Monday, February 27, 2012

Satu lawak sindiran

Seorang lelaki mahu membeli organ,dan semua otak berbeza harganya,ada yang mahal,ada yang murah dan ada satu yang paling mahal. Lalu ditanya otak siapa dan mengapa mahal sungguh harganya.
*
*
*
*
*
*
 Jawapannya : Otak ini otak orang Melayu dan ianya mahal kerana sangat sedikit digunakan.

Haha.....jgn marah..

Sumber: Feedyoursoul84 blogspot

Monday, February 20, 2012

Blog walking...

Salam...

Been blog-walking....membaca dan cuba mengenali personaliti di sebalik penulisan...minda setiap orang....wow..setiap orang mempunyai pelbagai wishes dan harapan...membayangkan betapa bagaimana harapan ini disampaikan kepada Tuhan....ramai yang berusaha untuk mencapai harapan itu...

Ada yang punya harapan dan impian...mempunyai rumah besar bak istana......wow...why am i do not have such a big dream.....? i just want to be happy....rumah yang baik,selesa, aman untuk didiami, healthy, bahagia bersama orang tersayang .....dan dapat membuat sesuatu pekerjaan yang mana disamping menjana pendapatan...dapat menambah amal dan saham akhirat.....lagi satu ..saham akhirat...anak.......saya percaya Allah mempunyai alasan nya yang tersendiri mengapa saya masih belum dikurniakan rezeki anak......namun, saya akan berdoa dan berusaha semoga Tuhan mengurniakan segala yang terbaik untuk saya...amin.......

Talking about happy, I've been reading about one brilliant student who become a protitute... what a pity.....dia berkata...dia gembira melakukan pekerjaan tersebut....dilayan seperti princess...terasa seperti julia robert di dalam filem. pretty women....wow....happy dilayan seperti princess oleh seorang lelaki yang bukan mahram....lalu saya teringat kata-kata Wardina dan betullah kata Wardina.....mereka mencari kegembiraan ...tetapi kegembiraan tu adalah kosong dan cepat hilang selepas mereka memperolehinya.lalu mereka cari dan cari lagi .....namun masih tidak puas dan tidak berjumpa............kerana mereka masih tidak berjumpa hidayah dari Allah......saya harap dia mendapat hidayah dan petunjuk dari Allah....n i pray she will find the right path...coz i know,  she had been go thru a tough times....n i know she is not happy ( ...she just try to search what happiness is all about.....n i hope she will find a true happiness. and calmness......(yang diperolehi dari hidayah Allah, insyaAllah)

Sunday, February 19, 2012

Bacaan Solat Sunat Dhuha

SOLAT SUNAT DHUHA
 
1) Bilangan rakaat : 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam)
2) Waktu : Pagi anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi

Niatnya:
"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
Baca ketika sujud yang terakhir - 3 kali


Baca doa ini selesai solat

Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika  di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.


Sumber: Permai online

Thursday, February 16, 2012

Anger atau Kemarahan..how to deal with it..

Assalamualaikum...

Kemarahan, anger, ....ape yg kite nampak dan bayangkan dengan kemarahan? Saya nampak kemarahan atau anger itu disertai dengan:
  • Api
  • Syaitan 
  • Asap 
  • Dendam
  • Konflik
  • Pergaduhan
  • Dan segala-gala yang sewaktu dengannya..
Dalam Islam...tips semasa marah kita perlu amik wuduk......kerana api perlu dipadamkan dengan air..
 Kadang-kadang, bile kite marah...kite lupe nak amik wuduk..sebab dah marah sangat kan..
 Sepanjang hidup.......hidup saya banyak dikelilingi dengan kemarahan.....sentiasa....

Saya pun mencari cara camno lah nak hadapi kemarahan...nampak senang....tapi sebenarnya macam masak dan belajar....kite kene praktis banyak kali baru boleh menjadi...

I would advise to readers....these tips could work...once i memang cepat marah, (still.... i think) namun atas kesedaran .....these tips will help u how to deal with anger..

How to Manage Anger..../Camne nak Menguruskan Kemarahaan)

First sekali kite kene jwb soalan2 berikut:

  • Adakah anda selalu marah?
  • Adakah anda selalu marah melampaui batas?
  • Adakah kemarahan anda efek pada orang lain?
  • Adakah anda dendam atau simpan kemarahan anda itu?
  • Adakah tempoh marah anda lama?
  • Adakah orang lain takut dgn kemarahan anda?
  • Adakah kemarahan anda mempengaruhi orang sekeliling anda secara negatif?
  • Adakah anda menjadi ganas apabila anda marah?
 Jika anda menjawab ye pada 2,3,atau lebih pada soalan-soalan anda, ia bererti anda mempunyai masalah kemarahan.


 TIPS UNTUK MENGATASI KEMARAHAN  ADALAH:

  • PERHATI
  • ANALISA
  • TUKAR

Baca Yasin Masuk Rumah..

Assalamualaikum...

Sempena saya nak masuk rumah ni, malam Jumaat 16 Februari 2012, ayah, mak dan adik-adik buat gathering baca Yassin, solat Maghrib dan Isya' di rumah saya. Kami juga buat makan-makan sempena hari lahir ayah pada bulan Februari ni...umur ayah saya dah nak masuk 61 tahun....kami sekeluarga doakan ayah dan mak sihat walafiat, panjang umur, murah rezeki dan gembira selalu....ya Tuhan....sihatkanlah dan panjangkanlah umur kedua ibu bapaku...kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani aku ketika aku masih kecil...Amin...

Saya sayang sangat pada mak dan ayah saya......





Sunday, February 12, 2012

Mencintai Rasulullah s.a.w

Assalamualaikum wbt...

Sempena maulidur rasul tempoh hari........marilah kita berselawat kepada Junjungan besar Rasulullah s.a.w......seorang contoh teladan yang Allah berikan kepada kita untuk kita ikut...dan cintai..

Meskipun kita tidak pernah berjumpa dengan baginda Rasulullah s.a.w.....bagaimana hendak kita cinta kepada baginda? Ia adalah bergantung dengan iman kita...tahap kepercayaan kita kepada ajaran Al-Quran dan  hadith. 

Saya sentiasa berdoa moga cinta saya kepada Rasulullah s.a.w tidak pudar, semakin hari semakin kuat......namun, saya rasa sedih dengan kutukan segelintir manusia  yang menghina baginda di internet dan sebagainya...dan saya rasa begitu marah dengan diri saya sendiri tidak  melawan mereka bagi melindungi nama Rasulullah s.a.w....lemahnya saya!!! Sebab ilmu saya dangkal....dan baru saya sedar iman saya masih lemah....saya malu padaMu ya Allah..

Sebenarnya...alhamdulillah...pada tahun akhir 2010 yang lalu, satu perkara yang saya masih berfikir-fikir sehingga kini.....saya bermimpi berjumpa Rasulullah s.a.w ....tapi mimpi tersebut masih segar dalam ingatan saya....saya bermimpi baginda menyerahkan kain putih miliknya untuk saya cuci....saya tak pasti samaada ia mainan tidur atau tidak....baginda tidak memperkenalkan dirinya...tapi didalam mimpi tersebut saya maklum bahawa itu adalah baginda....dan saya amat gembira mencuci kain baginda, saya sidai dan umumkan pada semua orang yang lalu lalang bahawa itu adalah kain baginda namun tiada siapa peduli...dan saya ingat wajah baginda.....wajah putih bersih, memakai serban, pakai jubah putih, ada janggut tapi tidak terlalu panjang....bertubuh sederhana.....namun, secara terperinci...tidaklah saya ingat sangat.....

Saya tidak pasti berkenaan mimpi saya......adakah benar, adakah hanya mainan tidur.....kerana saya bukanlah orang alim, bukanlah seorang yang popular dan disukai orang sgt, saya orang biasa yang hari-hari berdosa.....sembahyang pun banyak yang tidak sempurna.....dan banyak benar perkara negatif berkenaan diri saya....namun saya hari-hari cuba membaiki diri saya ....

Dan saya ada menceritakan kepada beberapa orang terdekat...namun, hanya diketawakan dan ada yang tidak percaya. Saya tidak peduli apa yang orang lain cakap,,...namun,....jauh di sudut hati saya.....saya rasa gembira bermimpi perkara itu....kerana pada saya, ia adalah mimpi yang baik dan menakjubkan ....dan saya takkan lupakan mimpi saya itu sampai bila-bila....

Kadang-kadang mungkin saya termimpi perkara tersebut kerana...saya cepat mengalirkan air mata apabila mendengar cerita berkenaaan Baginda......dan sebenarnya kepala dan badan saya rasa seperti bergelombang  apabila mendengar cerita berkenaan Baginda s.a.w.....sama ada orang percaya atau tidak......itu terpulang...saya hanya menceritakan apa yang saya alami...wallahuallam..

Saya doakan moga Tuhan lindungi dari sebarang keburukan...Amin......

Bolehkah..?

Salam...

Masa sedang berjalan...tik..tok...tik..tok....setiap jam...setiap minit...setiap saat berlalu.....tanpa kita sedari....masa meninggalkan kita......ajal semakin hampir entah bila tidak diketahui..Hanya Yang Maha Esa Maha Mengetahui.......fakta bahawa masa berlalu meninggalkan kita...kita semakin hari tanpa disedari kita semakin tua....sibuk mengejar duit untuk hidup.....sibuk mengejar yang ntah apa kita pun tidak sedar....

Kenapa masa berlalu begitu cepat? Setengah teori mengatakan bahawa masa itu adalah hanya persepsi kepada manusia. Masa itu diciptakan oleh Allah..

Hidup diteruskan....fakta bahawa apakah yang bakal saya lalui dimasa hadapan? Apakah nasib yang bakal  ditempuhi pada masa hadapan membuatkan saya tertanya-tanya dan khuatir......Bolehkah atau dapatkan saya tabah menempuh apa yang bakal saya tempuhi nanti?Sudah bersediakah saya?......

Makin lama saya fikir.....makin rasa kerdilnya saya dan alangkah takutnya saya kepada Allah yang Maha Esa! Takut jika Tuhan tidak redha dan kasih kepada kita..............apakah yang kita harapkan lagi selain dari kasih Allah kepada kita...? Bagaimana hendak saya hadapi perasaan takut saya kepada Pencipta saya? Tidak lain tidak bukan....selalulah kita beribadat dan melakukan kebaikan......kita manusia ni terlalu lemah....namun kenapa masih ramai yang sombong? Mahu bergaduh sesama sendiri? Benci sesama sendiri? Tidakkah kamu manusia sedar bahawa hanya Tuhan sahaja yang layak mengadili seseorang.....Kenapa kita sesama manusia cepat benar menghukum dan berbalah sesama sendiri? Ni semua kerja syaitan.....alangkah jahatnya engkau ya Iblis....memberi hasutan kepada manusia....memporak-perandakan dunia......

Namun,...di sebalik semua yang berlaku ini......bersangka baiklah kepada Tuhan...kerana Dia mencipta kita...dan Allah itu Maha Adil.....n i believe we, human being are live in the world has been go thru a lot of suffering and tests, in order for us to go to Heaven....tempat tinggal abadi kita....insyaAllah...provided kita kena berusaha ke arah itu...iaitu Syurga!!! Terima kasih ya Allah ...memberi peluang kepada kita untuk berusaha ke arah syurga....

Robbana latuzik qullubana bak daizhadai tana wahablana milladum karaohmah innaka antal wahab...

Kukuhkan iman saya Ya Tuhan...Saya mahu ke sana..!!

Melengkapkan rumah

Salam everyone...

Eventhough a lot of things happened to me lately, there is one thing makes me happy....!Melengkapkan rumah...hehe....

Alhamdulillah....saya dapat beli set perabot....2 almari, 1 katil, 1 tilam 10 inch, meja solek dan side table..all together..RM 1750.00...what a good price kan....:)...ni gambar2 die..

Gambar beg mengganggu......

Sori...gambar beg mengganggu

Set dapur ngan oven ni  (sekali dgn hotplate) i dapat harga RM 1,400.00...

Peti sejuk.....tak sabar nak guna....:):)

Ni almari satu lagi letak kat bilik air belakang   

Warded....

Salam....

Tempoh hari....something did happened....my husband had been admitted to the ward for about 7 days.....hari cuti saya banyak dihabiskan di hospital menemani suami saya.....dan pelbagai peristiwa berlaku beberapa hari kebelakangan ini......

Yang penting.......saya kena kuatkan semangat...dan mungkin ini adalah satu perkara dimana Tuhan menguji saya untuk menghargai suami saya....dan perasan kesunyian tanpa suami bukanlah satu perkara yang baik untuk saya...

Ya Tuhan...betapa kami sedar nikmat kesihatan dan kasih sayang antara suami isteri itu adalah satu perkara yang amat berharga dan rezeki dariMu.....ampunilah dosaku!



Positif....

Salam....

Kadang2 saya terfikir....perbuatan dan percakapan saya banyak yang tidak disedari  sama ada mengguris manusia lain, salah faham, konflik dan macam-macam.......dan saya sesungguhnya demi Allah....tiada sebarang niat jahat atau dengki terselit dalam hati...tapi...hati manusia siapalah yang tahu...bak kata pepatah...rambut sama hitam ....hati lain-lain....

dan saya sebagai manusia biasa yang jahil tidak terlepas dari kutukan,dan cercaan sama ada di hadapan atau di belakang... dan cercaan itu datang dari orang yang dekat dengan kita....tiada sebarang unsur kasih sayang, tiada sebarang sokongan,dan tiada sebarang perkara yang positif timbul dari sebuah situasi.....sedangkan nabi-nabi pun menerima cemuhan dari ramai manusia, apatah lagi saya, insan yang kerdil ini.......

Apakan daya saya seorang manusia biasa....

namun bak pesan suami saya......'kita tak boleh ubah orang lain, tapi kita boleh ubah diri kita sendiri'......

ya..betul....saya tidak dapat mengawal percakapan dan perbuatan orang lain......apa sahaja yang kita buat bakal mengundang persepsi negatif orang....yang penting....saya akan cuba buat perkara yang positif...berfikiran positif......dan berserah/bertawakal kepada Allah.....sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala apa yang tersembunyi dalam hati setiap manusia...

Satu perkara yang suami saya ajar.....once u see one person, fikirlah kebaikan nya dahulu......janganlah fikir keburukannya!......ya...ia membantu saya dalam bersangka baik dengan manusia lain tanpa prejudis...kesannya pada diri kita sendiri akan lebih gembira..! Namun, kita tidak boleh menahan apa yang orang fikir buruk pada kita.....betul...!! Just do whatever positive things... then you'll be happy..

Ya........!Positif! Positif! Positif!  Ya Tuhan....Lindungilah dan bantulah saya................

Ingat...setiap hari kena berubah kepada yang lebih baik...barulah kehidupan kita lebih bermakna...

Al-Fatihah...

Al-Fatihah kepada keluarga Pak Ude Mat sekembalinya arwah Pak Ude Mat di Kuantan pada 2 Februari 2012....arwah dikebumikan di Kelantan di sebelah pusara arwah Tok Sulong...semoga Tuhan merahmati roh Pak Ude Mat dan menempatkan arwah dikalangan orang-orang yang beriman...

Saya sayang sangat dengan keluarga Pak Ude Mat mcm mak ude ta, ieda, eja, farah, ain dan harun...semoga kita sama-sama tabah menghadapi hidup ini yang memang penuh dengan cabaran...moga Tuhan melindungi kita semua...

Istighfar

Astaghfirullah hal azim.....allazi la ila hailla huwal haiyul qoyyum wa atubuilaik
Astaghfirullah halazim.......allazi laila hailla huwal hayyul qoyyum wa atubuilaik
Astaghfirullah halazim....astaghfirullah hal azim......astaghfirullah hal azim...astaghfirullah hal azim..

Ya Allah....ampunilah segala dosaku.......kerana kebanyakkan dosa yang aku lakukan tidak ku sedari, jahil...dan bodoh... berilah petunjuk ke jalan yang lurus dan engkau redhai...jauhilah aku dari kejahatan diriku sendiri dan segala keburukan......berilah aku kekuatan...kesabaran....berilah rahmatMu......sesungguhnya Tiada Tuhan melainkan Engkau, Maha Suci Allah...aku telah menzalimi diriku sendiri...

Ya Tuhanku...ampunilah aku......Amin..amin ya robbal alamin...