Tuesday, January 31, 2012

Peninggalan Kaum Tsamud

Peninggalan Kota Samud yang dapat dilihat hingga kini

Dan ingatlah olehmu di waktu Tuhan menjadikam kamu pengganti-pengganti (yang berkuasa) sesudah kaum ‘Aad dan memberikan tempat bagimu di bumi. Kamu dirikan istana-istana di tanah-tanahnya yang datar dan kamu pahat gunung-gunungnya untuk dijadikan rumah; maka ingatlah nikmat-nikmat Allah dan janganlah kamu bermaharajalela di muka bumi membuat kerosakan. 
Surah al-A’raaf ayat 74

Kaum Tsamud adalah kaum yang dilaknat oleh Allah swt kerana mensyirikkan Allah swt kerana bertindak menyembah berhala. Kaum ini dianugerahkan oleh Allah swt dengan kemampuan dan kemahiran memahat gunung untuk dijadikan istana dan tempat tinggal. Diriwayatkan bahawa mereka menetap di Hijr iaitu nama sebuah kawasan pergunungan yang terletak di persimpangan jalan antara Madinah dan Syria.

Lokasi kota tsamud (Mada'in Salih)

Dan sesungguhnya penduduk-penduduk kota Al-Hijr (Tsamud) telah mendustakan rasul-rasul
Surah al-Hijr ayat 81 

Mukjizat Nabi Saleh

Seorang nabi telah diutuskan kepada kaum Tsamud, namun langsung tidak diendahkan oleh mereka. Nabi tersebut diceritakan di dalam al-Quran sebagai nabi Saleh as. Nabi Saleh as dianugerahkan dengan seekor unta betina sebagai tanda mukjizat baginda. Unta tersebut bukan sebarangan tetapi unta ajaib yang ‘lahir’ daripada celahan batuan gunung. Ia diceritakan Allah dalam surah al-Israa ayat 59,

Dan sekali-kali tidak ada yang menghalangi Kami untuk mengirimkan (kepadamu) tanda-tanda (kekuasan Kami), melainkan kerana tanda-tanda itu telah didustakan oleh orang-orang dahulu. Dan telah Kami berikan kepada Tsamud unta betina itu (sebagai mukjizat) yang dapat dilihat, tetapi mereka menganiaya unta betina itu. Dan Kami tidak memberi tanda-tanda itu melainkan untuk menakuti.
Surah al-Israa ayat 59

Cerita lebih terperinci berkisar tentang mukjizat unta betina ini diceritakan oleh Allah swt dalam surah As-Syu’araa’ daripada ayat 154 sehingga 159.

Tidak Mengendahkan Seruan Nabi Saleh As

Miskipun demikian, kedatangan nabi Saleh as untuk mengajak mereka ke jalan tauhid langsung tidak diendahkan oeh mereka. Malahan, mereka bertambah engkar dan terus menerus mencerca dan mencabar nabi Saleh as. Ia diceritakan Allah swt dalam surah al-A’raaf,

Pemuka-pemuka yang menyombongkan diri di antara kaumnya berkata kepada orang-orang yang dianggap lemah yang telah beriman di antara mereka: “Tahukah kamu bahwa Saleh diutus (menjadi rasul) oleh Tuhannya?.” Mereka menjawab: “Sesungguhnya kami beriman kepada wahyu, yang Saleh diutus untuk menyampaikannya. Orang-orang yang menyombongkan diri berkata: “Sesungguhnya kami adalah orang yang tidak percaya kepada apa yang kamu imani itu. Kemudian mereka sembelih unta betina itu, dan mereka berlaku angkuh terhadap perintah Tuhan. Dan mereka berkata: “Hai Shaleh, datangkanlah apa yang kamu ancamkan itu kepada kami, jika (betul) kamu termasuk orang-orang yang diutus (Allah).” Karena itu mereka ditimpa gempa, maka jadilah mereka mayat-mayat yang bergelimpangan di tempat tinggal mereka. Maka Shaleh meninggalkan mereka seraya berkata: “Hai kaumku sesungguhnya aku telah menyampaikan kepadamu amanat Tuhanku, dan aku telah memberi nasihat kepadamu, tetapi kamu tidak menyukai orang-orang yang memberi nasihat.” 
(surah al-A’raaf: 75-79)

Azab Allah Swt Terhadap Kaum Tsamud Yang Kufur

Keengkaran dan kesombongan mereka terhadaps seruan nabi Saleh as telah menyebabkan mereka ditimpa dengan azab yang cukup pedih. Kehancuran kaum Tsamud adalah kerana sambaran petir yang mereka saksikan dengan mata mereka sendiri. Petir yang luar biasa dasyat ini yang menghasilkan bunyi yang cukup kuat. Firman Allah SWT yang bermaksud,

Dan adapun kaum Tsamud, maka mereka telah Kami beri petunjuk tetapi mereka lebih menyukai buta (kesesatan) daripada petunjuk, maka mereka disambar petir azab yang menghinakan disebabkan apa yang telah mereka kerjakan. 
Surah as-Fushsilat ayat 17

Berikut adalah bukti tinggalan kota kaum Tsamud, semoga umat Islam mengambil iktibar daripada apa yang berlaku kepada kaum-kaum terdahulu yang telah dilaknat Allah swt.

Allah menyediakan bagi mereka azab yang keras, maka bertakwalah kepada Allah wahai orang-orang yang mempunyai akal, (yaitu) orang-orang yang beriman. Sesungguhnya Allah telah menurunkan peringatan kepadamu
Surah at-Thalaq ayat 10

Bangunan tersergam indah diukir pada gunung.

Sesalur dan mungkin ia adalah sistem peparitan

Jalan juga mereka cipta untuk kemudahan mereka.

Bangunan yang tinggal untuk umat hari ini menghayati.

Sebuah bangunan yang dipahat daripada gunung.

Tempat tinggal mereka turut dipahat daripada gunung.

Sebuah pintu diukir pada gunung.

Lihatlah keunggulan mereka dalam mengukir gunung untuk dijadikan bangunan.

Sebuah bangunan berdiri secara bersendirian di lembah padang pasir yang tandus.

Sebuah gunung ditebuk.

Kecantikan dan kehalusan ukiran namun mereka sombong dengan pencapaian mereka.

Deretan gunung ditebuk untuk dijadikan bangunan.

Kehebatan mereka sangat mengagumkan.

Gerbang kota Petra.

Rangka Ratu Puabi, ratu kaum Tsamud.

Makam nabi Saleh as.

Kota ini pernah didiami dan manjadi bukti azab yang mereka terima akibat keangkuhan mereka.

Ukiran timbul sebuah patung.
Sumber: zharifalimin.blogspot

Wow....amazingkan!
Related Posts with Thumbnails

Masa yang begitu Ajaib

Assalamualaikum...

Hari-hari berlalu tanpa kite sedari...pernahkah kita terfikir.......masa?apa itu masa?jam?betulkah masa itu seperti jam..?Masa itu sangat relatif.....Saya tertarik dengan tulisan Dr. Maza yang ingin saya kongsikan di sini..

Saya kembali semula ke Oxford. Bandar ini agak kurang meriah sekarang kerana cuti. Saya tidak sangka yang saya akan pulang ke Malaysia sepanjang dua minggu lepas. Selepas dua bulan berada di sini, saya sempat balik sekejap. Seseorang yang berjumpa saya semasa pulang baru-baru ini berkata: “Rasanya baru sahaja hantar ke airport”.
Ya, dua bulan lepas dia rasakan baru sahaja. Namun, bagi saya yang duduk di Oxport bersendirian, walaupun sibuk dengan pelbagai urusan merasakan agak lama. Sudah berapa artikel saya telah tulis sepanjang tempoh tersebut. Sudah berapa banyak seminar dan syarahan yang telah saya hadir. Sudah banyak orang yang sempat saya temui. Masa saya, mungkin agak lebih panjang dari masa sahabat tersebut. Masa orang lain mungkin lebih panjang dari masa saya. Bahkan masa seseorang itu mungkin berbeza antara satu waktu ke waktu yang lain.
 Konsep Masa
Saya pernah menulis artikel tentang ‘Mencari Keberkatan Masa’. Saya pernah sebutkan bahawa masa adalah ciptaan Allah yang paling hebat. Ya, sehingga hari ini ahli fizik dan falsafah masih lagi kebingungan dalam mencari formula atau memahami ‘the concept of time’.
Allah Tuhan yang menciptakan masa. DIA menciptakan sekelian makhluk dan menempatkan mereka dalam sistem masa. Masa adalah makhluk Allah. Allah pencipta segalanya. DIA tidak terikat dengan masa, bahkan DIAlah yang menentukan masa. Sebab itu DIA bersumpah dalam al-Quran dengan pelbagai masa; fajar, dhuha, malam, siang dan seterusnya. Ini satu persoalan yang dapati difahami tetapi sukar untuk dimengertikan sepenuhnya. Apakah itu masa? Suatu keajaiban yang sedang diburu oleh saintis; ‘time and space’.
Jarak Masa
Mendekati persoalan ini membolehkan kita memahami perkara yang berhubung dengan keimanan kita kepada nas-nas Allah dan rasulNYA. Umpamanya, antara tanda-tanda kiamat yang sebut oleh Nabi s.a.w:
“Zaman menjadi dekat (pendek), ilmu berkurangan, dicampakkan kebakhilan (dalam jiwa) dan banyaknya haraj”. Sahabat bertanya, ‘apa itu haraj’. Nabi s.a.w: bersabda: ‘bunuh dan bunuh’. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Zaman menjadi dekat diulas dengan pelbagai andaian, antaranya umur menjadi pendek, atau peralatan canggih yang ada memendekkan waktu yang diperlukan untuk sesuatu urusan dan seumpamanya. Itulah tafsiran-tafsiran yang dibuat tanpa mengandaikan bagaimana 24 jam sehari yang kita berada dalamnya boleh menjadi pendek atau dekat jaraknya.

Namun, bagi sesiapa melihat dari teori ‘relativity of time’ akan memahami maksud hadis ini. Walaupun jam yang kita memiliki menunjukkan setiap insan memiliki 24 jam sehari, namun setiap kita dapat merasai panjang dan pendek jarak waktu yang berlainan hari adalah tidak sama. Ada masa, kita rasa agak lama. Ada masa kita rasa terlalu sekejap.
Berdasarkan hadis ini, waktu kita pendek dan waktu yang dimiliki oleh orang terdahulu lebih panjang dari yang kita miliki. Bayangkan, tanpa teknologi internet, tanpa handphone, tanpa semua yang kita miliki sekarang, mereka dapat menghasilkan pelbagai kerja-kerja besar. Karya-karya besar dan bangunan-bangunan besar. Tanpa mengira tamadun, sama ada sebelum atau selepas kedatangan Islam, manusia berjaya mewarisi khazanah ilmu yang hebat tanpa peralatan canggih seperti kita.
Walaupun hari ini, dengan segala kelebihan yang ada, yang boleh memintas jarak; seperti telepon dan internet yang memboleh kita menghubungi mereka yang jauh tanpa bergerak ke tempat berkenaan secara fizikal, atau kenderaan canggih yang membolehkan kita sampai ke sesuatu tempat dengan pantas, namun di zaman inilah manusia banyak mengadu ‘tidak cukup waktu’. Tidak cukup untuk Tuhan, tidak untuk dirinya, tidak untuk keluarganya. Ke manakah masa 24 sehari itu pergi? Ia sebenarnya telah menjadi pendek.

Tidak Sama

Di samping waktu itu tidak sama masa antara seorang dengan seorang yang lain. Walaupun setiap orang memiliki 24 jam pada hitungan jarum jam, namun jarak waktu atau space of time yang dilalui oleh seseorang mungkin berbeza. Seseorang yang diberikan Allah kenikmatan tertentu selama setahun mungkin merasainya lebih lama dari seseorang yang diberikan nikmat yang sama dalam tempoh sepuluh tahun. Seseorang yang dilihat menderita sepuluh tahun mungkin merasainya lebih pendek dari seseorang yang menderita perkara yang sama selama setahun.
Maka jangan hairan jika kesabaran manusia berbeza. Jangan hairan juga syukur manusia itu berbeza. Sebab, apa yang sama pada zahirnya, belum tentu sama pada batinnya. Tapi hairanlah bagaimana kehebatan Allah membahagikan kurniaanNYA yang kelihatan sama tetapi berbeza disebabkan jarak waktu dan masa.
Masa adalah penentuan Allah yang mutlak maka insan tidak perlu hairan tentang banyak persoalan berhubung dengan keadilan Allah. Seseorang mungkin bertanya di manakah keadilan bagi insan zalim yang meninggal ratusan tahun dahulu yang diazab di kuburnya sehingga kiamat dengan si zalim yang baru meninggal. Jika kiamat masih lambat, seakan tidak adil orang yang mati terdahulu terpaksa melalui waktu azab yang lebih panjang. Semua persoalan ini pada asasnya, kita meyakini keadilan Allah. Kedua, dengan memahami bahawa waktu itu sesuatu yang relatif maka kita akan faham secara umum hal ini.
Perbezaan Alam
Masa atau waktu sesuatu alam juga tidak sama. Alam dunia dan alam barzakh mempunyai konsep waktu yang berbeza. Kehidupan dunia dan kehidupan akhirat juga mempunyai konsep waktu yang berbeza. Allah berfirman: (maksudnya)
“dan mereka meminta kepadamu (Muhammad) agar menyegerakan kedatangan azab, padahal Allah tidak sekali-kali akan memungkiri janjiNYA; dan (katakanla): sesungguhnya satu hari (dari hari-hari azab) di sisi Tuhanmu adalah menyamai seribu tahun dari yang kamu hitung”. (Surah al-Hajj, 47).
Demikian ketika Allah menceritakan tentang penciptaan lagi dan bumi dengan firmanNYA: (maksudnya)
“Allah mentadbirkan dari langit ke bumi; kemudian diangkat naik kepadaNYA (urusan) pada satu hari yang kadarnya seribu tahun menurut apa yang kamu hitung” (Surah al-Sajdah, 5).
Banyak ayat-ayat ini telah diterjemahkan dalam sesetengah al-Quran terjemahan melayu secara semberono disebabkan penterjemah itu gagal memahami konsep masa yang hendak dijelaskan oleh al-Quran. Mereka telah mengubah terjemahan kerana perasaan ganjil mereka terhadap maksud ayat-ayat ini. Terjemahan bebas mereka telah merosakkan maksud asal yang terkandung dalam bahasa arab yang indah.
Apa yang al-Quran jelaskan ialah masa itu tidak sama antara satu alam dengan alam yang lain. Bumi ini terlalu ‘halus’ bagaikan debu jika dibanding alam semesta yang luas. Masa yang dirasai oleh penduduk bumi tentu tidak sama dengan masa yang ada di tempat lain selain bumi. Dengan melihat keagungan Allah yang menentukan kadar masa yang berbeza bagi tempat yang sama dan yang berlainan, alam yang sama dan yang berlainan, maka dapat kita fahami betapa halus dan teliti kuasa dan keadilanNYA.
Orang di sebelah kita mungkin hidup dalam satu lingkungan masa yang berbeza dengan kita. Seorang yang sedang sakit bertahun di atas katilnya mungkin merasainya hanya beberapa hari, namun yang menjaganya telah melaluinya bertahun lamanya.
Allah mengatur segalanya dengan kehendak dan hikmah yang dalam banyak keadaan kita insan yang kerdil ini gagal memahaminya. Justeru Allah menceritakan tentang Ashabul Kahf yang tidur ratusan tahun tetapi dirasai hanya sehari atau separuh hari. Firman Allah : (maksudnya)
“Dan Demikianlah pula Kami (Allah) bangkitkan mereka (dari tidurnya), supaya mereka bertanya-tanyaan sesama sendiri. Salah seorang antara mereka bertanya: “Berapa lama kamu tidur?” Mereka menjawab: “Kita telah tidur selama sehari atau sebahagian dari sehari”. (Surah al-Kahf, 19).
Tiga ratus tahun hanya dirasai bagaikan sehari atau separuh hari. Ajaibnya masa!
Dalam ayat lain Allah menceritakan bagaimana seorang lelaki yang dimatikan Allah selama 100 tahun tapi merasainya bagaikan sehari. Firman Allah: (maksudnya)
“Atau (tidakkah engkau hairan) tentang seorang yang melalui sebuah negeri yang telah runtuh segala bangunannya, dia berkata: “Bagaimana Allah akan menghidupkan (semula) negeri ini sesudah matinya (binasanya)? ” Lalu Allah matikannya selama seratus tahun, kemudian Allah hidupkannya semula lantas bertanya kepadanya: “Berapa lama engkau tinggal (di sini)?”. Dia menjawab: “Aku telah tinggal (di sini) sehari atau setengah hari”.
Allah berfirman:” (tidak benar), bahkan engkau telah tinggal (berkeadaan demikian) selama seratus tahun. Oleh itu, perhatikanlah kepada makanan dan minumanmu, masih tidak berubah keadaannya, dan perhatikanlah pula kepada keldaimu (yang telah hancur), dan Kami (Allah) menjadikan engkau sebagai tanda (kekuasaan kami) bagi manusia”. (Surah al-Baqarah 259).
Demikian apabila manusia mati, konsep waktunya juga berbeza.
Sementara di akhirat manusia menjawab tentang masanya di bumi apabila ditanya:mereka menjawab: (maksudnya)
“Kami tinggal (di dunia) selama sehari atau sebahagian dari sehari” (Surah al-Mukminun 113).
Ya! masa di sana berbeza dengan masa di sini. Masa di syurga dan neraka berbeza dengan masa di dunia. Masa di barzakh berbeza dengan masa di dunia fana. Masa antara kita dengan jenerasi lepas berbeza. Bahkan masa antara kita juga tidak sama. Maha Suci Allah dengan kehebatan ciptaaanNYA!

Wednesday, January 25, 2012

My New Home

Assalamualaikum wbt..

Saya telah kawin selama 3 thn setgh...umur pun dah masuk 3 series....rumah pun belum beli lagi...alhamdulillah..pada awal thn 2012 ni saya dah boleh masuk rumah...rumah saya kecil sahaja tetapi comel :):)....small apartment near town.....about 854 sqft.....namun....tu pun saya dah bersyukur sgt....mula2 dapat....rase agak teruk apartment tu.....beli subsale...byk yg rosak...tiles pun x de...atas inisiatif dan duit hasil titik peluh selama saya bekerja ni.....dapat membantu saya untuk mengubahsuai dan naiktaraf apartment ini....

Before renovetion...tiada tiles

After renovation...pasang tiles, cat n etc

Before renovation

After renovation, pemilihan tiles dan cat putih utk membuatkan ilusi ruang yang kecil menjadi besar

Rasa enjoy dengan pembikinan pembaikan rumah ni...suke sgt dengan proses pilih tiles, pilih cat, cari kontraktor dan sebagainya....rasa mcm nak menceburi bidang interior decorator lah pulak.....

Alhamdulillah.....kerja-kerja pembelian rumah ini banyak sangat dibantu oleh suami saya yang tercinta, suami sayalah yang membantu utk deal dgn tuan rumah, lawyer, bank n etc.....tanpa kehadiran suami saya...mungkin saya tak dapat beli rumah ni...kerja-kerja ubahsuai ni pula dibantu oleh bapa saya sebagai pemantau utama cum kontraktor utama...hihi...terima kasih ayah tolong along renovate rumah dari segi tenaga dan lain-lain...bapa dan ibu mertua saya pun ada banyak menyumbangkan idea, lampu2 dan kipas2, electricity dan lain-lain.... (suka sgt)....fuhh......dengan adanya orang2 tua saya....sedikit sebanyak (bukan sedikit...tappi banyak) membantu saya dalam proses pembaikan rumah...terima kasih Tuhan.....sayang sangat kat diorang ni......saya doakan kebaikan mereka ini dirahmati olehNya....Secara keseluruhan, penghargaan diberikan kepada suami,. ibubapa saya , ibu bapa mertua dan semua yang memberi sokongan kepada saya untuk membeli rumah ini...

Sekarang....proses mencari perabot pulak lepas ni...mencabar jugak nak suitkan perabot dgn ruang rumah ni yang terhad.....fuhhh....berpeluh piker dan berpeluh poket akaun nih....hihi ..

Lepas ni pulak kena panggil orang baca yassin dekat rumah ni...yelah...moga Tuhan lindunglah rumah ni dari segala macam perkara yang bukan-bukan....

Tunggu ............

CNY...2012

Salams to everyone....

Wanna know what am i doing during this festive season CNY? Baru-baru ini saya melawat bapa saudara saya yang sedang sakit di Kuantan....saya berdoa semoga Pak Ude Mamat sihat dan sembuh...



Selepas melawat Pak Ude Mamat di hospital, saya dan suami melawat riverside Kuantan...sungguh menenangkan.....sebelum tu, kami ke Austin Chase...minum petang....





Monday, January 2, 2012

Masak-masak





Jalan-jalan Petaling Street n CM








2012- I See The Light

Salam.....

While watching fireworks on the 18th floor of Desaputra apartment..it does reminds me of this song..

Hopefully 2012 will bring the light to my life....pls God..

I'm excited dan sukeee ssgttttt movie Tangled ni..it brings me to the world of fantasy.....light n hope n happiness





Beautiful song!

All those days watching from the windows
All those years outside looking in
All that time never even knowing
Just how blind I've been
Now I'm here, blinking in the starlight
Now I'm here, suddenly I see
Standing here, it's all so clear
I'm where I'm meant to be

And at last I see the light
And it's like the fog has lifted
And at last I see the light
And it's like the sky is new
And it's warm and real and bright
And the world has somehow shifted
All at once everything looks different
Now that I see you

Flynn:
All those days chasing down a daydream
All those years living in a blur
All that time never truly seeing
Things, the way they were
Now she's here shining in the starlight
Now she's here, suddenly I know
If she's here it's crystal clear
I'm where I'm meant to go

Rapunzel & Flynn:
And at last I see the light

Flynn:
And it's like the fog is lifted

Rapunzel & Flynn:
And at last I see the light

Rapunzel:
And it's like the sky is new

Rapunzel & Flynn:
And it's warm and real and bright
And the world has somehow shifted
All at once, everything is different
Now that I see you, now that I see you