Monday, March 26, 2012

Teringat di Kuantan

Kuantan...Eja ada membuat tahlil untuk arwah Pak De Mamat yang meninggal...tp.... jadual saya agak full pada minggu itu....teringat masa kami ke Kuantan dahulu..

Hubby n my dear young sis

Kami somi isteri

Me n my dear youngest sis


Wedding my cuz..

Been to wedding my cousin hubby side...truly i hope perkahwinan ashraf dirahmati..diberkati...dan berkekalan hingga ke akhirnya...

ashraf n our lovely aunties

Malam berinai

Wif my sweet SIL

Wif hubby

Wif BIL n SIL

Reception day-grey theme color

Wif Family in law

Me

Hubby-nape mate bulat camtu bang..hehe

Monday, March 12, 2012

Kaabah Adalah Pusat bagi Manusia @ Bumi?

Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Allah telah menjadikan Kaabah, rumah suci itu sebagai pusat bagi manusia.” (Surah Maa’idah: 97)
Neil Amstrong telah membuktikan bahwa kota Mekah yang terletaknya Kaabah adalah pusat kepada planet Bumi.”
Sebenarnya di dalam Al-Quran terlebih dahulu membicarakan perkara ini, sebagai hamba Allah yang diberikan akal fikiran perlulah meneliti dan berfikir disebalik rahsia-rahsia yang terkandung didalam ayat-ayat suci Al-Quran Al-Karim.
.
Diantara Kalam-kalam Allah Ta’ala mengenai Mekah Pusat Bumi
Firman Allah yang bermaksud:
“Demikianlah Kami wahyukan kepadamu al-Quran dalam bahasa Arab supaya kamu memberi peringatan kepada Ummul Qura (penduduk Mekah) dan sekalian penduduk dunia di sekelilingnya (negeri-negeri di sekelilingnya).” (asy-Syura: 7)
.
Kata “Ummul Qura” bererti induk bagi kota-kota lain, dan kota-kota di sekelilingnya, menunjukkan Mekah adalah pusat bagi kota-kota lain, dan yang lain hanyalah berada di sekelilingnya.
Lebih dari itu, kata “ummu” (ibu) mempunyai erti yang cukup penting dan luas di dalam peradaban Islam. Sebagaimana seorang ibu adalah sumber dari keturunan, maka Mekah juga merupakan sumber dari semua negeri lain serta keunggulan di atas semua kota.
Allah berfirman lagi yang bermaksud:
“Wahai jin dan manusia, jika kamu sanggup menembusi (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusinya kecuali dengan kekuatan (ilmu pengetahuan).” (ar-Rahman: 33)
.
Kata “aqthar” adalah bentuk jamak dari kata “qutr” yang bererti diameter, dan ia mengacu pada langit dan bumi yang mempunyai banyak diameter.
Berdasarkan ayat ini dapat difahami bahawa diameter lapisan-lapisan langit itu di atas diameter bumi (tujuh lempengan bumi). Jika Mekah berada di tengah-tengah bumi, dengan itu bererti bahawa Mekah juga berada di tengah-tengah lapisan-lapisan langit.
.
Selain itu ada hadis yang menerangkan bahawa Masjidil Haram di Mekah, tempat kaabah berada itu ada di tengah-tengah tujuh lapisan langit dan tujuh lapisan yang membentuk bumi.
Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya: “Wahai orang-orang Mekah, wahai orang-orang Quraisy , sesungguhnya kamu berada di bawah pertengahan langit.”
Berdasarkan penelitian di atas, bahawa Mekah berada pada tengah-tengah bumi (pusat dunia), maka benar-benar diyakini bahawa Kota Suci Mekah, bukan Greenwich, yang seharusnya dijadikan rujukan waktu dunia. – (Dipetik dari Eramuslim “Makkah Sebagai Pusat Bumi” Oleh Dr. Mohamad Daudah)

Sumber:shafiqolbu.wordpress.com

Mekah merupakan tanah suci bagi umat Islam di mana berdirinya sebuah struktur hebat iaitu Kaabah yang menjadi tidak, lambang dan panduan qiblat untuk semua umat Islam di seluruh dunia. 

Inilah 15 perkara tentang Kaabah dari sudut sains yang tidak diketahui ramai:-

1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.

5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.

12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.

16. Pandang dan lihat ka'abah dah dapat pahala 

Sumber: helmdahl.blogspot

Tuesday, March 6, 2012

Ini Pasti Berakhir...

Satu bacaan yang dapat menghilangkan keresahan saya pada hari ini setelah pelbagai perkara kurang menyenangkan berlaku ke atas diri ini...tabahlah sang hati yang sedang lara.... bacaan ini adalah didapati di majalah Solusi yang terbaru....

Cincin Raja

Sesiapa yang mengenali hakikat dunia, ia tidak akan jatuh cinta kepadanya. Menyedari kefanaan dunia adalah satu cara untuk mengusir bisiskan syaitan.

Imam Al-Ghazali bercerita dalam Ihya’ Ulum al-Din bahawa seorang raja meminta penasihatnya untuk membuat alat dengan fungsi khas. Alat ini mestilah dapat menghilangkan kesedihan si raja apabila ditimpa musibah, dan menghalang baginda daripada berlagak sombong apabila mendapat kesenangan.

Tidak lama kemudian, penasihat yang bijaksana itu mempersembahkan sebentuk cincin dan meminta baginda untuk selalu memakainya.

Beliau juga berpesan agar si raja memandang cincin tersebut setiap kali berada dalam kesengan mahupun kesedihan. Kata beliau, jika si raja melakukannya, kesedihan itu pasti hilang dan kesombongan tidak pernah akan datang.

Tiada keistimewaan pada cincin itu dari segi bahan ataupun bentukknya. Ia hanya cincin biasa yang dibuat daripada besi. Namun kalimah yang terukir di atasnya sungguh luar biasa.

“Ini pasti berakhir”

Semoga ALLAH membuka hati kita daripada melihat hakikat dunia dan memberi keyakinan untuk hanya mengharap kehidupan akhirat. ALLAHumma’amin.



#Sumber: Majalah Solusi isu 41

Thursday, March 1, 2012

Tanda kerasulan nabi Muhammad s.a.w

Antara bacaan yang membuatkan saya kagum dan kaget....sungguh...

Tanda-tanda kerasulan nabi Muhammad s.a.w mengikut pendeta Yahudi, Zaid bin Sanah...

Zaid bin Sanah menjawab kepada Umar bin Al-Khatab, "Hai Umar, segala tanda kenabian yang aku dapati dalam kitab Taurat sudah aku temui pada diri Rasulullah itu. Selain dua perkara yang aku sembunyikan dan tidak aku sampaikan kepada Rasulullah iaitu bahawa perasaan santunnya selalu mengalahkan perasaan marahnya. Makin marah orang kepadanya, makin bertambah rasa kasih sayangnya terhadap orang yang marah itu."

MasyaAllah ......sifat pertambahan kasih kepada orang yang marah pada kita....ade ke kite sifat itu.....?