Thursday, May 15, 2014

Nature is Med

Hi guys!! hi...hi and hi

Salam Jumaat yang penuh keberkatan..

I am a nature lover...these are some of sketch notes that always ade dkt saya yg catit dah lame dah...n i would like to share it with u guys...:D:D these are the notes which i took bile i watch backyard medicine by James Wong, my favourite handsome chef plus nature doctor****love love love hahaha

***Bawang- antiseptik
***Cili - anti-mucus
***Cendawan- bersifat tonik- elok utk batuk dan selsema
***Biji beri - meningkatkan sistem imun
***Sup ayam- elok utk flu and cold
***Hop- bersifat sedatif
***Lavender- beri ketenangan



 Camne rupe hop tu? Camnilah rupe die.....sape yg ade masalah susah nak tido...boleh buat bantal tido..dalam bantal tu letak bunga hop tu plus lavender....

***Hop+Lavender( put it dalam bantal)= boleh jadi penawar kepada sesape yg mempunyai masalah untuk tidur @ insomnia

***Kiwi- did u know kiwi functions to breaks down protein?bile protein dah pecah dalam daginng and etc, ada bhn kimia penggelupasan

***Betik- ade pepsin jadi pelembut daging

Resepi Natural Masker Murah

Hancurkan kiwi, tapis, amik air , perah limau nipis, amik betik, letak gelatin+ betik+kiwi+ ready to apply to muka

 ***Buah Tin- bertindak sebagai laksatif, elok untuk sembelit kerana ia bertindak untuk melembutkan makanan dalam usus.

Tin + sugar=masukkan dalam blender, letak atas api plus gula, angkat, letak lemon jus, siap= amik 2 teaspoon sebelum tido

Monday, April 14, 2014

Macammana surah al-kahfi dapat menyelamatkan daripada fitnah dajjal?

Assalamualaikum...

Surah kahfi ni dulu saya pernah postkan rumusan kajian dari surah ini. Walaubagaimana pun, saya rasa eloklah kalau saya terangkan sekali lagi.
Setiap kali hari jumaat orang suruh baca surah al-kahfi....tapi paham ke kite? Kenapa nak baca surah al-kahfi? Apa kaitan die dengan dajjal....?

Seperti yang kite sedia maklum...surah kahfi ni ada 4 perceritaan besar dari Allah kepada manusia iaitu:

1) Kisah Ashabul Kahfi
2) Kisah 2 Empunya Kebun
3) Kisah Nabi Musa a.s & Nabi Khidir
4) Kisah Dzulkarnain

Apa kaitan 4 kisah ni dengan Dajjal? seperti yang kite tahu, Dajjal akan cuba menyesatkan kite dengan 4 dugaan ini di akhir zaman iaitu:-

4 Dugaan Dajjal di akhir zaman (surah al-kahfi)
1) Dugaan Akidah
2) Dugaan Kekayaan dan Pengikut
3) Dugaan Ilmu Pengetahuan
4) Dugaan Dzulkarnain


4 Kisah Al-Kahfi dan 4 Dugaan Dajjal di Akhir Zaman

Dugaan Akidah
1) Kisah Ashabul kahfi (Dugaan Akidah)

(Dugaan Akidah)  - Dajjal akan cuba menyesatkan kite dengan memaksa manusia supaya mengaku dia tuhan.

Survival Kit dari kisah ashabul kahfi: 
  • Jangan terpengaruh dengan kesenangan dunia
  • Kawan yang saleh yang mengikut perintah Allah
  • Jangan mengikut dengan orang yang mengikut hawa nafsu
(Rujukan al-kahfi, ayat 28)

Dugaan Kekayaan, Keluarga dan Populariti
2) Kisah 2 Empunya Kebun (Dugaan Kekayaan dan Populariti)

(Dugaan Kekayaan dan Populariti) - Dajjal akan cuba menyesatkan kite dengan menawarkan kekayaan. Selain itu, dengan kekayaan, akan lebih ramai pengikut dan keluarga yang akan mengikut kita.

Survival Kit dari kisah 2 Empunya Kebun
  • Sedar hakikat kehidupan
  • Sedar bahawa kekayaan dan populariti di dunia adalah sementara, hidup yang kekal adalah lebih penting
  • Syukur kepada Allah atas kurniaanNya
(Rujukan al-kahfi, ayat 45)


Dugaan Ilmu Pengetahuan 
 3) Kisah Nabi Musa & Nabi Khidir( Dugaan Ilmu Pengetahuan )

( Dugaan Ilmu Pengetahuan )- Dajjal akan cuba menyesatkan kita dengan menawarkan pengetahuan dan teknologi yang canggih. Namun, banyak perkara yang tersirat di sebalik perkara yang tersurat tersebut.


Survival Kit dari kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir
  • Perlu bersikap Humble dan tawadhuk atas pengetahuan yang diberikan
  • Perlu bersikap sabar dalam mencari ilmu pengetahuan
  • Terdapat banyak perkara tersirat di sebalik yang perkara yang tersurat, oleh itu perlu diselidik dan banyak ilmu pengetahuan yang kita tidak tahu hakikatnya
(Rujukan al-kahfi, ayat 69)


Dugaan Kuasa
4) Kisah Dzulkarnain (Dugaan Kuasa)

(Dugaan Kuasa) - Dajjal akan cuba menyesatkan kite dengan kuasa yang dimiliki di dunia ini.

Survival Kit dari kisah Dzulkarnain
  • Perlu bersikap ikhlas dalam mendapat kuasa
  • Tidak boleh bersikap gila kuasa dan angkuh
  • Sentiasa membantu orang susah sekiranya berkuasa
  • Sekiranya dapat suatu kuasa, perlu integrasikan pengetahuan dan kekuatan, membantu orang susah dan meluaskan kebaikan. Sebagai contoh: Dzulkarnain membantu segolongan kaum yang kesusahan untuk membina tembok di antara dua gunung untuk menghalang Ya'juj dan Ma;juj membuat kerosakan.
  • Jangan sekutu Allah dan buat amal soleh.
(Rujukan al-kahfi, ayat 110)


Kesimpulan
Secara kesimpulannnya, bila baca surah al-kahfi, take notes on these survival kits yang dah disenaraikan:
  • Jangan terpengaruh dengan kesenangan dunia
  • Kawan yang saleh yang mengikut perintah Allah
  • Jangan mengikut dengan orang yang mengikut hawa nafsu
  • Sedar hakikat kehidupan
  • Sedar bahawa kekayaan dan populariti di dunia adalah sementara, hidup yang kekal adalah lebih penting
  • Syukur kepada Allah atas kurniaanNya
  • Perlu bersikap Humble dan tawadhuk atas pengetahuan yang diberikan
  • Perlu bersikap sabar dalam mencari ilmu pengetahuan
  • Terdapat banyak perkara tersirat di sebalik yang perkara yang tersurat, oleh itu perlu diselidik dan banyak ilmu pengetahuan yang kita tidak tahu hakikatnya
  • Perlu bersikap ikhlas dalam mendapat kuasa
  • Tidak boleh bersikap gila kuasa dan angkuh
  • Sentiasa membantu orang susah sekiranya berkuasa
  • Sekiranya dapat suatu kuasa, perlu integrasikan pengetahuan dan kekuatan, membantu orang susah dan meluaskan kebaikan. Sebagai contoh: Dzulkarnain membantu segolongan kaum yang kesusahan untuk membina tembok di antara dua gunung untuk menghalang Ya'juj dan Ma;juj membuat kerosakan.
  • Jangan sekutu Allah dan buat amal soleh.

Boleh terima analisis ini?:):)Sekiranya ada tambahan dan pendapat boleh dikemukakan...

Kerja Separuh Hari..

Salam..

Bagi wanita2 yg berkerjaya, impian untuk kerja separuh hari adalah satu impian keemasan ..sekarang ni kerja dari pukul 8-5, peluang untuk bersama anak2 dan keluarga adalah sgt kurang..

Ade ke kerja separuh hari untuk wanita? yang pasti ramai yg kate tidak effektif...ye la...4 jam apelah yg dapat dibuat sgt..
tapi sekiranye setiap hari datang, 4 jam dah tahu ape yg nak dibuat dan berkesan, pasti tak de masalah ..

Ermmm...any ideas ape kerja separuh hari yang boleh diceburi?


Friday, April 4, 2014

i am elsa....Frozen



Basically...i am elsa....i can relate myself with elsa character..hahaha..

lagu Let it Go nie...exactly explains how i feel dan secara tepatnya saya sangat2 memahami perasaan Elsa...dan semua words lines lagu let it go ni ....sgt2 deep dan epic.....dan masa tengok movie ni..especially let it go moments....tergenang air mata dan sgt2 terharu

its the world....sighh...

let is go moments ni...i repeat byk2 kali pun tak jemu...hehe

i prefer elsa character rather than anna character....tapi dalam frozen....penonjolan watak anna lebih byk daripada watak elsa....sedangkan watak elsa adalah watak yg lebih digemari  n people wonder bagaimana watak elsa akan berkembang dlm cite frozen nie?

Bile frozen 2 akan keluar?( haha..in the first place ade ke frozen 2?)  :D:D

Wednesday, March 26, 2014

Sebenarnya Allah Jadikan HIdup Di Dunia ni Senang..

Sebenarnya hidup di dunia ni senang ikut Quran....seriosly......senang sebenarnya
Quran dah cakap dah....tujuan Allah jadikan untuk kita hidup ni untuk beribadat padanya sahaja...itu aje..

Yang jadikan hidup kita susah adalah Syaitan dan Dajjal
Kedua-dua makhluk perosak ni yang ciptakan sistem2 yang menyusahkan yang menyebabkan hidup kita sebagai manusia jadi susah..

Syaitan dan Dajjal ni dah sediakan sistem:

a- Sistem bank yang paksa kita pinjam menggunakan RIBA---yess...RIBAA yang menjadikan hidup kita susah

b- Kita dah jadi money slaves

c- Celik mata, keje...sampai petang....mlm tido....celik mata lagi keje sampai malam tido...untuk ape?
untuk dapat duit...duit untuk ape..duit nak makan, nak bayar rumah, kereta...nak hidup

d- Keje untuk ape?untuk membangunkan negara...untuk ape membangunkan negara?...supaya jadi negara jadi maju spy semua manusia di seluruh dunia pandang....untuk ape pandang?huh......untuk ape kite nak dunia pandang kite?Sebenarnye dunia mempermainkan kite......(does anybody sedar x pasal ni ) Biarlah Allah yang pandang kita...tu yang penting

e- Tipikal kehidupan kite mcm ni......Kite ni keje, keje, keje........sampai umur 58 thn..pastu pencen, umor 58-70thn tu lah konon kite kate nak tumpukan buat ibadat kat tikar sejadah......helllloooooo....15 thn je ade utk buat ibadah?..tu pun klu umur panjang......sempat ke 15 thn pahala nak cover 58thn yang kite leka utk kejar dunia dan duit?Masa tu badan dah x larat, sakit2.....macammane???? huhuhuhuhuhu...sgt tragis kehidupan umat islam di akhir zaman... 

Peliknya.....tak ramai pemimpin dan orang perseorangan yang persoalkan perkara ni....x de sape pemimpin yang cube untuk membawa rakyat keluar dari sistem dajjal lahanat ni...akibatnye ramai yang streess, tekanan perasaan, masalah keluarga dan sebagainya.....

Ye lah...kononnye klu kite berusaha ikut sistem dajjal ni kite akan maju.......sape tanak maju kan...?klu tak ikut, .... kite dan negara kite akan di pandang rendah di dunia ni...

Persoalan nye....kenapa 3/4 umur kite ditumpukan kepada untuk maju dan mulia di dunia....what about maju dan mulia di akhirat? sebab hidup maju di akhiratlah lebih penting sebab kat sane yang lebih kekal dan abadi...

Sesungguhnye betullah kata nabi dulu....kite di sini sudah pun terikat dengan dajjal di akhir zaman

Moga Allah lindungi kita daripada dugaan dan fitnah dajjal ini..aaammiiinn

just my two cents.....


Tuesday, March 25, 2014

Peristiwa Dunia dan Hakikat Kematian

Kejadian MH370 dan Hukuman Mati Ikhwanul Muslimin

Kedua-dua kejadian dan kesedihan ini berlaku serentak.
Suasana pilu menyelubungi umat Islam Malaysia dan seluruh dunia ketika ini.
Kedua-dua perkara ini mempunyai satu perkaitan yang sama, iaitu MATI

Daku rase tersentak dengan pernyataan ketua Ikhwanul Muslimin yang berkata:
"Mereka 539 org penyokong Ikhwanul Muslimin sedang menempah tiket ke syurga, tidak perlu bersedih.
Tapi fikirkan diri anda bagaimana?"

Peristiwa MH 370, satu pernyataan dari seorang ahli ulama' semalam telah mengatakan mereka yang terlibat dlm kemalangan perkara ini adalah syahid akhirat. Sejauh mana kebenaran perkara ini wallahuaklam. Mungkin.

Dalam perjalaanan daku ke ofis pada hari ini, daku terfikirkan bahawa bagaimana sesetengan umat muslimin yang beriman itu tidak takut pada kematian. Bagaimana perkara ini boleh berlaku?  Selama ini perkara ini menjadi satu misteri yang sukar dirungkaikan untuk memahami bagaimana mereka boleh mewujudkan pemikiran begitu terhadap diri mereka. Sedangkan aku, berfikir tentang kematian itu adalah satu perkara yang tidak tertanggung untuk aku fikirkan apatah lagi untuk menghadapinya.

W/bagaimanapun, pada pagi ini, dengan ilham Allah dan petunjuk daripada periistiwa hukuman mati kepada penyokong ikhwanul muslimin itu, aku dapat merasai semangat dan pemikiran jenis macammanakah yang dihadapi mereka.

Mati itu adalah sesuatu yang PASTI. Kematian itu sebenarnya anugerah/pemberian  Allah kepada manusia. Perasaan tidak menyukai kematian adalah satu perasaan yang  tidak menerima pemberian atau anugerah Allah  kepada Manusia.Menurut orang Nasrani, kematian itu adalah dosa. Bagi Islam, kematian itu adalah keadilan Tuhan, belas kasihan Tuhan kepada hambaNya, disuruh pergi kedunia, dan kemudian dipanggil pulang. Mengapa ke dunia? Ialah untuk beramal dan beribadat, berjuang dalam hidup. Kalau orang bersungguh-sungguh memperbaiki hidupnya, inginlah dia hidup supaya sesudah hidup itu dia beroleh kematian dengan kematian itu ialah nikmat, yang kerananya harus kita mengucapkan kesucian bagi Tuhan.


Aku sentiasa memikirkan bahawa kematian itu adalah sakit yang paling hebat, lebih sakit dari segala macam penyakit. Mengikut satu pembacaan aku pada hari ini, mati itu bukan penyakit. Salah seorang berkata bahawa segala penyakit ada ubatnya, kecuali mati, sebab mati itu bukan penyakit.

Perasaan Takut mati adalah kerana orang tak tahu apa hakikat mati itu. Atau tidak tahu ke manakah dirinya dan jiwa raganya akan pergi, atau disangkanya bila badannya dan jiwanya telah bercerai dari tubuh hancur di dalam kubur, jiwanya pun turut rosak pula. Alam akan terus kekal, orang lain akan terus mengecap nikmat alam, sedang dia tidak ada lagi di sana, demikianlah sangkaan sesetengah manusia.


Oleh itu, bagi ikhwanul muslimin, sama ada hidup atau mati, kedua2nya adalah kemenangan. Kematian adalah satu cara untuk menemui Allah.  Ini kerana mereka memperjuangkan Islam..Orang yang memperjuangkan Islam dan kewujudan Allah tidak akan rugi dan kematian mereka adalah tidak sia-sia.

Mungkin pada kita, mereka yang terlibat dalam peristiwa yang menggemparkan itu,telah terlibat satu peristiwa malang. Tapi, kita juga perlu fikirkan bahawa mati itu pasti. Oleh itu, bagi manusia yang percaya bahawa mati satu perkara yang pasti, peristiwa ini hanyalah satu ujian bagi kita yang masih hidup tentang bagaimana untuk kita menghadapinya, sejauh mana kepercayaan kita kepada Tuhan dan bagaimana kita dapat mengambil pengajaran daripada peristiwa ini.

Dengan peristiwa ini, semoga ia dapat memberi pengajaran kepada daku untuk merenung di sebalik peristiwa ini dan cuba untuk memahami apa yang cuba disampaikan oleh Tuhan kepada umat Islam. Semoga aku menjadi lebih tabah dan lebih memahami hakikat kehidupan ini. I have to go around this and rethink about these, not only about conspiration, but about how are we going to deal with this life

Alamak....ideas goes up and down.....ade idea saya tulis lagi.....