What helps to cheers me up ..
1) Ikea catalogue
2) Merchandise catalogue
3) Quranic translation
4) Solat-upon understanding on the meanings of all the recitation
5) Cats, kittens
6) Laid back on a couch/bed
7)Fruits drinks/chocolate/cakes(hv to control takut gemuk haha)
8)Zikr such as Astaghfirullah
9) Shopping bags, shirts, etc( hv to control also)
10) Talk & see to my moms & dads..even tak dapat cerita prob..cume pandang wajah mereka & berbual kosong with them pun helps me a lot
Perkongsian Pengetahuan dan Pengalaman....moga bermanfaat di alam semesta ini...
Tuesday, December 23, 2014
Thursday, December 18, 2014
Sombong & Takkabur
Bahaya sifat sombong dan takabbur
Sifat sombong adalah sifat yang tercela dalam Islam, sesungguhnya sifat ini dibenci oleh Allah Subhanaallah taala dan rasulullah. Angkuh, bongkak dan takabbur adalah segolong dengan sifat sombong ini yakni membawa maksud yang sama.Oleh itu kita sebagai hamba Allah ditegah daripada bersikap sombong dan bangga diri.
Firman Allah swt di dalam surah An-nahl, ayat 22-23 yang bermaksud:
Tuhan kamu yang berhak disembah ialah Tuhan yang satu Maha Esa, oleh itu, orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat hati mereka ingkar dan sikap zahir mereka sombong takabbur menentang kebenaran, sebenarnya bahawa Allah mengetahui akan apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka zahirkan, sesungguhnya ia tidak suka kepada orang-orang yang sombong takabbur.
Firman Allah swt lagi di dalam surah Luqman, ayat 18 yang bermaksud:
Dan janganlah engkau memalingkan muka-mu kerana memandang rendah kepada manusia dan janganlah engkau berjalan dibumi dengan berlagak sombong, sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takabbur lagi membangga diri.”
Sifat sombong dan takabur menjerumuskan kepada kebinasaan dan kekufuran. Firman Allah swt;
وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ أَبَى وَاسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنَ الْكَافِرِينَ
Maksudnya; Dan ingatlah ketika kami berfirman kepada malaikat,Tunduklah beri hormat kepada Nabi Adam, Lalu mereka sekalianya tunduk memberi hormat melainkan iblis ia enggan dan takabbur dan menjadilah ia dari golongan yang kafir. al-Baqarah:34.
Orang yang sombong menganggap dirinya lebih tinggi atau mulia dari orang lain, angkuh dan megah kerana keturunan dan harta kekayaan yang dimiliki, bangga diri kerana kedudukan, pangkat, kecantikan rupa atau kepandaian yang melebihi dari orang lain.
Tidak guna kita merasa sombong dengan apa yang ada pada kita, kerana sesungguhya semua itu adalah milik Allah, dan kita diberi pinjaman diatas kurnia tersebut supaya digunakan dalam kehidupan didunia ini. Allah Subahanahu Wataala Yang Maha Berkuasa, kalau ia berkehendak semua pinjaman itu boleh ditarik balik pada bila-bila masa, tidak mustahil segala kesenangan yang dinikmati masa kini akan hilang.
Bahagian Sifat sombong dan takabbur
1. Sombong kepada Allah Subhanaallahu ta’ala: iaitu apabila kita mengabaikan atau tidak menghiraukan terhadap suruhan-suruhan yang telah diperintahkan oleh Allah Subhanaallahu ta’ala, tidak takut kepada ancamannya serta meremehkan pula syariat agama. Sesungguhya Allah telah menjanjikan balasan yang buruk kepada orang yang bersikap sombong.
2. Sombong kepada Rasul: Iaitu dengan tidak mahu mengamalkan ajaran dan sunnah Nabi Muhammad saw, menghina dan memperlekehkan ajaranNya dan Sunnahnya sebagimana sikap orang kafir Quraisy yang menentang dengan anggapan bahawa Nabi Muhammad saw adalah seorang anak yatim yang tidak berharta dan tidak layak untuk menjadi pemimpin. Akhirnya mereka mati dalam keadaan kufur disebabkan oleh keegoan dan kesombongan sendiri.
3. Sombong terhadap sesama manusia: Ada beberapa kelakuan yang menunjukkan diri seseorang sebagai orang yang sombong;
• Memandang diri lebih dari orang lain, lebih mulia, lebih alim, lebih kaya, lebih cantik dan sebagainya.
• Tidak boleh menerima teguran, kritikan atau nasihat orang lain.
• Tidak suka bergaul dengan orang ramai lebuh-lebih lagi dengan orang yang dirasakan lebih rendah statusnya.
• Suka dipuji dan sentiasa mengharapkan pujian orang lain.
Balasan orang yang sombong
Takutlah .... dari terus menjadi orang yang sombong, bongkak dan takabbur kerana balasan yang bakal diterima amatlah buruk.
Firman Allah swt dalam surah An-Nahl, ayat 29 bermaksud;
Oleh itu, masukilah pintu-pintu neraka, tinggal kekallah kamu didalamnya, maka sesungguhnya neraka itu seburuk-buruk tempat bagi orang-orang yang sombong takabbur.
Manusia dilarang dan diharamkan dari bersifat dengan sifat sombong. Larangan ini disebabkan manusia tidak layak bersifat dengan sifat ini kerana manusia merupakan makhluk yang dicipta oleh Allah swt dengan kemampuan yang sangat terbatas. Sifat sombong sangat merbahaya kerana ia menyebabkan berbagai masalah dalam kehidupan manusia.
Bahaya Sifat Sombong
Antara bahaya sifat sombong ialah:
1. Orang yang sombong mendapat kemurkaan dari Allah swt.
Rasulullah saw bersabda, Allah swt berfirman;
الكبرياءُ ردائي والعِزَّةُ إزاري فمن نازعنى واحدا منهما قذفته فى النار
Maksudnya;Sombong itu selendang aku dan kemulian itu pakaianku, sesiapa yang mengambil salah satunya daripadanya Aku campakkan ke dalam api neraka.
إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَخُورٍ
Maksudnya; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takabbur lagi membangga diri
2. Orang yang sombong akan ditutup pintu hidayah daripada Allah swt.
Firman Allah swt;
خَتَمَ اللَّهُ عَلَى قُلُوبِهِمْ وَعَلَى سَمْعِهِمْ وَعَلَى أَبْصَارِهِمْ غِشَاوَةٌ وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ
Maksudnya; Allah menutup hati-hati mereka, pendengaran mereka dan penglihatan mereka, bagi mereka azab yang sangat besar.
كَذَلِكَ يَطْبَعُ اللَّهُ عَلَى كُلِّ قَلْبِ مُتَكَبِّرٍ جَبَّارٍ
Maksudnya;Demikianah Allah mengunci mati pintu hati orang yang sombong dan sewenang-wenang
3. Orang yang sombong mengabaikan perintah Allah subhanahu wata’ala.
وَلَا تُصَعِّرْ خَدَّكَ لِلنَّاسِ وَلَا تَمْشِ فِي الْأَرْضِ مَرَحًا
Maksudnya;Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh.
4. Orang yang Sombong menjadi penghuni neraka. Sabda Rasulullah saw;
لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ حَبَّةُ خَرْدَلٍ مِنْ كِبْرٍ
Maksudnya;Tidak akan masuk syurga siapa saja yang di dalam hatinya terdapat sedikit kesombongan)
5. Kesombongan membawa kepada kehinaan di dunia dan di akhirat.
إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ
Maksudnya;Sesungguhnya orang-orang yang sombong takabbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina.
Sifat Sombong dengan Realiti di Universiti
Bila menyebut mengenai sifat sombong ini, sering kali ianya berlaku tanpa kita sedari. Adalah penting bagi kita kenal pasti bila ianya berlaku terutama pada diri sendiri.
Antara situasi yang mungkin biasa berlaku ialah antara student senior dan student junior, antara staf atasan dengan staf bawahan, hatta antara pensyarah dan para pelajar sekalipun! Dengan kata yang mudah, sifat sombong ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja asalkan ianya bergelar makhluk Allah.
Bila berlakunya situasi seperti disebut di atas, maka satu pihak yang merasa dirinya lebih hebat dari pihak lain akan bertindak untuk menunjuk-nunjuk. Sama ada ia keluar dalam bentuk perkataan, perbuatan mahupun detik dalam hati. Tanpa disedari, unsur-unsur mazmumah lain akan turut serta mengiringi ekspresi sifat sombong mereka, seperti sifat riak, mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati orang lain, mengumpat dan lain-lain.
Berhati-hatilah dengan sifat sombong wahai golongan yang ingin menegakkan Islam
Bagi golongan yang mengakui memperjuangkan Islam, sewajarnya bagi mereka untuk berwaspada selalu dengan sifat tercela ini. Tidak kira sama ada mereka pelajar, pendakwah bebas, pendidik mahupun USTAZ/USTAZAH! Kalian semua merupakan pembawa risalah Allah di muka bumi. Kalian sedang memjalankan tugas yang suci dan mulia kerana tugas menjalankan dakwah ini adalah warisan tugas kenabian. Janganlah kalian menjerumuskan diri ke dalam api neraka dengan berlaku sombong sesama manusia. Akibatnya akan terpalit kepada diri kalian dan juga kepada kesucian Islam itu sendiri.
Usaha untuk mewujudkan bi’ah (suasana) solehah di dalam kampus akan terjejas dengan sebab perbuatan kalian sendiri. Oleh itu, penulis ingin menyeru kepada diri sendiri dan semua sahabat/sahabiah supaya sentiasa bermuhasabah daripada sifat sombong ini;salah satu daripada sifat tercela.
Sebalik semua akan merasa bahagia dan tenang apabila manusia saling hormat menghormati, merendah diri dan tidak menunjuk-nunjuk, tidak mengutuk dan mencerca pihak lain, dan yang paling penting semua pihak sentiasa berbaik sangka. Kerana itulah inti pati akhlak yang dianjurkan oleh Islam.
Penutup
Akhir kata, penulis berharap supaya kita semua kembali kepada Allah dan sentiasa bermuhasabah terhadap apa yang telah kita lakukan setiap hari. Segala kekurangan adalah datang dari diri sendiri. Apa yang baik dapat diambil iktibar sebagai renungan bersama. InsyaAllah.
Sumber:bentara-khatib blog
Sunday, December 7, 2014
Sabar
-kopipes-
KENAPA SUSAH SANGAT NAK BERSABAR NI??
Bismillah hirrahman nirrahim..
Assalamualaikum semua. What a day! Jom ucapkan alhamdulillah
tanda syukur kpd Allah SWT sebab masih memberi kita masa untuk bernafas dan
hidup di bumi dia. Sebab bila kita bersyukur, kita ucap alhamdulillah, kita
pasti ingat Allah. Bila kita ingat Allah haaaaa, Allah bagi pahala. Mashaa
Allah! Betapa pemurahnya Allah SWT beri kita pahala dengan hanya mengingatinya.
Tapi xramai yang ingat dia. Ramai yang ingat dia masa kita susah je. Bukan
sekadar kenyataan, tapi memang realiti! Kalau nak bagi contoh saya taknak bagi
contoh yang jauh2. Kita boleh tengok orang-orang kaya..... yang suka pergi
disco berbanding solat jemaah di masjid. Adakah mereka ni tiba2 je berdoa dalam
disco tu angkat tangan dan menyebut Alhamdulillah atas nikmat yang Allah bagi?
Mesti pelik kn? Jadi tu lah.... kadang2 kita tengok orang pakai songkok, kopiah
ni pastu masuk masjid pulak.. kita cebikkan bibir kita ni. Dah lah buat macam
tu cakap macam2 lah pulak. Riak lah, nk menunjuk lah.,. mashaa allah! Niat dia
ikhlas ke tidak tu urusan Allah. Kita tak da hak nak menilai ibadat orang
ikhlas ke tak. Tu urusan Allah. Janganlah kita jadi orang yang melampau batas.
Sebab Allah benci orang yang melampau batas.
Sabar? Apa sebenarnya sabar ni? Bila kita tanya 1000 orang
akan adalah 1001 jawapan berbeza. Ada je orang bagi 2 jawapan berbeza.
Pengertian sabar pada hemat saya ni apabila kita tenang dan selalu bergantung
pada Allah bila diuji. Bukan asyik bergantung pada orang lain sebab manusia ni
ada had kesabaran jugak betul tak? Sekali dua tak mengapalah. Tapi kalau dah
setiap hari kawan mengadu benda yang sama, naik boring jugak. Lama2 marah lah
dia. Tpi kalau kita mengadu kat Allah, Allah tak boring ke? Allah marah ke?
Tidak. Allah tak marah langsung. Allah suka. Allah tak suka orang yang bila ada
masalah tak mengadu padanya sebab tu lah manusia yang ego. Tak mahu merendah
diri kepada dia. Tak mahu berdoa pda dia agar diberikan jalan penyelesaian
terbaik. Malah orang lebih suka mengadu kepada kaunselor atau guru... kawan
maybe.. dia ingat semua masalah kawan boleh selesai kot kan.... ikut dia lah...
tapi cepat2 lah bertaubat.
“bila ada masalah, tak perlu pening kepala fikir jalan
penyelesaian. Allah cuma nak kita sabar dan solat.”
Ya saya setuju dengan statement ni. Sebab memang dah
terbukti keberkesanannya pada diri saya. Adalah satu hari ni ditakdirkan kawan
saya di matrikulasi... dia sentap beg saya dan telah membuatkan saya tertarik
kebelakang dan bahu saya sakit lah sikit. Saya pandang wajah dia. Bercampur
rasa marah+geram+malu... agak2 apa hasilnya? Kalau nak gaduh eh boleh je....
saat tu juga saya gduh marah2 dia. Tapi... tatkala syaitan bisikkan kata2
godaan suruh saya marah budak ni... tiba2 hati saya terdetik.. ‘sabar..sabar.
dia tak sengaja kot nak buat cam tu. ‘ agak2 mana kita pilih? Saya pun pandang
muka dia dengan wajah yang masam dan bibir beransur2 senyum. Sy pon mengambil
langkah memberitahu dia dengan nada suara bergurau. Rupa2 nya dia tak tahu yang
dia telah menyakiti saya dan tidak sengaja pon. Apa terjadi kalau saya marah
dia? Terlerai lah persahabatan kami yg terbina tu. Bukankah tu kesan buruk?
Allah ni maha bijaksana dan maha mengetahui sebenrnya. Dia
datangkan ujian dari pelbagai cabang. Tujuannya satu je. NAK UJI SEKUAT MANA
IMAN KITA. Macam exam/ test di sekolah... kita study , ulangkaji sampai tak
tidur malam. Siang malam pon study je. Biasalah exam kan. Apatah lagi pelajar
universiti lagiilah... tapi ramai tak yg study untuk ujian Allah? Ramai tak
yang sedar yang Allah pon adakan ujian untuk kita? Ramai yang tahu ujian Allah
tu ada tapi ramai yang tak sedar yang ujian Allah tu boleh muncul dalam
pelbagai bentuk. Dan ramai yang tak study dalam usaha untuk lulus dalam ujian
Allah ni. Bagi saya orang yang betul2 pandai bukanlah manusia yang bijak dalam
mathematics, sastera, biologi atau ekonomi asas.. bukanlah manusia yang menang anugerah nobel
berkali2... tapi manusia yang lulus ujian Allah yakni manusia penyabar. Jadi
saya tak kisah pon tengok orang tu bijak tapi tak peduli hukum hakam. Bukanlah
saya ni pandai sangat tapi tu prinsip yang saya simpan kemas2 di hati sy. Saya
kawan semua orang baik pandai atau bodoh. Tapi tulah.... sy rasa awak faham
maksud sy kan? Sebab bijak dan bodoh tu adalah ujian. Bergantung pda mereka
macamana mereka memahami konsep ujian Allah tu. Sebab bagi manusia yg faham,
mereka pasti berbahagia.dan tiada istilah putus asa mahupun riak dalam hatinya.
Kadang2 orang tak sedar bila marah mereka akan turut
mengangkat tangan dan kaki. I mean pukul memukul lah. Orang pemarah/ panas
baran misalnya. Saya pernah mendengar dari seorang sahabat..panas baran ni
merupakan penyakit jiwa. Eh macam penyakit gila ke? Oh, tidak! Orang panas
baran bukannya gila atau sewel tapi mereka mempunyai penyakit dalam hatinya.
Yakni tak dapat mengawal marah sedangkan marah itu merupakan jalan mudah bagi
syaitan laknatullah untuk menggoda manusia agar bertindak luar batas seperti amok dan bunuh diri. Kepada yang
ingin membaca tentang artis korea yg mati akibat membunuh diri klik sini < > sebab tu entry lama takut ada yang tak
sempat baca. Tu salah satu daripada kelaknatan Allah. Barangsiapa yang mati
membunuh diri didunia ni, nanti di neraka dia akan diseksa dengan penyebab
kematiannya selamanya. Contohnya dia mati terjun dari tingkat 30, dia akan
terjun berulang2 kali di neraka. Betapa seksanya azab Allah. Jadi penyelesaian
bagi orang pemarah ni bersabar dan beristighfar. Bila kita berhadapan dengan
orang yang pemarah.. panas baran, kita perlu bijak menangani nya. Jangan lawan
cakapnya, iya kan saja dan bila dia sudah hilang marahnya bolehlah berbincang
cara diplomatik. Tapi apa pula yang harus dilakukan sekiranya kita yang marah?
‘ sekiranya sedang berdiri, maka duduklah. Sekiranya duduk
masih belom mampu meredakan kemarahan, berbaringlah yakni mengiring. Jika itu
juga tidak mampu meredakan marah dan sakit hati maka penyelesaian terakhir
adalah WUDUK.’
Sememangnya benar! Api amarah itu datangnya dari syaitan.
Maka dengan berwuduk (air) api kemarahan itu akan dapat dipadamkan. Tu salah
satu cara kita bersabar daripada marah. Rasulullah SAW merupakan manusia yang
paling penyabar. Hal ini telah dibuktikan dengan peristiwa kematian saidina
Hamzah ra yg merupakan asadullah (singa Allah) yg telah syahid dan mayatnya
telah dibelah dan hatinya telah dikeluarkan oleh Hindun bt Utbah dan digigitnya
hati tersebut kerana dendam. Rasulullah sangat berduka dengan kejadian tersebut
dan ingin menuntut bela atas kematian Saidina Hamzah namun turunlah sepotong
ayat iaitu:
Maka Nabi Muhammad telah memilih untuk bersabar dan
membatalkan hasrat untuk menuntut bela ke atas penganiyaan mayat Saidina Hamzah
itu.
4 Cara Penting Mengatasi Orang Yang Suka Menjatuhkan Semangat Kita
-Kopi pes-
Berubah itu mudah.
Bab kata Mat Lutfi, depa ni kita panggil BOB.
BOB adalah short form untuk “Buat Orang Bersalah”
Bila kita berdepan dengan BOB dan ujian-ujian yang sebegitu, janganlah kita bersedih dan rendah diri, serta mula merasa give up dalam proses untuk berubah ini.
Don’t simply surrender.
Jihad ini sememangnya sukar. Penuh dengan mehnah dan tribulasi.
Sebaliknya jika anda cuma tersenyum sahaja, itu membuatkan rancangan dia untuk ‘menjatuhkan semangat’ anda tidak menjadi.
Oleh itu kekal tenang dan senyum.
Mentertawakan tetapi tidak bermaksud ingin menjatuhkan
Kadang-kadang ada juga yang ketawa bila melihat kita, biasanya rakan-rakan rapat yang berasa lucu dan ingin bergurau dengan kita.
Mungkin mereka terkejut melihat perubahan pada kita dan ingin mengusik kita. Bertenang, jangan cepat melatah.
Layankan sahaja gelagat mereka dan teruskan ketawa bersama mereka.
Namun kita harus pandai membezakan gurauan dan hinaan.
Berdirilah atas kaki kita sendiri.
Jangan tentukan diri kita berdasarkan kata-kata dari orang lain. Jadilah diri kita sendiri dan yakinlah dengan perubahan yang kita buat kerana Allah ini adalah tepat dan terbaik.
Jika kita memikirkan kata – kata orang lain, kita akan menjadi seseorang yang bergantung pada orang lain, dan membiarkan pendapat orang lain mengendalikan kita.
Kita bukan semudah itu untuk menjadi loser!
Memohon agar sahabat, jiran tetangga dan orang – orang ini dihilangkan penyakit hatinya kerana sifat menjatuhkan semangat orang itu merupakan penyakit hati.
Semoga memberi manfaat. Artikel diatas cumalah pandangan saya yang naif berdasarkan pengalaman saya.
Berubah itu mudah.
Tetapi yang sukar adalah jalan untuk Istiqamah.
Cabaran yang paling besar adalah reaksi mereka disekeliling kita.
Mungkin, perkara ini normal dalam
masyarakat kita bila kita ingin melakukan sesuatu perubahan yang ke arah
lebih baik itu, pasti ada yang akan memandang serong dan memperlekehkan
usaha kita itu serta sentiasa menjatuhkan semangat kita.
“ek ele.. tak lama tu, nanti tengok la. Sekerat jalan je. Semangat je lebih masa ni..”Memang ada yang memberi galakan, tetapi tidak ramai. Banyak yang menjatuhkan semangat dari memberi semangat.
” tak payah nak berlagak baik la. Aku kenal ko macam mana dulu..”
Bab kata Mat Lutfi, depa ni kita panggil BOB.
BOB adalah short form untuk “Buat Orang Bersalah”
Bila kita berdepan dengan BOB dan ujian-ujian yang sebegitu, janganlah kita bersedih dan rendah diri, serta mula merasa give up dalam proses untuk berubah ini.
Don’t simply surrender.
Jihad ini sememangnya sukar. Penuh dengan mehnah dan tribulasi.
Apa yang boleh kita lakukan bila menghadapi BOB atau orang yang suka menjatuhkan semangat ini?
#1 : Sabar Dan Kuatkan Hati
Inilah langkah yang paling asas dan pertama kita perlu lakukan, iaitu bersabar.
Pada mulanya mungkin kita berasa sangat
sukar untuk bersabar bila sentiasa diuji hebat oleh orang sekeliling
yang sentiasa ingin menjatuhkan semangat kita.
Namun percayalah, jika kita teruskan untuk bertahan dalam kesabaran, lama-kelamaan ia akan membentuk hati kita untuk kuat.
Memang pada mulanya kita akan selalu
menangis dan berkecil hati, namun selepas itu kita akan mendapat hati
yang jauh lebih teguh dan kuat dari sebelumnya.
Pelangi akan muncul selepas turunnya hujan yang membasahi pipi bumi.. =)
.
#2 : Berpura-pura bodoh dan buat selamba
Biasa orang-orang dari golongan BOB ini
suka menyindir dan memperlekehkan kerana bertujuan untuk menyakitkan
hati. Mereka akan lebih seronok jika kita memberi reaksi tersinggung,
kerana mereka telah berjaya mencapai tujuan mereka.
Oleh apa yang boleh kita buat?
Buat mereka mereka berasa tidak seronok bila cuba untuk menjatuhkan semangat kita. Bagaimana?
Kita boleh “membodohkan” perkataan
mereka untuk menyindir kita. Contohnya, jika dia berkata “Kau ingat kau
baik sangat?”. Kita boleh membalas, ” Takde la baik sangat..”.
Selalunya balasan seperti itu akan
menyakitkan hati mereka kembali. Namun sekadar itu sahaja, tidak perlu
kita memanjangkan perang mulut jika mereka membalas kembali.
Senyum dan buat muka selamba. Rileks dan abaikan mereka.
Sebab sebenarnya, apabila seseorang itu menyindir mereka
mengharapkan anda tersentak, atau berasa marah, rendah diri atau tidak
yakin.Sebaliknya jika anda cuma tersenyum sahaja, itu membuatkan rancangan dia untuk ‘menjatuhkan semangat’ anda tidak menjadi.
Oleh itu kekal tenang dan senyum.
Mentertawakan tetapi tidak bermaksud ingin menjatuhkan
Kadang-kadang ada juga yang ketawa bila melihat kita, biasanya rakan-rakan rapat yang berasa lucu dan ingin bergurau dengan kita.
Mungkin mereka terkejut melihat perubahan pada kita dan ingin mengusik kita. Bertenang, jangan cepat melatah.
Layankan sahaja gelagat mereka dan teruskan ketawa bersama mereka.
Namun kita harus pandai membezakan gurauan dan hinaan.
#3 Fokuskan kepada apa yang kita sedang usahakan
Keep your eyes on the ball. – Istilah ini sangatlah besar maknanya bagi kita untuk tetap fokus.
Memperlekehkan, menyindir, mengejek,
memalukan dan menjatuhkan semangat ini sebenarnya perkara biasa dalam
kehidupan. Pernahkan anda menyaksikan pertandingan atau perlawan bola
dipadang?
Perasankah anda ada penonton yang berada
dibahagian tepi padang? ada yang mengejek dan ada juga yang memberi
semangat kepada pemain.
Untuk memenangi perlawanan, pemain harus fokus pada perlawanan yang sedang dilalui dan tidak mempedulikan perkara lain.
Jika dia gagal untuk mengekalkan fokus
dan mendengar ejekan-ejekan, pasti dia tidak akan dapat beraksi dengan
baik dan mudah ditewaskan.
Jadi ibaratkan diri kita seperti pemain bola diatas padang yang sedang berusaha memenangi perlawanan.
Masalah yang mungkin timbul
Yang menjadi masalah, kadang-kadang
disebalik kata-kata kata semangat yang kita terima, pasti ada terselit
juga kata-kata yang menjelekkan dan negatif.
Bagaimana untuk kita menghadapi perkara ini?Berdirilah atas kaki kita sendiri.
Jangan tentukan diri kita berdasarkan kata-kata dari orang lain. Jadilah diri kita sendiri dan yakinlah dengan perubahan yang kita buat kerana Allah ini adalah tepat dan terbaik.
Jika kita memikirkan kata – kata orang lain, kita akan menjadi seseorang yang bergantung pada orang lain, dan membiarkan pendapat orang lain mengendalikan kita.
Kita bukan semudah itu untuk menjadi loser!
#4 Mengelakkan Diri Dari Mereka, jika perlu..
Apabila kita menghadapi situasi di mana
kita berhadapan dengan sahabat yang memang kuat menyindir atau orang
yang terlalu aggresif memprovokasi kita, sebaiknya kita menghindar diri
buat sementara waktu.
Lebih baik kita mendiamkan diri dan jangan mendekati orang tersebut dan carilah tempat yang membuat kita selesa.
Ini dapat mengelakkan kita berasa sakit hati dan pergaduhan.
Sebagai seorang muslim, kita digalakkan untuk segera berwuduk kerana dengan berwuduk akan dapat menenangkan fikiran kita. Lebih berkesan lagi jika kita mengamalkan membaca surah Yassin dan memperbanyakkan istigfar.
Penutup: Berdoalah kepada Allah
Apabila kita telah melakukan kesemua tips diatas tadi, tetapi belum juga berhasil, maka langkah terakhir kita adalah berdoa kepada Allah, menyerahkan semuanya kepada Allah.Memohon agar sahabat, jiran tetangga dan orang – orang ini dihilangkan penyakit hatinya kerana sifat menjatuhkan semangat orang itu merupakan penyakit hati.
Semoga memberi manfaat. Artikel diatas cumalah pandangan saya yang naif berdasarkan pengalaman saya.
Thursday, December 4, 2014
Cabaran Baru 2015
Alhamdulillah,....saya ada rakan2 sekerja satu pasukan yang sangat best dan sempoi...menjadikan environment sekerja yang menenangkan. Namun, tiba2 keadaan berubah. Proses perubahan organisasi dibuat oleh pengurusan atasan....saya telah perhatikan terdapat sifat2 negatif yg saya perhati dimana saya perlu hadapi dgn manusia2 tertentu iaitu sikap yang suka complain about everything even small2 things, s sikap suka menyalahkan orang, sikap suka marah orang, sikap tidak tolerate, sifat selfish, sifat out spoken, sifat memburukkan orang, sifat sombong, sifat takabur, sifat suka bersaing secara negatif,sifat menggelabah, sifat terburu2 , sifat mulut longkang yang memualkan...sikap2 begini akan menjadikan suasana bekerja menjadi tidak menyenangkan.....maaflah...saya rasa amat tertekan kini...bukan kerana kerja yang akan dihadapi...tetapi kerana terdapat manusia negatif yang saya hendak elak tetapi ditakdirkan untuk hadap hari2...ya Allah...kuatkanlah semangat saya untuk menghadapi manusia2 negatif ini yang tidak bersifat supportive dan takabur.....pohon doakan saya, moga saya dielakkan dari dijangkiti sifat2 negatif dan mulut2 longkang yang menjijikkan ini. Pohon perlindungan daripada hasad dengki manusia dan kejahatan mereka ya Allah...politik ofis dan mulut2 jahat dan hati dengki mmg banyak bersepah di pejabat itu, pohon lindungi saya ya Allah..aaminn..
(w//bagaimanapun, masih ade kawan2 yang baik & menyeronokkan instead of manusia mulut longkang itu, alhamdulillah)
Maaf- ini satu post yang paling emosi yang pernah sy post berdasarkan tahap tertekan yg dialami, maafkan saya
(w//bagaimanapun, masih ade kawan2 yang baik & menyeronokkan instead of manusia mulut longkang itu, alhamdulillah)
Maaf- ini satu post yang paling emosi yang pernah sy post berdasarkan tahap tertekan yg dialami, maafkan saya
Subscribe to:
Posts (Atom)