambil tgk tv...azan bergema di astro oasis..sebelum ni buat dunno jer...tapi hr ni amazed dgn tertarik dgn iklan di astro oasis..

Ianya adalah tentang Azan berkumandang 24 jam di seluruh dunia berdasarkan perbezaan waktu dan tempat.

Ribuan bilal akan melaungkan seawal kira-kira 5.30 pagi, Azan Subuh yang bermula di bahagian timur, Indonesia dan proses itu akan bergerak ke barat kepulauan Indonesia dengan perbezaan waktu timur dan barat kepulauan Jawa adalah 90 minit.


Belum pun laungan Azan itu selesai di seluruh Indonesia, mengikut perkiraan, ia akan bergema di Malaysia, kemudian disambut di utara, di Myanmar, China dan seterusnya. Dalam tempoh satu jam bermulanya Azan Subuh di Jakarta, Azan akan bersahutan di Bangladesh dan bergema pula di India.


Belum berakhir di Pakistan, laungan Azan Subuh akan dilaungkan di Afghanistan dan Oman. Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad, Iraq dianggarkan satu jam, maka dalam jangka masa ini juga Azan Subuh dikira akan dilaungkan di Emiriyah Arab Bersatu, di tanah suci Mekah dan Madinah dan negara-negara lain.


Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik dalam jangka masa sembilan jam setengah, tetapi sebelum Azan Subuh bergema di situ, Azan Zohor sudah berkemundang di Indonesia semula. Begitulah seterusnya bilal-bilal di serata pelusuk dunia akan sahut menyahut melaungkan keagungan Allah dan Nabi Muhammad s.a.w setiap detik, sepanjang waktu.



SEJARAH AZAN
Terjemahan Azan secara harfiah:
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,
Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah,
Aku bersaksi bahawa Muhammad Pesuruh Allah, Marilah mengerjakan solah,
Marilah menuju kejayaan,
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Tiada Tuhan melainkan Allah.

Maksud kalimah-kalimah ini mengikut ulama adalah lebih luas daripada tujuh lautan tetapi secara ringkas ialah bahawa Allah mengatasi segala-galanya dan bahawa Tuhan hanyalah satu dan Muhammad adalah rasulnya. Lakukanlah solat untuk mendapat kejayaan di dunia dan akhirat. 

Bahawa Allah adalah di atas segala ciptaanNya dan bahawa Allah hanya satu.

Dari segi sejarahnya, dikisahkan Azan mula diamalkan pada tahun pertama hijrah umat Islam dari Mekah ke Madinah pada abad ketujuh Masehi.

Mengikut Hadis yang diriwayatkan Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Umar bin al-Khattab r.a. tiada orang yang menyeru atau melaungkan Azan ketika orang Islam berkumpul dan menunggu untuk mengerjakan sembahyang pada mula-mula umat Islam berhijrah ke Madinah.

Ini menyebabkan pada suatu hari Rasullullah s.a.w. mengumpulkan para sahabat dan membincangkan cara mengingatkan umat Islam waktu solat telah masuk dan mengajak mereka ke masjid melakukan solat berjemaah.
Solat bagi umat Islam bukan sahaja sekadar menyembah Pencipta alam semesta tetapi juga merupakan ikrar mematuhi peraturan hidup yang ditetapkan olehNya di samping memohon petunjuk dan rahmat
Pada mesyuarat itu, ada yang mencadangkan supaya dikibarkan bendera, ada yang mengesyorkan ditiupkan serunai atau terompet dan ada juga yang mencadangkan supaya dibunyikan loceng, namun semua usul itu ditolak Nabi Muhammad s.a.w.

Umar kemudian mencadangkan supaya diteriakkan ayat “telah datang waktu solat” dan ini diterima Nabi, tetapi Baginda menukar lafaznya kepada “assolatu jamiaah” yang bererti “Marilah solat berjemaah”.

Sehinggalah pada suatu malam Abdullah bin Zaid bermimpi mengenai cara yang lebih baik untuk menghebahkan solat dengan mengumandangkan Allahhu Akbar (dan seterusnya…)
Semasa diberitahu kepada Rasullullah s.a.w pada paginya, (Umar juga menyatakan bermimpi yang serupa), Baginda bersabda: “Mimpi itu mimpi yang benar”, maka Nabi memerintahkan Bilal bin Rabah melaungkan azan itu.

Untuk solat Jumaat, Azan berkumandang sebanyak dua kali, kali pertama menandakan masuk waktu Zohor untuk memanggil orang Islam ke masjid dan kali kedua sejurus sebelum Imam memulakan Khutbah Jumaat.

Begitu juga Azan Subuh diamalkan semasa zaman Rasullullah s.a.w. dikumandangkan dua kali seperti yang dilakukan di Masjidil Haram — pertama selepas berlalunya separuh malam untuk memberitahu muslimin bahawa waktu Subuh sudah hampir dan waktu itulah mereka digalakkan bersembahyang sunat tahajjud dan sebagainya atau bersahur untuk berpuasa. Azan kedua diperdengar ketika masuk waktu Subuh dengan tambahan lafaz “as-salatu khayrun min an-naum (solat itu lebih baik daripada tidur).

Selain untuk tujuan sembahyang, Azan sunat diamalkan untuk dibisikkan ke telinga bayi lelaki baru lahir atau suatu ketika dulu sebagai isyarat untuk memaklumkan kepada umat Islam waktu mudarat atau bahaya seperti bencana alam, kebakaran dan perang.

Sumber:skyp3.wordpress.com


 



Wednesday, August 22, 2012

La Tahzan

Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Mekah) mengeluarkannya (dari negerinya Mekah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: "Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita". Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.- Surah Taubah,Ayat 40


La Tahzan. Innallaha Ma’ana
Janganlah kamu takut dan janganlah kamu bersedih hati. Sesungguhnya Allah ada bersama kita


Inilah kata-kata Nabi Muhammad s.a.w kepada Saidina Abu Bakar r.a ketika mereka bersembunyi di dalam gua tsur. Kata-kata inilah yang menjadi semangat dan penenang hati Abu Bakar r.a di dalam kegusaran diburui musuh.

Innallaha ma’ana.

Allah itu ada bersama kita. InsyaAllah.

Wallahua’lam

Saturday, August 18, 2012

Cara Solat Sunat Aidilfitri

CARA SEMBAHYANG SUNAT HARI RAYA AIDILFITRI | Hukum mengerjakan Solat Sunat Hari Raya Aildilfitri atau Aidiladha adalah sunat muakkad yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW. Cara bagi mengerjakan solat sunat Aidilfitri adalah:
Lafaz Takbir:

اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَر ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَر أللهُ أَكْبَر وَِللهِ الْحَمْدُ . اللهُ أَكْبَر كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهً وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْن . لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ ، صَدَقَ وَعْدَهُ ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ ، وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَِللهِ الْحَمْدُ 

Niat Solat Sunat Aidilfitri:

أُصَلِّي سُنَّةَ لِعِيْدِ الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى

Rakaat pertama : Takbir 7 kali (setiap kali takbir diikuti dengan bacaan subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar) dan doa iftitah. Kemudian Al-Fatihah dan surah Al-Kafirun.
Rakaat kedua Takbir 5 kali (setiap kali takbir diikuti dengan bacaan subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar) dan Al-Fatihah serta Al-Ikhlas.
Khutbah Solat Sunat Aidilfitri.

Monday, August 13, 2012

Empayar Islam

Petang2 sambil menunggu berbuka puasa...saya tonton:

Empayar Islam Kejatuhan dan Kebangkitan...

Dari situ kenallah saya berkenaan tokoh...

Fakhruddin al-razi
Abbas Ibn Firnas-kapal terbang..

woww....kagumlah....tetiba hati berdebar2 dan bergelora..

have to find those CDs'

dengan CD ayat riwayat...mane nak cari ni CD2 ni?

Tahu juga pada ayat ini menerusi episod hari ini..
Firman Allah S.W.T. di dalam Surah 'ali-Imran ayat yang ke 190 hingga 191: 
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal.
(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka.

Thursday, August 9, 2012

Wednesday, August 1, 2012

Pokok pisang

Pokok pisang dah berbuah lagi....pisang berangan lah..:) tapi belum boleh potong lagi..

Pisang berangan

Buah pisang ni berbiji2 ....susah nak makan...jd mknn burung ajelah

pisang berbiji2

Sidang bersama penduduk....BKiara

Salam..

Gambar bersama rakan-rakan satu ofis di majlis bersama menteri di rumah BAKTI, TTDI..


Mesyuarat bersama jlnj

Salam...

Mesyuarat bersama jlnj....selama 4 hari...
bagus betul ahli2 mesyuarat ni....n a very good teamwork..feels like family..
wish them all the best......







Birthday mak 27 Jun 2012

Salam...lupe nak update..my mothers' birthday..
sambut di seri niara...ok lah the food..




Mee racun

Salam...

U olls penah dengar mee racun batu pahat ?? Haha.....ni die mee racun..
Jgn risau...ia tidak beracun....
Bile tanye orang kedai tu..nape nama mee racun? die cakap..nak nampak lain dari lain...huhu..camtu kah..?!:)

Mee racun ni banyak tomato...pada i sedap lah....antara me bandung n me rebus...banyak tomato is so healthy lah......tomato kan one of anti-oksidan food..so why not? hihi..







Ngan ofis mates...:)

Duduk di pelican hotel....ok la jugak hotel die...

Add caption