Di hari-hari yg bosan ini..skali skala teringin nak cite pasal diri sendiri...a personal things about me..its not that i'm self obsessed..sometimes saya rase saya ni lain sket dari org lain...cume kdg2 bile kite lain people pun rase pelik kan..hahahaha.....
Perkara yang people x tau about me
1) saya ni once sgt lurus..sgt naif....dan sgt percaya dgn orang lain....bile percaya sgt kat org ni byk sgt bahayanya...dan i had been falling so many times...bcoz i was being so naive and terlalu percaya kebanyakkan manusia adalah baik dan boleh dpercayai(hahaha...)so kekadang tercerita dan terckp perkara2 yg x sepatutnya..dan x dsedari menyebabkan byk perkara -ve berlaku....but yeah...i'm different and more matured now....i am learning 2b the best of myself...
2) bile dlm satu grup...sy x suke ckp byk bile ramai2 nak berckp.....saya lebih suka dgr, perati dan analisa dan pike.....jd ade la yg x reti jaga mulut ckp saya ni suka diam la ape la......sukati la kan saya xnk ckp...saya cume ckp bende yg perlu je....bab2 mengarut malas sy nk ckp ...yeah....i know..i know.....zmn skrg ni klu diam dianggap lemah...what the heck man?!! diam lah sebenarnye ade byk kelebihan...ikut suka u la labu...
3) saya ni sangat suka dkt kucing...sayang sangat dkt kucing...bile sesuatu kucing tu dah xde atau kene langgar, saya nangis dan rasa kehilangan yg sgt besar....saya x kesah belanja byk kat kucing asalkn kucing tu sihat
4) saya sangat suka masak....bila saya masak dan bagi orang makan saya rasa kegembiraan yang amat sgt
5) saya suka tgk tv....suke tgk mcm2 citelah...cite omputih byk yg best2..hahahaha
6) saya ssgt suka tau ilmu baru...x kira la ape2 ilmu buat saya sangat terpesona dan kagum....and my reaction is like...'whoooaaaaaaaa'
7) saya juga sgt suka membace..yeah..i know, i know,i am a nerd....hahahaha...mcm2 buku sy baca...dan jgn terperanjat sy juga suka baca ilmiah....buku2 ilmiah ni saya baca macam baca buku novel
8) Saya x suke make up...sukati saya la kan saya xnak mekap..bkn ape, saya ni lagi cantik klu natural beauty...hahahahah (ye....sila muntah dan geli ye kengkawan)
9) saya ni ade mcm2 minat....saampai xtau nak buat yg mane
10) saya sgt suka tolong orang lain....(bukan angkat bakul ye)sometimes i doing it too hard.....sometimes i don't mind susahkan diri sendiri untuk bantu org lain sampai suami ckp...'ftn, x payah nak jadi people pleaser sgt..... ' kdg2 saya tolong orang sampai saya x sedar yg saya kene buli dan dimanipulasi oleh orang lain
11) Walaupun saya x suka mekap, saya adalah peminat minyak wangi dan losyen yg tegar....mcm2 minyak wangi dan losyen yg saya pakai dan kumpul...
12) dan lagi satu...saya sgt minat ilmu tasawwuff.......sufism.....it feels more peaceful and ur chest is like full of knowledge dan x kosong
13) dan, saya juga selalu nak buat semua org suke kat saya...sometimes i push myself too hard n i am doing so many things for some people to like me... but sometimes its not working....dan sampai satu tahap saya pikir..u just be urself...and strive 2b a better a better person....what matters the most is..u have to pleased Allah..ur creator....dalam dunia ni mmg ade byk haters...sebaik mcmmane pun u buat utk mereka, mereka ttp mencari kesalahan u...itulah lumrah alam..
14)hati saya ni cepat tersentuh ....sbg cth saya ni cepat kesian, cepat terharu, cepat sebak, cepat bergenang air mata dan ternangis kalau tgk org sakit, org susah, org ditimpa kesusahan, org bergaduh, iklan2 sedih, cite keperitan hidup org lain, kisah pengajaran dan sbgnya.....kadang2 klu org buat baik dgn saya yg agak xtra dr org lain, kekadang sy sgt terharu dan trnanges sb rase amat2dihargai...dan kebaikan org tu akan saya kenang smpi bile2...
15) saya suke bagi hadiah kat org....kadang2 xde occassion ape pun saya bg hadiah....sometimes...bile birthday saya...saya yg bagi hadiah kat org instead of org yg bagi hadiah kat saya...mmg kekdg tabiat camtu .kdg2 bg hadiah kat orang out of nowhere dan belanja org makan sesaja itu membuatkan saya hepi....kdg2 saya bg hadiah dkt org yg don't even kesah pun kat saya..pelik kan?mmg pelik...tp asalkn bende tu saya rase positif i just let it be..
Tu la serba sedikit ttg diri saya....maaf lah sekiranya antaranya ada yg membuat anda x suka.dan bahasa dlm artikel ni agak kureng sket....skrg ni tgh mood ntah hape2....i am just an ordinary human..
Perkongsian Pengetahuan dan Pengalaman....moga bermanfaat di alam semesta ini...
Friday, September 12, 2014
Thursday, September 11, 2014
Menemui Allah
Nak mendekati Pencipta kita? saya sendiri belum mengkaji 17 ayat ini.....mari kita sama2 kaji...dah dapat idea akan saya postkn disini..insyaAllah
Monday, September 8, 2014
Amal Soleh yang menyusul ke barzakh
Tujuh Amal Soleh Yang Menyusul Seorang Mukmin Semasa di Alam Barzakh
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dikasihi kerana Allah,
Sabda Rasulullah SAW maksudnya : “ Sesungguhnya amal soleh yang akan menyusul seorang mukmin setelah dia meninggal dunia kelak ialah ilmu yang dia ajarkan dan sebarkan, anak soleh yang ia tinggalkan, mushaf al-Quran yang dia wariskan, masjid yang dia bangunkan, rumah tempat singgah musafir yang dia dirikan, sungai (saliran) yang dia alirkan, dan sedekah yang dia keluarkan di kala sihat dan masih hidup. Semuanya ini akan menyusul ketika dia meninggal dunia kelak.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah dan Baihaqi)
Berdasarkan hadis di atas terdapat tujuh (7) perkara amalan yang dilakukan oleh seorang mukmin akan mendapat pahala yang berterusan mengalir kepadanya walaupun dia telah meninggal dunai . Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :
1. Ilmu yang dia ajarkan dan sebarkan.
2. Anak soleh yang ia tinggalkan.
3. Mashaf al-Quran yang dia wariskan.
4. Masjid yang dia bangunkan.
5. Rumah tempat singah musafir yang dia dirikan
6. Sungai (saliran) yang dia alirkan.
7. Sedekah yang dia keluarkan di kala sihat dan masih hidup.
Huraiannya :
1. Ilmu yang dia ajarkan dan sebarkan.
Ilmu yang bermanfaat ialah ilmu yang menunjukkan pemiliknya kepada sifat tawaduk, mengamalkan ilmu yang disampaikan, sentiasa bermujahadah, menjaga hati, menjaga anggota zahir dari melakukan maksiat, takut kepada Allah, berpaling daripada dunia dan penuntut dunia, menjauhi orang-orang yang mengasihi dunia, meninggalkan apa yang ada di dunia kepada ahli dunia, suka memberi nasihat kepada makhluk, baik perilaku terhadap makhluk, suka duduk bersama golongan ulama, memuliakan kekasih-kekasih Allah SWT dan menghadapkan diri kepada apa yang mereka utamakan.
Apabila kita sampaikan sesuatu ilmu kepada orang lain dan ilmu tersebut diamalkan dan disampaikan semula secara berterusan hingga ke hari kiamat, maka kita tetap akan mendapat ganjaran pahala yang berterusan. Begitu juga sebaliknya ilmu yang memudaratkan orang lain atau ilmu bermaksiat kepada Allah SWT, pengamal dan penyampainya akan mendapat dosa disisi Allah dan dosa yang berterusan sehingga hari kiamat jika di amalkan dan diikuti oleh seseorang. Oleh itu jauhilah diri kita daripada perbuatan dan amalan yang boleh menyesatkan diri kita sendiri dan menyesatkan orang lain.
Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Tiadalah suatu sedekah yang lebih besar yang disedekahkan manusia seperti penyebaran ilmu.” (Hadis Riwayat Tabarani)
Dalam hadis Nabi SAW maksudnya : “Dari ‘Imran bin Hashin r.a bahwa Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Akan ditimbang di hari kiamat nanti tinta para ulama akan ditimbang dengan darah syuhada, maka bobot tinta ulama lebih unggul mengalahkan darah syuhada”(Hadis Riwayat Al-Marhabi- Ad-Durrul Mantsur 6h332)
Nabi SAW bersabda yang bermaksud, " Sampaikan daripada aku walaupun satu ayat".
Setiap kalimah, pengajaran, ilmu, tazkirah, risalah, nasihat yang kita ambil daripada ayat-ayat al-Quran, hadis Nabi SAW dan kata-kata sahabat Nabi SAW, ulama yang muktabar dan wali Allah adalah merupakan ilmu-ilmu yang bermanfaat yang akan dapat menambahkan pahala dan amal soleh ketika kita hidup di dunia ini.
2. Anak soleh yang ia tinggalkan.
Dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda maksudnya : "Apabila mati seseorang manusia maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga punca : sedekah yang berkekalan , atau Ilmu yang dimanfaatkan oleh orang , anak yang soleh yang mendoakannya. " (Hadis Riwayat Muslim).
Anak yang soleh adalah seorang anak yang sentiasa berbakti kepada kedua ibu bapanya samaada semasa mereka masih hidup atau pun ketika mereka sudah meninggal dunia. Jika ibu bapanya masih hidup dia akan menghormati, menyayangi dan mematuhi perintah kedua ibu bapanya tanpa derhaka dan menyakiti hati mereka. Tidak terkeluar perkataan 'ah' atau memarahi ibu bapanya. Jika mereka sudah meninggal dunia sentiasa dia mendoakan kesejahteraan dan mohon keampunan daripada Allah SWT supaya mereka terselamat daripada azab kubur dan di ampunkan dosa-dosa mereka.
'Anak soleh yang ditinggalkan' ini menunjukkan bahawa doa itu bukanlah satu-satunya kebajikan yang boleh disampaikan oleh sianak kepada orang tuanya, malah kelahiran anak yang soleh dalam sebuah masyarakat itu sendiri merupakan satu sumber kabajikan yang besar kepada orang ramai yang akan sampai pahalanya kepada orang tuanya kerana dialah yang menjadi pemimpin Islam yang amanah, penyumbang hidayah dengan berdakwah kepada masyarakat, pembela agama, penyuruh kebaikan dan pencegah kajahatan dan kerana setiap anak yang soleh itu tidak akan lupa mendoakan orang tuanya yang meninggal kelak.
Dalam hadis yang lain terdapat kenyataan bahawa setiap amalan kebajikan yang dilakukan sianak dengan niat disampaikan pahalanya kepada orang tuanya akan disampaikan Allah SWT. Sekiranya kita mengharapkan doa anak-anak kita satu waktu nanti , sekarang apakah tugas kita sebagai anak kepada kedua ibubapa kita ?.
Sekarang adakah kita sudah menjadi anak yang soleh seperti yang dikehendaki?. Berapa banyak sedekah kita?,berapakah banyak kah ilmu yang kita ajarkan kepada orang lain? dan selalukah kita doakan untuk kedua orang tua kita?
Firman Allah SWT maksudnya :" Dan orang-orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka (di dalam syurga); dan Kami (dengan itu) tidak mengurangi sedikitpun dari pahala amal-amal mereka; tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya."(Surah al-Tur ayat 21)
Ayat di atas secara jelas menjelaskan kelebihan dua hala di dalam hubungan ibu bapa dan anak dan cucu mereka di akhirat kelak. Orang-orang yang beriman akan ditempatkan di dalam syurga bersama dengan ibu bapa serta anak dan cucu mereka sebagai salah satu bentuk nikmat dan hiburan kepada mereka.
Bahkan Allah akan mengangkat darjat ibu bapa yang soleh kerana doa anak-anak mereka, begitu juga meninggikan darjat anak dan cucu disebabkan amal soleh ibu bapa (Tafsir Ibn Kathir)). Menurut Imam al-Razi, ayat ini juga menjadi bukti bahawa kasih sayang ibu bapa yang beriman berterusan sehingga ke akhirat (Tafsir al-Razi).
Walaubagaimanapun nikmat ini hanya dikhususkan kepada ibu bapa dan anak dan cucu yang sama-sama beriman dan mati di dalam iman sahaja.
3. Mashaf al-Quran yang di wariskan.
Makshaf al-Quran yang ditinggalkan untuk kegunaan anak-anaknya dan cucu-cicitnya setelah dia meninggal dunia. Termasuk juga naskah al-Quran yang telah diwakafkan di masjid-masjid atau sekolah-sekolah agama. Termasuk juga meninggalkan kitab-kitab tafsir al-Quran, kitab-kitab hadis Nabi SAW, buku-buku agama yang merangkumi bidang akidah, fiqah, tasauf dan cabang-cabang ilmu Islam. Selagi kitab-kitab dan buku-buku agama tersebut dibaca dan di ambil manfaat oleh anak-anak dan cucu-cicitnya, para pelajar dan orang ramai maka dia akan mendapat pahala yang berterusan di alam barzakh.
Firman Allah SWT maksudnya : “Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah, Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya”(Surah al-’Alaq (96) ayat 1-5)
Al-Quran Surah al-’Alaq ayat 1-5 diatas menyatakan bahwa perintah Allah untuk membaca itu diulang, dua kali: “Bacalah, Bacalah” maksudnya membaca dan membaca, maka dapat kita dapati bahawa membaca dan membaca itu ialah belajar yang sungguh-sungguh dan lebih mendalam lagi ialah berusaha keras untuk memajukan ilmu pengetahuan agama.
Untuk membaca dan belajar perlu kepada al-Quran, kitab-kitab dan buku-buku agama maka manfaatnya sungguh banyak untuk kegunaan umat Islam.
Diriwayatkan hadis daripada Othman bin Affan r.a. berkata: "Telah bersabda Rasulallah SAW : ‘Sebaik-baik atau yang paling afdhal (atau yang paling utama) (adalah) bagi barangsiapa yang belajar dan mengajarkan al-Quran."(Hadis Riwayat Ibnu Majah dan Termidzi)
4. Masjid yang dia bangunkan.
Di antara sabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam mengenai keutamaan dan kelebihan membina masjid ialah:
مَنْ بَنَى لله مَسْجِدًا بَنَى اللهُ لُه فى الجنة مثلَهُ
(رواه مسلم)
Maksudnya: “Sesiapa yang membina masjid kerana Allah nescaya Allah akan membina baginya di dalam syurga (binaan) seumpamanya.”
(Hadis riwayat Muslim)
Masjid yang dibina itu tidaklah mengira sama ada besar atau kecil semuanya akan mendapat ganjaran daripada Allah Subhanahu Wa Ta’ala sepertimana hadis yang diriwayatkan daripada Anas r.a bahawa Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:
من بنى لله مسجدا صغِيرًا كَانَ أم كبيرًا بَنَى الله لَهُ بيتًا فِى الجَنّةِ
(رواه الترمذى)
Maksudnya: “Bahawasanya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda maksudnya : “Sesiapa yang membina masjid sama ada kecil atau besar nescaya Allah ‘Azza wa Jalla akan membangunkan baginya sebuah rumah di dalam syurga.”
(Hadis riwayat At-Tirmidzi)
Selagi umat Islam menggunakan masjid tersebut pahalanya akan mengalir terus kepada mukmin tersebut yang telah memberi sumbangan samaada dia masih hidup atau pun telah meninggal dunia.
5. Rumah tempat singgah musafir yang dia dirikan.
Wakaf adalah suatu perkara yang mendapat tempat yang istimewa di sisi Allah. Seseorang muslim digalakkan untuk melaksanakan wakaf buat manfaat orang lain, dengan memenuhi keperluan mereka yang memerlukan semata-mata kerana mencari keredhaan Allah. Wakaf juga merupakan salah satu amal soleh yang utama yang akan berguna kepada para pewakaf setelah mereka meninggal dunia.
Membina rumah tempat singgah musafir sebagai wakaf untuk kegunaan umat Islam adalah satu jalan yang boleh mendatangkan pahala yang berterusan. Dalam realiti kita sekarang ini hampir tidak ada lagi rumah musafir yang diberi penginapan percuma kepada umat Islam yang bermusafir kerana dimana-mana sahaja kita akan berjumpa hotel, rumah tumpangan atau resort yang dikenakan bayaran menyewa bilik.
Oleh itu jika ada dikalangan umat Islam yang berkemampuan untuk mewakafkan rumah penginapan musafir secara percuma (hanya dikenakan dengan bayaran yang minima untuk bayaran api, air, pengurusan dan penyelenggaran) maka usaha-usaha murni ini akan mendapat ganjaran yang besar disisi Allah SWT.
Takrifan asal wakaf ialah sesuatu itu ‘dibekukan’ manakala hasilnya diinfakkan di jalan Allah. Dalam sebuah hadis, Ibnu Umar r.a. telah berkata:
“Umar bin al-Khattab r.a. telah diberikan bahagian dalam bentuk sebidang tanah di Khaibar. Beliau pergi berjumpa Rasulullah SAW. dan bertanya kepada baginda tentang apa yang sepatutnya dilakukan dengan tanah tersebut. Kata Umar: ‘Wahai Rasulullah! Aku telah diberikaan sebidang tanah di Khaibar sedangkan aku belum pernah menerima harta yang lebih berharga daripada itu. Apakah yang engkau perintah aku lakukan?’ Baginda bersabda: ‘Sekiranya kamu mahu, kamu boleh bekukannya dan memberi dalam bentuk sedekah.’ Lalu Umar r.a. telah menjadikannya sebagai sedekah dan menetapkan bahawa ia tidak boleh dijual atau diwarisi. Beliau juga memberikan sedekah kepada fakir miskin, kaum kerabat dan hamba kerana Allah. Begitu juga kepada para musafir dan tetamu. Katanya lagi: ‘Tidak dikira berdosa seseorang yang diamanahkan menjaganya kemudian memakan hasilnya secara berpatutan atau memberi makan kepada orang lain tanpa menyimpan apa-apa untuk masa akan datang.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
6. Sungai (saliran) yang dia alirkan.
Membina saluran air yang di ambil daripada sungai yang mengalir untuk kegunaan orang ramai samaada untuk minum atau pertanian adalah satu usaha yang mulia di sisi Allah SWT. Selagai manusia dan binatang boleh mendapat manfaat daripada air sungai ini maka usaha-usaha yang murni iniakan mendapat pahala yang besar di sisi Allah SWT.
Firman Allah SWT maksudnya : “Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebaikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran.” (Surah al-Maidah ayat 2)
Termasuk juga sumbangan kita untuk membina telaga-telaga baru untuk kegunaan manusia di kampung-kampung yang tidak ada lagi bekalan air paip atau sekolah-sekolah agama atau tahfiz yang tidak cukup bekalan air untuk kegunaan para pelajarnya.
Termasuk juga member sumbangan atau membiayai sepenuhnya untuk memasang paip-paip air dan tangki air untuk kegunaan masjid baru atau sekolah agama baru .

Pada hakikatnya sedekah bertujuan memastikan wujudnya keadaan hidup bantu-membantu dalam masyarakat. Selain mendekatkan diri kepada Allah, sedekah juga membuka peluang yang luas kepada orang mukmin untuk berlumba-lumba melakukan kebajikan dengan mewakafkan harta mereka di jalan Allah. Sesungguhnya Islam menggalakkan memberi sedekah dan sedekah jariah berupa harta wakaf bagi membesarkan pengertian ihsan dan at-takaful (saling membantu sesama orang Islam) bagi merealisasikan tujuan syariat yang menyarankan agar melakukan kebaikan dan tolong-menolong dalam perkara kebaikan dan takwa.
Sabda Nabi SAW maksudnya : “Sesiapa yang memberi makan kepada seorang mukmin sehingga dapat mengenyangkannya daripada lapar, nescaya Allah akan memasukkannya ke dalam sebuah pintu daripada pintu-pintu syurga, dan tiadalah yang dapat memasukinya melainkan orang sepertinya.” (Hadis Riwayat Tabarani)
Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah S.A.W. bersada yang maksudnya, "Siapa yang melapangkan satu kesusahan orang yang beriman daripada kesusahan-kesusahan dunia, Allah akan melapangkan orang itu satu kerumitan dari kerumitan akhirat. Dan siapa yang memudahkan orang yang susah, Allah akan memudahkannya didunia dan diakhirat. Siapa yang menutup keaiban orang Islam, Allah akan menutup keaibannya didunia dan diakhirat. Dan Allah sentiasa menolong hamba itu selagi hamba itu mahu menolong saudaranya." (Hadis Riwayat Muslim).
Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita amalkan tujuh (7) perkara amal soleh yang dinyatakan oleh hadis diatas yang akan menjadi bekalan dan pahalanya menyusul kepada kita walaupun kita telah meninggal dunia dan berada di alam barzakh.
Orang mukmin yang cerdik akan berusaha menyiapkan pelaburan jangka panjang untuk kebaikannya kerana ketika itu semua amalannya akan terputus melainkan tujuh perkara yang di usahakan semasa hidup di dunia. Harta yang tersimpan dirumah dan di bank belum tentu menjadi milik kita sebelum ianya digunakan dijalan Allah SWT dan sedekah jariah yang dilakukan semata-mata kerana Allah SWT.

Sumber-abubasyer blog
Thursday, August 28, 2014
Penciptaan Masa
Merenung Ciptaan Allah yang Maha Agung (Bahagian 3)- Iktibar Dari Penciptaan Masa
-Copy n Paste-
PENDAHULUAN
Surah Al Baqarah [2] : [255]
…..(Allah) yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya).
PENGENALAN
Pengurusan Masa – Hanya Empat Golongan yang Mampu Mengurusnya
Sebenarnya penulisan ini bukanlah cara-cara mengenai pengurusan masa, tetapi lebih kepada permulaan sebelum menguruskan masa. Banyak buku-buku, artikel, kursus dan sebagainya menerangkan cara-cara menguruskan masa, teknik-teknik, cara menjadual dan sebagainya. Tetapi mungkin ada yang terlupa asas, atau ciri-ciri seseorang yang mampu melakukan itu semua. Tidak semua orang yang mampu menguruskan masanya hanya dengan buku atau kursus.
Sebaliknya ia memerlukan pemahaman dan mempunyai ciri-ciri tertentu untuk melaksanakannya. Allah yang Maha Agung telah bersumpah bahawa demi masa, semua manusia dalam kerugian kecuali golongan yang dikehendaki-Nya. Maksudnya, tidak kira walau 1001 buku mahupun 1001 kursus kita belajar mengenai masa, belum tentu kita terselamat dari kerugian ini.
Surah Al-´Asr [103] : 1-3
[1]. Demi masa.
[2]. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,
[3]. KECUALI orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
Imam As-Syafi’I berkata : “Seandainya manusia benar-benar memahami surah ini, nescaya surah ini mencukupi bagi mereka.”
Seperti apa yang telah kita ketahui, masa itu adalah sangat-sangat penting buat manusia, kerana Allah yang Maha Agung telah berfirman sebegitu, Rasul-Nya juga telah berkata sebegitu.
PERBINCANGAN
Maksud masa
Persoalannya, sejauh mana kefahaman kita mengenai masa, sedangkan para saintis juga mempunyai pelbagai pendapat mengenai masa. Umum mengetahui tentang maksud masa, tetapi jika dilihat di dalam Al-Quran kita dapat mengetahui pelbagai lagi contoh mengenai masa, antaranya;
Masa terbahagi kepada lima.
1. Masa yang hanya diketahui oleh Allah yang Maha Agung (Pencipta Masa)
Surah Al-Baqarah [2] : 259
Atau apakah (kamu tidak memperhatikan) orang yang melalui suatu negeri yang (temboknya) telah roboh menutupi atapnya. Dia berkata: “Bagaimana Allah menghidupkan kembali negeri ini setelah hancur?” Maka Allah mematikan orang itu seratus tahun, kemudian menghidupkannya kembali. Allah bertanya: “Berapakah lamanya kamu tinggal di sini?” Ia menjawab: “Saya tinggal di sini sehari atau setengah hari.” Allah berfirman:
“Sebenarnya kamu telah tinggal di sini seratus tahun lamanya;… (Kisah Nabi Uzair a.s)
Surah Al-Ma´aarij [70] : 4
Malaikat-malaikat dan Jibril naik (menghadap) kepada Tuhan dalam sehari yang kadarnya lima puluh ribu tahun (berbanding hitungan dunia).
18. Al Kahfi [18] : 19 dan 25
[19]. Dan demikianlah Kami bangunkan mereka agar mereka saling bertanya di antara mereka sendiri. Berkatalah salah seorang di antara mereka: Sudah berapa lamakah kamu berada (disini?).” Mereka menjawab: “Kita berada (disini) sehari atau setengah hari.” Berkata (yang lain lagi): “Tuhan kamu lebih mengetahui berapa lamanya kamu berada (di sini)…….
[25]. Dan mereka tinggal dalam gua mereka tiga ratus tahun dan ditambah sembilan tahun (lagi). (Kisah Ashabul Kahfi)
Banyak lagi ayat-ayat Al-Quran yang menunjukkan akan kekuasaan Allah yang Maha Agung terhadap penciptaan dan kekuasaan-Nya pada masa.
2. Masa depan (Perkara akan datang, termasuk kejadian di akhirat)
Surah Al-Lahab [111] : 1 dan 3
[1]. Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya dia akan binasa.
[3]. Kelak dia akan masuk ke dalam api yang bergejolak.
Surah Al-An’aam [6] : 31
Sungguh telah rugilah orang-orang yang mendustakan pertemuan mereka dengan Tuhan; sehingga apabila kiamat datang kepada mereka dengan tiba-tiba, mereka berkata: “Alangkah besarnya penyesalan kami, terhadap kelalaian kami tentang kiamat itu!”, sambil mereka memikul dosa-dosa di atas punggungnya. Ingatlah, amat buruklah apa yang mereka pikul itu.
Surah Az-Zumar [39] : 73
Dan orang-orang yang bertakwa kepada Tuhan dibawa ke dalam syurga berombong-rombongan (pula). Sehingga apabila mereka sampai ke syurga itu sedang pintu-pintunya telah terbuka dan berkatalah kepada mereka penjaga-penjaganya: “Kesejahteraan (dilimpahkan) atasmu. Berbahagialah kamu! maka masukilah syurga ini, sedang kamu kekal di dalamnya.”
Menjelaskan perkara akan datang, seperti Abu Lahab yang pasti masuk neraka dan orang lalai juga ke neraka dan sebaliknya bagi orang yang bertakwa akan ke syurga.
3. Masa lampau (Zaman dahulu atau zaman silam ataupun sejarah)
Surah At-Taubah [9] : 70
Belumkah datang kepada mereka berita penting tentang orang-orang yang sebelum mereka, (yaitu) kaum Nuh, ‘Aad, Tsamud, kaum Ibrahim, penduduk Madyan dan negeri-negeri yang telah musnah? Telah datang kepada mereka rasul-rasul dengan membawa keterangan yang nyata, maka Allah tidaklah sekali-kali menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri.
Menerangkan mengenai kisah-kisah terdahulu bagaimana kaum yang ingkar yang telah diazab di dunia dan akan diazab lagi di akhirat kelak sebagai pengajaran kepada umat akan datang.
4. Masa dunia (Perkiraan tahun, waktu, dan sebagainya)
Surah At-Taubah [9] : 36
Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi,…..
Surah Al-Anbiyaa’ [21] : 33
Dan Dialah yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. Masing-masing dari keduanya itu beredar di dalam garis edarnya.
Begitulah ketetapan Allah yang Maha Agung yang menciptakan satu tahun bersamaan dua belas bulan dan hikmahnya; manusia diberi pengetahuan untuk mengukur masa.
5. Masa kini atau masa yang sedang dilalui oleh manusia (Zaman ini atau zaman umat Nabi Muhammad salallahu’alaihi wasallam (saw))
Surah Al-Baqarah [2] : 143
Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang adil dan pilihanagar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu….
Surah Ar-Ruum [30] : 41
Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).
Begitulah sedikit pengembaraan atau gambaran mengenai masa yang telah difirmankan oleh Allah yang Maha Agung dalam Al-Quran.
Berdasarkan ayat Al-Quran di atas, saya mendefinisikan;
‘Masa itu adalah ciptaan Allah yang Maha Agung secara mutlak. [1]. Masa itu mempunyai dimensinya sendiri dari tempoh atau ukuran tertentu hingga ke tempoh atau ukuran tertentu. [2]. Masa juga boleh berubah-ubah dimensi dan kelajuannya mengikut kehendak Allah yang Maha Agung. Walaupun begitu, [3]. manusia hanya diberi pengetahuan dan keupayaan dalam mengukur dan menguruskan masa mereka oleh Allah yang Maha Agung, [4]. tetapi sama sekali tidak diberi kawalan ke atas masa itu’.
Perumpamaannya; kita mampu menggunakan ‘remote control’ seperti ‘rewind-forward-skip’ ketika menonton filem, tetapi kita tidak mampu mengubah jalan ceritanya, segalanya sudah ditentukan.
Empat Golongan yang Mampu Menguruskan Masa

1. Iman (orang-orang yang beriman)
Umum telah mengetahui akan isi rukun iman dan tidak perlu dihuraikan di sini, tetapi perlu kita ketahui maksud iman itu adalah melafazkan kalimah tauhid dengan iktikad di dalam hati serta mengamalkannya kerana tahap keimanan seseorang boleh bertambah dan berkurangan.
Surah Al-Anfaal [8] : 2
Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya bertambahlah iman mereka(kerananya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakal.
(a). Selain itu, iman juga tidak boleh dicampuradukkan dengan sesuatu yang lain. Tidak boleh menyembah Allah yang Maha Agung disamping menyembah bomoh, duit, ubat-ubatan, orang-orang tertentu atau apa-apa sahaja yang boleh menyebabkan menyekutukan Allah yang Maha Agung.
Malah jika mengatakan ada perkataan yang lebih baik dari firman Allah yang Bijaksana itu juga adalah syirik, kerana menganggap ada sesuatu yang lebih besar, lebih tinggi autoriti dan lebih bijak dari Allah yang Maha Agung. Maha Suci Allah dari apa yang diperkatakan.
Surah Al-An’aam [6] : 82
Orang-orang yang beriman dan tidak mencampuradukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah yang mendapat keamanan dan mereka itu adalah orang-orang yang mendapat petunjuk.
(b). Orang-orang beriman tidak mempersoalkan dan yakin sepenuh hati apa yang diperintahkan oleh Allah yang Maha Agung melalui Rasul-Nya. Jadi, orang-orang beriman tidak membuang masa mencari kelebihan amal ibadah dan sebagainya. Contohnya, dengan sujud akan mendapat itu-ini dan dengan rukuk pula akan mendapat itu-ini.
Orang-orang yang beriman menuruti perintah Allah yang Maha Agung dengan sifat ta’abuddiyah, iaitu; tidak memerlukan penjelasan akal (rasional) untuk menuruti perintah Allah yang Maha Agung. Bukan menolak penggunaan akal, cuma prinsip pengagungan kepada Allah yang Maha Agung dengan pengagungan yang sebenar telah mula hilang dari hati manusia.
Surah Al-Baqarah [2] : 285
Rasul telah beriman kepada Al Quran yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, demikian pula orang-orang yang beriman. Semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya. (Mereka mengatakan): “Kami tidak membeza-bezakan antara seseorangpun (dengan yang lain) dari rasul-rasul-Nya”, dan mereka mengatakan: “Kami dengar dan kami taat.” (Mereka berdoa): “Ampunilah kami ya Tuhan kami dan kepada Engkaulah tempat kembali.”
(c). Prinsip ‘kami dengar dan kami taat’ sudah mula hilang di hati orang-orang yang mengaku beriman kemudian digantikan, ‘kami dengar, tapi kami fikir dahulu apa rasionalnya”, seperti “apakah kelebihan itu dan apakah kelebihan ini?” Atau “apakah rasionalitinya solat, tentu ada penjelasan sains mengenainya.”
Ini adalah contoh manusia zaman ini, mereka mula mempersoalkan perintah Allah yang Maha Agung dan sibuk dengan fadhilat sehingga melupakan syarat sahnya sesuatu ibadat, iaitu sahnya beribadah adalah mengikhlaskan niat semata-mata kerana Allah yang Maha Tinggi dalam mentaati perintah-Nya dan menepati pula apa yang diajarkan oleh Rasulullah saw.
Orang-orang yang menyalahgunakan akalnya adalah lebih cenderung gagal dalam pengurusan masa di dunia dan akhirat, manakala orang yang sebaliknya, insyaAllah yang Maha Agung.
2. Amal Soleh (mengerjakan amal soleh)
Surah An-Nahl [16] : 97
Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh, baik laki-laki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baikdan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.
(a). Sangat jelas ayat di atas, Allah yang Maha Agung berjanji kepada orang yang beramal soleh akan diberi kehidupan kehidupan di dunia dan balasan baik di akhirat. Tetapi, apakah yang dimaksudkan dengan amal soleh itu? Apakah yang dikatakan amal soleh? Mengikut tafsir Ibnu Katsir, amal soleh adalah mengikuti Al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw.
Antara contoh yang berupa amal soleh di dalam Al-Quran dan Hadis adalah menuntut ilmu, solat, puasa, menepati waktu solat (tidak menangguhkan) atau secara umumnya tidak membuang masa dengan melakukan pekerjaan yang sia-sia.
(b). Termasuk juga amal soleh adalah ihsan, padahal mempelajari bab ihsan adalah wajib sebagaimana sebuah hadis sahih yang panjang;
Dari Abu Hurairah r.a : Rasululullah saw bersabda, ……(diringkaskan sebelum itu dimana Malaikat Jibril a.s datang bertanya tentang rukun Iman dan rukun Islam) “(Tanya Jibril), ‘Ya, Rasulullah. Apakah yang dikatakan ihsan?’ Jawab Rasulullah saw, “Hendaklah engkau takut kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya. Sekalipun engkau engkau tidak melihat-Nya, sesungguhnya Dia melihatmu…. ” (Diringkaskan, selepas itu ditanya pula mengenai tanda-tanda kiamat). [Sahih Muslim, Hadis Nombor 0003]
Ini bermakna mempelajari ihsan sangat penting kerana ia dikaitkan dengan rukun iman, rukun Islam dan tanda-tanda hari kiamat (sila rujuk keseluruhan hadis). Maksud ihsan adalah perbuatan kita sentiasa dilihat oleh Allah yang Maha Agung. Apa sahaja yang kita lakukan perlu difikir dahulu dan barulah dikatakan mempunyai akhlak yang baik. Contohnya akhlak ketika solat, ketika selisih faham, ketika bertemu kawan-kawan dan sebagainya,kemudian hendaklah kita tetapkan dalam hati sesungguhnya Allah yang Maha Agung melihat apa yang kita kerjakan pada setiap saat dan ketika.
Di Malaysia umumnya pendedahan kepada bab akhlak adalah sangat kurang dan dianggap tidak penting. Kita boleh lihat dari segi subjek matapelajaran dari peringkat rendah hingga ke universiti, amat kurang pendidikan akhlak dan jika adapun, kepentingannya diambil sambil lewa. Dari segi pendidikan agama pula lebih banyak persoalan fiqah, sehinggakan orang yang tidak memahami usul fiqah juga ingin membicarakannya. Itu salah satu contoh orang yang tidak mempelajari akhlak.
Tambahan : Para ahli sufi telah menggelar bab akhlak ini sebagai tasauf kadangkala ada pula yang menyalahi Al-Quran dan Sunnah (bukan semua), contohnya menganggap, seseorang ulama itu adalah sultan para wali atau wali teragung dan lain-lain. Namun jika wujudnya istilah wali agung ini, maka yang sepatutnya mendapat gelaran itu adalah Saidina Abu Bakar r.a dan kemudian para Khulafa ur rasyidin seterusnya. (Anda boleh rujuk Fiqh Tasawwuf [Syeikhul Islam Ibnu Taymiyyah])
(c). Tetapi bukan itu hendak dibincangkan. Saya lebih suka menggelar tasauf itu ihsan, kerana sesuai dengan hadis dari Rasulullah saw dan lebih mudah difahami, kerana Allah yang Maha Agung telah berfirman dan begitu pula sabda Rasul-Nya ‘kebenaran itu sudah jelas dan kebatilan itu juga sudah jelas’, mengapa kita perlu mengaburi?
3. Nasihat mengikuti kebenaran (menasihati supaya mentaati kebenaran)
Surah Faathir [35] : 5 dan 24
[5]. Hai manusia, sesungguhnya janji Allah adalah benar, maka sekali-kali janganlah kehidupan dunia memperdayakan kamu dan sekali-kali janganlah syaitan yang pandai menipu, memperdayakan kamu tentang Allah.
[24]. Sesungguhnya Kami mengutus kamu dengan membawa kebenaran (agama tauhid dan hukum-hukumnya) sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan. Dan tidak ada suatu umatpun melainkan telah ada padanya seorang pemberi peringatan.
(a). Orang yang menasihati agar mengikut pada kebenaran adalah orang yang membimbing manusia mentauhidkan Allah yang Maha agung dan beramal menurut Al-Quran. Sesuai dengan nasihat dari Luqman;.
Surah Luqman [31] : 13
Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: “Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar.”
(b). Selain itu menasihati kebenaran juga adalah berdakwah kepada mengerjakan kebajikan dan menjauhi dosa. Apakah kebajikan dan dosa?
Dari Nawwas bin Sam’an Al-Anshari r.a : Aku pernah bertanya kepada kepada Rasulullah saw tentang erti kebajikan dan dosa. Sabda Nabi saw, “Kebajikan itu ialah budi pekerti yang indah. Sedangkan dosa ialah perbuatan atau tindakan yang menyesakkan dada, padahal engkau sendiri segan perbuatanmu itu akan diketahui orang lain.” (Sahih Muslim, Hadis Nombor 2183)
Jika diperincikan lagi, budi bermaksud akal atau kebijaksanaan manakala pekerti adalah perangai atau kelakuan. Jadi bolehlah diungkapkan kebajikan adalah perangai dan kelakuan yang dipamerkan dengan kebijaksanaan akalnya.
(c). Maksudnya berdakwah kepada orang dengan bijaksana serta mengajak orang lain mempamerkan tingkah laku atau akhlak yang baik. Tidak ada cara lain yang lebih unggul melainkan dimulakan oleh diri sendiri, iaitu kita sendiri harus mempunyai tingkah laku yang baik dan kemudian akan menjadi ikutan orang lain.
4. Nasihat tetap pada kesabaran (nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran)
Surah Al-Balad [90] : 17- 19
[17]. Dan dia termasuk orang-orang yang beriman dan saling berpesan untuk bersabar dan saling berpesan untuk berkasih sayang.
[18]. Mereka (orang-orang yang beriman dan saling berpesan itu) adalah golongan kanan.
[19]. Dan orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Kami, mereka itu adalah golongan kiri.
[20]. Mereka berada dalam neraka yang ditutup rapat.
(a). Golongan yang keempat dan yang terakhir adalah orang yang berpesan supaya tetap kepada kesabaran. Mereka adalah golongan yang berpesan supaya bersabar dalam menghadapi kesusahan atau musibah yang melanda, iaitu redha akan takdir Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang samada baik atau buruknya.
(b). Dalam menasihati kesabaran, orang yang berpesan juga harus ada sifat sabar dalam dirinya, seperti sabar dalam mentaati perintah Allah yang Maha Agung, sabar menghadapi kerenah orang yang didakwahkan, sabar dalam menuntut ilmu dan sebagainya.
(c). Sabar dalam melakukan perbuatan keji dan mungkar (dosa), iaitu tidak melakukan perkara yang menyakiti orang lain dan tidak pula berbuat maksiat jika bersendirian, apalagi di hadapan orang lain.
Surah Ar-Ra’d [13] : 22
Dan orang-orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan shalat, dan menafkahkan sebagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan; orang-orang itulah yang mendapat tempat kesudahan (yang baik)…
PENUTUP
Jadi bolehlah dikatakan bahawa orang yang dapat mengurus masanya dengan baik di dunia dan akhirat secara umumnya, adalah;
[1]. Orang yang beriman dengan sebenar-benarnya, iaitu bukan munafik, syirik dan kafir.
[2]. Orang yang beramal soleh serta berakhlak mulia.
[3]. Orang yang menasihati dengan kebenaran dan memberi contoh tauladan yang baik melalui dirinya.
[4]. Orang yang bersabar dan menasihati orang lain supaya bersabar dan tidak putus asa dalam mencari keredhaan Allah yang Maha Agung.
Namun perlu diingat sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, berdasarkan firman-Nya;
Surah Al-Baqarah [2] : 286
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya…..
Apa yang penting adalah kita jangan berhenti dalam berusaha untuk mendapat keredhaan Allah yang Maha Agung dan berusaha untuk merealisasikan diri menjadi umat pilihan dan yang terbaik (umat Nabi Muhammad saw); sesuai dengan firman Allah yang Maha Agung,
Surah Ali ‘Imran [3] : 110
Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.
Rujukan :
Al-Quran terjemahan, Tafsir Ibnu Katsir, Tafsir Al-Munir
Kitab Hadis-Hadis sahih
Rasul dan Risalah [Dr. Umar Sulaiman Al-Asykar]
Fiqh Tasawwuf [Syeikhul Islam Ibnu Taymiyyah]
Rahsia Di Sebalik Sumpah Allah [Ibnu Qayyim Al-Jauziyah]
Metodologi Dakwah [Prof. Dr. Ab. Aziz bin Mohd. Zin]
Ajaran Sesat – Sejarah Kemunculan dan Ciri-Cirinya [Siti Norbaya bt. Abd. Kadir]
Ensiklopedia Fizik
Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (Edisi Keempat)

Monday, August 25, 2014
The moment dan keajaiban
At first, i refuse to write about these, but, the memories keep fading away thru times...
But, this is one of important moment of my life ..so i hv to jot it down
Remembering back my operation ...my hard times ..
i went thru an operation for about 2-3 hours
I won't forget the moments..
ye..saya takkan lupe...
saat2 mengetahui saya kene operation
how my life is going while i'm knowing that saya kene buat operation
saat2 sebelum operation..ape yg dilalui
saat2 jumpe doktor, saat2 pi scanning
saat2 masuk ke wad hospital
saat2 ke bilik operation
after operation
n i won't forget the doctor....a very kind doctor..doctor yang sangat kuat
it feels like...its between life and death
di saat itu saya mengenali..erti hidup...erti mati...erti kesakitan..erti tawakal...erti dunia..
macam2 lagi.
Bile diingat2kan balik...rasa sangat grateful melalui semua pengalaman itu dan saya tidak pernah menyesal saya terpaksa mengalami pengalaman itu
malah saya bersyukur kerana saya adalah dipilih oleh Tuhan utk mengalami pengalaman itu
pengalaman itu..pengalaman yang berharga...berharga sangat2..syukur
Adakalanya saya hampir lupe saat-saat itu...saat2 susah..saat2 antara hidup dan mati.
kesusahan itu mengajar beribu-ribu pengajaran...
Perkara yang saya sangat kagum seribu dan berjuta kali kagum...x dpt nak express dgn kate2, setiap kali ingat mesti saya rasa kagum...hahahaha...kelakar kan
1) Keajaiban ubat bius- ubat bius ni haunted me siang dan malam...i read a lot about it...the more i know, lg takut rasenye....kekadang rasenye lebih baik x tau...(sebelum kene bius la kan) tp alhamdulillah i can make it...my operation wents very well...rase sangat kagum sebab ubat bius tu sangat precise, sgt strong...sape yg cipta? saya rase ibn sina, x sempat nak really read about it...but i am too impress with this particular medicine, banyak sangat jasanya pada dunia perubatan manusia..alhamdulillah
2)Kekuatan doktor yg merawat saya- the particular doktor yang bekerja kuat,siang malam, workoholic...she is to me very strong and very kind, beautiful and inteligent..rahmat Allah dengan kehadiran dia

Tuesday, August 19, 2014
Resepi cocoa
Chocolate Orange Smoothie
4 oranges, juiced
2 tsp raw cocoa powder
2 bananas, peeled
1 mango, peeled and pitted
Pour the orange juice and all the other ingredients into the blender and blend. If you want you can add more juice or water to thin the smoothie.
Chocolate Coconut Smoothie
1 banana, peeled
2 pitted dates
1/2 coconut and all it’s water
2 tsp raw cocoa powder
1/2 lime, juiced
2 oranges, juiced
Add all the ingredients to the blender and blend until smooth. Either strain or drink it as is.
Chocolate Cherry Green Smoothie
1 cup cherries, pitted
1 banana, peeled
2 cups fresh baby spinach (or other leafy green)
2 tsp raw cocoa powder
About 1 cup of water
Add all the ingredients to the blender and blend until smooth.
Chocolate Peach Green Smoothie
1 peach, pitted
1 cup fresh pineapple, cubed
2 cups of raw baby spinach (or other greens)
1/2 cup frozen blueberries
2 tsp raw cocoa powder
About 1 cup of water
Start by adding the liquid to your blender followed by the soft fruit. Add the greens to your blender last. Blend on high for 30 seconds or until the smoothie is creamy.
Chocolate Mango with Goji Berries Smoothie
1 mango, peeled and cubed
2 tsp raw cocoa powder
1/3 cup dried goji berries
1 cup red grapes
2 cups (or large handfuls) of fresh baby spinach
1/2 cup frozen blueberries (or strawberries)

Thursday, July 24, 2014
Penindasan dan kezaliman
Penindasan dan kezaliman umat Islam terus berlaku dan berlaku. How does people expect us to celebrate Aidilfitri dalam kegembiraan sedangkan umat Islam di tindas dan dizalimi over n over again.
Inilah akibat umat Islam leka dan lemah...sedangkan sign of keganasan telah ditunjuk, tidak dikaji oleh pemimpin dan amik ringan....
Sedangkan bende ni dah ade sign dah dulu such as:
1) Blood moon prophecy by Israel people
2) Kedutaan Israel ditutup seluruh dunia
3) Nahas MH 370
4) Keganasan yang dilakukan sebelum ini
5) Pergerakan freemason dan illuminati dibiarkan begitu sahaja
Yess....semua2 ni ade, tapi x de sape berani siasat, tidak menuntut keadilan, buat x endah, takut dan lemah
Setakat cakap2 sahaja yg mampu, umat Islam kini sibuk menjaga diri sendiri..kerana diri sendiri pun susah nak jaga?sedih kan
Tapi nak buat mcmmane...apelah kuasa saya untuk menghalang semua itu, hanya doa dan sokongan moral sahajalah yang mampu...
In order nak menang dgn Israel, Islam kene kuat,contohilah pemimpin Salahuddin Al-Ayubi , adakah ciri2 SAlahuddin Al-Ayubi tu pemimpin kite ade? sekiranya kite mahu menang, keperibadian dan kekuatan hendaklah seperti Salahuddin Al-Ayubi...Tokoh Salahuddin Al-Ayubbi....saya merindui kewujudanmu

Subscribe to:
Posts (Atom)