Beras perang adalah
beras
yang tidak dikisar atau separuh dikisar, sejenis biji-bijian semula
jadi lengkap. Ia mempunyai perisa sedikit berkacang, adalah lebih kenyal
dan lebih berkhasiat daripada
beras putih, dan menjadi
tengik lebih cepat. Mana-mana beras, termasuk biji-bijian panjang, biji-bijian pendek, atau
pulut, dapat dimakan sebagai nasi perang.
Di kebanyakan
Asia, beras perang (
Bahasa Cina:
糙米;
pinyin:
cāomǐ; secara harfiahnya "beras kasar";
Korea:
현미;
hyeonmi Bahasa Jepun:
玄米;
genmai;
Bahasa Thai:
ข้าวกล้อง;
Bahasa Vietnam:
gạo lứt) dikaitkan dengan
kemiskinan
dan kekurangan waktu perang, dan pada masa lalu jarang dimakan kecuali
oleh yang sakit, yang lebih tua dan sebagai rawatan untuk
sembelit.
Beras yang direndahkan secara tradisional ini kini adalah lebih mahal
daripada beras putih, sebahagiannya oleh kerana bekalan yang agak
bekurangan dan kesukaran penyimpanan dan angkutan.
Secara umumnya, beras padat dengan nutrien dan menyumbang lebih daripada 15 vitamin dan
mineral. Ia adalah sumber yang sangat baik untuk karbohidrat kompleks,
yang mana tersimpan di dalam otot dan digunakan untuk memberi tenaga
kepada kita apabila memerlukan. Tidak seperti karbohidrat yang lain,
berat mengandungi protein yang bermutu tinggi. Beras mengandungi kesemua
lapan asid amino yang membantu dan mengekalkan tisu otot dan membuat
enzim, antibodi dan hormon.
Asid amino terdiri daripada leucine, isoleucine, valine, lysine,
methionine, phenylalanain, theronine, dan trytophan. Asid amino ini
dianggap penting kerana badan manusia tidak boleh mengeluarkannya
sendiri dan mesti diperolehi daripada sumber makanan. Kegagalan
mendapatkan cukup lapan asid amino perlu boleh menyebabkan degradasi
protein badan.
Dalam satu hidangan nasi putih, kandungan nutrisinya mungkin kurang
daripada nasi perang. Sebagai contoh, kandungan zat besi mungkin separuh
daripada beras perang. Kandungan proteinnya juga kurang berbanding nasi
perang. Nasi perang menawarkan enam kali lebih banyak vitamin B1
(thiamine), tiga kali lebih banyak vitamin B2 (riboflavin), lima kali
lebih banyak vitamin B9 (folat) jika dibandingkan dengan nasi putih.
Daripada kebanyak segi nasi perang lebih baik daripada nasi putih. Nasi
putih memiliki kanji yang lebih tinggi.
Terdapat juga nasi putih diperkaya dengan vitamin tambahan, tetapi
tetap tidak menyamai nasi perang. Kanji di dalam beras adalah jenis
rintangan tinggi iaitu ia akan dihadamkan di usus. Ini menggalakkan
pertumbuhan bakteria baik dan menjaga kesihatan usus.
Bolehkah makan nasi dalam membentuk badan?
Boleh, selagi mana dalam keperluan kalori badan. Nasi berlebihan
mungkin akan disimpan, tetapi jika tidak berlebihan, kenapa badan perlu
simpan?
Bagaimana dengan roti? Elok ke ganti nasi dengan roti?
Kenyang ke makan roti 2 keping? Kebanyakan yang makan roti akan
cenderung untuk makan lebih. Roti putih 2 keping dah hampir seperti 1
hidangan nasi. Lebih kenyang makan nasi berbanding roti 2 keping.
Anggaran roti serat pula, sekitar 2 kali kurang daripada roti putih. 4
keping hampir 1 hidangan nasi putih.
Angaran Nutrisi 1 hidangan
1 cawan Nasi putih 29g karbohidrat
1 cawan Nasi perang 16g karbohidrat
1 cawan Nasi Poni 25g karbohidrat
1 cawan Nasi Basmathi 27g karbohidrat
2 keping Roti putih 23g karbohidrat
2 keping Roti serat 11g karbohidrat
1 keping Rice Cake 7g karbohidrat
(cawan dalam anggaran di atas adalah cawan kecil, jadi mungkin tidak
menepati kebanyakan hidangan di Malaysia, di Malaysia saiz hidangan
mungkin lebih, 1 hidangan nasi putih boleh mencecah 37g karbohidrat,
perbezaan hampir 10g karbohidrat. Roti juga mengikut jenama, mungkin
j
umlah karbohidrat antara roti putih dan roti serat tidak banyak
berbeza)
Nota: Dalam diet, perlu bijak memilih makanan.
Jangan terpengaruh dengan ideologi diet atkin, diet nasi dan sebagainya.
Ikutlah piramid makanan.
Sumber:Zakikhan