Satu bacaan yang dapat menghilangkan keresahan saya pada hari ini setelah pelbagai perkara kurang menyenangkan berlaku ke atas diri ini...tabahlah sang hati yang sedang lara.... bacaan ini adalah didapati di majalah Solusi yang terbaru....
Cincin Raja
Sesiapa yang mengenali hakikat dunia, ia tidak akan jatuh cinta kepadanya. Menyedari kefanaan dunia adalah satu cara untuk mengusir bisiskan syaitan.
Imam Al-Ghazali bercerita dalam Ihya’ Ulum al-Din bahawa seorang raja meminta penasihatnya untuk membuat alat dengan fungsi khas. Alat ini mestilah dapat menghilangkan kesedihan si raja apabila ditimpa musibah, dan menghalang baginda daripada berlagak sombong apabila mendapat kesenangan.
Tidak lama kemudian, penasihat yang bijaksana itu mempersembahkan sebentuk cincin dan meminta baginda untuk selalu memakainya.
Beliau juga berpesan agar si raja memandang cincin tersebut setiap kali berada dalam kesengan mahupun kesedihan. Kata beliau, jika si raja melakukannya, kesedihan itu pasti hilang dan kesombongan tidak pernah akan datang.
Tiada keistimewaan pada cincin itu dari segi bahan ataupun bentukknya. Ia hanya cincin biasa yang dibuat daripada besi. Namun kalimah yang terukir di atasnya sungguh luar biasa.
“Ini pasti berakhir”
#Sumber: Majalah Solusi isu 41
No comments:
Post a Comment