Thursday, December 1, 2011

Selamat Tahun Baru-Salam Maal Hijrah!

Salam Tahun Baru Islam ke 1435 Hijrah....

Hari ini dah masuk 5 muharram...tak terlambat rasenye untuk menceritakan peristiwa-peristiwa penting bulan muharram ini...


Sambutan awal muharam disambut oleh semua yang beragama Islam, terdapat dua hari penting/ peristiwa dalam kalendar Islam. Awal bermaksud permulaan, dalam Bahasa Inggeris disebut ‘beginning’, dan Muharam disebut sebagai bulan pertama dalam kalendar Islam.

1 Muharram

  • Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).

10 Muharram

  1. 10 Muharram – Dinamakan juga Hari Asyura. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.
  2. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  3. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  4. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  5. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  6. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  7. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  8. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  9. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  10. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  11. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  12. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  13. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  14. Hari pertama Allah menciptakan alam.
  15. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  16. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  17. Allah menjadikan ‘Arasy.
  18. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  19. Allah menjadikan alam.
  20. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  21. Nabi Isa diangkat ke langit
10 Muharram juga merupakan hari dimana our beloved prophet grandchild Saidina Hussain telah terbunuh pada Perang Karbala. 10 Muharram ini adalah hari penyesalan bagi kaum syiah kerana tidak menyelamatkan saidina hussain daripada dibunuh oleh tentera yazid.

No comments:

Post a Comment