Thursday, September 29, 2011

Ujian adalah Sunnatullah...

Salam...

Adakah u all pernah rasekan bahawa u all ditimpa ujian oleh Yang Maha Berkuasa? i do not know about all of u.....as it is for me.....yess....very yess....i have and i had.....i'd ask myself...why do i have to go thru all this hardness of life?all the difficulties...?

Bila sesuatu kesusahan berlaku......saya selalu bertanye dan tertanye2?....adakah Tuhan tidak sayangkan saya?adakah Tuhan marahkah saya?adakah Tuhan murka kepada saya? Hari ini...bile saya mengalami kesusahan, saya berfikir....bagaimana untuk terus meneruskan keimanan saya kepada Tuhan....sekiranya saya menghadapi kesusahan?kerana kadang2 kita harus istighfar bila kita fikir yang bukan2 bile kita mengalami kesusahan....lalu saya berjumpa ayat ini......


Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? 
- Al-Ankabut: 2

Apakah kamu menyangka kamu akan masuk jannah (taman/syurga) padahal Allah belum menyatakan (siapakah) di kalangan kamu orang yang berjihad bersungguh-sungguh dan orang yang sabar
~ Al Imran:142

dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya 
~ Al-Baqarah - 216

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar
~ Al-Baqarah: 155

Maka..apabila baca ayat ini....saya lega...tapi bagaimana saya lega pula? saya takut dengan cubaan dan dugaan yang tak mampu saya hadapi, menjadikan hidup saya tunggang langgang dan saya takut sekiranya ujian tersebut akan menjauhkan saya lagi kepadaNya.....serius...saya khuatir ttg perkara itu....

Maka, saya baca lagi....

Sebagaimana janji Allah S.W.T dalam surah Al-Baqarah,
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
[Surah Al-Baqarah, 2: 286]

Itu janji Tuhan......maka berdoalah kita moga kita tidak dijauhkan dari ujian yang berat2 dan sekiranya kita menghadapi sesuatu ujian, maka...kembalilah kita kepada AlQUran....moga ia membuatkan kita lebih tabah menghadapi hidup ini....

Bacalah surah al-insyirah...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

1. Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (Wahai Muhammad serta mengisinya Dengan iman dan hidayah petunjuk) ?

2. dan Kami telah meringankan bebanmu daripadamu:(menyiarkan Islam) -

3. Yang memberati tanggunganmu,

4. dan Kami tinggikan sebutan (nama)mu bagimu.

5. Maka (tetapkanlah kepercayaanmu) Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

6. Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

7. Maka apabila Engkau telah selesai (daripada sesuatu amal Soleh), maka bersungguh-sungguhlah Engkau berusaha (mengerjakan amal soleh Yang lain),

8. dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah Engkau memohon (Apa Yang Engkau gemar dan ingini).
*************

Moga Tuhan merahmati dan memberi petunjuk pada kita semua.....Amin



Monday, September 26, 2011

Kerja Kerana Allah...

Assalamualaikum wbt.....

Kerja.....setiap orang kebanyakkannya bekerja untuk mencari rezeki.....rezeki adalah untuk hidup....dan hidup kita adalah untuk Allah......jadi oleh kerana hidup kita adalah untuk beribadat untuk Allah....maka kerja kita pun adalah untuk ibadat kerana Allah....

Pernahkah u all menghadapi masalah kerja....mesti ada kan....selalu kita merasa amat sukar untuk ke tempat kerja...terutamanye yang makan gaji...amat susah untuk kita pleasedkan hati bos2 kita kan.....sgt susah untuk kita memuaskan hati semua pihak untuk merasa puas hati dengan kerja kita......sgt susah untuk kita berinteraksi dengan majikan....rakan sekerja kita kan......dan sangat susah untuk kita mengawal emosi menghadapi karenah bos, rakan sekerja, staff....politik .....dan sebagainya...jadi, macammana kita hendak mengatasi masalah ini?

it is pretty hard....menjadikan rasa sangat stress dan tidak gembira untuk ke tempat kerja setiap hari.....since beberapa hari ini.....keadaan yang stress menyebabkan kesihatan saya agak terganggu akhir-akhir ini....it does effect my health..........saya mengambil contoh beberapa insan di ofis yang begitu tenang, rajin walaupun keadaan begitu stressfull dan  walaupun kerja datang secara bertimpa-timpa datang kepada mereka setiap hari.....dan secara ikhlas membuat kerja lebih masa di rumah untuk menyiapkan kerja tanpa prejudis......didalam hati memang saya amat kagum, sayu dan ingin mencontohi mereka .....saya tidak boleh lemah!!!i have to do something.........tapi......apakah penyelesaiannya?????Saya berfikir,berfikir dan berfikir..........mencari jalan.....untuk menjadi insan yang rajin sepanjang masa, tenang, dan ikhlas dalam bekerja......saya berfikir lagi...

Saya memilih untuk meletakkan dan menanamkan niat....KERJA KERANA ALLAH....didalam hati supaya ia meresap ke dalam hati, kepala, darah, tulang......supaya hati ini, kepala ini, otak ini, anggota badan ini boleh membuat kerja dengan ringan dan hati yang girang...segala apa yang berlaku saya serahkan pada Allah.....dan mohon perlindungan kepada Allah.dari segala keburukan dalam pekerjaan....moga dengan niat saya ini.....Tuhan memberkati , memudahkan, memperelokkan urusan kerja saya dunia dan akhirat.......kerana niat kita bekerja kerana Allah...cube bekerja untuk mencapai keredhaannya, keberkatannya kan...

I found this malay poems which can motivate me to go to work everyday.....this poem is soooo good.....

KERJA KERANA ALLAH.........
 
Jangan diungkit walau sezarah
Hati tidak berasa gundah
Perasaan tidak mudah marah
Segala urusan menjadi mudah
Kerja tidak menjadi susah
Tenaga tidak menjadi payah
Fikiran tidak keluh kesah

KERJA KERANA ALLAH.........

Jangan berkira.....tabahkan hati
Jangan mengeluh .....kuatkan hati
Niat ikhlas sepenuh hati
Usaha sehabis baik
Allah Maha Mengetahui
Moga urusan menjadi mudah..tidak susah....gembira hati...
Niat ibadat......fikiran tenang.....gembira memenuhi hari....

KERJA KERANA ALLAH.........

Buat Kerja Kerana Allah …..Terlari niat membawa padah
Hati hendaklah sentiasa di lembah
Letakkan diri dipaling bawah
Menyimpan ujub adalah parah
Halatuju menjadi terarah
Ketaatan tidak di tarah-tarah
Komitmen bersama mudah di kerah

Buat Kerja Kerana Allah …..Bakti hendaklah sentiasa di curah
Segala pujian dianggap dadah
Keaiban diri harap di dedah untuk disedari...untuk meningkat potensi diri
Mimpikan pangkat mengundang parah
Segala keputusan adalah musyawarah
Segala kesusahan di lihat riadah
Segala kelebihan adalah anugerah

Buat Kerja Kerana Allah …..Rezeki subahat haram menjadi darah
Hak orang jangan di jarah
Kuasa makhluk tidak disembah
Musuh tidak mudah mengacah
Kawan jangan dijadikan amah
Maksiat jangan dibiar bernanah
Punca masalah hendaklah dirajah
Perbualan jangan ditambah perencah
Buat Kerja Kerana Allah …..
Jangan takut turun kelembah
Bisikan jahat hendaklah selalu dilhalau
Harapan kawan bersama dicecah
Kelebihan kawan jadikan madrasah
Hal yang kecil jangan direnyah
Prinsip jangan mudah goyah

Kelemahan kawan jangan digeledah

KERJA KERANA ALLAH.........

Buat Kerja Kerana Allah …..
Pasti tahu membezakan antah
Rahsia disimpan bukan dimuntah
Mendoakan kawan menjadi lumrah
Amalan kebaikan bercambah-cambah
Syaitan pasti gagal meludah
Pintu syak ditutup dengan mas merah
Kepada nafsu jangan mengalah

KERJA KERANA ALLAH.........

Buat Kerja Kerana Allah …..Jangan sekali terasa culah
Jauhkan tamak utamakan barakah
Keazaman jangan dibiar lelah
Diri jangan dibiar berkelah
Perut jangan makanan berkolah
Ilmu hendaklah sentiasa bersekolah
Ibadah biar tinggi menggalah
Kepuasan jangan dibiar sudah
Semangat biar sehebat Handzalah

KERJA KERANA ALLAH.........

Buatlah Kerja Kerana Allah …..Kerja bukanlah main redah
Diri tidak menadah-nadah
Tiada bezanya yang punya ijazah
Alhamdulillah dibibir sentiasa basah
Zikir dihati sentiasa menerjah

Setiap waktu ditikar sejadah


KERJA KERANA ALLAH.........

Buat Kerja Kerana Allah …..Dengan kawan sentiasa berhemah
Pada yang dengki jangan disumpah
Kelemahan orang jangan dilihat sampah

Jangan juga dianggap masalah
Usahakan kebaikan sentiasa bertambah
Supaya yang gelap dapat di cerah

KERJA KERANA ALLAH.........

Buat Kerja Kerana Allah …..Pendapat orang jangan disanggah
Pendapat sendiri jangan terasa gah
Kekurangan orang jangan disesah
Perkataan baik sentiasa dimadah
Keharmonian persahabatan sentiasa di asah
Jangan membuat sahabat resah
Rezeki dikumpul untuk ke Mekah
Bukannya untuk bermegah-megah
Latihlah diri menjadi tabah
Maruah jangan dibiar murah

KERJA KERANA ALLAH.........

Buat kerja kerana Allah....Segala perlakuan menjadi ibadah
Segala penyelewengan terasa bersalah

Rasakan kerja semuanya indah
Hendaklah sentiasa bermujahadah
Hindarkan segala sifat mazmumah
Himpunkan segala sifat mahmudah
Persahabatan jangan dipecah-pecah
Tiada yang mustahil semuanya munasabah
Orang jangan di acah-acah
Ehwal kawan sentiasalah jengah
Segala bantuan jangan dilengah

KERJA KERANA ALLAH.........

Moga semuanya mendapat inayah
Agar terbuka pintu hidayah
Terlindung dari segala jenayah
Ingatlah selalu pesan Abah
Ingatlah pula pesan Rasulullah
Hanya pada Allah kita berserah ….

(sumber poem: halaqah.net)




InsyaAllah.....moga Tuhan membantu saya untuk terus tabah bekerja,mencari rezeki yang halal, untuk mendapatkan kekuatan untuk beribadat kepadaNya.Moga Tuhan tidak timpakan saya dugaan yang berat2 kerana saya amat lemah untuk menghadapiNya...namun Tuhan....berilah saya kekuatan menghadapi hidup ini....Ameen...ya robbal alamin 

Ikhlaskan kerja kerana Allah......jadi saya carilah ayat2 untuk membangkitkan motivasi untuk saya keluar bekerja sehari-hari untuk dikongsikan....:

AYAT-AYAT DARI AL-QURAN DAN HADIS YANG BOLEH MEMBANGKITKAN SEMANGAT IKHLAS BEKERJA KERANA ALLAH 

 Ikhlas Bekerja
“Iblis menjawab: “Demi kekuasaan Engkau aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba-Mu yang mukhlis (Ikhlas) di antara mereka.”
(QS, Shaad 38 : 82-83)

“Iblis berkata: “Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan ma’siat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis (ikhlas) di antara mereka.”
(
QS Al-Hijr, 15 : 39-40)

Berusaha Mencari Rezeki
Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:"Meraka yang mencari harta dunia (kekayaan ) dengan jalan yang halal dan menahan dirinya dari meminta-minta (tidak menjadi pengemis ) dan berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang terhadap jiran tetangganya, nescaya di hari kiamat kelak ia akan berjumpa dengan Allah dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu malam."



                Balasan Kesusahan Bekerja 
Hadith :
 Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: ”Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut.”  
 
(Riwayat al-Hakim)


 Sekiranya Terpaksa Bekerja Keras dari siang hingga malam hari...
Siapa saja pada malam hari bersusah payah dalam mencari rejeki yang halal, malam itu ia diampuni”. 
(HR. Ibnu Asakir dari Anas)

Barangsiapa pada malam hari merasakan kelelahan dari upaya keterampilan kedua tangannya pada siang hari maka pada malam itu ia diampuni.” 
 (HR. Ahmad)
 


Hasil Usaha Bekerja

”Tidak ada yang lebih baik bagi seseorang yang makan sesuatu makanan, selain makanan dari hasil usahanya. Dan sesungguhnya Nabiyullah Daud as, selalu
makan dan hasil usahanya”. 

(HR. Bukhari)


Ada Dosa Yang Hanya Boleh Terhapus Dengan Kesusahan Bekerja(Ni paling saya suka...very inspiring)
”Sesungguhnya di antara dosa-dosa itu, ada yang tidak dapat terhapus dengan puasa dan shalat”. Maka para sahabat pun bertanya: “Apakah yang dapat menghapusnya, wahai Rasulullah?” Beliau menjawab: ”Bersusah payah dalam mencari nafkah.” 
(HR. Bukhari)

Sesungguhnya di antara perbuatan dosa ada dosa yang tidak bisa terhapus (ditebus) oleh (pahala) shaum dan Shalat. Ditanyakan pada Beliau: ‘Apakah yang dapat menghapuskannya, Ya Rasulullah ?” Jawab Rasul SAW: “Kesusahan (bekerja) dalam mencari nafkah penghidupan” 
 (HR. Abu Nu’aim)
  “Sesungguhnya di antara perbuatan dosa ada dosa yang tidak bisa terhapus (ditebus) oleh (pahala) shalat, shadaqah (zakat), ataupun haji. Namun hanya dapat ditebus dengan kesusahan dalam mencari nafkah penghidupan.” 
(HR. Thabrani)



Balasan Usaha Payah Bekerja
Allah berfirman bermaksud: "Wahai manusia, sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hingga (ketika engkau) kembali kepada Tuhan-mu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatat semuanya)."
(Surah al-Insyiqaq, ayat 6). 

Bersungguh-sungguh Mengerjakan Amal Soleh
 Allah berfirman bermaksud: "Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguh engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain) dan kepada Tuhanmu saja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini)." (Surah al-Insyirah ayat 7-8). 


Salam...Moga ia memberi semangat dan inspirasi untuk kita mencari rezeki yang halal setiap hari...Yang Penting adalah kena niat ikhlas bekerja kerana Allah!!!!.....InsyaAllah...moga kerja kita hari2 walaupun mencabar sekiranya sabar dan ikhlas,.....kita dapat balasan yang baik dari Allah.....Ameeennn......

Tuesday, September 13, 2011

Tips Menghadapi Orang

Assalamualaikum wbt..

Pernah x u all menghadapi manusia yang begitu sukar untuk anda hadapi?
Situasi menghadapi manusia yang pelbagai ragam, helah dan sebagainya ini memang amat selalu saya hadapi.  Nak tak nak memang kena hadapi juga......sedangkan nabi pun menghadapi pelbagai rinntangan dan manusia yang selalu ingin menindas dan mengejek baginda....apatah lagi kita manusia biasa ni kan........

Saya sedaya-upaya setiap hari meningkatkan kemahiran bersosial dan membersihkan hati supaya memandang positif dan berprasangka baik pada semua orang. Antaranya adalah mengambil kelebihan dan kebaikan yang terdapat pada semua orang dan buangkan semua keburukan dari setiap orang. Sebab manusia mempunyai kebaikan dan keburukan masing-masing.  Namun kita harus sentiasa berhati-hati supaya kita sendiri tidak tertindas.

Antara tips yang perlu diambil perhatian hubungan sesama manusia ( sukar dihadapi) adalah;

  • Tenangkan diri anda
  • Tumpukan perhatian pada kerja 
  • Bercakap apabila perlu sahaja
  • Tidak membalas dendam
  • Perlakulah setiap manusia dengan sikap hormat sesama makhluk Allah
  • Berhentilah melihat diri sendiri sebagai mangsa keadaan
  • Berdoalah moga dia diberi petunjuk oleh Allah

Barangsiapa yang memperhatikan kepentingan saudaranya,maka Allah akan memperhatikan kepentingannya.
Barangsiapa yang melapangkan suatu kesulitan sesama muslim,maka Allah akan melapangkan satu kesulitan
dari beberapa kesulitan dihari kiamat. Dan barangsiapa yang menutupi kejelekan orang lain maka Allah akan menutupi kejelekannya dihari kiamat. -Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim ~

Pengajaran kisah nabi Yunus...

Assalamualaikum wbt.....

Baru selesai tgk dokumentari   Al-Quran, The New Dawn..........(dokumentari kegemaran i) kisah dan pengajaran episod pada hari ini berkenaan kisah nabi Yunus....antara nasihatnya pada episod kali ini adalah.......

"JGN BERPUTUS ASA....intipati pengajaran kisah nabi Yunus"

Ye....saya percaya semua orang tahu kisah Nabi Yunus....tak perlu lah saya nak cerita secara detail di sini...

Episod kali ini mengatakan bahawa didalam perut ikan tu.....nabi Yunus mengucapkan banyak zikir....namun antara zikir yang membantu diperkenankan oleh Tuhan dikeluarkan dr perut ikan adalah zikir.....:

Laa ilaaha ilaa Anta Subhaanaka inni kuntum mina’zhzhaalimin“.

Ertinya : Tiada Tuhan melainkan Engkau, Maha suci Engkau. Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menzalimi diri sendiri. ( al-Anbiyaa 87 )

 Disini jelas....mengatakan..... sifat berputus asa adalah sifat yang menzalimi diri sendiri . Jelaslah Tuhan hendak kita berusaha sehabis baik dalam apapun supaya tidak menzalimi diri sendiri.....

Jadi....disini.....marilah kita berazam untuk menghapuskan dan melenyapkan sifat putus asa dari kamus hidup kita kerana jelas Tuhan tidak suka dengan sifat ini......come on...azamkan pada hati kita....insyaAllah.....

Kite tgk lagi sekali secara detail doa tu.......:

Laa ilaaha ilaa Anta Subhaanaka inni kuntum mina’zhzhaalimin“.

Ertinya : Tiada Tuhan melainkan Engkau, Maha suci Engkau. Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menzalimi diri sendiri. 
( al-Anbiyaa 87 )

Dengar kata doa ni adalah mujarab untuk kita baca dikala kesulitan.....saya pun selalu baca....
.Disebalik pengajaran kisah nabi Yunus....mari kita selongkar khasiat dan sebab keajaiban doa Nabi Yunus hingga membantu beliau keluar dari perut ikan paus tuh....:

1- Doa ini dimulakan dengan kalimah tauhid...tiada Tuhan melainkan Engkau...dalam lain konteks, pada Allah shjlah kita mengadu....mengharap keampunan dan mengharap keselamatan

2- Kalimah kedua...Maha suci Allah....iaitu...Nabi Yunus menyucikan Allah atas apa yang menimpanya bukan satu bentuk penganiayaan oleh Allah ke atas diriNya. Kerana jelas....:
“Dan tiadalah Kami menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri.” [al-Nahl 16:118] 

3- Seterusnya Nabi Yunus tidak terus memohon ampun sebaliknya memilih cara yang lebih lembut dengan beradab dan  merendah diri , iaitu mengakui kesalahan dirinya sendiri. Allah menyatakan ini:

“Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan, maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.” [al-Shura 42:30] 


Ini antara sebab kemujaraban doa ini. Ia adalah ucapan memantapkan tauhid, mensucikan Allah, dan mengakui kesalahan diri sendiri  sebagai isyarat memohon ampun kepada Allah. 

Marilah kita amalkan doa ini disamping memerhatikan kebesaran disebalik ucapan-ucapan yang diajarkan oleh Al-Quran. 

Moga perkongsian kita pada kali ini memberi manfaat dan membantu menambahkan takwa kita kepada Allah setiap hari....

bak kata Ameer manaweer ruffedge...fitrah kita adalah mengenal Allah.....(dalam makna dia tu......sampai sekarang saya selalu terkenang petikan ayat yg dia sebut tu)..... marilah kita hari2 cuba mengenal Allah dengan lebih mendalam lagi...kerana itu adalah fitrah kita............

Monday, September 12, 2011

Baby.......!

Salam

..........dapat pegang baby....insyaAllah berjangkit......( itu mak i yg ckp....) .....apepun itu  semua kuasa dan rezeki dari Allah......hihi......ini anak dua pupu i iti...comeinye...lagipun mmg dah lame sgt tak jumpe dgn iti....kak yah n abg rahim...abg razak......mmg happy lah jumpe diorang ni...tak sabar sebenarnye nak pi ladang jagung abg rahim hujung bulan sepuluh ni....i kan memang minat sgt in agriculture or anything relate to plant nih.....ape lagi bile jumpe my relative yang ade same passion dgn i.....

Nilah keistimewaan hari raya aidilfitri...sedare yang lame tak jumpe..kite boleh jumpe....syukur....





Saturday, September 10, 2011

Harapan Dakwah....

Assalamualaikum....

Saya berjalan....berjalan.....dan berjalan...

Dalam kehidupan sehari2 sering berjumpa dengan manusia pelbagai bangsa dan agama...
Alhamdulillah......saya temui ramai manusia berlainanan agama yang mempunyai sifat budi pekerti yang baik, dan terpuji...saya sangat terharu....
Dalam hati saya...saya mendoakan  mereka mendapat petunjuk dan hidayah pada Tuhan...
Saya mahu mereka semua mendapat kemanisan iman....dan redha Ilahi....bersama-sama menuju ke arah taqwa...
Apa daya saya untuk mengajak mereka?malu dengan diri sendiri....kerana tidak mampu dan tidak dapat untuk mencontohi Rasulullah untuk berdakwah.....memang betul...malu.....malu sangat2......
apekan daya dengan kekangan mase, wang....tiada sumber....tiada kekuatan......diri sendiri pun banyak yang tidak terurus......(selfishkah kufikir begini?)  bla bla bla bla.....aaahhh...alasan.......

Apa yang mampu saya buat...hanya berdoa....berdoa....berdoa....dan berdoa......semoga mereka yang baik ini mendapat hidayah.......Ameen

Astagfirullah- Da'i Nada.- Beratkan dacing pahala anda!

Astaghfirullah.....



Lagu ni dinyanyikan oleh Dai'nada......memang sedap.....dengarlah! Lagu2 yang macamni bile kite dengar disamping sedap....dapat pahala lagi.....marilah kite beratkan dacing pahala kita....!Antaranye......nyanyilah lagu ni instead of lady gaga tuh!



Memegang Agama Seperti Memegang Bara Api

Daripada Anas r.a. berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w.: “Akan datang kepada umat ku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api”.

(H.R. Tirmizi)

Hadis ini terngiang-ngiang di minda dan kepala ku sekarang..... dan hati terase sebak....sedih....kenapa jadi begini?.......perkara ini amatlah benar....
Daku perhatikan bagaimana susahnye dan sukarnye untuk kita memegang agama dengan sebenar-benarnya...mempunyai banyak halangan...

Sebagai contoh...

1- Pakai tudung labuh- digelar ustazah...huh?ustazah?apekah hanye ustazah sahaja yang patut pakai tudung labuh.....?sedangkan Tuhan menyuruh kita untuk melabuhkan tudung hingga ke dada?

2-Hiburan berlebihan dan berleluasa...ye betul...zaman sekarang hiburan amatlah berleluasa .....sehingga berlebihan....tidakkah anda peduli semua itu?Muzik menjadi perkara utama sekarang....

3-Tak pergi disko- dikatekan tidak cool.......x cool?apekah mereka bangga dengan kegiatan ke disko...?

4- Pemakanan subhah begitu banyak...kehalallan tidak dipedulikan.......pemakanan yang haram sebenarnye akan menjadi darah daging kita...sekiranya badan kita ade makanan haram...mcmmane hidayah Allah nak masuk? adakah kita peduli dengan semua itu?

5- Riba menjadi perkara biasa.....apakah kita sebagai negara beragama Islam mengkaji sistem2 yang sedia ada bagi mengelakkan kita semua terjebak dari sistem riba yang diharamkan oleh Allah?

6- Zina berleluasa-perkara2 zina, buang bayi.......perkara macam ni tidak dapat perhatian khusus pemimpin negara......


7- Rempit, dadah, rosak akhlak.....


8- Budaya couple menjadi perkara biasa- huh...pernah terlibat...tp serius rase menyesal........


Sedarkah kita sebenarnya telah terperangkap dalam satu sistem Dajjal yang telah diwujudkan agar kita semakin jauh dengan Pencipta kita? Apakah tindakan kita untuk melepaskan diri kita dari sistem lahanat ini....Daku benar2 impikan agar satu kehidupan yang betul2 dapat membawa rohani kita ke arah yang satu masyarakat Islam yang benar2 mengamalkan ajaranNya....

Marilah kite usaha agar perkara yang nampak kecil macam ni diperbetulkan...   dan satu lagi....janganlah kita anggap perkara ni sebagai perkara kecil.....perkara kecil sekiranya diperbetulkan.....akan menjadi satu KEJAYAAN BESAR......betul tak?Perkara-perkara kecil begini sekiranya diperbetulkan akan meningkatkan potensi diri kita untuk meningkatkan ketakwaan kita......tak kan kita tak nak jadi orang yang bertakwa? Bukankah orang yang bertakwa dijanjikan dengan ganjaran yang besar dan berjaya seperti yang dinyatakan dalam Quran?


Buktinya dalam Surah Al-Imran Ayat 200 :




"Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
 

Keyword die, untuk berjaya kita kene:
1) Sabar hadapi kesukaran dalam berkebajikan
2) Sabar hadapi musuh (orang yang tidak sukakan Islam)
3) Sedia pertahankan tempat kita
4) Bertakwalah


Nescaya kita akan berjaya......(menang)!


Ini bukan saya cakap..ini Kitab Agung kita yang bagitahu

Sekiranya perkara2 ini diperbetulkan...insyaAllah negara kita akan jadi kuat.....digeruni oleh kuasa Barat? Adakah impian saya ini hanya akan jadi impian dan mimpi?DIGERUNI OLEH KUASA BARAT KAFIR......itulah impian saya...besar ke?mimpi ke? tak per lah...sekurang2nya saya ada satu harapan untuk AGAMA ISLAM....JANGAN PUTUS ASA.....INSYA-ALLAH...U'LL FIND UR WAY...bak kata Maher Zain...what am I mumbling about...?whatever....this is my blog anyway........

Mmg diri ini banyak kekurangan...namun marilah kita usaha sedaya yang boleh mengumpul pahala sebanyak yang mungkin untuk bekalan......


Kek Lapis

Salam..
Pernah rase kek lapis cadbury tak?...heee............dalam kesibukan dan kekecohan berita isu kek lapis golden churn tak halal...actually i find one kek lapis yang sedaaaappppp sgt.....kek lapis cadbury......tp jangan risau...kek lapis ni pastinya halal.......gune butterlite....dari kek lapis afifi....

Klu nak rase call i....kite nikmati kesedapannye bersama-same kay.....


Papa John Jusco

Salam...

Hari ni kononnya nak pi beraya...maklum lah byk tol open house yang dibuka hari....tapi...at last kitorang raya kat jusco....huh...shopping  sampai lewat juga....kami makan papa john pizza.....tapi bukan makan pizza......

Inilah tempat kami makan

Seafood baked pasta

Vegetable soup....sup dia mmg sedaplah

Hubby

Me....puas shopping ari nih ..ngeh ..ngeh..

Wednesday, September 7, 2011

My Garden Progress-Episod 4




Balik dari kerja semalam.....petik cili dekat depan rumah...banyak juga dapat.....merah....... cantikkan our organic chilies?hihi

Body, Mind, Soul (BMS) product

Assalamualaikum....

Sharing is caring........hihi....
Our food now contaminated with many toxins which i do not know the safety level for our health...
Since now, i am the one who is quite health-conscious now....i bought some organic product....yes....i am a supporter of an organic product....sayang body beb....kene lah jaga kesihatan kan..

BMS product ni agak sedap juga, i'll show you what i bought from their healthy and green store...
Susu Soya Organik- ade beta-glukan yang melancarkan pergerakan usus, turunkan kolestrol,cegah sakit jantung dan tekanan darah tinggi, ada kalsium
I advise my mum to take soy milk- n my mum also loves soymilk, ..sedap...cubelah

Blackbean powder- high antioksida,have anthocyanins, gluten and lactose free

Serbuk koko asli-mmg ade anti-oksida, ade inulin yang tingkatkan kesihatan usus dan serap zat, omega 3 dan 6 dan tiada kolestrol

Rumput barli dan gandum organik- kaya dengan 120 jenis nutrien, ade vitamin,klorofil, mineral, cegah tumor n kanser,bersihkan darah, , kurangkan darah tinggi, cegahkan pembekuan darah,
Memang quite costly...tapi demi kesihatan.....tak pelah...lagipun...rasenye pun sedap....berbaloi lah......


I mmg advise my family to be a health-conscious person...ye lah...usia kite makin meningkat, kene berjaga2, i advise them not to drink air bergas.....when my bro drink air gas...i ask him to drink plain water double or triple the quantity, to flush out the sugar intake bile die minum air gas tuh...

moga Tuhan memberkati usaha kita dalam penjagaan kesihatan, dijauhkan dari penyakit2, disihatkan badan....ye lah...badan kita kene sihat.kan...

Birthday fariz.....2011

 Salams...

Semalam sambut birthday my bro yang ke-25, fuh....dah besar beb adikku....
Seperti biase we all adekan sedikit makan2....doa beramai-ramai sudah semestinye...
i baked walnut brownies...using red sugar...dah lame i don't bake.....alhamdulillah...my skills of baking still ok..hahah...

Ape yang specialnye....sambutan birthday kali ni mak su romlah ade sekali...so meriah juga la..hahah
Orang yang diraikan....berbaju coklat

Kehadiran Mok Su Romlah memeriahkan majlis

Ayah seperti biasa jadi pengerusi dan memberi ucapan

Makanan goreng2

Mak buat pasta bolognese plus ade tapai mak su bawak

Walnut brownis yg dibaked oleh saya...hahaha

Mengapa kita diciptakan....?

Assalamualaikum wbt...

Suddenly this idea pops in my mind.....

Kita pastinya selalu tertanye....."mengapa aku diciptakan?"....jawapan mudah......."kerana untuk beribadat kepada Allah.."

Sejurus selepas itu..........Sesetengah daripada kita mungkin bertanya..."mengapa Allah mahu kita menyembahnya?" ......soalan yang membuatkan kita speechless.....kerana apa...kerana mungkin kita sendiri tidak benar-benar jelas jawapannya...

Some of people ever did say to me......"kan bagus kiranya aku jadi pokok..." atau.."kan bagus aku jadi burung"....saya terfikir...apakah maksud statement itu?apakah kita berdosa memikirkan begitu?adakah kita dianggap sebagai kita tidak mensyukuri rahmat Allah yang mencipta kita sebagai manusia apabila kita mengeluarkan pernyataan demikian..........

Mengapa Allah menciptakan kita?....Secara dasarnya kita tahu...Allah bersifat Maha Pencipta....Allah akan menciptakan apa2 yang dikehendakiNya..maka Allah pun menciptakan kita...

Firman Allah:
Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan Manusia melainkan untuk beribadah kepadaku”. 
[Adz Dzariyat [51] : 56].

Ya....betul....kita memang diciptakan untuk beribadat kepada Tuhan.....tapi tahukah u all bahawa ibadat itu adalah fitrah manusia....dalam erti kata lain.....fitrah manusia yang sebenarnya......?!! Anda mungkin fikir...ape pulak fitrah.....aku malas betul nak solat....puase....pendek kate...mmg tak lengkaplah ibadat  kite.....tahukah u all bahawa....bile u all tak buat ibadat betul2....u all tidak memenuhi fitrah u all sendiri....sebab tu hidup kita tak tenang dan banyak masalah...

Kenapa ibadat adalah fitrah manusia?sedangkan ramai manusia yang tak buat pun fitrah tu...?Ibadat....terutamanya solat  adalah satu hubungan curahan perasaan, harapan kepada Allah..kerana Allah lah rakan karib kita.....sebab Allah adalah pencipta kita....sebenarnya Allah tak perlukan ibadat kita....kita yang memerlukan ibadat kita kepada Allah....sebab ia adalah untuk kebaikan diri kita juga..

U all sendiri tahu dan pernah baca makna bacaan dalam solat? Makna bacaan dalam solat itu adalah permintaan pertolongan kita kepada Allah......dalam ibadat..kita minta tolong...dalam doa, kita merintih....mencurahkan perasaan dan harapan kita pada Allah....dan manusia fitrahnya memang memerlukan tempat untuk mencurahkan segala isi hati...mensandarkan harapan....dan mempunyai pelbagai permintaan.....jadi kat mana tempat terbaik yang memahami....jawapannya adalah Allah....bukannya mana-mana manusia lain yang paling memahami kita....hanya Allah!!

Dan satu lagi perkara yang paling menguntungkan kita iaitu............ALLAH SUKA DAN SAYANG PADA MANUSIA YANG BERIBADAT (DOA DAN MINTAK TOLONG) PADANYA!!!  Besar kan rahmat Allah......!Jangan lah u all harap pada mana2 manusia untuk dengar segala isi hati kita....kerana sebenarnya tiada siapa yang benar2 memahami...hanya Allah yang faham.....untung kan kita sebagai umat Islam..siap sayang lagi bila kita mintak tolong dengannya...klu manusia...sekiranya kita perlu pertolongan..ramai yaang lari dan tak suke...

Jadi jawapan kepada soalan ...."kenapa Allah mahu kita menyembahnya?" adalah.....

Kerana Allah mahu kita kembali kepada fitrah kita...Allah mahu kita beribadat dan bercakap denganNya...Allah mahu kita merasai nikmatnya iaitu Syurga dan pahala bila kita memohon pertolongannya.....SubhanAllah......besarkan rahmat Nya...sesungguhnya benarlah Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Jadi...kenapa kita kene seksa bila kita tak ikut perintah Allah? Jawapannya adalah kerana kita sendiri yang menzalimi diri sendiri kerana kita tidak mengikuti fitrah kita sendiri.....kita sendiri yang menzalimi diri kita sendiri...kerana mengikuti perintah Allah sebenarnya adalah fitrah kita....

I am so happy bila memikirkan perkara ini.....rasa gembira dan rasa lebih semangat untuk buat ibadah.....sebab apa....sebab gembira dan ternanti2 untuk memohon kepada Allah segala keinginan kita....kerana ia adalah fitrah kita.....fitrah bahawa manusia mempunyai banyak keinginan...tetapi tidak tahu mana yang betul....maka fitrah kita adalah memohon pada Allah (Pencipta kita) .."tunjukkan kami jalan yang lurus"(surah Al-Fatihah)....keinginan mana yang perlu kita ikuti dan jauhi...betul tak...

Jadi.....tajuk ini memang bertepatan dengan musim hari raya ini iaitu Hari Raya Aidilfitri....iaitu fitri atau fitrah...kembali kepada fitrah....

Jadi...sempena Hari Raya Aidilfitri ni........marilah kita kembali kepada fitrah  iaitu  asal sebenar kenapa kita dijadikan.....iaitu... sebenarnya fitrah kita adalah untuk beribadat kepada Allah...kerana kita yang perlukan ibadat kita itu.....sebab sebenarnya...

IBADAT ITU ADALAH FITRAH MANUSIA......cuma sebahagian kita masih tidak memahami...

Harap semuanya jelas........itulah idea dan ilham yang saya dapat pada petang atau malam yang indah ini untuk kita kongsikan bersama....

Monday, September 5, 2011

Pernahkah kita terfikir kenapa....?

 Sebuah artikel mengenai permasalahan Islam masa kini.....sangat sesuai dibaca untuk direnung-renungkan dan berazam disamping kita hendaklah berdoa moga satu pemerintahan Islam dapat diwujudkan dan semua umat Islam bersatu tanpa mengira fahaman politik masing-masing.......
SOALAN:

    1. Mengapa Amerika begitu berjaya?
    2. Mengapa Israel begitu berjaya?
    3. Mengapa England begitu berjaya?
    4. Mengapa mereka begitu maju?
    5. Apa yang mereka ada dan kita tidak?
    6. Apa yang mereka dan kita berdua tahu?
    8. Kemudian mengapa kita gagal setakat ini begitu teruk?
    9. Bagaimana kita boleh counter kuasa jahat dan akhirnya menang untuk menubuhkan deen-ul-islaam? 



JAWAPAN (s): 


Assalamu'alaykum warahmathullaahi wabarakaathuhu 
Mari saya berikan jawapan yang  ringkas ini. Saya akan cuba untuk meringkaskan yang mungkin kerana pada hakikatnya, jawapannya akan menjadi agak panjang.

Perenggan pertama, kedua dan ketiga membawa jawapan kepada soalan-soalan dari 1-5.

Pertama, mereka mempunyai kekayaan, dan di dunia ini yang berdasarkan kekayaan kebendaan yang begitu banyak. Saya juga harus menunjukkan bahawa dengan kekayaan bukan sahaja bermakna kekayaan kewangan, tetapi juga bermaksud kekayaan intelektual, penduduk, geografi dan banyak lagi ... Mereka mengawal "semua" seperti yang mereka lakukan terutamanya kerana kekayaan yang ada pada mereka dan mereka membelanjakannya dengan cara yang mutlak. Satu contoh mudah ialah serangan 9 / 11 di Pusat Dagangan Dunia, yang telah pra-dirancang sejak ia dibina!, Dan mereka mampu untuk melaksanakannya dan menyalahkan sesetengah yang tidak bersalah (saya menganggap Osman bin sarat sebagai tidak bersalah sehingga terbukti bersalah di mahkamah undang-undang yang betul dan saksama) orang. Dengan kekayaan ini, mereka juga mengawal media massa yang seterusnya "hypnotize" rakyat biasa di dunia ini untuk mempercayai apa-apa jua yang mereka tunjukkan dan memberitahu. Jika anda menganalisis siaran berita dan program lain dan hiburan, dan lain-lain .. Semua ini dibuat dalam apa-apa cara untuk mengawal  rakyat biasa, kes hipnosis massa dan mereka telah berjaya.

Kedua, mereka menggunakan apa sahaja sumber yang ada pada mereka dan mereka amat bijak membuat penyelidikan ke atas sumber-sumber . Mereka adalah para penyelidik terbaik Al-Quran yang suci dan  mana-mana kitab-kitab lain.  
Kemajuan saintifik dan perubatan mereka boleh dikatakan kebanyakannya disebabkan oleh penyelidikan yang mereka lakukan ke atas kitab-kitab "sahih" yang telah lalu. T

Ketiga, mereka bersatu. Mereka bercakap dengan satu suara. Mereka meluahkan satu keinginan. Mereka mempunyai visi yang bersatu padu. Mereka bekerja bersama-sama. Mereka tahu dengan bersatu bersama-sama mereka akan kukuh. Ini adalah sebab yang sama kenapa mereka mencipta peperangan yang begitu banyak untuk memecah belahkan orang lain dan terutama umat Islam. Malah kini mereka menduduki tanah Islam untuk menggunakan sumber-sumber (Satu contoh yang baik adalah darah untuk mengambil Minyak) dan juga memecah belahkan itu umat Islam di tanahair mereka sendiri. Mereka menyemai benih perpecahan (Mereka mengamalkan dasar pecah dan perintah) dan meraih tuaian untuk faedah dan matlamat muktamad masing-masing. 


Jadi apa yang kita ada bahawa mereka tidak?!  jawapan yang mudah: kita diberkati dengan Al-Quran & Sunnah, ulamaa kita mempunyai keupayaan dan tahu bagaimana untuk mengeluarkan semua pengetahuan dari dalamnya dengan bantuan Allah swt. Dan kita juga mempunyai sokongan dan bantuan Allah swt. 


Apa yang kita semua tahu Satu lagi jawapan yang sangat mudah: kita semua (mereka juga tahu ini sangat baik dan mungkin lebih daripada apa yang kami lakukan) tahu bahawa Mukminin akan pergi ke syurga dan mushrikeen akan pergi ke neraka. Tetapi mereka terlalu angkuh dan gelisah bahawa mereka tidak mahu dan tidak akan mengikuti atau menerima Islam walaupun mereka tahu bahawa ini adalah wahyu yang benar dari pencipta yang maha esa. Sebaliknya mereka cuba melawan Allah swt!

Tetapi ia seolah-olah mereka memenangi perjuangan dan kita telah dan masih gagal kerana beberapa sebab. 


A. Allah swt sedang menguji kita dan keazaman kita

B. Allah swt menguji mereka dan ketamakan mereka

C. Kita tidak bersatu

D. Kita telah kehilangan cara kita, cara-cara yang ditunjukkan dalam Al-Quran yang suci dan oleh nabi muhammad saw dan para sahabat,

E. Dalam nama "kompromi" dan "hidup biarlah hidup" dan "tidak mencederakan orang lain" kita telah menyakiti cara iman kita terlalu banyak

F. pendapatan kita telah bercampur dengan haram dan ribaa. Berapa ramai daripada kita memikirkan perkara ini serius! Kita hanya berfikir tentang membuat wang dan bukan bagaimana kita membuat wang itu!

G. makanan kita telah dicemari dengan haram. Berapa ramai daripada kita makan di tempat yang juga menghidangkan makanan yang haram dan alasan yang diberikan, kami hanya makan ikan! Bagaimana anda tahu jika semua bahan-bahan yang digunakan dalam penyediaan ikan yang anda makan adalah halaal! Berapa ramai daripada kita menyemak bahan-bahan coklat dan gula-gula lain dan apa-apa sahaja yang kita beli dari kedai! Ya, saya dapat mendengar sebahagian dari kamu berkata, orang ini adalah orang bodoh, jika kita melakukan cara dia kemudian kita tidak boleh makan apa-apa! Ha ha ha, adakah para nabi tidak  dapat hidup tanpa benda-benda yang kita ada hari ini! Bolehkah kita tidak hidup tanpa benda-benda yang haram? Asthaghfirullaahil aleem .... saudara dan saudari, sila berfikir tentang apa yang saya katakan dengan mendalam. Jangan marah. Saya fikir seperti apa yang anda sedang fikir.  Dan sekarang saya memikirkan cara saya berfikir sekarang dan "lebih awal"  saya fikir ia akan jadi begitu sukar tetapi bila saya berfikir kembali, saya percaya ia  begitu begitu mudah dengan bantuan Allah swt pada saya setiap masa. Sila fikir baik2 sebelum anda makan di restoran, pastikan anda makan yang pasti halaal. Pastikan anda hanya memberikan makanan halaal untuk anak-anak anda, ingat makanan yang anda makan membuat sel darah anda dan utama sel darah merah mempunyai jangka hayat kira-kira 100 hingga 120 hari, jadi jika anda makan makanan haram, badan anda akan membawa ia sekurang-kurangnya 100 hari! Adakah anda pernah mempertimbangkan perkara ini ketika kamu berkata, ia hanya sekeping coklat, apakah kemudaratan yang ia akan bawa?

H. Beberapa di antara kita mengambil pasangan yang tidak layak dan yang mungkin yang membawa kita di jalan yang salah dan kita tidak mengambil sebarang tindakan mengenainya. Sebahagian daripada kita membiarkan isteri kita melakukan perkara haram dan sebaliknya

I. Kita berada zaman  alkohol adalah halal! - Minuman paling bergas terutamanya coca-cola mengandungi kuantiti kecil alkohol. Walaupun kandungan alkohol adalah rendah, dan tidak akan membuat kita mabuk, namun apa yang dikatakan haram di dalam al-Quran adalah haram dalam apa jua kuantiti.  Bolehkah kita tidak hidup tanpa caca-cola? Tidak boleh kah kita membuat pengorbanan kecil ini untuk kebaikan jiwa kita?

J. Kami makan dan minum perkara-perkara yang mungkin berbahaya kepada badan kita melakukan perkara-perkara yang mungkin akan berbahaya kepada roh kita. Badan dan jiwa kita adalah "amaanah" (amanah untuk disimpan dengan selamat) dari Allah swt. Kita tidak boleh dan tidak boleh melakukan perkara-perkara yang akan mencederakan atau merosakkan badan kita kerana kita akan pecah amanah!.

K. Kita berada di ambang bahawa zinaa adalah halaal! Ya saudara dan saudari seIslamku, ia adalah sangat benar dan kebanyakan anda tahu perkara ini. Zinaa bukan hanya apabila seseorang melakukan zina , zinaa juga adalah  apabila kita melihat orang lain melakukan perkara tersebut secara langsung atau di TV, kita boleh hidup tanpa TV, 
Kebanyakan berita dan rancangan  di TV adalah ciptaan media barat dan ciptaan itu hanyalah petunjuk untuk meninggalkan jalan yang lurus, iaitu Al-Islam.

L. Kita jadikan ribaa itu halal!  Bolehkah kita tidak mengelakkan ini?

M. Kita tidak mengekalkan hijaab. S Hijaab yang perlu dipatuhi oleh kedua-dua lelaki dan wanita. Bukan hanya wanita perlu mematuhi hijaab! Saya tidak memberitahu lelaki memakai "burqhaa" tetapi mengekalkan hijaab dalam erti kata aurat mereka perlu dilindungi dan mereka harus menurunkan pandangan mereka di hadapan bukan maharram wanita.  Berapa ramai daripada kita, lelaki dan perempuan, memerhatikan dan memakai hijaab dengan  "betul"?  Adakah kita berfikir tentang perkara ini! Ini bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan.



Jadi apakah penyelesaian untuk semua ini:

Penyelesaiannya adalah sangat mudah. Kita hanya perlu melakukan perkara yang berikut untuk mengalahkan Tentera Syaitan:

1. Bersatu sebagai umat nabi terakhir, Muhammad saw
2. Memikirkan semula, menilai semula dan memahami tentang islaam betul. Dapatkan nasihat dari ulamaa
3. Mula membuat perkara yang benar
4. Mula membuat keputusan sekarang untuk membuat perkara yang betul
5. Membaca dan memahami al-Quran dengan lebih banyak lagi
6. Belajar sunnah sebagai bukti kita mencintai nabi muhammad saw dan sahaabah beliau
7. Perhatikan prinsip-prinsip asas islaam
8. Perhatikan hijaab yang betul
9. Elakkan dari mana-mana perkara yang haram, sama ada besar atau kecil
10. Semua orang menghormati dan mempelajari tentang agama-agama lain supaya kita dapat memberi mereka dakwah dengan bercakap kepada mereka tentang perkara-perkara yang biasa dijumpai dalam semua agama dan dengan itu menunjukkan bahawa semua agama yang telah dihantar oleh salah seorang pencipta yang dihantar al-Quran dan islaam sebagai kebenaran lengkap muktamad untuk semua manusia.
11. Mendaulatkan khilaafah dan membawa undang-undang syariah yang betul, undang-undang yang diturunkan oleh tidak lain dari Allah swt, ke hadapan untuk memberi manfaat kepada semua manusia 



Saya dengan ikhlas berdoa dan berharap bahawa pemerintahan khilaafah menjadi kenyataan tidak lama lagi. ISemua pergerakan khilaafah di seluruh dunia perlu bersatu dan membentuk satu pergerakan permulaan ummaah bersatu. Saudara dan saudari dalam islaam, marilah kita semua menyertai dan bersatu untuk menubuhkan pembentukan khilaafah. Marilah kita mengenepikan perbezaan kecil kita.. Mari kita bekerja untuk kebaikan ummaah secara keseluruhan dan tidak mementingkan diri sendiri. Mari kita bersatu. Dengan bersatu kita boleh berbuat apa-apa sahaja. Dan bersatu Allah swt pastinya akan membantu kita.

Walaykum'Salaam warahmathullaahi wabarakaathuhu 


Sesuatu Artikel oleh Mohamed Riza | Facebook