Monday, April 14, 2014

Macammana surah al-kahfi dapat menyelamatkan daripada fitnah dajjal?

Assalamualaikum...

Surah kahfi ni dulu saya pernah postkan rumusan kajian dari surah ini. Walaubagaimana pun, saya rasa eloklah kalau saya terangkan sekali lagi.
Setiap kali hari jumaat orang suruh baca surah al-kahfi....tapi paham ke kite? Kenapa nak baca surah al-kahfi? Apa kaitan die dengan dajjal....?

Seperti yang kite sedia maklum...surah kahfi ni ada 4 perceritaan besar dari Allah kepada manusia iaitu:

1) Kisah Ashabul Kahfi
2) Kisah 2 Empunya Kebun
3) Kisah Nabi Musa a.s & Nabi Khidir
4) Kisah Dzulkarnain

Apa kaitan 4 kisah ni dengan Dajjal? seperti yang kite tahu, Dajjal akan cuba menyesatkan kite dengan 4 dugaan ini di akhir zaman iaitu:-

4 Dugaan Dajjal di akhir zaman (surah al-kahfi)
1) Dugaan Akidah
2) Dugaan Kekayaan dan Pengikut
3) Dugaan Ilmu Pengetahuan
4) Dugaan Dzulkarnain


4 Kisah Al-Kahfi dan 4 Dugaan Dajjal di Akhir Zaman

Dugaan Akidah
1) Kisah Ashabul kahfi (Dugaan Akidah)

(Dugaan Akidah)  - Dajjal akan cuba menyesatkan kite dengan memaksa manusia supaya mengaku dia tuhan.

Survival Kit dari kisah ashabul kahfi: 
  • Jangan terpengaruh dengan kesenangan dunia
  • Kawan yang saleh yang mengikut perintah Allah
  • Jangan mengikut dengan orang yang mengikut hawa nafsu
(Rujukan al-kahfi, ayat 28)

Dugaan Kekayaan, Keluarga dan Populariti
2) Kisah 2 Empunya Kebun (Dugaan Kekayaan dan Populariti)

(Dugaan Kekayaan dan Populariti) - Dajjal akan cuba menyesatkan kite dengan menawarkan kekayaan. Selain itu, dengan kekayaan, akan lebih ramai pengikut dan keluarga yang akan mengikut kita.

Survival Kit dari kisah 2 Empunya Kebun
  • Sedar hakikat kehidupan
  • Sedar bahawa kekayaan dan populariti di dunia adalah sementara, hidup yang kekal adalah lebih penting
  • Syukur kepada Allah atas kurniaanNya
(Rujukan al-kahfi, ayat 45)


Dugaan Ilmu Pengetahuan 
 3) Kisah Nabi Musa & Nabi Khidir( Dugaan Ilmu Pengetahuan )

( Dugaan Ilmu Pengetahuan )- Dajjal akan cuba menyesatkan kita dengan menawarkan pengetahuan dan teknologi yang canggih. Namun, banyak perkara yang tersirat di sebalik perkara yang tersurat tersebut.


Survival Kit dari kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir
  • Perlu bersikap Humble dan tawadhuk atas pengetahuan yang diberikan
  • Perlu bersikap sabar dalam mencari ilmu pengetahuan
  • Terdapat banyak perkara tersirat di sebalik yang perkara yang tersurat, oleh itu perlu diselidik dan banyak ilmu pengetahuan yang kita tidak tahu hakikatnya
(Rujukan al-kahfi, ayat 69)


Dugaan Kuasa
4) Kisah Dzulkarnain (Dugaan Kuasa)

(Dugaan Kuasa) - Dajjal akan cuba menyesatkan kite dengan kuasa yang dimiliki di dunia ini.

Survival Kit dari kisah Dzulkarnain
  • Perlu bersikap ikhlas dalam mendapat kuasa
  • Tidak boleh bersikap gila kuasa dan angkuh
  • Sentiasa membantu orang susah sekiranya berkuasa
  • Sekiranya dapat suatu kuasa, perlu integrasikan pengetahuan dan kekuatan, membantu orang susah dan meluaskan kebaikan. Sebagai contoh: Dzulkarnain membantu segolongan kaum yang kesusahan untuk membina tembok di antara dua gunung untuk menghalang Ya'juj dan Ma;juj membuat kerosakan.
  • Jangan sekutu Allah dan buat amal soleh.
(Rujukan al-kahfi, ayat 110)


Kesimpulan
Secara kesimpulannnya, bila baca surah al-kahfi, take notes on these survival kits yang dah disenaraikan:
  • Jangan terpengaruh dengan kesenangan dunia
  • Kawan yang saleh yang mengikut perintah Allah
  • Jangan mengikut dengan orang yang mengikut hawa nafsu
  • Sedar hakikat kehidupan
  • Sedar bahawa kekayaan dan populariti di dunia adalah sementara, hidup yang kekal adalah lebih penting
  • Syukur kepada Allah atas kurniaanNya
  • Perlu bersikap Humble dan tawadhuk atas pengetahuan yang diberikan
  • Perlu bersikap sabar dalam mencari ilmu pengetahuan
  • Terdapat banyak perkara tersirat di sebalik yang perkara yang tersurat, oleh itu perlu diselidik dan banyak ilmu pengetahuan yang kita tidak tahu hakikatnya
  • Perlu bersikap ikhlas dalam mendapat kuasa
  • Tidak boleh bersikap gila kuasa dan angkuh
  • Sentiasa membantu orang susah sekiranya berkuasa
  • Sekiranya dapat suatu kuasa, perlu integrasikan pengetahuan dan kekuatan, membantu orang susah dan meluaskan kebaikan. Sebagai contoh: Dzulkarnain membantu segolongan kaum yang kesusahan untuk membina tembok di antara dua gunung untuk menghalang Ya'juj dan Ma;juj membuat kerosakan.
  • Jangan sekutu Allah dan buat amal soleh.

Boleh terima analisis ini?:):)Sekiranya ada tambahan dan pendapat boleh dikemukakan...

Kerja Separuh Hari..

Salam..

Bagi wanita2 yg berkerjaya, impian untuk kerja separuh hari adalah satu impian keemasan ..sekarang ni kerja dari pukul 8-5, peluang untuk bersama anak2 dan keluarga adalah sgt kurang..

Ade ke kerja separuh hari untuk wanita? yang pasti ramai yg kate tidak effektif...ye la...4 jam apelah yg dapat dibuat sgt..
tapi sekiranye setiap hari datang, 4 jam dah tahu ape yg nak dibuat dan berkesan, pasti tak de masalah ..

Ermmm...any ideas ape kerja separuh hari yang boleh diceburi?


Friday, April 4, 2014

i am elsa....Frozen



Basically...i am elsa....i can relate myself with elsa character..hahaha..

lagu Let it Go nie...exactly explains how i feel dan secara tepatnya saya sangat2 memahami perasaan Elsa...dan semua words lines lagu let it go ni ....sgt2 deep dan epic.....dan masa tengok movie ni..especially let it go moments....tergenang air mata dan sgt2 terharu

its the world....sighh...

let is go moments ni...i repeat byk2 kali pun tak jemu...hehe

i prefer elsa character rather than anna character....tapi dalam frozen....penonjolan watak anna lebih byk daripada watak elsa....sedangkan watak elsa adalah watak yg lebih digemari  n people wonder bagaimana watak elsa akan berkembang dlm cite frozen nie?

Bile frozen 2 akan keluar?( haha..in the first place ade ke frozen 2?)  :D:D