Monday, June 30, 2014

Ciri-ciri Orang Yang Berjaya mengikut AlQuran





 
Ringkasan ciri-ciri orang-orang yang berjaya according to Al-Quran, Surah Al-Mukminin, ayat 1-11

Nak berjaya kene:
1) Beriman
2) Khusyuk dalam solat
3) Jauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia
4) Berusaha membersihkan hartanya dengan berzakat
5) Menjaga kehormatannya
6) Jaga amanah dan janji
7) Memelihara solat

Tengok tu, x de pun dalam quran kata nak berjaya u kene kaya, popular, pangkat tinggi  dan sebagainya...peringatan pada diri saya sendiri ...Ya Allah...bantulah saya untuk menjadi dalam golongan mereka yang berjaya...impian untuk memasuki syurga Firdaus..

yess...bab solat banyak yang kene baiki especially bab kusyuk.....solat di awal waktu dan lain2.....perkataan yang sia2..ermmm....kdg2 kita mmg byk cakap perkara  yang merapu utk menghiburkan diri...dan juga byk bersembang bende yang tak berfaedah....so..kene jaga....lagi satu zakat....kena ikhlaskan diri untuk memperjuangkan harta ke jalan Allah...

So...apa kata kite jadikan ciri-ciri ini sebagai target hidup kita...sb kita semua mahukan syurga Firdaus...moga Allah merahmati kita semua..ameen

Bayar Fidyah

Salam Ramadhan

Bagaimana cara nak bayar fidyah? Sila baca info ini....semoga berguna..insyaAllah...

Kalau diikutkan Fidyah kena bayar dengan harga secupak beras..tapi secupak beras tu banyak mana & berapa RM??? Sebagai contoh,  berdasarkan Majlis Agama Islam Johor, secupak beras bersamaan dengan harga RM1.90 .. So darab jer ngan berapa hari yang tinggal bagi tahun tu..Tapi kalau ada tertunggak pada tahun-tahun yang lalu..kena darab...huhu??? Rujuk website majlis agama masing2.

Ok setiap negeri ada kadar bayaran zakat yg berbeza kan? rujuk negeri masing2 berapa kadar zakat bagi tahun tersebut.. contoh bagi negeri johor zakat bagi tahun 2012 adalah RM7.50. guna formula di bawah:

Bayaran Fidyah = 1/4 x jumlah bayaran zakat x bil hari ditinggalkan
                         = 1/4 x RM7.50 x 5 hari

                         = RM1.875 x 5 
                         = RM9.40 ini adalah jumlah fidyah yang perlu dibayar oleh saya

dah tahu jumlah..kat mana nak bayar plak..boleh pergi trus ke Majlis Agama Islam negeri masing2... or ada satu cara mudah yang dibenarkan secara online..ni confirm boleh.. rujuk http://blog.e-zakat.com.my/?page_id=89 

Saya bayar di Maybank2u.
  1. Login ke akaun Maybank2U anda di www.maybank2u.com.my –> login
  2. Klik Accounts & Banking
  3. Klik Bill Payment
  4. Klik Make a One-Off Payment
  5. Klik request a TAC number
  6. Pilih kategori dari drop-down menu : Zakat & Charity –> klik confim
  7. Pilih kategori dari drop-down menu : Mana2 badan zakat/charity yang berkenaan —> klik confirm
  8. Pilih kategori dari drop-down menu : Fidyah —> klik confirm
  9. Ikuti langkah seterusnya, isikan ruangan untuk jumlah, akaun dan nombor telefon
  10. Masukkan TAC number dan klik confirm
  11. Ikuti langkah hingga anda mendapatkan resit dan simpan resit sebagai rujukan.  
Satu lagi tambahan kepada steps di atas, saya perasan bila pilih mana2 badan zakat/charity...ada sesetengah badan zakat bila klik kategori dari drop-down menu xde fidyah... jgn kuatir..pilih Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan...confirm ada fidyah..klik situ dan teruskan pembayaran...

Pastu ada persoalan lain..saya duduk di Johor..boleh ke bayar ke Majlis Agama Islam negeri lain... Jawapannya boleh. Rujuk ini untuk penjelasan http://kemusykilan.islamgrid.my/questions/view/46899 harap ini sedikit sebanyak dapat membantu kita dalam menunaikan kewajipan kita sebagai umat Islam.


Moga Allah merahmati kita semua, Setiap sen yang kita korbankan ke jalan Allah TIDAK PERNAH SIA-SIA

Sumber dari : ashahashim.blog , <<----Tq

Tuesday, June 17, 2014

Husnul khotimah

Kehilangan seorang kawan dan kenalan di iium  pada hari ini. Sebaik saje saya mengetahui berita ini...saya susah untuk melelapkan mata.

Ya Allah...betapa saya menyedari dan insaf bahawa kehadiran dan kewujudan kita di dunia ni sangat fragile, sementara dan kebergantungan kita pada Allah sangat besar. 

 “Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan husnul-khatimah (akhir yang baik), dan jangan Kau akhiri hidup kami dengan suu-ul-khatimah (akhir yang buruk).”

Monday, June 16, 2014

Anda fikir apa bila tengok AWAN dan LANGIT?

 

Assalamualaikum..

Salah satu keajaiban Allah yang saya selalu kaget dan takjub adalah AWAN.Dari kecil lagi saya selalu merenung ke atas dan tgk awan dan nampak pelbagai jenis bentuk awan dan mulalah imaginasi yang pelbagai ke atas pelbagai bentuk awan. Masa kecik dulu selalu tgk cite CareBears dan mulalah watak2 dan cerita kartun tersebut terbayang di kepala.

 

Bila dah besar2 ni selalu naik kapal terbang ataas urusan keje, bercuti dan pelbagai lagi. Bila dah naik kapal terbang tu selalu tengok tingkap dan nampak awan2 yang cantik2 ....disamping teringat cite kartun...of coz teringat kebesaran Allah...dan pelbagai lagi..

Bile saya lihat ke atas langit dan awan saya selalu fikir:

a- Kebesaran Allah
b- Care Bears
c- Petala Langit ke berape ni?
d- Boleh tak nak lompat2 atas awan yang gebu tu?(Bile tgk dr kapal terbang)
e- wowww....and wowww....and wowww....perasaan yang susah nak describe

Dan yang pasti.....awan adalah salah satu kejadian Allah yang amat menakjubkan buat diriku...

Monday, June 9, 2014

Jalan2

Syukur alhamdulillah.....impian utk berjalan2 dapat ditunaikan setelah sekian lame..sangat gembira dan bahagia besama suami tercinta






Malunye

Ya Allah..aibnye rasa bile ditegur dan diceramah bertalu2 di khalayak ramai...sesetgh manusia tidak tahu menjaga air muka dan aib  manusia lain....sabar saje lah....subhanAllah..






Thursday, May 22, 2014

Surah Al-A'raf...Tempat yang tertinggi...

Some notes yang saya catat dari bile bace terjemahan Surah Al-A'raf...dikongsikan untuk kebaikan bersama....notes ni simple sahaja...saya catit point2 dari ayat2 tertentu..

**Ayat 26- Pakaian taqwa itulah sebaik2 perhiasan

**Ayat 27- Amaran Allah syaitan itu penipu, dan syaitan itu pemimpin orang yang tidak beriman

** Ayat 34- Setiap umat ada ajal (batas waktu), bila ajal tiba, tidak dapat ditunda@ dicepatkan sesaat pun<----ayat ni byk bende boleh pike dan di huraikan

** Ayat 38- Umat masuk neraka cakap pada Allah terhadap umat yang masuk dahulu, dialog derang maksud die camni ;;;"Merekalah yang sesatkan kami, datangkanlah seksaan berganda pada mereka"...lepas tu Allah berfirman" Masing2 dapat siksaan yang berganda, tp kamu tidak mengetahuinya"

** Ayat 42- Orang beriman + buat baik= Kami takkan bebankan menurut kesanggupannya

** Ayat 51- Orang yang jadikan agama sebagai permainan & senda gurau, merekalah telah tertipu kehidupan di dunia

** Ayat 55-56- Berdoalah dengan : rasa rendah hati, suara lembut, rasa takut dan penuh pengharapan

Al-A'raf juga ada menceritakan tentang kisah Nabi-nabi dan penderhakaan Umat Mereka

1- Nabi Nuh: Banjir
     Nabi Hud: Umat dia cabar datangkan azab
     Nabi Salleh: Unta yang disembelih oleh umat die<----Kaum Aad
                         Kaum Thamud<---buat istana & rumah yang dipahat dari gunung
      Nabi Luth- Kaum2 Gay<----akhirnya  kene dihujani oleh hujan batu
      Nabi Syua'aib: Penduduk Madyan<----menipu takar dan timbangan
                                                                   takut dan menghalangi orang beriman
                                                                   Akhirnya gempa bumi, mayat bergelimpangan

 ** Ayat 126: Doa ahli sihir bila firaun nak hukum mereka....doa mereka camni.." Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami dan matikanlah kami dalam keadaan berserah diri (kepadaMu)

** Ayat 13: Allah kirimkan angin, taufan, belalang, kutu, katak dan darah kepada kaum firaun. Air yang diminum jadi darah.

** Nabi Musa- tenggelamkan kaum firaun dalam laut.

** Ayat 142- Nabi Musa diberikan Taurat selepas 30 malam+10 malam= 40 malam.<---kenapa Quran cakap penciptaan taurat 30+10, bukan 40? saya kene cek ni..

** Ayat 143- Ayat Nabi Musa bila tengok Allah dan gunung jadi pecah.." Maha suci Engkau, aku bertaubat kepada Engkau dan aku orang pertama yang beriman"

** Ayat 148 - Kaum nabi Musa buat patung anak sapi dan dapat bersuara (dari emas)

** Ayat 152- Derang yang sembah sapi tu akan terima murka Allah dan kehinaan di dunia.

*** to be continued..