Showing posts with label Thinking. Show all posts
Showing posts with label Thinking. Show all posts

Tuesday, September 13, 2011

Pengajaran kisah nabi Yunus...

Assalamualaikum wbt.....

Baru selesai tgk dokumentari   Al-Quran, The New Dawn..........(dokumentari kegemaran i) kisah dan pengajaran episod pada hari ini berkenaan kisah nabi Yunus....antara nasihatnya pada episod kali ini adalah.......

"JGN BERPUTUS ASA....intipati pengajaran kisah nabi Yunus"

Ye....saya percaya semua orang tahu kisah Nabi Yunus....tak perlu lah saya nak cerita secara detail di sini...

Episod kali ini mengatakan bahawa didalam perut ikan tu.....nabi Yunus mengucapkan banyak zikir....namun antara zikir yang membantu diperkenankan oleh Tuhan dikeluarkan dr perut ikan adalah zikir.....:

Laa ilaaha ilaa Anta Subhaanaka inni kuntum mina’zhzhaalimin“.

Ertinya : Tiada Tuhan melainkan Engkau, Maha suci Engkau. Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menzalimi diri sendiri. ( al-Anbiyaa 87 )

 Disini jelas....mengatakan..... sifat berputus asa adalah sifat yang menzalimi diri sendiri . Jelaslah Tuhan hendak kita berusaha sehabis baik dalam apapun supaya tidak menzalimi diri sendiri.....

Jadi....disini.....marilah kita berazam untuk menghapuskan dan melenyapkan sifat putus asa dari kamus hidup kita kerana jelas Tuhan tidak suka dengan sifat ini......come on...azamkan pada hati kita....insyaAllah.....

Kite tgk lagi sekali secara detail doa tu.......:

Laa ilaaha ilaa Anta Subhaanaka inni kuntum mina’zhzhaalimin“.

Ertinya : Tiada Tuhan melainkan Engkau, Maha suci Engkau. Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menzalimi diri sendiri. 
( al-Anbiyaa 87 )

Dengar kata doa ni adalah mujarab untuk kita baca dikala kesulitan.....saya pun selalu baca....
.Disebalik pengajaran kisah nabi Yunus....mari kita selongkar khasiat dan sebab keajaiban doa Nabi Yunus hingga membantu beliau keluar dari perut ikan paus tuh....:

1- Doa ini dimulakan dengan kalimah tauhid...tiada Tuhan melainkan Engkau...dalam lain konteks, pada Allah shjlah kita mengadu....mengharap keampunan dan mengharap keselamatan

2- Kalimah kedua...Maha suci Allah....iaitu...Nabi Yunus menyucikan Allah atas apa yang menimpanya bukan satu bentuk penganiayaan oleh Allah ke atas diriNya. Kerana jelas....:
“Dan tiadalah Kami menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri.” [al-Nahl 16:118] 

3- Seterusnya Nabi Yunus tidak terus memohon ampun sebaliknya memilih cara yang lebih lembut dengan beradab dan  merendah diri , iaitu mengakui kesalahan dirinya sendiri. Allah menyatakan ini:

“Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan, maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.” [al-Shura 42:30] 


Ini antara sebab kemujaraban doa ini. Ia adalah ucapan memantapkan tauhid, mensucikan Allah, dan mengakui kesalahan diri sendiri  sebagai isyarat memohon ampun kepada Allah. 

Marilah kita amalkan doa ini disamping memerhatikan kebesaran disebalik ucapan-ucapan yang diajarkan oleh Al-Quran. 

Moga perkongsian kita pada kali ini memberi manfaat dan membantu menambahkan takwa kita kepada Allah setiap hari....

bak kata Ameer manaweer ruffedge...fitrah kita adalah mengenal Allah.....(dalam makna dia tu......sampai sekarang saya selalu terkenang petikan ayat yg dia sebut tu)..... marilah kita hari2 cuba mengenal Allah dengan lebih mendalam lagi...kerana itu adalah fitrah kita............

Wednesday, September 7, 2011

Mengapa kita diciptakan....?

Assalamualaikum wbt...

Suddenly this idea pops in my mind.....

Kita pastinya selalu tertanye....."mengapa aku diciptakan?"....jawapan mudah......."kerana untuk beribadat kepada Allah.."

Sejurus selepas itu..........Sesetengah daripada kita mungkin bertanya..."mengapa Allah mahu kita menyembahnya?" ......soalan yang membuatkan kita speechless.....kerana apa...kerana mungkin kita sendiri tidak benar-benar jelas jawapannya...

Some of people ever did say to me......"kan bagus kiranya aku jadi pokok..." atau.."kan bagus aku jadi burung"....saya terfikir...apakah maksud statement itu?apakah kita berdosa memikirkan begitu?adakah kita dianggap sebagai kita tidak mensyukuri rahmat Allah yang mencipta kita sebagai manusia apabila kita mengeluarkan pernyataan demikian..........

Mengapa Allah menciptakan kita?....Secara dasarnya kita tahu...Allah bersifat Maha Pencipta....Allah akan menciptakan apa2 yang dikehendakiNya..maka Allah pun menciptakan kita...

Firman Allah:
Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan Manusia melainkan untuk beribadah kepadaku”. 
[Adz Dzariyat [51] : 56].

Ya....betul....kita memang diciptakan untuk beribadat kepada Tuhan.....tapi tahukah u all bahawa ibadat itu adalah fitrah manusia....dalam erti kata lain.....fitrah manusia yang sebenarnya......?!! Anda mungkin fikir...ape pulak fitrah.....aku malas betul nak solat....puase....pendek kate...mmg tak lengkaplah ibadat  kite.....tahukah u all bahawa....bile u all tak buat ibadat betul2....u all tidak memenuhi fitrah u all sendiri....sebab tu hidup kita tak tenang dan banyak masalah...

Kenapa ibadat adalah fitrah manusia?sedangkan ramai manusia yang tak buat pun fitrah tu...?Ibadat....terutamanya solat  adalah satu hubungan curahan perasaan, harapan kepada Allah..kerana Allah lah rakan karib kita.....sebab Allah adalah pencipta kita....sebenarnya Allah tak perlukan ibadat kita....kita yang memerlukan ibadat kita kepada Allah....sebab ia adalah untuk kebaikan diri kita juga..

U all sendiri tahu dan pernah baca makna bacaan dalam solat? Makna bacaan dalam solat itu adalah permintaan pertolongan kita kepada Allah......dalam ibadat..kita minta tolong...dalam doa, kita merintih....mencurahkan perasaan dan harapan kita pada Allah....dan manusia fitrahnya memang memerlukan tempat untuk mencurahkan segala isi hati...mensandarkan harapan....dan mempunyai pelbagai permintaan.....jadi kat mana tempat terbaik yang memahami....jawapannya adalah Allah....bukannya mana-mana manusia lain yang paling memahami kita....hanya Allah!!

Dan satu lagi perkara yang paling menguntungkan kita iaitu............ALLAH SUKA DAN SAYANG PADA MANUSIA YANG BERIBADAT (DOA DAN MINTAK TOLONG) PADANYA!!!  Besar kan rahmat Allah......!Jangan lah u all harap pada mana2 manusia untuk dengar segala isi hati kita....kerana sebenarnya tiada siapa yang benar2 memahami...hanya Allah yang faham.....untung kan kita sebagai umat Islam..siap sayang lagi bila kita mintak tolong dengannya...klu manusia...sekiranya kita perlu pertolongan..ramai yaang lari dan tak suke...

Jadi jawapan kepada soalan ...."kenapa Allah mahu kita menyembahnya?" adalah.....

Kerana Allah mahu kita kembali kepada fitrah kita...Allah mahu kita beribadat dan bercakap denganNya...Allah mahu kita merasai nikmatnya iaitu Syurga dan pahala bila kita memohon pertolongannya.....SubhanAllah......besarkan rahmat Nya...sesungguhnya benarlah Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Jadi...kenapa kita kene seksa bila kita tak ikut perintah Allah? Jawapannya adalah kerana kita sendiri yang menzalimi diri sendiri kerana kita tidak mengikuti fitrah kita sendiri.....kita sendiri yang menzalimi diri kita sendiri...kerana mengikuti perintah Allah sebenarnya adalah fitrah kita....

I am so happy bila memikirkan perkara ini.....rasa gembira dan rasa lebih semangat untuk buat ibadah.....sebab apa....sebab gembira dan ternanti2 untuk memohon kepada Allah segala keinginan kita....kerana ia adalah fitrah kita.....fitrah bahawa manusia mempunyai banyak keinginan...tetapi tidak tahu mana yang betul....maka fitrah kita adalah memohon pada Allah (Pencipta kita) .."tunjukkan kami jalan yang lurus"(surah Al-Fatihah)....keinginan mana yang perlu kita ikuti dan jauhi...betul tak...

Jadi.....tajuk ini memang bertepatan dengan musim hari raya ini iaitu Hari Raya Aidilfitri....iaitu fitri atau fitrah...kembali kepada fitrah....

Jadi...sempena Hari Raya Aidilfitri ni........marilah kita kembali kepada fitrah  iaitu  asal sebenar kenapa kita dijadikan.....iaitu... sebenarnya fitrah kita adalah untuk beribadat kepada Allah...kerana kita yang perlukan ibadat kita itu.....sebab sebenarnya...

IBADAT ITU ADALAH FITRAH MANUSIA......cuma sebahagian kita masih tidak memahami...

Harap semuanya jelas........itulah idea dan ilham yang saya dapat pada petang atau malam yang indah ini untuk kita kongsikan bersama....

Monday, September 5, 2011

Pernahkah kita terfikir kenapa....?

 Sebuah artikel mengenai permasalahan Islam masa kini.....sangat sesuai dibaca untuk direnung-renungkan dan berazam disamping kita hendaklah berdoa moga satu pemerintahan Islam dapat diwujudkan dan semua umat Islam bersatu tanpa mengira fahaman politik masing-masing.......
SOALAN:

    1. Mengapa Amerika begitu berjaya?
    2. Mengapa Israel begitu berjaya?
    3. Mengapa England begitu berjaya?
    4. Mengapa mereka begitu maju?
    5. Apa yang mereka ada dan kita tidak?
    6. Apa yang mereka dan kita berdua tahu?
    8. Kemudian mengapa kita gagal setakat ini begitu teruk?
    9. Bagaimana kita boleh counter kuasa jahat dan akhirnya menang untuk menubuhkan deen-ul-islaam? 



JAWAPAN (s): 


Assalamu'alaykum warahmathullaahi wabarakaathuhu 
Mari saya berikan jawapan yang  ringkas ini. Saya akan cuba untuk meringkaskan yang mungkin kerana pada hakikatnya, jawapannya akan menjadi agak panjang.

Perenggan pertama, kedua dan ketiga membawa jawapan kepada soalan-soalan dari 1-5.

Pertama, mereka mempunyai kekayaan, dan di dunia ini yang berdasarkan kekayaan kebendaan yang begitu banyak. Saya juga harus menunjukkan bahawa dengan kekayaan bukan sahaja bermakna kekayaan kewangan, tetapi juga bermaksud kekayaan intelektual, penduduk, geografi dan banyak lagi ... Mereka mengawal "semua" seperti yang mereka lakukan terutamanya kerana kekayaan yang ada pada mereka dan mereka membelanjakannya dengan cara yang mutlak. Satu contoh mudah ialah serangan 9 / 11 di Pusat Dagangan Dunia, yang telah pra-dirancang sejak ia dibina!, Dan mereka mampu untuk melaksanakannya dan menyalahkan sesetengah yang tidak bersalah (saya menganggap Osman bin sarat sebagai tidak bersalah sehingga terbukti bersalah di mahkamah undang-undang yang betul dan saksama) orang. Dengan kekayaan ini, mereka juga mengawal media massa yang seterusnya "hypnotize" rakyat biasa di dunia ini untuk mempercayai apa-apa jua yang mereka tunjukkan dan memberitahu. Jika anda menganalisis siaran berita dan program lain dan hiburan, dan lain-lain .. Semua ini dibuat dalam apa-apa cara untuk mengawal  rakyat biasa, kes hipnosis massa dan mereka telah berjaya.

Kedua, mereka menggunakan apa sahaja sumber yang ada pada mereka dan mereka amat bijak membuat penyelidikan ke atas sumber-sumber . Mereka adalah para penyelidik terbaik Al-Quran yang suci dan  mana-mana kitab-kitab lain.  
Kemajuan saintifik dan perubatan mereka boleh dikatakan kebanyakannya disebabkan oleh penyelidikan yang mereka lakukan ke atas kitab-kitab "sahih" yang telah lalu. T

Ketiga, mereka bersatu. Mereka bercakap dengan satu suara. Mereka meluahkan satu keinginan. Mereka mempunyai visi yang bersatu padu. Mereka bekerja bersama-sama. Mereka tahu dengan bersatu bersama-sama mereka akan kukuh. Ini adalah sebab yang sama kenapa mereka mencipta peperangan yang begitu banyak untuk memecah belahkan orang lain dan terutama umat Islam. Malah kini mereka menduduki tanah Islam untuk menggunakan sumber-sumber (Satu contoh yang baik adalah darah untuk mengambil Minyak) dan juga memecah belahkan itu umat Islam di tanahair mereka sendiri. Mereka menyemai benih perpecahan (Mereka mengamalkan dasar pecah dan perintah) dan meraih tuaian untuk faedah dan matlamat muktamad masing-masing. 


Jadi apa yang kita ada bahawa mereka tidak?!  jawapan yang mudah: kita diberkati dengan Al-Quran & Sunnah, ulamaa kita mempunyai keupayaan dan tahu bagaimana untuk mengeluarkan semua pengetahuan dari dalamnya dengan bantuan Allah swt. Dan kita juga mempunyai sokongan dan bantuan Allah swt. 


Apa yang kita semua tahu Satu lagi jawapan yang sangat mudah: kita semua (mereka juga tahu ini sangat baik dan mungkin lebih daripada apa yang kami lakukan) tahu bahawa Mukminin akan pergi ke syurga dan mushrikeen akan pergi ke neraka. Tetapi mereka terlalu angkuh dan gelisah bahawa mereka tidak mahu dan tidak akan mengikuti atau menerima Islam walaupun mereka tahu bahawa ini adalah wahyu yang benar dari pencipta yang maha esa. Sebaliknya mereka cuba melawan Allah swt!

Tetapi ia seolah-olah mereka memenangi perjuangan dan kita telah dan masih gagal kerana beberapa sebab. 


A. Allah swt sedang menguji kita dan keazaman kita

B. Allah swt menguji mereka dan ketamakan mereka

C. Kita tidak bersatu

D. Kita telah kehilangan cara kita, cara-cara yang ditunjukkan dalam Al-Quran yang suci dan oleh nabi muhammad saw dan para sahabat,

E. Dalam nama "kompromi" dan "hidup biarlah hidup" dan "tidak mencederakan orang lain" kita telah menyakiti cara iman kita terlalu banyak

F. pendapatan kita telah bercampur dengan haram dan ribaa. Berapa ramai daripada kita memikirkan perkara ini serius! Kita hanya berfikir tentang membuat wang dan bukan bagaimana kita membuat wang itu!

G. makanan kita telah dicemari dengan haram. Berapa ramai daripada kita makan di tempat yang juga menghidangkan makanan yang haram dan alasan yang diberikan, kami hanya makan ikan! Bagaimana anda tahu jika semua bahan-bahan yang digunakan dalam penyediaan ikan yang anda makan adalah halaal! Berapa ramai daripada kita menyemak bahan-bahan coklat dan gula-gula lain dan apa-apa sahaja yang kita beli dari kedai! Ya, saya dapat mendengar sebahagian dari kamu berkata, orang ini adalah orang bodoh, jika kita melakukan cara dia kemudian kita tidak boleh makan apa-apa! Ha ha ha, adakah para nabi tidak  dapat hidup tanpa benda-benda yang kita ada hari ini! Bolehkah kita tidak hidup tanpa benda-benda yang haram? Asthaghfirullaahil aleem .... saudara dan saudari, sila berfikir tentang apa yang saya katakan dengan mendalam. Jangan marah. Saya fikir seperti apa yang anda sedang fikir.  Dan sekarang saya memikirkan cara saya berfikir sekarang dan "lebih awal"  saya fikir ia akan jadi begitu sukar tetapi bila saya berfikir kembali, saya percaya ia  begitu begitu mudah dengan bantuan Allah swt pada saya setiap masa. Sila fikir baik2 sebelum anda makan di restoran, pastikan anda makan yang pasti halaal. Pastikan anda hanya memberikan makanan halaal untuk anak-anak anda, ingat makanan yang anda makan membuat sel darah anda dan utama sel darah merah mempunyai jangka hayat kira-kira 100 hingga 120 hari, jadi jika anda makan makanan haram, badan anda akan membawa ia sekurang-kurangnya 100 hari! Adakah anda pernah mempertimbangkan perkara ini ketika kamu berkata, ia hanya sekeping coklat, apakah kemudaratan yang ia akan bawa?

H. Beberapa di antara kita mengambil pasangan yang tidak layak dan yang mungkin yang membawa kita di jalan yang salah dan kita tidak mengambil sebarang tindakan mengenainya. Sebahagian daripada kita membiarkan isteri kita melakukan perkara haram dan sebaliknya

I. Kita berada zaman  alkohol adalah halal! - Minuman paling bergas terutamanya coca-cola mengandungi kuantiti kecil alkohol. Walaupun kandungan alkohol adalah rendah, dan tidak akan membuat kita mabuk, namun apa yang dikatakan haram di dalam al-Quran adalah haram dalam apa jua kuantiti.  Bolehkah kita tidak hidup tanpa caca-cola? Tidak boleh kah kita membuat pengorbanan kecil ini untuk kebaikan jiwa kita?

J. Kami makan dan minum perkara-perkara yang mungkin berbahaya kepada badan kita melakukan perkara-perkara yang mungkin akan berbahaya kepada roh kita. Badan dan jiwa kita adalah "amaanah" (amanah untuk disimpan dengan selamat) dari Allah swt. Kita tidak boleh dan tidak boleh melakukan perkara-perkara yang akan mencederakan atau merosakkan badan kita kerana kita akan pecah amanah!.

K. Kita berada di ambang bahawa zinaa adalah halaal! Ya saudara dan saudari seIslamku, ia adalah sangat benar dan kebanyakan anda tahu perkara ini. Zinaa bukan hanya apabila seseorang melakukan zina , zinaa juga adalah  apabila kita melihat orang lain melakukan perkara tersebut secara langsung atau di TV, kita boleh hidup tanpa TV, 
Kebanyakan berita dan rancangan  di TV adalah ciptaan media barat dan ciptaan itu hanyalah petunjuk untuk meninggalkan jalan yang lurus, iaitu Al-Islam.

L. Kita jadikan ribaa itu halal!  Bolehkah kita tidak mengelakkan ini?

M. Kita tidak mengekalkan hijaab. S Hijaab yang perlu dipatuhi oleh kedua-dua lelaki dan wanita. Bukan hanya wanita perlu mematuhi hijaab! Saya tidak memberitahu lelaki memakai "burqhaa" tetapi mengekalkan hijaab dalam erti kata aurat mereka perlu dilindungi dan mereka harus menurunkan pandangan mereka di hadapan bukan maharram wanita.  Berapa ramai daripada kita, lelaki dan perempuan, memerhatikan dan memakai hijaab dengan  "betul"?  Adakah kita berfikir tentang perkara ini! Ini bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan.



Jadi apakah penyelesaian untuk semua ini:

Penyelesaiannya adalah sangat mudah. Kita hanya perlu melakukan perkara yang berikut untuk mengalahkan Tentera Syaitan:

1. Bersatu sebagai umat nabi terakhir, Muhammad saw
2. Memikirkan semula, menilai semula dan memahami tentang islaam betul. Dapatkan nasihat dari ulamaa
3. Mula membuat perkara yang benar
4. Mula membuat keputusan sekarang untuk membuat perkara yang betul
5. Membaca dan memahami al-Quran dengan lebih banyak lagi
6. Belajar sunnah sebagai bukti kita mencintai nabi muhammad saw dan sahaabah beliau
7. Perhatikan prinsip-prinsip asas islaam
8. Perhatikan hijaab yang betul
9. Elakkan dari mana-mana perkara yang haram, sama ada besar atau kecil
10. Semua orang menghormati dan mempelajari tentang agama-agama lain supaya kita dapat memberi mereka dakwah dengan bercakap kepada mereka tentang perkara-perkara yang biasa dijumpai dalam semua agama dan dengan itu menunjukkan bahawa semua agama yang telah dihantar oleh salah seorang pencipta yang dihantar al-Quran dan islaam sebagai kebenaran lengkap muktamad untuk semua manusia.
11. Mendaulatkan khilaafah dan membawa undang-undang syariah yang betul, undang-undang yang diturunkan oleh tidak lain dari Allah swt, ke hadapan untuk memberi manfaat kepada semua manusia 



Saya dengan ikhlas berdoa dan berharap bahawa pemerintahan khilaafah menjadi kenyataan tidak lama lagi. ISemua pergerakan khilaafah di seluruh dunia perlu bersatu dan membentuk satu pergerakan permulaan ummaah bersatu. Saudara dan saudari dalam islaam, marilah kita semua menyertai dan bersatu untuk menubuhkan pembentukan khilaafah. Marilah kita mengenepikan perbezaan kecil kita.. Mari kita bekerja untuk kebaikan ummaah secara keseluruhan dan tidak mementingkan diri sendiri. Mari kita bersatu. Dengan bersatu kita boleh berbuat apa-apa sahaja. Dan bersatu Allah swt pastinya akan membantu kita.

Walaykum'Salaam warahmathullaahi wabarakaathuhu 


Sesuatu Artikel oleh Mohamed Riza | Facebook

Sunday, August 21, 2011

Kemanisan Solat

Assalamualaikum wbt.....

Satu perkara yang alhamdulillah berada di minda saya sekarang adalah iaitu KEINDAHAN SOLAT





Ye...pada saya solat itu begitu indah....bagaimana bentuk keindahan itu?
Pada saya  indahnya solat terletak kepada.....

-Pergerakan solat yang pada saya seperti satu senaman..yoga...yang mana ia satu bentuk pergerakan yang melancarkan pergerakan darah...dan yang paling berkesan pada saya...solaat itu seperti stretching your body....seperti rukuk...sujud........duduk antara dua sujud....duduk tahiyat..

- Bacaan-bacaan solat yang begitu indah.....pernah baca makna bacaan solat dalam entry post saya sebelum ini? Best kan maknanya...sekarang saya faham......bacaan solat itu penuh dengan puji-pujian kepadaNya dan penuh dengan doa kite kepadaNya...kalau kite perhatikan .......bacaan2 ayat dalam solat itu dah lengkap dengan doa...cume terpulang pada kite untuk berinisiatif memahami makna bacaan dalam solat dan menghayati bacaan dalam solat.....bile kite dah boleh hayati...insyaAllah....tahap kekhusyukan solat kita akan bertambah dan kualiti solat kita akan bertambah.....insyaAllah...hari2 kite kene berdoa untuk membaiki tahap kualiti solat kite..


Bile kite dah khusyuk, kite akan rase...setiap kali kite solat...kite seolah-olah berdekatan dengan Nya.....

Ye..!Kita sepatutnye bersyukur sebab kite umat Islam berpeluang hari-hari berbicara denganNya..Tuhan sekalian alam....!!!Bukankah itu adalah nikmat yang tak terhingga sebagai umat Islam......
Kiranye kite beragama Kristian...kite terpaksa berjumpe dengan paderi untuk berbicara denganNya....tapi bile kite umat Islam...kita ade direct contact dengan Tuhan kan..!!MasyaAllah...

Buktinya....

Aku tahu apa yang ada dalam bisikan hatimu, dan AKU dekat denganmu bahkan lebih dekat dari urat lehermu (QS. Qaaf (50) : 16 .) 
Dan Sesungguhnya kami Telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya,).

Bile kite dah dapat rasa kemanisan solat....insyaAllah kite akan lebih gembira untuk melakukan solat harian...

Cume kita perlu doa moga Tuhan berikan kesihatan pada kita untuk melakukan ibadat kepadaNya.... ...ingat....Sihat sebelum sakit...jadi mase sihat ni hendaklah kita memaksimumkan ibadat kepadaNya...!

Tuesday, August 9, 2011

Sebaik-baik Jin adalah sejahat-jahat manusia...Benarkah?

Kite selalu dengar sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia?Betul ke macam tu? sedangkan kite pernah dengar ttg jin Islam..?Adakah jin Islam pun jahat? Mari kite baca artikel di bawah bagi merungkai persoalan yg berlegar2 di fikiran kite...jangan biarkan ia berterusan menjadi misteri........




Seringkali dicanang dan dimomokkan di dalam cerita seram yang ditayangkan di television bahawa sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia. Kenyataan ini meragukan kerana tidak pernah dinyatakan asas sandarannya daripada Al-Quran dan hadis. Bagaimanapun, ia seolah-olah sudah menjadi fakta yang diterima ramai sehingga penerbit filem seram berani menggunakan kenyataan di atas sebagai dialog yang digunakan di dalam filem mereka.

Asas pertama yang perlu dipegang apabila membicarakan perihal jin dan malaikat ialah keimanan kepada perkara ghaib. Oleh kerana alam jin adalah alam ghaib yang terhalang daripada alam nyata. Manusia tidak boleh berbicara tentang jin kecuali mengikut neraca Al-Quran dan Al-Sunnah.

Firman Allah ;
يَا بَنِي آدَمَ لا يَفْتِنَنَّكُمُ الشَّيْطَانُ كَمَا أَخْرَجَ أَبَوَيْكُمْ مِنَ الْجَنَّةِ يَنْزِعُ عَنْهُمَا لِبَاسَهُمَا لِيُرِيَهُمَا سَوْآتِهِمَا إِنَّهُ يَرَاكُمْ هُوَ وَقَبِيلُهُ مِنْ حَيْثُ لا تَرَوْنَهُمْ إِنَّا جَعَلْنَا الشَّيَاطِينَ أَوْلِيَاءَ لِلَّذِينَ لا يُؤْمِنُونَ
Wahai anak-anak Adam! janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman.
(Al-Araf :27)

Hanya kedua-dua sumber itu mampu menelah dan menembusi alam jin. Sesiapa sahaja yang ingin mengutarakan buah fikiran mengenai alam jin perlu terlebih dahulu merujuk Al-Quran dan Al-Sunnah supaya umat Islam tidak berpegang kepada asas yang rapuh, tidak berasas atau disuap dengan fakta karut dan khurafat yang tidak banyak membina iman dan minda.

Kenyataan yang terlalu umum "sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia" ini secara tidak langsung akan menzalimi sebahagian jin Islam yang dipuji Allah SWT dan disebut kisah mereka di dalam Al-Quran. Mereka ialah generasi awal jin Islam yang bertanggungjawab menyebarkan Islam kepada makhluk jin kerana jin dan manusia mempunyai tanggungjawab agama dan akan dihisab di akhirat kelak (Al-Rahman [55:31-36]).

Generasi awal jin Islam yang disebut kisah mereka dalam Al-Quran ini selayaknya digelar sahabat nabi kerana memenuhi ciri serta takrifan para ulama hadis iaitu sesiapa sahaja yang bertemu dan beriman dengan Nabi Muhammad SAW.

Sekiranya kenyataan "sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia" ini terus dipegang, kita secara tidak langsung akan menghukum para sahabat Nabi Muhammad SAW jauh lebih jahat daripada manusia, sedangkan para ulama sepakat mengatakan para sahabat adalah adil dan baik.

Generasi awal jin ini juga diiktiraf sebagai rasul atau utusan pendakwah dalam kalangan mereka.

Firman Allah:
يَا مَعْشَرَ الْجِنِّ وَالإنْسِ أَلَمْ يَأْتِكُمْ رُسُلٌ مِنْكُمْ يَقُصُّونَ عَلَيْكُمْ آيَاتِي وَيُنْذِرُونَكُمْ لِقَاءَ يَوْمِكُمْ هَذَا قَالُوا شَهِدْنَا عَلَى أَنْفُسِنَا وَغَرَّتْهُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا وَشَهِدُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ أَنَّهُمْ كَانُوا كَافِرِينَ
"Wahai sekalian jin dan manusia! Bukankah telah datang kepada kamu rasul-rasul daripada kalangan kamu sendiri, yang menyampaikan kepada kamu ayat-ayatKu (perintah-perintahKu), dan yang memberikan amaran kepada kamu tentang pertemuan kamu dengan hari (kiamat) ini?")
(Al-An'am : 130)

Hakikatnya, para rasul hanya diutus dalam kalangan manusia. Namun begitu, rasul dari kalangan jin dalam ayat ini adalah wakil kepada rasul atau pendakwah dari kalangan jin yang mendengar bacaan Al-Quran yang dibaca oleh Nabi Muhammad SAW(Tafsir al-Razi). Kisah mereka ini boleh didapati di dalam Al-Quran.
Sebuah hadis turut merekodkan baginda Rasulullah SAW pernah memuji para sahabatnya dari golongan jin yang begitu sensitif terhadap Al-Quran. Baginda pernah membacakan surah Al-Rahman dari awal sehingga akhir kepada para sahabat. Selain itu, para ulama hadis seperti Imam Ibn Hajar Al-Asqalani tidak ketinggalan menyenaraikan nama golongan awal jin bersama nama para sahabat nabi yang lain. Antara nama yang disebut adalah Zawba'ah, Al-Adras, Hasir, Khasir dan sebagainya (Al-Isabah fi Ma'rifat aAl-Sahabah).

Mungkin ada segelintir pihak cuba mempertahankan kenyataan meragukan tersebut dengan mengatakan bukti harian jelas menunjukkan jin banyak melakukan kerosakan dan kebiadapan terhadap manusia. Banyak sekali hasutan dan rasukan berlaku yang memporak perandakan hidup manusia. Sebenarnya kejahatan serta kebiadapan itu tidak hanya berpunca daripada jin, bahkan ia juga berpunca daripada kejahatan manusia.

Firman Allah SWT:
ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُمْ بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ (٤١)قُلْ سِيرُوا فِي الأرْضِ (٤٢)فَانْظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الَّذِينَ مِنْ قَبْلُ كَانَ أَكْثَرُهُمْ مُشْرِكِينَ
"Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia, (timbulnya yang demikian) kerana Allah SWT hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)." Katakanlah: "Mengembaralah kamu di muka bumi ini, kemudian lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang telah lalu (yang telah dibinasakan). Kebanyakan mereka adalah orang-orang musyrik."
(Al-Rum : 41-42)

Oleh itu, pihak yang selalu menggunakan kenyataan tersebut perlu terlebih dahulu merujuk kepada sumber Islam bagi mengelakkan kejadian sebegini terus berlaku.


Sumber dari - Artikel iluvislam.com

Biodata Penulis: ABDULLAH BUKHARI ABDUL RAHIM AL-HAFIZ, penulis ialah Pensyarah Jabatan Tilawah Al-Quran, Pusat Bahasa, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.