Basically..inilah waktu solat yang kita tinggalkan apabila kita leka,...akan rongaklah solat 5 waktu kita...
Azam kita pada kali ini.....jgnlah sesekali meninggalkan solat Subuh dan Asar...(disamping 3 waktu yg lain) kerana itulah waktu2 malaikat bertukar syif bertemu Tuhan melaporkan amalan kita...dan disitulah kemungkinan segala nasib kita ditentukan oleh Allah...
Tidak
akan memasuki Neraka, mereka yang tidak meninggalkan solah Subuh dan
Asar. ” Berkata ‘Amarah bin Ruwaibah r.a saya telah mendengar Rasulullah
s.a.w. bersabda; Tidak akan memasuki Neraka siapa yang sembahyang
(fardhu) sebelum naik matahari dan sebelum ghurubnya (tenggelam
matahari)
Dua sembahyang yang dimaksudkan dalam hadith ini ialah sembahyang fardhu Subuh dan Asar)
“Sesiapa
yang melakukan dua solah yang sejuk secara berjemaah akan memasuki
syurga.”
Dua solah yang sejuk ialah solah subuh dan asar.
Dua malaikat yang ditugaskan menjaga sembahyang manusia bertukar “syif” mereka juga pada dua waktu sembahyang ini”
Rasulullah
SAW bersabda, maksudnya:
”Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.”
”Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.”
Kemudian
mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang
ditugaskan pada siang hari (hingga solah Asar) naik (ke langit)
sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu
Allah bertanya kepada mereka:” Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?”
Artikelnye...
Keutamaan Solat Subuh dan Solat 'Asar
Assalamualaikum,
Diantara solat yg sering diluputkan waktunya atau yg sering tertinggal kerana kesibukan manusia adalah dua, iaitu Solat Subuh dan Solat 'Asar.
Di dalam as-Sunnah, Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita bahawa para
malaikat yg mencatit amalan manusia seharian ada dua giliran, iaitu
ketika masuk waktu Subuh dan ketika masuk waktu 'Asar. Malaikat malam yg
mula bertugas waktu 'Asar kelmarin akan naik ke langit menyampaikan
lapuran kegiatan hamabNya ketika sampai waktu Subuh, dan ketika masuk
waktu Subuh itu juga malaikat yg bertugas siang akan mulakan tugas
mereka dan mereka akan naik ke langit menyanpaikan lapuran kepada Allah
(a.w) ketika masuk waktu 'Asar. Justeru itulah di dalam al-Quran
disebutkan bahawa Solat Subuh dan Solat 'Asar itu 'dipersaksikan'.
Kenapakah Solat Subuh dan Solat ‘Asar
itu mudah diabaikan atau tertinggal? Solat Subuh itu adalah pada waktu
pagi hari ketika manusia sedang tidur nyenyak, manakala solat Asar itu
pula adalah ketika manusia sebok dengan pelbagai dan anikaragam urusan
harian mereka. Tambahan pula waktu solat Subuh dan Asar itu begitu
pendek pula. Oleh yang demikian amat sukar bagi manusia mengerjakannya
melainkan sudah menjadi kelaziman atau perbuatan tabi’i seseorang itu
bahawa dia tetap dengan solat fardunya. Maka dengan itulah mengikut
sepotong hadith, Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita bahawa yang
membezakan antara orang Islam yang beriman dan yang munfaiq (yakni,
Islam secara berpura-pura) adalah perlakuan mereka terhadap kedua-dua
solat tersebut. Yang meninggalkan atau melambatkan kedua-dua solat
adalah seorang yang ada pada dirinya sifat munafiq. Di dalam hadith
berikut dijelaskan mengapa pentingnya kedua-dua solat tersebut:
1. Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Saling bertukar ganti (yakni, bertukar syif malaikat siang dan malaikat malam) dikalangan kamu sekelian para malaikat dengan malam dan dengan siang, dan berkumpul (kedua-dua kumpulan malaikat) di dalam Solat Fajar (Subuh) dan Solat ‘Asar. Kemudian keluar mereka bermalam di kalangan kamu, maka ditanya pada mereka (oleh Allah (a.w) dan Dia (Allah (a.w) adalah Zat yang Maha Mengetahui tentang mereka: ‘Bagaimana meninggalkan kamu akan hamba-hambaku?’ Maka berkata mereka: ‘Kami meninggalkan mereka dan mereka bersolat dan datang kami kepada mereka dan mereka bersolat.’ [Hadith an-Nasa’i]
Malaikat ditugaskan oleh Allah (a.w) meneliti perlakuan manusia setiap hari. Mereka bertugas mengikut dua ‘syif’ (giliran), iaitu syif siang dan syif malam. Malaikat syif malam turun ke dunia waktu ‘Asar dan naik ke langit waktu Subuh; manakala malaikat siang turun ke dunia waktu Subuh dan naik ke langit waktu ‘Asar. Pada kedua-dua waktu tersebut malaikat kedua-dua ‘syif’ berkumpul di dunia. Apabila naik ke langit mereka akan ditanya oleh Allah (a.w) (walaupun Allah (a.w) apa maha tahu apa yang berlaku) dan mereka melapurkan kepada Allah (a.w) sama ada manusia mengerjakan solat mereka atau tidak. Justeru itu, bagi mereka yang mengerjakan kedua-dua solat ibadah mereka diperhatikan atau disaksikan oleh dua kumpulan malaikat tersebut. Maka beruntunglah mereka kerana bukan sahaja dicatitkan telah bersolat tetapi dicatitkan oleh dua kumpulan malaikat pula. Oleh kerana malaikat itu sentiasalah mendoakan manusia yang mengabdikan diri mereka kepada Allah (a.w), maka banyaklah kefadhalannya mereka yang tidak meninggalkan kedua-dua solat tersebut. Itulah yang dimaksudkan oleh hadith di atas itu.
Maka demikian itulah disebutkan di dalam hadith menjelaskan apakah maksud firman Allah (a.w) dalam Ayat 77, Surah al-Isyra’, iaitu:
2. Diriwayatkan hadith oleh Abi Hurairah (r.a) bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Lebih utama kepada umat Islam solat berjemaah atas solat bersendirian kamu (yakni, solat secara bersendirian) dengan dua puluh lima (25) (gandaan) pahala. Dan, berkumpul para malaikat ‘syif’ malam dan ‘syif’ siang di dalam Solat Fajar (Subuh) dan membacalah jika kamu mahu (ayat-ayat al-Quran): ‘Wa-quranal fajri inna quaranal fajri kana masyhuda.' [Maksud: Dan kerjakanlah solat Fajar (yakni, solat Subuh) itu bahawasanya solat Fajar itu adalah dipersaksikan (oleh para malaikat)][Ayat 77, Surah al-Isyrak][Hadith an-Nasa’i]
Hadith di atas menyebut tentang pertukaran giliran kerja malaikat. Maka dengan itulah Allah (a.w) menyuruh manusia supaya manusia jangan leka dari bersolat solat Subuh dan solat ‘Asar, kerana semasa kedua-dua solat tersebut, dua kumpulan malaikat memerhatikan manusia yang mengerjakan solat-solat tersebut. Solat Subuh itu, sabda Rasulallah (s.a.w) disaksikan oleh dua kumpulan malaikat, iaitu malaikat yang bertugas siang dan malaikat yang bertugas malam. Bagi mereka yang beriman dan ingin pula meraih pahala sebanyak mungkin dengan amalan atau ibadah yang sedikit, wajarlah memberi tumpuan kepada mengerjakan kedua-dua solat tersebut untuk mendapat manfaat penyaksian tersebut. Dua golongan malaikat akan melapurkan kepada Allah (a.w), ketika ditanya, bahawa mereka mengerjakan solat Subuh dan solat Asar.
Di dalam sepotong hadith lain, kita diberitahu bahawa Allah (a.w) dengan diriringi oleh para malaikat, termasuk Jibrail (a.w), akan turun ke langit dunia mulai masuk waktu sepertiga malam setiap malam untuk memberi anugerah pahala, pengampunan dan perkenankan permintaan hamba-hambaNya yang berdoa dan meminta semasa mereka membuat solat-soat dan lain-lain amalan waktu malam. Maka banyaklah pahala bagi mereka yang inginkan pelbagai ganjaran pahala serta keampunan jika bangun sepertiga akhir malam membuat qiamul-lail. Ini berlaku setiap malam. Maka beruntunglah mereka yang dapat menyedikitkan tidur dan memperbanyakkan berjaga malam untuk membuat amalan tambahan.
[Nota: Maka dengan itulah di dalam sepotong hadith, Rasulallah s.a.w) memberitahu kita tentang nasihat ibu kepada Nabi Sulaiman (a.s) bahawa sesiapa yang membanyakkan tidur, maka mereka menyedikitkan pahala dan akan menjadi faqir (yakni, miskin) di akhirat kelak. Faqir kerana tidak membawa banyak pahala untuk timbangan pahalanya.]
Jazakallahu khairah
Sumber: Yayasan Ilmu blogspot
No comments:
Post a Comment