Sebenarnya hidup di dunia ni senang ikut Quran....seriosly......senang sebenarnya
Quran dah cakap dah....tujuan Allah jadikan untuk kita hidup ni untuk beribadat padanya sahaja...itu aje..
Yang jadikan hidup kita susah adalah Syaitan dan Dajjal
Kedua-dua makhluk perosak ni yang ciptakan sistem2 yang menyusahkan yang menyebabkan hidup kita sebagai manusia jadi susah..
Syaitan dan Dajjal ni dah sediakan sistem:
a- Sistem bank yang paksa kita pinjam menggunakan RIBA---yess...RIBAA yang menjadikan hidup kita susah
b- Kita dah jadi money slaves
c- Celik mata, keje...sampai petang....mlm tido....celik mata lagi keje sampai malam tido...untuk ape?
untuk dapat duit...duit untuk ape..duit nak makan, nak bayar rumah, kereta...nak hidup
d- Keje untuk ape?untuk membangunkan negara...untuk ape membangunkan negara?...supaya jadi negara jadi maju spy semua manusia di seluruh dunia pandang....untuk ape pandang?huh......untuk ape kite nak dunia pandang kite?Sebenarnye dunia mempermainkan kite......(does anybody sedar x pasal ni ) Biarlah Allah yang pandang kita...tu yang penting
e- Tipikal kehidupan kite mcm ni......Kite ni keje, keje, keje........sampai umur 58 thn..pastu pencen, umor 58-70thn tu lah konon kite kate nak tumpukan buat ibadat kat tikar sejadah......helllloooooo....15 thn je ade utk buat ibadah?..tu pun klu umur panjang......sempat ke 15 thn pahala nak cover 58thn yang kite leka utk kejar dunia dan duit?Masa tu badan dah x larat, sakit2.....macammane???? huhuhuhuhuhu...sgt tragis kehidupan umat islam di akhir zaman...
Peliknya.....tak ramai pemimpin dan orang perseorangan yang persoalkan perkara ni....x de sape pemimpin yang cube untuk membawa rakyat keluar dari sistem dajjal lahanat ni...akibatnye ramai yang streess, tekanan perasaan, masalah keluarga dan sebagainya.....
Ye lah...kononnye klu kite berusaha ikut sistem dajjal ni kite akan maju.......sape tanak maju kan...?klu tak ikut, .... kite dan negara kite akan di pandang rendah di dunia ni...
Persoalan nye....kenapa 3/4 umur kite ditumpukan kepada untuk maju dan mulia di dunia....what about maju dan mulia di akhirat? sebab hidup maju di akhiratlah lebih penting sebab kat sane yang lebih kekal dan abadi...
Sesungguhnye betullah kata nabi dulu....kite di sini sudah pun terikat dengan dajjal di akhir zaman
Moga Allah lindungi kita daripada dugaan dan fitnah dajjal ini..aaammiiinn
just my two cents.....
Perkongsian Pengetahuan dan Pengalaman....moga bermanfaat di alam semesta ini...
Wednesday, March 26, 2014
Tuesday, March 25, 2014
Peristiwa Dunia dan Hakikat Kematian
Kejadian MH370 dan Hukuman Mati Ikhwanul Muslimin
Kedua-dua kejadian dan kesedihan ini berlaku serentak.
Suasana pilu menyelubungi umat Islam Malaysia dan seluruh dunia ketika ini.
Kedua-dua perkara ini mempunyai satu perkaitan yang sama, iaitu MATI
Daku rase tersentak dengan pernyataan ketua Ikhwanul Muslimin yang berkata:
"Mereka 539 org penyokong Ikhwanul Muslimin sedang menempah tiket ke syurga, tidak perlu bersedih.
Tapi fikirkan diri anda bagaimana?"
Peristiwa MH 370, satu pernyataan dari seorang ahli ulama' semalam telah mengatakan mereka yang terlibat dlm kemalangan perkara ini adalah syahid akhirat. Sejauh mana kebenaran perkara ini wallahuaklam. Mungkin.
Dalam perjalaanan daku ke ofis pada hari ini, daku terfikirkan bahawa bagaimana sesetengan umat muslimin yang beriman itu tidak takut pada kematian. Bagaimana perkara ini boleh berlaku? Selama ini perkara ini menjadi satu misteri yang sukar dirungkaikan untuk memahami bagaimana mereka boleh mewujudkan pemikiran begitu terhadap diri mereka. Sedangkan aku, berfikir tentang kematian itu adalah satu perkara yang tidak tertanggung untuk aku fikirkan apatah lagi untuk menghadapinya.
W/bagaimanapun, pada pagi ini, dengan ilham Allah dan petunjuk daripada periistiwa hukuman mati kepada penyokong ikhwanul muslimin itu, aku dapat merasai semangat dan pemikiran jenis macammanakah yang dihadapi mereka.
Mati itu adalah sesuatu yang PASTI. Kematian itu sebenarnya anugerah/pemberian Allah kepada manusia. Perasaan tidak menyukai kematian adalah satu perasaan yang tidak menerima pemberian atau anugerah Allah kepada Manusia.Menurut orang Nasrani, kematian itu adalah dosa. Bagi Islam, kematian itu adalah keadilan Tuhan, belas kasihan Tuhan kepada hambaNya, disuruh pergi kedunia, dan kemudian dipanggil pulang. Mengapa ke dunia? Ialah untuk beramal dan beribadat, berjuang dalam hidup. Kalau orang bersungguh-sungguh memperbaiki hidupnya, inginlah dia hidup supaya sesudah hidup itu dia beroleh kematian dengan kematian itu ialah nikmat, yang kerananya harus kita mengucapkan kesucian bagi Tuhan.
Aku sentiasa memikirkan bahawa kematian itu adalah sakit yang paling hebat, lebih sakit dari segala macam penyakit. Mengikut satu pembacaan aku pada hari ini, mati itu bukan penyakit. Salah seorang berkata bahawa segala penyakit ada ubatnya, kecuali mati, sebab mati itu bukan penyakit.
Perasaan Takut mati adalah kerana orang tak tahu apa hakikat mati itu. Atau tidak tahu ke manakah dirinya dan jiwa raganya akan pergi, atau disangkanya bila badannya dan jiwanya telah bercerai dari tubuh hancur di dalam kubur, jiwanya pun turut rosak pula. Alam akan terus kekal, orang lain akan terus mengecap nikmat alam, sedang dia tidak ada lagi di sana, demikianlah sangkaan sesetengah manusia.
Oleh itu, bagi ikhwanul muslimin, sama ada hidup atau mati, kedua2nya adalah kemenangan. Kematian adalah satu cara untuk menemui Allah. Ini kerana mereka memperjuangkan Islam..Orang yang memperjuangkan Islam dan kewujudan Allah tidak akan rugi dan kematian mereka adalah tidak sia-sia.
Mungkin pada kita, mereka yang terlibat dalam peristiwa yang menggemparkan itu,telah terlibat satu peristiwa malang. Tapi, kita juga perlu fikirkan bahawa mati itu pasti. Oleh itu, bagi manusia yang percaya bahawa mati satu perkara yang pasti, peristiwa ini hanyalah satu ujian bagi kita yang masih hidup tentang bagaimana untuk kita menghadapinya, sejauh mana kepercayaan kita kepada Tuhan dan bagaimana kita dapat mengambil pengajaran daripada peristiwa ini.
Dengan peristiwa ini, semoga ia dapat memberi pengajaran kepada daku untuk merenung di sebalik peristiwa ini dan cuba untuk memahami apa yang cuba disampaikan oleh Tuhan kepada umat Islam. Semoga aku menjadi lebih tabah dan lebih memahami hakikat kehidupan ini. I have to go around this and rethink about these, not only about conspiration, but about how are we going to deal with this life
Alamak....ideas goes up and down.....ade idea saya tulis lagi.....

Subscribe to:
Posts (Atom)